Tuesday 3 May 2022

Raya Tahun ni. Ubahlah naratif yg berlegar-legar kini. (Panjang posting ni)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam Aidilfitri kepada semua. Penulis ambik kesempatan dan nak tulis sikit pasal ni. Maaf lah dulu naa sebab nak sebut perkara ni. (yang akan ditulis dibawah)
Semoga kita kita semua diberkati dalam meraikan hari yang suci dan mulia ini.



Aidilfitri adalah hari kemenangan. Hari kecemerlangan . Waima sedikit penambahbaikkan dalam diri kita, ianya tetap satu kemenangan atau kecemerlangan, yang perlu kita raikan, serta patut kita syukuri.
Bersyukur atas kejayaan dan kekuatan kita berpuasa sebulan.Ya, bukan mudah untuk melaksanakan ibadat puasa bagi mereka yang baru melaluinya.
Ya,Kita sejak kecil menjadi biasa dan tiada masalah dalam menekuni ibadat berpuasa. Tanyalah rakan-rakan bukan Islam kita , sanggupkah berlapar dahaga setiap siang hari selama sebulan. Susah ke senang?
Jadi bersyukurlah kita dapat melaksanakannya. Teruskan beristiqamah di masa-masa akan datang sambil merapatkan silaturrahim.
Raya tahun ini biasa bagi diri kami macam tahun-tahun sebelum pandemik. Keceriaanya agak lebih teruja sbb boleh balik kampung
Luarbiasa.. berbanding setahun dua tahun lepas ialah kita boleh balik kampung.
Itu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Alhamdulillah.

Tanpa kita sedari perkara dibawah ni, membuatkan hati terjentik untuk menulis.
Kita,pelbagai lapisan masyarakat mungkin boleh (atau perlu) merubah naratif yang mengatakan raya tahun ni raya kelamkabut, raya dalam panik dan raya huruhara. Dan pelbagai naratif yang sama erti dengannya.

Harap kita ubah lah, ubah kepada naratif sebegini ka:

Kita Teruja Raya Awal.

Mungkin begini pun okay :

Ceria dan Bersyukur walau tak sangka
Kalau boleh ..Jangan guna yang naratif dan suasana huru hara. Apakah terma tu nak tunjuk betapa kita kelam kelibut sangat. Adakah raya pengertiannya tentang baju raya yang baru yang tak sempat nak kita beli. Lauk pauk yang sangat special yang tak sempat kita masak atau sebagainya.
Ya ,penulis memahami tentang rancangan kita yang sedikit lari namun itulah kehidupan.
Itulah perancangan Allah. Yang lebih baik dari segala perancangan.
Seingat penulis bukan lah kami pertama dalam sejarah negara bila tengok anak bulan terus nampak seterusnya esoknya raya. Dan beberapa kali dah kan.
Jadi janganlah mengeluar terma sampai org ingat hang saja yang kelam kabut.

Mungkin tanpa kita sedari suasana ini memberikan gambaran kepada bukan Islam tentang kita sebegini:
“ish huru hara raya hampa”
“ La awat jadi lagu ni (macam ni) raya orang Melayu”
“Kelam kabut noo”
Sebenarnya kita yang mengeluarkan naratif ni.
Memang ada kesulitan sedikit tapi itulah warna warni hari raya.
Contohnya, macam err, jem kat Jalan. Memang akan jem!
Kita sanggup hadapi demi raya. Demi perayaan kita. Demi ukhwah kita , kita redah jem.
Demi martabat agama kita, tiada kesulitan sangat, kecuali kita yang buat kalut.
Semua kita-kita akan paham. Nikmati dan hidanglah sekadar ada. Sederhanalah kerana semua memahami.
Dan janganlah kata “Setan pun terkejut”.

Tu statement cari view, cari like dan statement untuk content, yang natijahnya kita tak sedari.
Janganlah buat “meme” pemegang mohor besar pun gelak sebab org panik. Bukan urusan kita org biasa dalam hal2 agama dan Majlis Raja2. Dan bukan urusan kita yang bukan ahli dalam bab-bab agama.
Sekian. Kalau salah posting ni sila tegur bebaik ya.
Maaf Zahir Batin . Minal Aidin Wal Faizin

3 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...