Sunday 7 August 2011

Ramadan Hari 7: Nostalgia...



Assalamualaikum... Apa khabar org kampung... Teringat suasana puasa dan terawih di kampung. Teringat org tua, teringat kawan-kawan kampung berpuasa. Jual ais batu dalam sekam...Sekarang mana ada!






Masa kecik-kecik dulu la. Masa tak ada letrik. Oh, tak ada letrik pun bukan lama tau. Electrik masuk tahun 1986 . Aku masih ingat. Gila punya lambat kan.. Nak kata ulu hanya 12 batu dari Aloq Staq. Anyway, tak kisah lah .. org baru nak masukkan . Tak pa lah. TNB bukan bapak aku punya.






Masa kecik-kecik, dah la tak dak letrik. Macam baru-baru posa ni kan, siang-siang tgk pokok jambu depan umah terliur saja. Masa tu siap chup mana kita punya. Malamnya dgn gelap-gelap panjat pokok tu boleh jumpa ooo. Power punya mental maping. Ni bukan jambu Tambun, ni yang jenis jambu batu yang pokoknya besar-besar. Ken panjat la jugak



Masa terawih pulak geng-geng yang dah besar ni pulak kuat menyakat. Bukan geng bujang tapi yang dah kawin pun. Masa sujud siap pegang rehal kat betis atau pelipat. Bila kawan tu duduk antara dua sujud terkejut badak la. Lepas tu dia pulak rehat. Revenge kat member dia pulak. Mana idaknya solat memang 20 rakaat punya, kena rehat la . Hisap rokok daun dulu..Dengan nyamuknya, dengan pakai pelita gasoline cap rama-rama. Setiap 45 minit sejam kena pam. Terang balik, cerah bijik mata.






Lepas moreh pulak main pukul gendang.. Siap ada rentak tu.






Oh teringat la pulak dok pergi hantar juadah kat jiran. Sekurangnya dapat merasa la 3 4 jenis juadah atau kuih.






Tu cerita bulan puasa dikampung. Nostalgia tu...






Kita la ni pulak , masa musim bola sembang bola, masa AFF pasal AFF, musim badminton sembang badminton. musim world cup cerita worl cup saja. Tapi kan bila bulan puasa dok sembang/ iklan pasal raya, juadah dan baju raya, bazar ramadan..murtabak ..popiah basah kering.....



hurmmm.






P.s tak ambil kira masa blogging lagi tu... alamak. Jom g terawih!!! Bola MU lawan ManCity kita tengok repeat. .. Chowwwww!



3 comments:

  1. blog nih xde shoutbox eek?? kenape yaa?? tapi blogwalking??? errrmmmm...

    entri ini untuk tuan blog ini..

    http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/08/tak-pasang-shoutbox-tapi-nak.html

    sila laa baca.. entri terbaru tuhh,..

    ReplyDelete
  2. bes bepuasa kt kg ...huhu
    mkn masakan mak ..


    excellence!

    ReplyDelete
  3. salam.. harap tuan bersabar yerr.. insyaalah saya akan buat satu entri khas untuk tuan bagi menjawab persoalan kat blog saya..

    thanks sebab memberi respon kepada entri saya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...