Wednesday, 27 April 2022

Indah suasana sambutan.

Assalamualaikum bloggers and readers..
Lagi gambar² menarik di bawah


Semalam , menghampiri penghujunng Ramadan aku pun ke ATM sebab dua perkara. Tukar duit ,walaupun tak pasti apakah nilai yang disediakan. RM10 atau RM50.

Yang kedua memang nak withdraw duit lah,, sebabnya cash habis, juga nak bayar zakat fitrah. Lambat ek?

Penghujung ramadan ni lagi afdal  nak bayar. Jangan sampai terlepas sudah lah.

Korang dah settle zakat fitrah? Tentu dah kan..Bagus Bagus..

Kadar nya pulak di Wilayah ni ialah RM7 RM14 dan RM21. Jadi bayarlah berpadanan dengan jenis beras yang anda makan ya. 

Ok lepas maghrib naik moto je ke ATM sebab dekat. Lagi pun ada festival Ramadan, mesti tempat parking jauh. Naik moto kan senang...

Memang anak ajak berbuka kat dataran tu tapi macam kalut lah. Nak gerak pergi masjid, Nak ambil wuduk dan ke toilet lagi. Macam kelam kabut ja kan. 

Sememangnya aku lebih suka berbuka kat rumah. 

Tapi situ memang meriah, kebanyakkannya depa depa masih memakai baju ofis dan berkesempatan berbuka dengan kenkawan. BAlik lewat atau memang merancang untuk berbuka situ kot. Cuaca pun elok..
 Banyak tikar2 dihampar dan masih lagi ada makanan terhidang. Masa ni pun dah lepas maghrib. aku sampai ATM tak payah Q waima seorang pun.

Terpegun dengan kemeriahan, aku pun ambil gambar-gambar. Ya selepas keluarkan duit. 
Dan duit raya..


 Biasalah aku, nak ambil gambar nak kena sudut yang sesuai. Makanya ambik masa dan berjalan-jalan dikawasan Dataran Putra berhadapan Perbadanan Putrajaya tu.


Ni gambar-gambar yang aku ambil.












Tengah syok2 fokus telefon berbunyi.. Lurvy call.

" Abang dah  nak isya', kami pergi masjid dulu. Nanti abg pi ngan motor na."

  Terus sambar moto balik umah terus ke Masjid.. 

Tu lah kekadang leka dengan keindahan..



2 comments:

  1. Khabornya kat pjaya tu meriah kan? Tapi tu la... uncle pun jenis maleh....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...