Friday 2 September 2011

Plat kereta W hampir habis. Apa seterusnya???


Plat nombor kereta untuk Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR (W) hampir habis. Ianya akan tamat setelah habis nombor WYY 9999. Lepas tu tak ada nombor WYZ1 sbb Z adalah nombor khas untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jadi apakah  seterusnya...Oh , memang tak akan  habis. Akan ada nombor seterusnya tapi mungkin konsep dan susun aturnya berbeza dari sekarang.
Ada tiga kaedah, mungkin, yang tengah difikirkan oleh JPJ.

  1. Mungkinkah macam ni: W1A
  2. Atau macam ni: 20118-W-1. Macam tahun dan bulan daftar.Kemudian plat negeri dan nombor. Ala-ala mykad gitu 
  3. Ataupun nombor personal macam: SITI 1000, VIP123,AHMAD10. Yang ni kena bayar lebih la kot. Tapi menarik juga cadangan ni. Boleh buat personal plat. Kalau syarikat siap buat nama syarikat lagi macam MAYBANK1 ke CELCOM019 ke....


Sekarang ni pun dah ada dah nombor personal seperti ini PROTON 1234, BAMBee, SUKOM, XIII NAM. Namun bergantung kepada acara kot atau pengiktirafan khas macam PROTON, PERODUA atau PUTRAJAYA.Mungkin akan diumumkan dalam setahun dua lagi kot macam format nombot plat Wilayah yang baru.

Lepas ni akan ada plat WWW. tatau bila lah. tapi, huh tentu hot. Lebih hot dari hotfm. Sekarang ni dah kat mana yer? WVS ? WVW pun cantik jugak kan...

Antara no. istimewa yang lain adalah H, untuk teksi. Ataupun LIMO untuk limo lahhh...
Kalau LIMO 55 . jadi 555.kalau pelat negri kot.ke klate..entah lah confius lah....macam buku tiga lima la pulak..
oklah untuk pengetahuan no diplomatik mula dgn DC.

Z untuk askar/tentera dimana:
  • ZA & ZD untuk tentera darat
  • ZL tentera laut.
  • ZU tentera udara
  • ZZ untuk kakitangan Kem. Pertahanan

Lagi satu yang special, JMF, untuk : Johor Military Force.


Rujukan dan kredit to NST

2 comments:

  1. Cepat no. Wilayah ni...Ramai gak yg pki no. wilayah..

    Bertahan SaYaNg

    ReplyDelete
  2. Miss 1 lagi kaedah... Buat ala Sarawak.. W 1234 A..W 1234 B...and so on

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...