Friday 26 July 2013

Sekeping gambar seribu cerita, berjuta andaian,,,,

17 Ramadhan 1434

Assalamualaikum bloggers and readers..

Memang betul gambar mencerita seribu perkataan. Lebih  banyak gambaran yang dapat dibuat dengan melihat sekeping gambar. Mungkin seribu mungkin sepuluh ribu cerita dapat diulas dengan sekeping gambar.

. MAcam gambar ni..
gambar  hiasan.


Ok tu intro dia... entah apa apa punya intro. Ade ke diletakkan gambar gadis Turki la pulak. Nasib baik gi Turki dengan Lurvy..

Nanti pa lah pulak andaian orang...

ok ok...Sebenarnya aku simpati dengan  apa yang berlaku baru baru ni..

Orang kata " First cut is the deepest". 

Ni ha cerita Sekolah Keb Pristina...

MAcam tu lah penangan perkataan yang diserta dengan gambar yang berbunyi " Pelajar dipaksa makan dalam tandas"
memang ayat tu ayat killer..
dan ada gambar serupa pulak tandas.. Ada cubicle dan ada sinki bagai..
Memang kena pukulan maut..

Nak jawab pun dah tak boleh.. Damage has been done. Samada sengaja atau tak sengaja caption tu diletak

Kalau bilik persalinan pun jadi masalah besar kepada dia sebab gamabr mencerita seribu perkataan. 

Malang lagi bila " Sekeping gambar memberi peluang untuk massa (org ramai) menbuat sejuta andaian". 
Dikatakan  tandas walaupun bukan tandas..

Pelbagai pihak komen dan retweet dan buat entry..Ssampai jadi polemik yang besar.

Adakah ada agenda atau suasana ini menyerlahkan apa yang terbuku di hati masyarakat Malaysia.
Adakah tiada lagi jalan keluar yang lebih harmonis kalaupun betul apa yg tersirat di foto tersebut. Adakah semua perlu dikaitkan dengan kaum, penindasan dan politik yang tiada kesudahan.

Aku berpendapat..( err boleh kasi pendapat), setiap isu kena tengok kepada apa yang hendak ditonjolkan. Kalau kata inilah peluang untuk bikin bising memang lama lah isu ni berlegar. 
Tegur lah berhemah....

Ini dengan ada ugutan bunuh...

Dalam entry aku sebelum ni aku tetap kata kalau betul dlam tandas tak bijak lah tindakan itu. Tapi aku rasa caption pada gambar " Makan dalam tandas" mempunyai implikasi yang besar dari isu yang hendak diselesaikan.. Kerana yang sebenarnya bukan tandas...

Aku nak kata isu ni kecik nanti pihak yang kena batang hidung akan kata " kalau kena kat kami hampa anggap kecik".. Susah juga nak komen.

Beginilah... kekadang aku tengok kat kedai makan pun ada meja sebelah tandas... real punya tandas tau bukan bilik persalinan. Kat gerai tepi jalan pun ada yang makan tepi longkang yang ar nya hitam pekat, sama pekat dengan air gula cendol yang dipesan tadi..

Sebabnya ialah fokus. Masa tu fokus pada makanan, tepi longkang pun tepi longkang asal sedap. Kalau kita tengok pula mungkin kita fokus pada longkang tu pulak...tak sanggup.

Aku bersimpati pada pendidik dan GBesar sekolah tu jika fokus masalah tu dilihat bukan dari sudut yang sebenar..Dan penyelesaian yang diharap menjadi lebih "busuk".

Jadi marilah kita berhati-hati  tentang apa yg tertulis, apa yang tersurat dan apa yang tersirat..




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...