Saturday 7 January 2012

Ubat, politik. Rasuah... Amalina???

Salam....
Agak lama tak buat entry blog.. Lama bagi aku punya perkiraan kot.. Follower aku dah 611 org, tak nak komen pasal follower sebenarnya tapi aku wanna express appreciation kepada yang sudi jengah dan baca.. Thanks a lot untuk follower!!! and keep on blogging...

Hari ini aku pergi check tangan Akmal Danial yang patah dan yang dah sembuh semula.Kira follow up lah. Doctor tengok x-ray kejap.Jumpa doctor 5-6 minit kot Nak register yang lama.
Then doc kata dah ok," Dia boleh buat apa dia nak, i.e nak main bola ke".

Aku tergelak dan bagitahu yang dah lama dia main bola balik.
Yasmin pun batuk-batuk dan amik ubat dia sekali..

Ubat? Ubat kat hospital mana tah yang kena curi. Kalau tak silap dalam 1juta ringgit depa sebat/rembat... Banyak tu nilainya. Tapi dah dipulangkan dan penjelasan mereka nak guna sendiri..Apa punya turrrr... Boleh pakai ke kat mahkamah..Sakit apa tu ubat amik sampai nilai RM1 juta..Tak expired ka????

Juga ada kes rasuah kat sempadan negara. Dengan RM10 pun dah boleh lepas bawa masuk barang. Jahanam negaraku kalau macam ni... Patutlah senpang ke pistol ka waima bangla. myanmar, nepal suma lepas masuk daaaaa... Kurang asam betullah siapa yang jaga pintu masuk negara buat macam jaga rumah sendiri. Erk rumah sendiri ada ka benar org yang tak patut masuk, masuk...Kalau nak baca detail check NST hari Selasa atau Rabu minggu lepas i.e minggu pertama tahun ni... Siap ada stiker kebenaran untuk lepas JPJ punya roadblock.. Rasuah oh rasuah...Memang jahanam negara...
Dulu aku dok kondem Imigresen Thailand yang kalau nak chop pasport pun kena bayar. Kalau tak bayar depa wat donno saja.... Macam SOP pulak, heran jugak aku semua bayar..Tapi open punya bayaran..entah2 memang ada caj cop pasport mana akutau bahasa Siam.. Tok Nek aku saja kot asal belah-belah sana...

Politik?
Urg..next week ada keputusan mahkamah yang ramai dan berkumpul. Malas aku nak sentuh pasal ni dulu walaupun aku minat politik... Save for another day. Cuma lately aku cukup terkilan yang MCA banyak dok kutuk hudud... Banyak sibuk la ini Soi Lek.. oh simpan dulu kot... Pada MCA,aku rasa elok aku pesan, kalau nak cakap, mau fikir dulu ok...Nanti org gelak, Ingat nak dapat sokongan dok hentam hudud, kot2 lagi org benci..
Ada kisah org boikot Gardenia... Aduyai roti pulak jadi isu perkauman. Aku tak pernah kesah pun Gardenia tu sapa punya dan Masimmo tu sapa punya.. Should I care to think what to buy according to "those" line... Sometime people would like to politicise everything... Ahh there you go...Setlah 50 puluh tahun masih timbul isu-isu macam ni.. Korang tak tau apa isunya??.. erm..kalau tak tau lagi ok..

Amalina.. LOL.. ROTF...lawak-lawak
Budak bijaksana pun jadi isu yang trending yang maha hebat last week kat blog2... Untunglaahhh!!! Untung lah jadi org bijak. Semua org kesah..Aku baca tapi tak reti nak komen peribadi seseorang kalau ianya setakat gambar.. Aku resevered dulu kalau benda-benda macam ni. Ada buat comparison dengan Fatimah ke sapa entah...Isunya disini aku kata beruntung kerana ramai ambik berat pasal tata pekerti org yang bijak pandai.. bagus lah... tapi marilah kita kesah dgn org yg kurang bertuah/ kurang bijak/kurang cantik/ kurang glamor ..
Kes Amalina tu. nak amik kesah pun boleh, tak kesah pun boleh...Apa komen beliau dlm interview pun aku dah taknak baca...

Pasni aku nak sambung cer aku jalan2 gi Sabah.Tak habis lagi? Memang tak lagi.. Dan aku ada bnyak masa.. Lurvy and anak2 layan "DIL to Pagal Hai".. cerita 10 tahun dulu kot.... Zaman kemuncak cerita hindi kat Msia, with SRK heronya... Bola pun aku miss nak, nak kena tgk sorang2 kat bilik..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...