Friday 10 June 2011

Pinjaman untuk melabur???? Biar betul..






Ok. Kali ini pasal financial pulak.



Aku di tanya pasal pinjaman untuk melabur.



Kan sekarang ni banyak bank offer pinjaman utk pelaburan. Kalau pergi bank saja, kalau tak ramai pelanggan, siap dgn cashier2 sendiri buat sales. Hebat betul KPI bank sekarang yer.



Kepada anda yang tertanya2 samada patut ke tidak meminjam, aku ada jawapan.



Jawapan aku senang dan direct, aku tanya balik dgn soklan:



"Nak menabung ke nak meminjam?"



Org tanya aku, aku tanya balik. Boleh ke macam tu?



Ok guys... kalau nak menabung atau melabur, kena cara menabung atau melabur. Bak kata org biar sedikit2 lama-lama jadi bukit.Kedua, kalau nak meminjam kena cara meminjam. Perlu diingat pinjaman atau loan ada dua jenis. Good loan and bad loan. Pinjaman yang baik dan pinjaman yang jahat.
Oh , yang jahat tu bukan pinjaman kat along. Itu tinggi taraf lagi dari jahat. So, jgn terpikir pun pasal nak pinjam kat along. Kecuali along tu abg atau kakak korang.



Disini aku tak nak tulis pasal along. dah banyak Harian Metro dok gali kes along ni. Entah bila nak selesai aku pun tak tau.



Sekarang ni macam-macam jenis pinjaman. Ada pinjaman rumah, kereta, pinjaman pergi haji/umrah(?). Pinjaman kahwin ada ke tidak? Pinjaman peribadi pun ada. Pendek kata bermacam jenis pinjaman ,,semua ada..



Biasanya pinjaman dibuat untuk meningkat produktiviti, mengembangkan perniagaan, menambah ruang kilang dan sewaktu dgn nya. Ni dikira good loan. Ada value added kat sini.



Kenapa? Sbb kos loan/ debt (kd) ni lebih rendah dari kos modal (ke). Sapa belajar finance tau la . Selalunya kd lebih rendah. Nanti kalau ada kesempatan aku tulis pasal ni. Tapi loan/debt ni macam double edge sword. Kalau kena hit memang kena double whammy!



Ok folks,, aku melalut jauh. Balik kepada persoalan pokok. Meminjam untuk melabur. Patut ke tidak?



Kan dua benda berlainan tu. Mana mungkin pinjaman = melabur.



So fokus dan fokus. Tu yang penting



Nak melabur buat cara nak melabur.



"Ala, pasal tak leh disiplin la aku nak buat pinjaman"



Pulak dah! Dalam pelaburan, apa pun jenis pelaburan. Waima saham amanah atau property atau yg lebih berisiko, disiplin penting. Fokus penting. Knowledge juga penting.




Nak mendapat pulangan kena disiplin. Tak boleh tidak.



Kalau ansuran bulanan boleh dibayar ikut time, kenapa tak boleh buat saving/ pelaburan bulan-bulan.



Point disini ialah:



1.Bandingkan jumlah ansuran yang perlu dibayar.



2. Kalau anda boleh bayar ansuran tersebut, maknanya ada boleh menabung sebanyak itu setiap bulan.



3. Kalau anda boleh berdisiplin untuk membayar hutang, maknanya anda boleh berdisiplin untuk menyimpan jumlah yang sama. INGAT! Kelewatan anda membayar ansuran menyebabkan anda didenda dan mungkin TANPA anda sedari ianya mengurangkan return anda pada masa depan. Silap2 merugikan anda.



4. Kesimpulannya, daripada anda menggunakan duit untuk membayar "Pinjaman untuk pelaburan anda", lebih baiklah anda gunakan jumlah yang sama untuk melabur/menabung.




5. Anda boleh berdisiplin dari apa yang anda rasakan, percayalah. Dan jgn jadikan alasan tersebut untuk membuat hutang. Hanya pihak bank yang menggunakan gimik tersebut. Dan anda jgn terpedaya..



Selamat menyimpan untuk masa depan anda..!!!.cewahhhhhh!!!



Dan jgn lupa tambahkan ilmu pelaburan....!!!




Ini pendapat aku, setakat yang aku belajar dan aku perlu check balik aku punya infor/research/nota....


Kalau ada tambahan dgn ilustrasinya sekali, aku cuba explain lagi....



2 comments:

  1. hehe buat lubang gali lubang

    ReplyDelete
  2. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan dalam apa jua pelaburan. Jemputlah ke blog saya...semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada saudara..www.ithink2invest.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...