Monday 30 March 2015

Membeli rumah lelong (2): Kebaikan dan keburukan.


Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak buat entry pasal hartanah pulak. Hari tu buat entry, Membeli Rumah Lelong.  Kali ini aku nak coretkan pula apa kah kebaikan beli rumah lelong dan juga apakah keburukan membeli rumah lelong..


Trend yang menjadi perhatian
Tak dinafikan trend membeli rumah lelong makin mendapat perhatian. Bagi aku mungkin sudah sampai kemuncaknya pengetahuan tentang rumah lelong dan cara-car nak menyertainya.

Maknanya makin ramai yang mencubajaya untuk membeli rumah lelong. Golongannya terdiri dari pada pelabur hartanah: pertamanya pelabur pasif dan keduanya pelabur aktif  hinggalah pembeli hartanah pertama. Oleh kerana persepsi murahnya rumah lelong maka ramai ingin mencuba.

Nanti aku ceritakan siapakah pelabur pasif dan siapakah pelabur aktif.


Kebaikan

Berbalik kepada kebaikan membeli rumah lelong. Ada beberapa kebaikan yang boleh dinyatakan disini
Yang pertama, lokasi rumah tersebut telah diketahui. Maknanya dari segi kejiranan, kebersihan, sikap pemakir, suasana senyap atau bisingnya, siapa jiran boleh kita ketahui lebih awal. Jadi kia boleh decide nak masuk lelong tersebut atau tidak. Senario ni kalau kita nak mendiami rumah tersebut. Kalau nak melabur pun faktor ini kena diambil kira juga sbb penyewa inginkan suasana yg terbaik juga.

Kebaikan yang kedua pula ialah kita boleh lihat keadaan rumah tersebut sendiri. Secara fizikalnya benda dah ada depan mata. Paternnya macam mana. Bilik besar mana. Suasana panas ke tak. Air circulation nya macam mana. Bila masuk rumah tu kita dah rasa auranya macam mana ( dengan syarat kita boleh masuk la) Namun  gambaran layout dan tahap rumah semasa kita dah boleh nampak. Jadi bolehlah kita nilaikan harga semasa dan kos pembaikannya.


Seterusnya, mungkin rumah tersebut adalah lebih murah. Nilai mahal atau murahnya sesuatu rumah adalah subjectif. Contohnya ada orang price in kan cost pengangkutan termasuk tol dalam harga rumah. Jadi tak kisahla mahal sikit asalkan dekat dengan tempat keja. Ada yg pentingkan keselesaan dan luasnya rumah , walaupun jauh. Namun secara lumrahnya harga reserved adalah jauh lebih murah pada asalnya.. Jika kita kebetulan akan berpindah ke satu2 tempat dan ada rumah lelong. Why not cuba beli. Mungkin tiada sapa yang hendak beli masa tu..Dapat la dengan harga lebih murah.


Keburukan

Kalau ada kebaikan makanya ada juga keburukan atau faktor-faktor negatifnya.Antaranya:

1 Kos tersembunyi. Kita tak akan tahu apakah lagi kos yang perlu kita jelaskan kecuali kita ambil inisiatif utk dapatkan infor. Cukai pintu , cukai tanah yang tertunggak ditambah lagi dengan cukai penyelenggaraan yang bertahun tak dibayar. Siapa yang nak kena bayar? Kitalah.. Kalau terma mengkehendaki macam tu..

2. Masih ada penghuni (pemilik terdahului) atau pun penyewa.
penyewa mungkin lagi senang nak hadapi. Tetapi, kalau mereka adalah pemilik asal. Sedangkan bank punya instalment pun tak dijelas dengan selamba sehingga beberapa tahun menyebabkan rumah dilelong, korang senang2 nak halau mereka keluar. Mungkin dikejarnya dengan parang. Kita tak boleh andaikan manusia ni senang2 dengan senyum simpul menyerahkan kunci dan ucap tahniah kerana berjaya beli rumah. Jadi study ragam mereka dulu, Cer tengok video ni , ini kira yang "mild" la. Kalau ganas ada yang boleh bergaduh.



3. Sekatan-sekatan tentang hakmilik.
Jangan sesuka hati nak membeli rumah kos rendah. Kerana ada kelayakan tertentu membolehkan rumah kos rendah dimiliki. Kalau gaji melepasi jumlah tertentu mungkin tidak dibenarkan pemilikan tersebut. Jadi semak dulu dan jgn teruja nak bida semua jenis hartanah.

Mungkin ada lagi keburukan dan kebaikan yang tak terfikir dek minda pada ketika ini...??


p.s  Semalam pergi tengok rumah, Alhamdulillah progressnya berjalan lancar.



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...