Ni adalah catatan perjalanan yang dirancang hanya satu malam
sebelum bertolak.
“Kita drive tuju Hatyai, then Patthalung, Trang akhirnya Krabi” rancang
aku.
“ Eh tapi tak tau jalan la..” Jawab Lurvy
“ Kan kita dah pernah sampai Hatyai, ikut signboard saja
lah”
“Macam tu saja?” Pelik. Raut rupa Lurvy.
“Yep. Kita tuju next town dan next town. Mengikut signboard.
Insya Allah sampai”
“Ikut abang la. Abang nak drive” Lurvy bersetuju
“Eh co-pilot kena navigate jalan juga. Kang terlajak pi
terlajak pi Songkla, ada nombor dua pulak” usik aku.
Setelah selesai cop mengecop passport. Dan mau cerita sikit
la pasal cop passport ni.
Walau hangat hati tapi kena sejukkan juga.
Nak cop passport memang panjang q dia. Nasib la kan pi musim
puncak.
Dah tu nak kena hulur duit ( masukkan 2 ringgit celah
passport).
Kalau tak buat macam , pegawai dia amik passport, diletakkan
ketepi je.
Budaya Thai? Rasuah? Entah lah. Aku pun tak pasti
Nak kata rasuah terang2 macam caj. Hulur seringgit kekadang
boleh. Ikut mood. Depa ni langsung tak mau cakap Melayu/Inggeris.
Kecuali crowd control yang boleh bicara bahasa Melayu Siam
ala ala Kelate.
Itu pun depa nak suruh kita pasal.
Nak explain panjang2 tarak. Jgn Harap!
Org kita pun satu,,dok bg duit kenapa. Tapi kalau dah
unwritten procedure? Kena lah ikut.
Itu satu hal. Lagi satu. Ada ulat habaq hang…..
Jenis amik passport org, caj 100 bath, potong queue. Lagi
haru.
Kena jenis main duit macam ni 10 org dok mai potong queue,
mau menyirapan darah. Yang imigresen siam layan pula ulat ni.. Mungkin masyuk
lebih. Aduyai banyak sangka buruk aku.
Keyword: Sabar dan sabar.
Ok now nak gerak setelah lunch kat Danok. Baru kat Danok, dah pukul 1 lebih.. alamak macam mana dengan
plan nak sampai pukul 3 kat Krabi..Berat ni. Dah la pernah drive setakat Hadyai
sahaja sebelum ni
“Ok Yang!! ingat route kita : Hatyai, then
Patthalung, Trang akhirnya Krabi.”
Lain tak mo peduli. Nampak Pattani ka Yala ka Satun .. kita
ignore
Abg dan family dia folo belakang. Jom gerak..
Tak payah masuk
Hatyaii kot..
Sampai simpang sebelum masuk Hatyai ..zass ternampak
signboard Patthalung.
Eh Yang kiri kan..????
Urmm…aa: Co-pilot tak terjawab. Lurvy pun blur.
Terus Hatyaii.. Terus kot..
Silap jalan. aPatutnya elak lah town.. Tapi mana lah tau
kan. Masing2 tak de pengalaman
Nak keluar dari bandar Hatyai satu hal.
Akhir tanya .. jawapan yang diberi aku agak-agak saja.
Ye lah berkomunikasi macam itik dan ayam. Dia tunjuk silang
tangan la.. tunjuk T la ,, bulat la.
Aku interpret..: Pas ni jumpa simpang 4, kemudian T junction
lepas tu jumpa bulatan amik kiri..
Huihh berjaya!!!
Next town Patthalung.. Sib baik simpang Patthalung dah
namapak kiri pergi Trang..
Yeah.. berjaya..
Sampai Trang dekat pukul 5 kot.. Sebelum tu singgah isi
minyak . Huish terasa mahal. RM3.70 kot seliter,, Hermm.
Then solat Jamak kat stesen minyak, Ada surau jugak,.
Kat Trang aku cakap
kat abang aku: ”kita pit stop sini.
Check in Hotel kat sini dulu. Dah seharian ni. Boleh kita Tgk pekan ni . Esok pepagi kita terus ke
Krabi”
“ Kia terus ke Krabi la. Tak jauh dah kan” ujar dia
Dalam hati aku: Sat gi sampai krabi malam. Hotel tak book
lagi. Peak time ni, raya cina. Mau kena tidor dlm kereta. Tapi mulut jawab: “ok
la lagu tu”
Apa yang berlaku di Hatyai berlaku kat Trang. Masuk town
jugakkkk. Tanya org lagi.
Then zasss pecut ke Krabi.. Takut sampai gelap sangat.
Krabi here we come!!!
Sampai je tanya hotel. Full.
Tanya lagi fully booked
Di tanya tanya lagi.. Full dan full dan full
Meluat tak??? Tak.. Cuma penat.
Sudah..!!!
Akhirnya di satu hotel, ditanya. Penuh juga tapi ada kat hotel out of town 3 rooms available. KAlau nak ikut dia nak motor. Ok! Amik je lah
Akhirnya dapat hotel. Very nice at RM120.00 semalam.
Katany 3 tapi rupanya masih ada lagi. Terus check 4 bilik.. Fuh lega,,, boleh hilangkan keletihan.
Luar pekan krabi tapi ke arah Ao NAng
Photo. Pantai Noppharat Thara
Near Ao Nang
Buiyng some drink at Tesco
Ha ha muka keletihan |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again