Wednesday 29 July 2015

Beraya dan Bergaya dengan Beg Tangan Murah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Masih dalam mood raya kan… :)

Masih terasa belum lengkap lagi dengan pakaian dan eksesori pilihan anda?
..
Ohh mungkin beg tangan anda!!
Walaupun anda telah membeli dengan mahal namun masih rasa kurang umph..
Di sini ada beberapa tip untuk anda memilih beg tangan anda, dan membuatkan anda menarik..
Dan yang pentingnya, ianya tak  semestinya  mahal....

Ramai yang menyangka bahawa untuk tampil bergaya dan menarik, seseorang itu haruslah memakai pakaian atau akesori yang mahal. Namun, tanggapan itu sama sekali tidak releven dan penampilan seseorang bukanlah diukur berdasarkan harga pakaian atau aksesori yang dipakai oleh si pemakai. Contohnya pemilihan beg tangan yang bersesuaian. Dengan bergaya bersama koleksi beg tangan murah juga mampu menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita itu. Mahu tahu apakah elemen-elemen penting yang perlu diambil kira untuk tampil bergaya dengan beg tangan murah?

1.      Warna beg

Pertama sekali, pilih warna beg tangan yang sesuai. Hitam merupakan warna yang paling selamat dan sesuai digayakan dengan apa juga padanan. Oleh yang demikian, jika anda ingin membeli seutas beg tangan dengan bajet yang rendah, pilih beg tangan yang berwarna hitam atau warna-warna gelap yang lain seperti biru tua atau coklat tua.

2.      Rekaan simple

Elemen kedua pula adalah ‘ringkas’. Sentiasa pilih beg tangan dengan rekaan yang ringkas dan ‘clean’. Jika anda lihat pada jenama-jenama beg tangan antarabangsa yang terkemuka, rata-rata rekaan koleksi beg tangan tersebut direka dengan rekaan yang amat simple. Less is more!

3.      Trendy


Dan buat sedikit research mengenai trend beg tangan terkini yang sedang hangat di pasaran. Dengan itu, anda akan sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...