Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Monday, 9 March 2015

Krabi: Poda Island and Pranang Cave (Photo)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sambung lagiii...

 Ada empat tempat yang dibawa kalau kita amik  long tail boat  untuk island hopping. Ini yang package whole day lah.
Ada juga boleh naik bot ke pulau-pulau tertentu  dan  tambang berbeza . Aku tak tau sangat. Ada terbaca dalam 100 bath. Tapi tak pasti sangat. Kalau korang ada plan boleh saja survey kat depan hotel area Ao Nang.

(Dan trip ni tak termasuk Phi Phi Island ya..> agak jauh dari Ao Nang. Rasanya boat ke Phi Phi lagi canggih kot)



Di Tup Island

Permadangan di Tup Island . Pulau Tup. Koh Tup

Bot ( Long Tail boat) yang kami naik memula pergi Tup Island seperti entry aku yang lepas. >>>DISINI

Pulau ni unik ...ada beting pasir yg menyambung dua pulau . Kalau air surut memang jadi jalan berpasir la. Kalau air pasang pun boleh lalu, hanya separas lutut.
Airnya jernih sangat.
Since aku tak dapt infor yg jelas dan nak berkomunikasi dengan boatman pun susah , kami stay agak lama juga kat pulau ni.
Nanti aku cadangkan masa untuk sesatu pulau. Takut overstay.
Biasanya kat sini adalah pit stop yang pertama, Jadi bot banyak berhenti sini. Bersusun susun.


Barisan sampan di Tup Island, Krabi Thailand. Bot kayu sebelah sini. Bot bukan kayu belah kanan sana. Tengah2 tu beting pasir yang dimaksudkan, memisahkan dua darjat...eh silap, memisahkan dua buah pulau

Mungkin masa sesuai sini ialah 30 minit to 45 minit.


Selepas tu bergerak ke satu pulau namanya Chicken Island.

Dari namanya pun tau , kita boleh agak yang bentuknya ialah macam ayam. Google pun leh nampak bentuk ke”ayam”an nya. Memang unik la kan..
Disini tak ada yang menarik sangat, Tak yah snokerlling pun tak pa. Pusing tengok ja.
Oleh kerana di katakan/diberitahu ini tempat snorkelling, kami pun dushhh terjun dari bot untuk snorkelling.

Pada pendapat aku, elok lagi view snorkelling kat sabah. Pulau Manukan atau Pulau Sapi lagi syok snorkelling. 
Sbbnya, kat chicken Island ni snokerling hanya nampak Tiger Fish saja.. Ikan lain tarak. Dan bukan di tepi pantai,. JAdi tak nampaklah batu-batu karang

Ikan Nemo? Entah lah . Tak dak pun. Kat Sabah lagi elok dan best lagi lah utk snorkelling.

Jadi jangan spent time kat sini.. max 30 minit cukup la. Tu pun lama.






Next stop Poda Island..Cantik sangat pulau ni. Dengan berlatar belakangkan satu batuan yang tirus  meninggi ...dari laut nampak cool sangat.


Poda Island Krabi. Among by favourite shot.

Ikan Harimau pun banyak..Harimau Malaya saja tak dak.. Boleh snorkell kat sini dan elok lah lunch juga sini.  Don’t woory makanan disediakan. Simple tapi sodap. Mungkin sebab lapar lepas berenang dan  bercandaan di tepi pantai.





Kalau lapar.. nasi dan ikan masin pun sedap kan..




Mungkin spend masa kat sini 2jam ker.. layan jer anak-anak..


Kami kat sini spend banyak masa..
 boatman? Dia ikut saja. Dia tak cakap yang ada tempat best , lagi satunya ialah Pranang cave dan Pranang Beach. Salah satu pantai tercantik di Asia.

Masa kami bermandian di pantai baotman siap-siap potongkan buah buahan dan letak dalam aisbox…

Setelah kepenatan naik bot ada buah yang sejuk dingin memang best best.

Tapi semua dah penat.
Selepas tu menuju pranang.. ia nya bukan pulau . sebahagian dari tanah besar tapi kita akan datang/masuk melalui dari laut.










