Thursday 11 July 2013

Ramadhan mengajar tentang kesabaran, tapi ...

Assalamualaikum bloggers and readers..

CAtatan 1 Ramadhan.. Nampaknya entry aku lately pasal kelakuan orang saja. Ish,, busy body ke hapa ni...

Tapi yang ni kena tulis semoga jadi pengajaran.

Nak nak pula bulan ramadhan yang mengajar kita penuh kesabaran ni.

Peristiwa : Berbuka Ramadhan,
Bila: 1 Ramadhan 2013

 Aku plan dengan keluarga  untuk ke masjid Sultan Zainal Abidin. Nak merasai suasana dan yang penting aku rasa berbuka reramai ni tertib dan dengan solatnya dulu setelah makan kurma adalah satu praktis yang baik. Kalau kat rumah ,, susah nak amalkan. MAu nya dimakan sampai "sengkak" baru lah nak solat maghrib.. teruk kan.

Lagipun untuk nak anak-anak yang baru start puasa memang depa tak sabar nak makan sepuas-puasnya. NAk bagi dia orang sabar lah konon.. JAdi elok lah ketempat yang tertib macam masjid.

PAnjang pulak intro..

Anyway, selepas solat maghrib maka beraturlah . Self servis. Ramainya manusia.. Dengan banyaknya tempat ambil makan tapi satu barisan tu maunya 50 hingga 60org. Tak kisahlah .. kena sabarlah. Tu pun tujuannya dan hikmah ramadan.

Lagi 5 org nak sampai kat aku , nasi habis walaupun lauk banyak lagi. Dan orng pun sedang bawa nasik untuk masukkan dalm buffet tray tu. Cuma sedang letak tempat lain dulu sementara sampai tempat aku Q.

Tetiba adalah makhluk 2 org ni baik saja ciluk memotong mamat yang tengah tunggu nasi yang nak ditambah. Derang amik lauk, Tak sabarnya...

Aku ingat diaorang  ni lapar sangat sebab puasa kot ( org lain yang 20 -30 org yang lain tak puasa kot). Tak pe lah mungkin juga nak amik lauk kemudian  nakmakan ayam dengan sayur je kot.

Tapi bila nampak nasi sedang di tambah diorang tak bergerak pun. Potong Q dan terus tunggu depan.

Aku nak tegur juga.. Sebab kalau macam ni macam mana Malaysia nak maju.
Dengan selamba dia ciluk dan buat dek tanpa rasa bersalah dan malu pun.

Mungkin yang depan sekali  tu Guard bangla ke apa kot, dia pikir dia boleh la buat macam tu.

Tapi yang 20 orang kat belakang ni tunggul agaknya.

Dalam aku nak sound, ada org depan aku tegur lelaki tu dulu . Aku rasa dah dalam budi bahasa dah tegurannya:

" Abang , boleh beratur tak bang"

Elok lah ditegurnya, fikir aku. Barulah dia tau yang perbuatan dia tak senonoh dan memalukan diri . Supaya segan lah dia nak buat lagi next time.

Tau tak apa jawapan dia. Dah lah dia potong Q, ni ha bahasa dia

"Aih, takkan pasal makan pun nak gaduh. Ingat akau tak tau beratur ke??? Tadi aku beratur la.."

Mamat yang tegur tu diam ja..

"Apa. Tadi nasi habis ,,aku ambil lauk dulu!!! Aku beratur kat belakang tadi Apa? Pasal makan je pun, ni pun nak gaduh ke. Ha!! nanti aku pijak ko kat sini karang" ujar si pemotong Q tu lagi. Mcm tu lah kot herdikan dia..

(Tak de sapa ajak dia gaduh pun. Semua yang ada tengok je perangai dia..)

Adoiii...manis nya perangai. Ada lagi manusia mcm ni...

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...