Monday, 6 June 2022

Semoga dipermudah segalanya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan YD Agong , dan Legasi pun ada guest nak check out dan dan check in. So kalau weekend dan public holiday aku pergi KL pagi² . Jogging area KLCC atau kat taman KLCC terus. Tapi disebabkan jatuh cinta dengan Bukit Tugu decide nak ke sana dan breakfast sekali. Lurvy dah siap² masak nasi lemak. Pergh..tangkap layan la kan.

Tapi macam tak ngam, nak exercise nak kurang kalori tapi makan nasi lemak. Pi mai pi mai tang tu..

Anyway tak kira. Nak nasi lemak Lurvy juga. Wohahaha. Maka bertolak ke sana lagi sekali. Dan maybe rutin mingguan aku sehingga jumpa port jogging/ riadah baru.

Sesampainya polis tak bagi bawa masuk kereta. Adoi ..ada org chup semua parling lot lagi ka. Aritu tu aku suruh mamat blah dari chup parking. Hari ni nak masuk dari jalan besar pun tak boleh.
Seperti biasa aku kan ramah. Tuan, apasal tutup jalan ni. Tak boleh masuk ke?

Ada  program veteran ATM gathering. Alamak geng ni tak aku tak bagi chup. Veteran pulak tu. ATM lagi.

Ooo..ok ok.

Kalau encik nak naik juga kena parking kat bla²..then jalan kaki naik atas..Omak ai..
Aku blur jap kat mana dia suh parking.

"Kita pi taman botani je Yang. Lama juga tak pi" 
Ok.

Jalan-jalan santai jap..then breakfast kat food court situ. Makan nasi lemak la apalagi.
Nampak geng² veteran yang habis gathering pun datang situ pulak. Aku kan peramah.. tegur la.. beramai ramai berkumpul.

15,000.
Dari seluruh Malaysia. Ramai..

Sib baik aku tak buat kelakar lebih kurang ..sebabb..

Tengok tulis kat baju depa slogan ni. Tudia.. Ada la kan yang nak depa luahkan kot kat gomen. Semoga dipermudahkan. 


Lepas makan, dalam pukul 11.30 terus gerak ke Legasi. Ngamngam tetamu baru keluar parking.  So dia datang serahkan kunci sambil bersungguh² ucapkan terima kasih. Best sangat dan akan datang lagi. Aku ucapkan terima kasih dan selamat jalan dan naik atas.

Bukak pintu. Ya Allah bersihnya dia tinggalkan. Semua tip top. Terbaik la guest yang ni.
Teruskan jadi maid diri sendiri, tukar semua cadar, selimut, sarung bantal .Spray sanitizer as per s.o.p. Kemudian pas solat balik.


Pukul 4 pm dah ada urusan,  kena hantar Along exam kat Centerpoint Bandar Utama. Semoga dipermudahkan dan Along berjaya last paper ACCA. 


Dah agak jauh dari rumah,so tak nak nak la hantar dan nanti datang amik semula. 45 minit sehala. So aku ajak Lurvy temankan. Lepak la kat kedai kopi sambil dia tanda paper student. 
Pertama kali sampai Centerpoint ni rasanya


Message anak kat umah.. "Angkat kain"" wohahaha


Kerja dan santai di hujung minggu.






Then nak shopping sikit, utk dibawa bekalan ke Redang .  


Rancangnya habis semua shopping dan lepak.. Along pun habis exam 3 jam dia. So sekarang ni tulis blog dulu..



2 comments:

  1. Full xtvt hari cuti ye
    pg ni pun sarapan ciknur masak nasi lemak
    good luck ufk.along

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...