Oleh kerana penat dan nak balik terus ke Malaysia maka kami suruh botman pusing-pusing kawasan tu dan amik gambar dari atas bot. Kalau turun lagi mahu sejam lebih berpantaian.

Semua letih tapi kalau offer anak2 ,, mau depa berenang lagi.

Lepas tu terus balik pantai.
Salin baju. Dimana bilik persalinannya kejap ada air kejap tak ada. Sabar jelah.

Selesai je transfer ke hotel. Gitu gini dah pukul 430 sampai hotel,

Part ni yg trill sbb nak sampai border sebelum imigeresen tutup i.e pukul 11 waktu thailand, pukul 12 waktu kita. 
Dulu dengarnya sempadan tutup pukul 6 ptg tapi dilanjutkan ke pukul 12.00 mlm waktu Malaysia.

Wednesday, 4 March 2015

Krabi :Tup island (Photo)


Still on Krabi escapade
Banyak gambar di ambil so share sajalah kat sini


Menarik perjalanan atau persampanan ke Pulau di sekitar Krabi ni.
Botman pun baik dan senyum selalu.. 

yes yes..ok ok ..kebanyakkan dia  sebut itu ja yang aku paham

Yang lain..susah wooo. Bahasa dia.

Nak pergi sini ..ok saja dia
Nak berenang lama sikit ,,ok
Ye lah dah booking satu bot kan,, terpulang kat kita la
Tapi dia tak boeh cerita sangat..Tak pahammmm

Ok 

ni gambar sebelum bertolak dan sekitar di Tup Island

Memang meletup tempatnya




LAGI GAMBAR_GAMBAR di KRABI Di SINI....> PHOTO: krabi-poda-island-and-pranang-cave-photo.html

Tuesday, 3 March 2015

Krabi: beach and town


Ok lah selesai sudah cari hotel semalaman.. hari ni ke pantai
Pantai dekat dengan pengkalan bot yang ke pulau pulau berdekatan.
Untuk hari ni bot semua full..
So booking untuk besok
Satu bot .. private arrangement THB6500
untuk 16 0rang.

Hari ni lepak pantai dan pusing Ao Nang jap
Sambil cari money exchange untuk tukaran Bath..


MORE on KRABI>>>> TUP Island Cantiknya

Aisya.. main pantai sampaiii  kering air 
Habis sunburn
Herm..aksi cliche .... wohahahah
Capture the moment.. sayang sikit air dah surut



 Sempat beli baju kat kedai cenderamata jap..








Time nak isi minyak..


Tengok tu harga minyak..
jauh lebih mahalll dari Malaysia
Mahal bangat!!!!
Nak isi banyak-banyak kat Malaysia pun setakat  mana je boleh jalan kan.
mesti habis punya

Tuang kat sini di Krabi 

Nah kau... Lebih kurang RM3,70 per liter
Sib baik ade org serve. Bukan self service
Tapi sib baik toll free..
Waaaa... mahal juga

tapi di kira-kira kan dengan save duit toll
Pi balik pi balik lebih kurang ngan kos travel kat Malaysia

Harga minyak tak seragam.. rasanya shell paling mahal

Seterusnya...:
Ketam crabby kat pekan Krabi

Aku pu tak tau apa motif aku amik gambar kat depan mulut ketam..

Semua orang buat aku pun queue tunggu turn amik gambar

Wohahahaha


panjat je kerjanya

Monday, 2 March 2015

Krabi..Ao Nang Beach dan misi cari hotel

Ni adalah catatan perjalanan yang dirancang hanya satu malam sebelum bertolak.

“Kita drive tuju Hatyai, then  Patthalung, Trang akhirnya Krabi” rancang aku.

“ Eh tapi tak tau jalan la..” Jawab Lurvy

“ Kan kita dah pernah sampai Hatyai, ikut signboard saja lah”

“Macam tu saja?” Pelik. Raut rupa Lurvy.

“Yep. Kita tuju next town dan next town. Mengikut signboard. Insya Allah sampai”
“Ikut abang la. Abang nak drive” Lurvy bersetuju

“Eh co-pilot kena navigate jalan juga. Kang terlajak pi terlajak pi Songkla, ada nombor dua pulak” usik aku.

Setelah selesai cop mengecop passport. Dan mau cerita sikit la pasal cop passport ni.
Walau hangat hati tapi kena sejukkan juga.

