Wednesday, 4 March 2015

Nota: Pesan Mak

Assalamualaikum bloggers and readers..

nota 1:

Pesan mak:

"Zan hang jangan dok makan rokok."
(Note: Org kedah,, hisap rokok pun kekadang digunakan kata kerja  "makan rokok". Apatah lagi ayaq.. Makan ayaq juga ungkapan biasa.)

 "Mola2 rokok lepas tu kot dok makan dadah." Jangan dok tebiang!!!

Uish direct mak aku.

Kata bonda lagi: "Mana ada benda org nikmati dalam tandas. Kecuali rokok. Jadi bayangkan lah rokok dekat persekitaranya"

Cuba korang bayangkan.

 Dulu mak aku kata: hanya rokok orang "makan" dalam tandas. Benda lain ada ke?
 Cuba habaq mai..

Benarlah wahai mak.

P.s. Al Fatihah untuk arwah ibunda tercinta.

...........................................


Nota 2. ( Tak ada kaitan dgn nota 1)

"La" ni.. sekarang ni..ada isu lain pula.

Flash back/throw back/ back to future sat....patah balik zaman purba sikit.. eh  tak purba mana la.. awal 90'an..

Ada tak org didengarkan lagu dlm masjid?
Ada tak org tengok tv dalam masjid/surau..?
Ada tak org tengok movie/ video dalam surau??
Ada tak org mana-mana tabur fitnah dalam tempat suci, tempat ibadat?
Ada tak org dengar lagu masa sujud? Tetiba " Sakitnya tuh disini...""""lagu dangdut. Ada ka?


Sekarang ni ada.... macam macam ada...

Tetiba lagu ringtone didengarkan dalam masjid,, kuat pulak tu.!!! LAgu Mewangi..berlawan dengan ustaz dok baca kitab!

Boleh buka TV everywhere dlm masjid.. ASETERO on Go go... Tgk tv dalam masjid!!!

Boleh tengok video.. tetiba wassap masuk .. Member hantar video. Buka..layannnn..

Masuk message..yang ceritanya disensasikan.. gambar atau cerita yang tak betul diviralkan.. di forwardkan tanpa usul periksa..
Fitnah sampai depan kita dlm masjid.. yang mana penfitnahnya kita tak kenal.. invisible,
Tetapi fitnahnya boleh sampai..
Yang bestnya yang tukang sampaikan tulis statement disclaimer: "Aku tak pasti, copipaste dari grup lain". Ewahh ada disclaimer tu. Ceritanya kutuk org ni. Make fun dengan gambar ni. Ada buble talk org yg tak tau pun gambar dia di viral kan"

Inikah akhir zaman yang di sampaikan kepada tentang keadaannya betapa fitnah bermaharaja lela. (Zaman manusia terbang dengan besi. Bercakap dengan besi. Ni pun dah lama dah).

Tapi yang fitnah ni.. sampai kat kita oleh orang yang tidak bermuka. Hanya kata2 sampai ke tangan kita. Yang mana kita pulak nak kongsi berita yang kita tak pasti, dari dalam masjid.
Dan ianya terus berlegar. Hanya sekejab saja sampai pelusuk negara. dan mungkin pusing balik kepada kita semula... wohahahaha..

....dari bilik sebelah...


p.s ...Adil juga aku titipkan di sini bahawa ada juga kiriman ayat dan hadis dikirim ( Alhamdulillah)



1 comment:

  1. Yup betul. kita kadang kadang lebih dahulukan teknologi dari kehidupan. bangun tidur tengok phone dulu baru solat subuh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...