Saturday 13 August 2011

Ramadan Hari 13: Berbuka bercahayakan lilin









Hari ini kami sekeluarga berbuka puasa bercahayakan lilin. Dah lama tak rasa experiace ni. Macam dulu-dulu, alah zaman kecik-kecik. Ni bukan bukan dalam rumah tapi kat pondok atau bangsal.




Pergi Melaka hari ni. Ptg tadi pukul 3 . Niat nak buka puasa bersama Along. Dah dua hari telifon suruh kami melawat dia. Minggu depan ada trial PMR, jadi dia nak jumpa la.



Dlm perjalanan aku suruh Lurvy call pengawal macam mana boleh tak makan kat luar, walaupun aku rasa tak boleh tapi nak check jugak mana lah tau kan.


Lurvy: " Nak tanya , kalau nak bawa anak keluar berbuka boleh tak"


Pengawal:" Tak boleh , tapi boleh berbuka kat pondok kat dalam sekolah"

Lurvy:"Oh terima kasih. Tapi situ ada lampu tak"

Pengawal:" Tak ada, kena bawak sendiri"

Lurvy:" Bawa lampu sendiri?"



(Aku, mencelah:" Eh dah-dah, pandai-pandailah kita")

Lurvy:" oh ok k.. terimakasih"

Maka beli lah lilin untuk menerangi tempat tu. Setakat maghrib tu terang lagi tapi bila makan tu tak sedar makin gelap.

Tapi sempoi jugak...





3 comments:

  1. menarik... baik baik ye jangan main dengan api

    ReplyDelete
  2. macam tak patut. yet, it is a wonderful experience.

    ReplyDelete
  3. @belogkiter..budak nak main api
    @Queen.. Tak lah..kira ok la dia benarkan visitor sampai maghrib.... boleh la berbuka semua sekali

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...