Saturday 6 August 2011

Ramadan Hari 6: Ni main boh sajaaaaaaa....







Assalamualaikum...



Tadi aku masa balik dari entertain anak aku raya hari ni ( yang kecik-kecik tu la, yang tak posa macam kat sebelah tu).






Terdengar satu slot kat radio. Tok Ki dan Tok Kan kalau tak silap. Radio 24... Ni pasal pengguna dan kepenggunaan la kan..







Aku tertarik dengan komen salah sorang tetamu tu. Pasal hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.Contohnya nak pi terawih parking sampai double park dan tengah2 jalan, menyusahkan orang. Lepas tu balik lambat sekali. Borak la apa la. kereta dia sebijik-sebijik duduk tengah2 jalan..dah tadi double park..Tak boleh la macam tu.

Aku setuju dgn luahan hati dia.

Dan ni komen aku pulak ,aku dah lama tergerak untuk menulis pasal ni.
Bila mana kita nak berhubungan dengan Allah i.e melalui solat la kan. Janganlah ingat Allah bagi kita redah je sampai tak pedulikan pasal hubungan dgn manusia dan kemanusian. Nanti org ingat org Islam ni tak ada etika. Main boh saja, tapi nak pi solat tu. Solat Jumaat pun sama. Parking sampai tgh jalan tuh.. kan menyusahkan org.

Memang la nak pi solat, tapi boleh ke buat macam tu...Aku dah mengomel dah kat kawan aku pasal ni. Mungkin aku saja kot concern pasal ni.

Bukan apa kan. nanti yang bukan Islam yang tertarik nak dekat dgn Islam pun tak jadi sbb sikap org Islam. Ye lah yang pergi surau atau masjid pun buat macm tu kan.......kalau yang tak pi, lagu mana pulak...

Dan nak tambah lagi,, kawan aku,Ron pi bercuti kat Jepun baru-baru ni dia kata:

"Pada pendapat akulah orang Jepun susah ooo nak masuk Islam"
Aku: " Pasai apa pulak"
Ron:" Hang tengok dari segi disiplin, boleh kat Jepun, dari segi kebersihan depa tinggai kita 3 atau 4 tiang, semngat, komitment dll lagi banyak dia lebih praktik yang Islam suruh..compare dgn kita"
Aku terdiam. Termenung. Tak terjawab.
Dia sambung:" Kalau segi spiritual, rohani, hidayah atau terbukanya hati dia tu, cerita lain"

Bull eyes. Tepat sekali....Aku yang penah pi Jepun pun mungkin boleh menerima hujah dia.

Satu lagi aku teringat kisah 2 orang kawan yang sorang Islam sorang bukan-Islam (kapiaq la senang). Kawan baik masuk asrama sekali... Masuk u sama.Belajar sekali. Duduk sebilik, Nak tunjuk akrabnya depa la kan. Kemudian yg kapiaq ni boleh pi belajar kat oversee, kira sambung belajar la kot.

Yang kapiaq tu kenal dgn org Islam kat sana. Punyalah suka cara hidup org Islam tu sampai dapat hidayah masuk Islam.
Kemudian balik Malaysia. Buat reunion jumpa kawan dia balik.
Yang si kapiaq masuk Islam ( aku panggil John)ni punya la hangin dgn kawan baik dia ni..

" Hang memang tak guna punya kawan ( mungkin ayat dia lembut sikit)" sambil menangis tersedu-sedu"

Yang Islam ni kata dalam hati "Eh awat pulak. Baru jumpa, dah kena sound ni. Taliban ke kawan aku ni. Dah masuk Islam macam ni pulak."

Si John cakap" Hang tak pernah cerita pun pasal Islam kat aku selama kita kawan, nasib baik aku pi US, baru boleh kenal Islam. Hang memang suka tengok aku masuk neraka ka"

Si Mamat ni terkedu. Tak terfikir pun. Dan tak akan fikir pun nak syahadahkan kawan dia.

Parting words: Adakah kita juga terpikir dan cuba-cuba nak Islamkan jiran ke sapa.

P.s - Aku lagi la tak boleh jawab..oh . Kena lagi sebijik.. Sendiri mau ingat la. Dah nak Islamkan org kapiaq pun tak boleh, tunjuk perangai molek pun ok kot.....Oh lagi sekali ,,,,hinanya aku.

8 comments:

  1. suka entry ni, betul.. apa yang depan mata kita selalu lupa. amar maruf nahi mungkar sesama kawan dan family lagi penting

    ReplyDelete
  2. erk buat sy terfikir

    mmg ade benarnye entry ni

    tapi tula kite pon tak bpe betui

    nk islmkn org pulak kan

    ReplyDelete
  3. itulah..kekadang kita tak terfikit..bila dah jadi budaya susah laaa

    ReplyDelete
  4. huhuhuh..wahh menarik entri, ermm betul diri kita sendiri tak terurus nak Islamkan org lain plakk.. T_T

    huhuhu..btw alya follow sini :)

    ReplyDelete
  5. salam..'

    kerana dispilin negara jepun jadi maju wp negara tersebut dulunya hancur di hentam bom atom..

    ReplyDelete
  6. salam..betul juger aper yg di nyatekan..nice entry..

    ReplyDelete
  7. wahh.. sokong entri ni..
    jpun mmg brdisplin..

    ReplyDelete
  8. betullah..apa yg ado dlam n3 ni.. dh pernah jadi sebutan suami saye. mase kami borak2... memang sebenarnye kite ade gak nak berdakwah pada org2 bukan islam ni..tp isu agama ni sensitif kat Msia. nnt tak pasal2 gadoh mcm cite Natrah tu plak..adeh..

    lagi satu taipikal malay suka memulangkan paku buah keras..bile kite nasihat ade je derang tanye balik..ko dah buat ke? eleh..macam ko baik sangat..as muslim, tak salah kita berpesan2 kepada kebaikan kan..sekurang2nye dapat gak pahala..terpulanglah pada yg nak menerima atau tidak..tet.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...