Saturday 11 June 2022

Kalau takut dilambung ombak...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ok perjalanan dan perancangan diteruskan. Episod kena kensel last minit atau kena potong tang kona oleh pemilik homestay tak menghalang kami untuk menikmati travel kali ni. 
Sebenarnya dalam travel kemana² pun det├Čk² mcm ni lah yg kita akan ingat. Detik paling tak best sampai menggangu rancangan dan detik² paling best. 

Dalam hidup pun sama, detik² paling kecewa dan momen ( cewahh, tetiba momen) paling bahagia.

Blessing in disguise. Semua yang berlaku ada rahmat . Bila aku kena check in room last minit, rupanya tepi pantai dan cantik pula.
Aku jenis suka amik gambar. Dalam hp penuh.Jenuh nak delete


Boleh la depa berposing



Oh panjangnya intro.

Perjalanan diteruskan. Selepas check out, sementara bot ke Redang pukul 1pm, nak "brunch" dulu. Nak cari sotong celup tepung.
Selalu aku guna tip ni. Nak makan sedap area tu kena tanya penduduk tempatan. Jangan rely on fb or google. Orang kampung "makang" kat maner tentu best tempat tu. Kekadang sama juga dengan fb or internet. Kekadang tempat tu tak viral pun tapi terbaik. Itulah tujuan nya kan.. eat what local eat. Kalan nak ber mcdonald atau kepsi mana² pun ada 

So malam tadi riki sama penduduk tempatan tempat yang sedap ialah NL Celup tepung. Sebelah  round-about  masjid dekat Pantai Penarik.

Memang best..

 Aku kalau tempat best aku bagitau korang. Rangup dan yummy.

 Kalau tempat yang buat onar, aku reserve dulu, kot² dia tak sengaja. Takmau war-war kan. Macam homestay yang diciluk tu. Biarlah..

Sotong kat NL tu best. Udang dan ikan juga.
Cuma bila nak brunch dan nak makan berat² tu, korang kena tapau dululah nasi lemak atau nasi tomato berdekatan.

Sempat snap sebelum habis. Kali ni semua terus nak terkam

ICT = Ikan celup tepung

Udang yang last habis. Aku udang ni bukan favorite





Lepas makan celupan tu, pergi kejeti untuk ke pulau. Sampai ke jeti 12.30 pukul 1 sharp bertolak. Perjalanan dalam bot 45 minit. Laju...Terlambung-lambung bot dikapten oleh Mael Lambong..agaknya.

Alhamdulillah sampai jeti Redang dengan selamat.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...