Thursday 10 December 2015

Dan, tahun depan itu sudah jadi tahun ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tetiba teringat tentang entry aku dulu, pasal sorang pakcik dari Pahang yang berjalan pusing satu Malaya kerana bernazar jika Pahang menang Piala Malaysia 2014..

Aku memang jumpa dia masa dari berjalan segmen Arau ke Alor Star atau Jitra. Katanya bila malam dia akan berhenti kat mana mana masjid. Aku , Ayah dan kakak aku sempat la borak-borak . Tak pasti la sudah berapa lama dia berjalan tapi memang habis sunburn muka dia. Aku jumpa dekat kodiang..

Berasa kasihan , kami ajak dia naik kereta nak tumpangkan ke Jitra ka Alor Setar ka..

"Tak boleh" kata dia.

"Kenapa tak boleh. Penat berjalan ni" tanya aku.

" Nanti kena mula balik.

"Eh ya ka. Ni pun kira pusing satu Malaysia juga" pujuk kami.

"Tak boleh . Tak boleh. Kalau sembahyang boleh ke buat separuh kemudian berhenti? "mcm tu kalau tak silap aku pertanyaan dia sambil tidak memharapkan jawapan dari kami.

"Jadi kalau pakcik naik kereta maknanya pakcik tak sempurnakan niat pakcik, nanti kena start balik..tak boleh tak bolehhh" ujar beliau sambil geleng kepala.


Ohhhh....mungkin itu terdetik dalam hati kami bertiga.

Dia pun melangkah pergi meneruskan perjalanan sambil mengilik bendera Pahang dan bendera Malaysia. Ada tertulis banner/kadboard "kembara Wira Pahang" ( kalu tak silap aku, aku akan cari semula gambar yg aku snap).






Sempat aku bergurau..

" Kalau macam tu tahun depan (2015), Piala Malaysia bagi kat Kedahlah pulak ""
"Tak payah Pak cik berjalan lagiiii...."


Dia berdiam sambil meneruskan perjalanan...
Diam itu tandanya setuju kan..

P.s ..dan tahun depan  tu sudah menghampiri..hanya tinggal 2 hari lagi..
Doakan kejayaan Kedah ya semua..










Man City juga layak ke suku akhir UEFA Champion League



3 comments:

  1. hahaha...saya sokong selangor...

    k bai!

    ReplyDelete
  2. sian kat pak cik tu. bagi la negeri lain lak menang.tak sabar nak tunggu piala malaysia.selangor vs kedah ni. nik sokong yg memang nnt.hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...