Sesuatu perkara yang kita kurang ambil peduli atau mungkin kita rasanya ianya tiada kaitan dengan kita.
Food Security; satu terma yang besar dan ruanglitup yg merangkumi pelbagai aspek.
Apa yang mudah pahamnya ialah cukupkah bekalan makanan untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk rakyat Malaysia merupakan skop yang luas. Persoalannya cukupkan bekalan makanan untuk kita dan keluarga kita.
Persoalan ke dua. Apakah ada disposable income untuk kita menjana dan seterusnya membeli keperluan asas tersebut.
Tetapi kalau ada duit pun kalau tiada makanan tak berguna juga. Bukan kita boleh makan duit tu pun.
Pertanaian adalah industri penting yang mana bermaksud mana-mana negara tak boleh abaikan. Kecualai negara yang memang tiada ruang pertanian spt Sgp dan negara-negara beriklmim ekstrim.
Namun negara iklim ekstrim pun ada membangunkan teknologi indoor atau teknologi penghasilan yang optimum ketika cuaca mengizikan.
Malaysia satu negara yang terletak berhampiran equator. Iaitu garis tengah yang tidak terganggugat sangat dengan musim-musim yang berubah kecuali monsoon dan hujan lebat. Ataupun sekali sekala kemarau kering. Secara lumrahnya kita di Malaysia boleh bercucuk tanam sepanjang tahun.
Namun banyak yang kita import untuk makanan kita. Beras , bawang, hasil daging dan tenusu. Manakala gandum memangnya perlu kita import sebab tiada di tanam di negara kita.
Kalau ada masalah perbekalan atau mana-mana negara ban eksport sesetengah barang, kita yang akan terkesan.
Jadi kita perlu lihat industri makanan ruji dan keperluan asas, Dan juga sumber daging dan protein. Ayam pun senang kita ternak tapi ada pihak yang mendesak dinaikkan harga.
Beras perlu dpertingkatkan teknogi supaya hasil banyak.
So, inilah cabaran kita di pasca millenium dengan penduduk yang banyak Fokus yang tak seimbang dari segi perkilangan dan keperluan rakyat. Ditambah dengan nilai ringgit yang merosot, kos akan bertambah.
Need to be aware peeps.
Macam seyes ja tulisan aku ni.
Ha memang seyes pun!!
Memang benar Industri pertanian tidak boleh dilupakan.
ReplyDeleteSistem ISO 9001 dan ISO 14001 sangat membantu di industri pertanian
ReplyDelete