Saturday 23 July 2011

Coretan Sabtu...Malaysia menentang Singapura

Apa yang difikirkan ye, petang-petang begini. Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu sepak mula perlawanan antara jiran ini.

Bagaimana agak drama atas padang nanti. Sememang aku agak risau dengan keampuhan skuad bimbingan Rajagobal kali ini.Aku tak menjangka satu perlawanan yang mudah. Seperti aku lihat skuad ini semasa menentang Liverpool, agak merisaukan dimana tiada konsistensi dan kesilapan yang amat menghukumkan dari pertahanan kita.

Profail pemain Singapura walaupun negara Asia Tenggara tetapi ramai awang import yang bermain dan Malaysia perlu banyak main possession football untuk melepasi tembok Temasik.

Jadi aku menjangka seri dan kalau menang adalah satu bonus. Mungkin aku terlalu konsevatif tetapi aku berharap aku silap dan pemain bertindak dengan cemerlang..

Jangkaan aku? 1-1...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...