Thursday, 11 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Salam Ramadhan al-Mubarak untuk semua  terutama untuk keluarga, saudara dan sahabat handai serta pembaca blog ini.

Sempena Ramadhan , BTS (Blog2shout) ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan sama ada apa y ang tertulis dalam blog ataupun terucap serta  apa yang berlaku di dunia nyata.

Marilah kita mengambil kesempatan untuk meningkatkan amalan kebajikan serta merapatkan ukhwah sesama kita. Bulan yang penuh keberkatan ini hendaklah digunakan sepenuhnya utk muhasabah diri ke arah kebaikan.

Bagi aku,  selain dari kenikmatan bulan ini dimana kita seperti  berada  dalam budaya lain. Contohnya dengan kesopanan tuturkata dan banyaknya amalan. Jelas berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Jika kita berada dalam environment sebegini  (yang banyak melakukan perkara-perkara kebaikan), ianya memangkinkan atau memotivasikan semua org melakukan perkara yang sama.

Selalunya memori aku terlontar pada zaman  ketika aku kanak-kanak, selesai  terawih, yang aku rasa sangat2 lama nak habis, (maklumlah imam kat kampung  otai2 belaka) memanjat pokok jambu depan rumah. Walupun gelap tapi siang tadi dah mark dah kat mana yang dah masak. Boleh pulak cari sampai dapat.!!

Kemudian betapa susahnya nak bangun sahur. Kerinduan masakan mak seperti daging goreng yang dipanaskan semula. Selalu juga ada telur masin yang dibuat sendiri.. Dengan bergaduhnya adik beradik tak nak pergi hantar juadah kerumah jiran.. Atau lari bawa kuih sampai terjatuh. Bawa balik “siia” kosong saja..
Ermm banyak lagi kenangan yang aku rasa terlalu banyak untuk dikongsikan.

Rezeki  ramadhan.

Hari ini sudah terdengar keluhan tentang betapa harga barang naik. Aku tak pasti betul ke tidak naik. Rasanya betul la tu. Ramadahn ini ..Aku masih tak membeli barangan dapur lagi, kalau membeli pun Lurvy yang lebih arif.  Kenapa barangan naik harga, Sebab peniaga sesenang hati buat begitu?
Peniaga pula memang masa inllah cuba mendekatkan diri dengan bidang keusahawanan kecil-kecilan ini.
Alangkah baiknya kalau kita bendung nafsu makan. Sebenarnya makan dalam bulan ramadhan ni lah yang paling nikmat, walaupun masakan yang simple-mimple. Ye lah kalau dlm keadaan lapar dahaga tentulah selera kan. Tapi kita ni tidak, masa berbuka lah nak makan segala,..

Bayangkan semua peniaga membuat duit dalam bulan ramadhan ni. Baguslah rezeki mereka. Elok juga belajar berniaga. Moga lepas ramadhan boleh kembangkan  lagi. Jgn tunggu ramadhan saja. Setahun sekali berniaga ??

Kepada pengguna nak mengeluh tu…apa kata kita yang mulakan dengan membeli apa yang perlu sahaja bukan apa yang kita nak.. boleh?

1 comment:

  1. Insyallah.. terima kasih ats ingatana.. sebabs emalam je dah belanja lebih... ada lagi agar agar dalam fridge tak habis...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...