Monday 16 May 2022

Dah agak dah . Mesti tak layan punya


Pagi tadi hujan lagi. Hujan rahmat . Setiap apa yang yang Allah turunkan adalah yang terbaik untuk kita.

Dan aku pun dak kira 100% cergas la kan. Niat nak jogging, Mesti. Niat mesti ada..
Tapi ditukar dengan drive santai dipersekitaran Putrajaya.

Meneroka pinggiran wilayah tersebut sambil survey kalau ada tempat makan yang best. Kira ni pertama kali la makan di satu2 tempat baru.
YA aku jarang pusing-pusing dekat dekat sini hujung minggu.

Maka drive dari Putrajaya ke Pinggiran Putra. Terus ke Kg Limau Manis..ke Sg Merab sambil mata melaliau melihat restoran atau warung.

Hinggalah sampai di Sg Merab. Nampak signboard Mastar . Ala yang salai-salai tu.

Terlajak namun sebab ada nampak macam gerai lain pun beroperasi maka kami u turn.

Melihatkan ramai orang beratur dan rupanya hanya ada satu gerai shj. Alang-alang dah berenti. Terus Q jelah.

Sambil tu terlihat banyaknyaa order yang dibungkus. Rider2 pun ramai dok tunggu nak amik.
Nasi Lemak kak long Sg Merab.

Maka kami pun order nasi lemak dan nasi kerabu.

Selalunya macam tu lah kalau aku dan Lurvy meneroka tempat baru. Diversify, kot satu tak sedap, mungkin lagi satu sedap. Wohahahha

Nasi lemak sedap juga. And nasi kerabu pun boleh la.
Antara dua nasi lemak menang.



Balik rumah anak mendapat jemputan kawan untuk open house. Kota Warisan sana nun. 

"Abah hantar pastu abah pergi la Mitsui Outlet. Lepas datang la amik Aisya"
Hamboiii. Pandai nya set plan

Oklah . Boehlah jalan2 dengan Lurvy kat outlet ni.Lama juga tak pergi.

Nak beli pakaian sukan juga ada sebenarnya.

Setelah masuk kedai keluar kedai dapat la beli satu seluar sukan.




Org tak berapa ramai kat Mitsui, mungkin baru sahaja Aidilfitri. Dah shopping kot hari tu.


Lurvy pula teringat yang annversary kami dah dekat. Tanya aku nak apa.?
Aku cakap : "Nak Yang je"

And aku plan nak beli kan something apa yang Lurvy nak la kat sini sambil dah set surprise kat dia nanti. Surprise tu nanti lah. 





Masuk kedai Victoria Secret. Aku dah agak dah .. Dengan aku pakai seluar trek, sure depa tak pandang. Banyak barang skin care dan serba mak nenek apparel pompuan aku memang nak tanya. Tapi asyik dok tengok phone depa salegirls ..
Kalau depa tak tanya nak beli apa dan buat tak heran memang depa yang rugi.

Aku pun keluar. Lurvy pun tak minat sangat perfume depa. Aku yang paksa masuk kot ada apa nak beli..Elok lah tu.

Nanti belilah  kat mana mana kat KL . Brand lain2 pun banyak

1 comment:

  1. Haha so sweet jawapan bila dia tanya nak apa tuu... 🥰

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...