Nak cop passport memang panjang q dia. Nasib la kan pi musim puncak.
Dah tu nak kena hulur duit ( masukkan 2 ringgit celah passport).
Kalau tak buat macam , pegawai dia amik passport, diletakkan ketepi je.

Budaya Thai? Rasuah? Entah lah. Aku pun tak pasti
Nak kata rasuah terang2 macam caj. Hulur seringgit kekadang boleh. Ikut mood. Depa ni langsung tak mau cakap Melayu/Inggeris.

Kecuali crowd control yang boleh bicara bahasa Melayu Siam ala ala Kelate.
Itu pun depa nak suruh kita pasal.
Nak explain panjang2 tarak. Jgn Harap!
Org kita pun satu,,dok bg duit kenapa. Tapi kalau dah unwritten procedure? Kena lah ikut.

Itu satu hal. Lagi satu. Ada ulat habaq hang…..
Jenis amik passport org, caj 100 bath, potong queue. Lagi haru.
Kena jenis main duit macam ni 10 org dok mai potong queue, mau menyirapan darah. Yang imigresen siam layan pula ulat ni.. Mungkin masyuk lebih. Aduyai banyak sangka buruk aku.

Keyword: Sabar dan sabar.


Ok now nak gerak setelah lunch kat Danok. Baru kat Danok,  dah pukul 1 lebih.. alamak macam mana dengan plan nak sampai pukul 3 kat Krabi..Berat ni. Dah la pernah drive setakat Hadyai sahaja sebelum ni

“Ok Yang!! ingat route  kita : Hatyai, then  Patthalung, Trang akhirnya Krabi.”

Lain tak mo peduli. Nampak Pattani ka Yala ka Satun .. kita ignore

Abg dan family dia folo belakang. Jom gerak..



Tak payah masuk Hatyaii kot..

Sampai simpang sebelum masuk Hatyai ..zass ternampak signboard Patthalung.
Eh Yang kiri kan..????
Urmm…aa: Co-pilot tak terjawab. Lurvy pun blur.

Terus Hatyaii.. Terus kot..
Silap jalan. aPatutnya elak lah town.. Tapi mana lah tau kan. Masing2 tak de pengalaman
Nak keluar dari bandar Hatyai satu hal.
Akhir tanya .. jawapan yang diberi aku agak-agak saja.
Ye lah berkomunikasi macam itik dan ayam. Dia tunjuk silang tangan la.. tunjuk T la ,, bulat la.
Aku interpret..: Pas ni jumpa simpang 4, kemudian T junction lepas tu jumpa bulatan amik kiri..

Huihh berjaya!!!

Next town Patthalung.. Sib baik simpang Patthalung dah namapak kiri pergi Trang..
Yeah.. berjaya..

Sampai Trang dekat pukul 5 kot.. Sebelum tu singgah isi minyak . Huish terasa mahal. RM3.70 kot seliter,, Hermm.
Then solat Jamak kat stesen minyak, Ada surau jugak,.
 Kat Trang aku cakap kat abang  aku: ”kita pit stop sini. Check in Hotel kat sini dulu. Dah seharian ni. Boleh kita  Tgk pekan ni . Esok pepagi kita terus ke Krabi”

“ Kia terus ke Krabi la. Tak jauh dah kan” ujar dia

Dalam hati aku: Sat gi sampai krabi malam. Hotel tak book lagi. Peak time ni, raya cina. Mau kena tidor dlm kereta. Tapi mulut jawab: “ok la lagu tu”

Apa yang berlaku di Hatyai berlaku kat Trang. Masuk town jugakkkk. Tanya org lagi.

Then zasss pecut ke Krabi.. Takut sampai gelap sangat.

Krabi here we come!!!
Sampai je tanya hotel. Full.
Tanya lagi fully booked
Di tanya tanya lagi.. Full dan full dan full
Meluat tak??? Tak.. Cuma penat.


Sudah..!!!






Akhirnya di satu hotel, ditanya. Penuh juga tapi ada kat hotel out of town 3 rooms available. KAlau nak ikut dia nak motor. Ok! Amik je lah

Akhirnya dapat hotel. Very nice at RM120.00 semalam.
Katany 3 tapi rupanya masih ada lagi. Terus check 4 bilik.. Fuh lega,,, boleh hilangkan keletihan.

