Wednesday 3 July 2013

Kenangan Bosphorus Cruise

Assalamualaikum bloggers and readers..

LAst sekali aku post pasal jalan jalan turki adalah beberapa bulan yang lalu.. Imbau kembali.. wah.. lama dah juga kan. Namun ada lagi yang belum ter post kan. Walau draf dah dibuat seketika dulu. Ingat nak kansel dah entry tu. tapi sebab ada masa nak update ni maka terminat la pulak untuk update apa yang tertinggal..

Antara satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan semasa berada di Istanbul/ (Islambol nama lama) ialah Bosphorus cruise. Satu pengalaman yang indah. Walaupun dalam keadaan dingin . Huish dingin apanya, dah kira sejuk sangat tu. Sebab cuaca 7-9 Celsius. Kemudian bot pulak bergerak lelaju. Angin menambahkan lagi kesejukan.


Masa yang diambil cruise ni agak lama sebab jaraknya jauh juga. Banyak la bangunan bersejarah serta bangunan yang mempunya senibina menarik dapat dilihat sepanjang cruise tersebut..

Pemandangannya juga amat menarik. Tambahan pula ketika itu mentari senang muncul di awal pagi.
Bot pula ada dua tingkat/dek. Kat bahagian atas tidak berdinding , supaya pelancong boleh menikmati keindahah sekitar Bhosporus. Tapi kalau berada diatas ni memang la sejuk.. Tak boleh lelama kat atas tu.

Turun ke ruang bawah , suasana lebih nyaman kerana berdinding cermin dan kerusi nya mempunyai meja. Sesuai untuk menikmati turkish tea sambil melihat keindahan pesisir selat tersebut.

2 comments:

  1. cantiknya turki.suka tgk bangunan2 lama. teringin nak ke sana

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Cantiknya pemandangan masa cruise tu..tentu banyak lagi yang menarik kan?

    Salam Ramadhan to you and family.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...