Tuesday 31 January 2012

Along ke MRSM Langkawi...

Along telefon bagitahu yang dia dapat ke MRSM Langkawi. Surat pengesahan belum dapat lagi, pengesahan dia dapat masuk PKP(program khas pendidikan, kalau tak silap), dan tarikh pendaftaran yang dikatanya 8 February 2012. Apapun kalau Maktab bagi tau tentu 99% pasti kot. Cuma tunggu surat rasmi shj.
Kami sudah telefon Langkawi dan mendapat kepastian daftar 8/2/2012. Bukan apa senang nak plan cuti.. Semalam dok berkira-kira yang Lurvy kena ambik cuti CRK untuk dua hari kalau boleh. Entahlah boleh ke tidak katanya, biasanya CRK satu hari sahaja. Tapi harap-harap dengan jarak perjalanan yang jauh demi menghantar Along, bolehlah diluluskan.
Dari MRSM Terendak hanya Along dan seorang kawan baiknya saja yang dapat. Aku pun google lah lokasi MRSM Langkawi. Macam dekat sahaja dengan pekan Kuah.Aku jarang ke Langkawi walaupun org Kedah. Kini boleh la selalu ke Pulau Lagenda tu…

Phasa kedua dalam pengajian beliau. Dulu ke MRSM Terendak, dekat sahaja dengan rumah dari Puchong. Kini makin jauh. Dan aku dan Lurvy akan hantar kemana pun selagi beliau mahu dan mampu untuk mencapainya. Semoga beliau terus berjaya..

Cerita pasal Along sikit, dulu anak sulung kami ni rasanya macam dah tak panjang umur namun, Alhamdulillah , Dia mengizinkan kami terus menyayangi beliau di alam ini. Lahirnya tak cukup bulan. Hanya berat 1.9kg. Terpaksa berada dalam incubator selama beberapa hari. Anak sulung, dan kami yg baru menimang cahaya mata tidak betah dalam urusan bayi ni, hampir mengundang bahaya kepada beliau. Terlalu fragile masa kecilnya.. Bulan pertama dan kedua begitu mencabar. Dengan demam kuning yang agak tenat. Aku meninjau dari luar wad, mengira-ngira tiap hembusan nafasnya. Paniknya, aku ingin berlari memeluk takkala kurasakan nafasnya berselang agak lama.. Paling menguji kami ialah bila dia terpaksa melalui proses penukaran darah kerana darahnya terlalu kuning. Oh,, biarlah kenangan anak sulung kami aku dan Lurvy saja yg simpan..

Kini cepatnya masa berlalu, baru seketika tadi rasanya kami bermain dengannya seperti mana kami bermain-main dengan Aisya danYasmin kini…
..…kini sudah selesai PMR dan akan berjauhan dari kami ke Langkawi….

Wokeh..nostalgia pulak kisah lama,,,, cerita silam tuh..

Makanya aku pun google lah kat mana, bagaimana rupanya MRSM Langkawi lalu terjumpa blog ini. Utk rujukan aku dan inilah photonya… nanti aku post photo yang aku snap pulak..


Photo kredit untuk empunya blog ni..Many thnks!!!
http://hassan1663.blogspot.com/2010/02/kembara-cuti-cny2010-kausar-masuk-mrsm.html


MRSM LANGKAWI








MRSM LANGKAWI







MRSM LANGKAWI










3 comments:

  1. wahh syoknye dpt mrsm lagkawi
    org kate susah nk dpat sane

    ReplyDelete
  2. Untungla masok mrsm langkawi... boleh makan coklat daim banyak2.. HEHE

    ReplyDelete
  3. sekolah saya dulu tu..huhu..tahniah kat along sebab dapat one of the best MRSM in malaysia..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...