Monday 1 August 2011

Siapa pulak lawan Singa di pusingan seterusnya?

Walaupun kecewa dgn keputusan perlawanan pusingan ke2 kelayakan Piala Dunia menentang Singapura.Ramai juga nak tahu siapa lawan mereka pada pusingan seterusnya kan..

Walaupun ramai yang ucapkan tahniah kpd penyokong mereka termasuk aku semasa minum kat Pelita hari tu dan harap mereka pi lebih jauh.( jauh sikit sahaja, jgn sampai world cup pulak)...ada yg harap Singapura kalah pada perlawanan seterusnya. Ini dia lawan mereka.


Dipetik dari Harian Malaysia

SINGAPURA, Ogos – Singapura, yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia Khamis lalu, akan berdepan dengan China, Jordan dan Iraq pada pusingan ketiga pusingan kelayakan tersebut.

Undian perlawanan pusingan awal Piala Dunia Brazil 2014 diadakan di Rio de Janeiro, semalam.

Singapura, yang menewaskan Malaysia dengan agregat 4-6, diletakkan dalam Balang 4 pusingan ketiga zon kelayakan Asia bersama Thailand, Indonesia, Korea DPR dan Lubnan.

Lagenda bola sepak Brazil, Zico, bersama bintang baru Lucas dari Sao Paolo, mengendalikan undian bagi kumpulan zon Asia itu.

Semasa undian itu, Singapura diletakkan dalam Kumpulan A bersama China, Jordan dan Iraq.- BERNAMA


Jadual:
2 Sept – China mln Singapura
6 Sept – Singapura mln Iraq
11 Okt – Singapura mln Jordan
11 Nov – Jordan mln Singapura
15 Nov – Singapura mln China
29 Feb (2012) – Iraq mln Singapura

1 comment:

  1. oh... sedih plak kan? tp x perla spore.... kalo boleh pegi.. pegi la.... tp jgn la berlakon byk2 sgt!! menyampah org tgk!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...