Tuesday 17 March 2015

kes Kieran: Kerana Keceluparan Kieran Panggil Pendengar 'Sakai', Sinar FM Tampil Mohon Maaf.

Assalamualaikum bloggers and readers..



"Terlatak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata?"

Itulah yang dapat digambarkan dengan satu kejadian dimana seorang DJ radio ternama Sinar FM, Kieran yang dikatakan mengeluarkan kata-kata tidak patut kepada pendengar Sinar Fm.

Kieran dikatakan menggelar pendengar sebagai 'sakai' kerana panggilan yang diterima dari pendengar tersebut telah terputus.

Kerana tindakan Kieran itu, Sinar FM telah tampil memohon maaf  dengan meluahkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Kieran itu dengan memberi jaminan mereka akan bertindak tegas dalam hal ini.


Tindakan Kieran itu menyebakan ramai pendengar Sinar FM tidak berpuasa hati dan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di page Facebook rasmi milik Sinar.




Kieran juga merupakan bekas DJ radio di Era FM dan Hot FM.

Apapun harap ini adalah satu pengajaran kepada semua DJ radio di Malaysia. Anda semua berinteraksi dengan orang ramai dan ramai orang mendengar tutur kata anda secara Live.


Berfikir sebelum bercakap, bukan sudah cakap baru berfikir.


p.s Bila dia pi SInarFM??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...