Tuesday, 31 March 2015

GST ooo GST: Jangan serbu pasaraya hari ni!!!

Mahu tak mahu..GST datang juga.
Kata sesetengah orang ada dua benda yang pasti dalam dunia ni
Kematian dan cukai…
Samada bersedia atau tidak ia akan datang juga..

Esok d-day GST.
Pengisytiharan dan warta telah dibuat berpuluh purnama juga... oleh Putrajaya..

Tea-lady berbangsa Indonesia kat sini senyum sahaja dengar org dok kalut pasal GST
Sapa sapa yang pi Indonesia waima JKT ka Bandung ka balik tak sebut pun pasal byaran GST..
Mungkin di tuntut kot pemulangan GST indon (refund) sbb pelancung , bukan warga Indonesia..
Tapi kan kalau boleh bercuti kat Indonesia..apalah sgt GST Indon caj kan



Tapi ni untuk golongan marhain mcm aku dan sahabat –sahabat sekelian::

Macam mana nak kurangkan bahana ni..(jika kita nak guna bahana lah).
Katakanlah belanja dapur RM1000 sebulan, dan andaian kita beli barangan dapur yg semua bukan exempt atau zero rated, i.e katakan semua kena GST, maknanya belanja sebulan meningkat RM60.00

So meningkatlah belanja kan..

“Ala 60.00 bagi kau tak banyak..” mungkin ada yang kata macam tu
“Huh..RM60.00..banyak tuh. Boleh beli memacam..” setengah pendapat.

Sekali lagi,,, nak tak nak , akan meningkatlah RM60.00, seperti contoh dan andaian  diatas.
(Nota: sebenarnya banyak barangan keperluan sebenarnya tak kena GST, kita tunggu dan lihat saja lah kesannya. Sesetengah peniaga main penaik juga!!).

So bagai mana nak kurangkan bebanan 6% ni.??
Tip ni sebenarnya relevan samada ada gst ke tak namun elok diulangkan sini..

  • 1.       Kurangkan belanja.. (senang nya tulissss) We got no choice whattt!! Kena kurangkan lah.
  • 2.       Jimat letrik dan segala utility. Tutuplah jika tiada dalam bilik. Ingatlah!! keluar bilik air tutup badan dan TUTUP lampu.
  • 3.       Tutup hiburan yang melampau. Pilih cenel yang perlu dan sempat kita tonton. Back to basic. Kehendak dan keperluan??. Ehem ehem ..Astro la ni ( tutup terus mungkin elok, terpulanglah)
  • 4.       Spend time with family more at home. Kurangkan pi mall, jalan jalan,,makan makan sambil semua dok pegang  hphone. Baik dok dalam bilik memasing.
  • 5.       Play games. Board games.. (erm nak beli kena duit jugak kan.. Ahh pepandai lah)
  • 6.       Jangan serbu pasaraya hari ni. Buat stok seolah kita beli sekali sahaja kenapa? Silap silap kita kan spend more dari sepatutnya. ( Ingat tentang emosi dan impulse buying). Bukan ada bencana taufan atau gempa bumi atau perang. KEEP CALM AND MANAGE OUR SPENDING. Jangan jadi huru hara kenkawan...
  • 7.       Pergi shopping komplek yang tak berapa complex. Yang ada di kejiranan kita sudah… Kalau perlupergi la. Kalau kompleks yang memacam ada , memacam la nak beli. Kalau ada di kedai kejiranan, cukup seadanya beli di situ.

 Ok lah inilah pendapat aku .



Dibawah..ni pendapat pakar dan pensyarah. Aku rasa korang pun dah dapat dlm media sosial.
Benda nasihat kewangan ni applicable dalam semua keadaan


"Menjelang 1 April 2015. Hari keramat dan bersejarah buat semua Rakyat Malaysia.
40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini.
Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.
SELAMATKAN WANG ANDA
Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
6. Batalkan kad kredit
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA
39. Kurangkan tengok drama orang kaya2
40. Didik nafsu "



p.s.. keep calm ok.
Banyak keindahan ciptaan Allah yang boleh dinikmati secara percuma.








2 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...