Luar pekan krabi tapi ke arah Ao NAng




Photo. Pantai Noppharat Thara






Near Ao Nang





Buiyng some drink at Tesco

Ha ha muka keletihan

Thursday, 26 February 2015

JOM pi Krabi Nak? ( Part 2: Ramainya orang kat pintu keluar/masuk)

Assalamualaikum bloggers and readers..



Borak dengan abang aku , ajak g Krabi esok.
“uish. Tak berani lah. Tak jauh ka?”  Bingkas jawapan abang.

“ Jom la. Baru semalam dok ckap dengan Tirah” Sahut kak ipar.

Abg  panik, Si isteri dah nak pergi tu. Aku pun cuak. Ajak, tapi aku pun 50-50 lagi

Last-last keputusannya, pergi..!!

“Ok esok pukul 8 kat Bukit kayu hitam..” Aku bagi maklum a.k.a arahan.

Esoknya sampai bukit kayu hitam memang rasa nak pitam  pitam!!!

 Punya ramai manusia masuk negara Gajah Putih ni. Sesak di imigeresen dua2 buah negara. Pukul  1 petang  baru lepas masuk sebelah Siam.  Hahaaha.. semalam baik saja plan kalau 5 jam, bertolak pukul 8 pukul 1 sampai Krabi… Walawey, pukul 1 ropa2nya masih boleh jejak tanah Malaya lagi kalau mau.
Hermm..

Apa pun..
“Pantang mundur kecuali operasi !!!”


Tip no 1. Sentiasa tukar matawang Malaysia di Malaysia. Lebih menguntungkan dari tukar  di tempat asing.

Tip 2. Untukkan masa 3 hingga 5 jam delay. Tahu-tahu lah urusan imegresen negara org kan




Wednesday, 25 February 2015

Jom pi Krabi nak???


Hari raya cina cina cuti panjang. Weekend yang panjang, satu dari sebelas longgg weekend tahun ni. Depa kataa 11 aku pun  11 laa

“Yang, cuti CNY ni balik kg ke?” Soal aku sambil berharap jawapannya Lurvy kearah menguatkan keputusan aku yang belum tuntas.

“Kalau tak balik lama pulak Yang tak balik. Hari tu abg balik sorang. Last sekali kenduri rumah adik kot. Tak pe ke tak balik?” Betah Lurvy sambil menyelitkan pertanyaan.
Pass baton kat aku, Now aku decide. Aduyai.

“ Ermm. Jem padat kot nanti” Kemalasan menerpa diri.

“ Tapi tengoklah dulu. Nanti kta decide. Kalau rasa nak balik kita balik. Apapun abg ambil je cuti. Alau kita balik, hari sabtu kita bertolak dari kampung . Kalau tak jem ooooo” Mula merancang last minit juga jadinya.

Baru je entry pasal perancangan cuti tahunan.. tapi cuti tetap cuti ikut rancangan asal.

Balik lah Yang..Nanti bulan 3 depa semua mai kenduri sini. Tak balik kut masa tu

Bawak je passport tu balik.


"Kalau ada masa kita lajak pi danok ke Hatyai ke". Cadang aku. Yang berkemas Lurvy. Aku tak simpan siap2.

Makanya balik lah kami. Amik Akmal dari sekolah terus balik.
Hermm.. Hatyai? Krabi? Tak jauh dah ni.

Dua org anak kami, passport dah tamat tempoh.
G renew kat imigresen.

"Ni adik nak pi Krabi ke?" Tanya pegawai tu kat Along nad Angah. 

Eh tau tau je plan yang tak plan kami. Emmm.. menggoda pulak pertanyaan tu. Nak nak aku dok terpikir dah nak masuk siam!!

Buat pasal betul la imigresen. Lagi teruja nak pi la lagu ni…

"Abg tengok tayar tu. Jauh tu kan nak jalan."!!.

Ok k… Esok jadi rasanya pergi Krabi…Check tayar pun check la . No hal punya

Krabi? Drive?

5 jam dari Jitra. Boleh kot. Malaysia kan bolehhhh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...