Sunday, 12 June 2022

Swimming with turtles..tudiaa tajuk

Assalamualaikum bloggers and readers..

 

Memandu tadi sambil melayan radio yang aku tak pasti salurannya.Terhibur mendengar dendangan Def Leppard: Hysteria. 

Pernahkan aku kata dulu,  aku ni berangan nak jadi gitarist rock. Angan tak sudah. Hahaha.. Main gitar pun tak pandai, ceh.

 Hysteria, dentuman drum dan bunyi bass yang menarik hasil dendangan Def Leppard album 1987 kalau tak silap menemani ku menuju Villea Beach Resort, Pantai Lanjut, Kuala Rompin. Hilang rasa mengantuk setelah melewati beberapa persimpangan sejak aku memasuki LPT2 ni dari Kuala Terengganu hinggalah keluar ke tol Gambang

 

"Out of touch, out of reach, yeah

You could try to get closer to me
I'm in luck, I'm in deep, yeah
Hypnotized, I'm shakin' to my knees

I gotta know tonight
If you're alone tonight
Can't stop this feeling
Can't stop this fight

Oh, I get hysterical, hysteria
When you get that feelin', do you believe it?
It's such a magical mysteria.."

 

Sekarang ni 12.09 tgh malam.

Lurvy di sebelah katil dah tidur. Yep. katil single single  la pulak hotel ni bagi…and the rest  dah tidur di bilik memasing

Aku kalau before 12 memang ngantuk tapi selelas midnite mata cergas balik. 

 Wokeh.Sambung citer di Redang.

Day 2 ke pantai dah snokkeling ja. Apa lagi nak dibuat kan. Tu je lah activitinya

Memang iktizam nak berenang dengan penyu. Aku rasa tak akan pernah dapat peluang berenang ngan penyu sebab ianya wild animal. Binatang yang tak jinak. Dan pula di laut lepas. Mana mungkin dapat berenang bersama.








Rupanya binatang penyu ni banyak di Redang dan ada kawanan berenang- renang di Turtle Point. Aku ja tak explore. Orang dah lama tahu, aku je lalai.  Ya memang banyak tempat kat Malaysia ni kita terlepas pandang nak explore. Kalau ada tempa yang cantik je, contohnya Highway Pantai -Temiang depa dok kata cantik macam New Zealand. Awat? Kalau cantik ja macam oversea? Kalau oversea saja mesti cantik? Malaysia memang cantik lah! Tak yah kata oversea bagai. Ada tak korang dengar orang NZ kat Aussie ka kata:  cantik lah macam kat Msia. Tak dak kan… kan kan.

 

Ok ,,Dah.. melalut jauh aku ni…digress jap. Bukan apa, tak syok la kata tempat kita kalau cantik ja, macam oversea. Sedih tau.

 

Ok balik kepada penyu. Jap jap aku tak kata kan Banyak nya penyu macam kat Vanuatu.. Tak kan..Macam tu la…

 

So, apalagi inilah peluang yang ditunggu. Berbekalkan sotong yang dibawa maka penyu-penyu pun datang untuk memakan sotong² tersebut. Tak payah dah penyu ke Vanuatu cari sotong. Eh Vanuatu banyak penyu ke.?? Aku main taram ja.

 

Dan bestnya penyu tersebut agak jinak dan selesa berada bersama kita di air. Mahunya tak selesa, memang habitat ia di air. Apa la aku ni.

Phone masuk air? 

Dan banyak gambar di ambil..Ermm..macam biasa la kan, suka mengambil gambar orang.  Sampai tetiba naik warning “Moisture detacted”  kat handphone aku, sampai tak boleh caj..selama beberapa jam hari Jumaat tu. Tapi sekarang dah ok.

 

Ok tu smlm, Jumaat. Tadi siang check out dan amik bot ke Merang. 9.30 dari jeti Redang sampai ke Merang 10.20 lebih kurang.




 Singgah makan nasi dagang kat Restoran Che Wan. Beli keropok lekor di Kedai Lekor Ikan Ssaje. Kemudian ke K.Terengganu, Lurvy nak ke pasar Payang. Dah sampai wajib pi sana juga. Aduyai.

 

Draw Bridge K.Terengganu

Dan menyinggah hantar satu team mendobi baju basah-basah dari pulau. Aku dan Lurvy ke Pasar Payang. Actually aku tunggu area parking kereta, sebab kalau aku masuk juga, pelbagai barang aku beli, bukan Lurvy. Woahahha.

 

 Sama elok ja timing, bila patah balik ke kedai dobi anak-anak pun siap keringkan baju.

Angkut masuk dalam kereta terus ke Lanjut Beach ni ha. Sampai pukul 7 mlm tepat.



2 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...