Friday 20 July 2018

Misi mencari durian membawa ke dusun terus..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Agoda, eh Agohi, Sila duduk & Jangan Lari, PAN jangan lari bawa kerusi, AMANAH, LBGT, Syed Saddiq, Jerangkung dalam almari & Jembalang dalam parlimen, royalti 20%
90/25 ( 90 bukan melayu vs 25 melayu PH)
2/10 ( 2 dari 10 janji), 100 hari kian hampir, Hutang 1trillion, Bukan Bible, Kalau tak laksana sanggup tanggung dosa, Keluar dari persidangan, Kasut hitam vs plastik hitam.GST, SST 10 + 6 %, lebih murah atau sama, harga makin naik? 90 juta rasuah. dedak vs capati??? Batal mega project, tangguh, review. Cukai masih tinggi. Najib dan J low punya pasal.  Semua salah hampa!! Harga kereta. ECRL HSR.
YOLO JLow, why not try prison as well...?? well u only live once..
ditambah dengan kes Budak masuk dalam peti ais, atau sebenarnya disimpan dalam peti ais, Siti Kassim, Protokol, Accident langgar lori, No plet universiti

Perghhh.. betapa makin serabut jadinya. Aku, kalau boleh, tak mau tahu sangat. Sebab makin pening la.Nak bagi chance ke nak jadi pemerhati yang check and balance. Atau jadi penyokong tanpa ilmu.

arghh biarkan , biarkan.

Nak kata tak tahu, dok baca news, kan skarang kena "keep up to date" dengan semua isu supaya jadi orang yang berpengetahuan.

Kekadang tahu banyak pun pening. Apalah nak jadi dengan negaraku. Atau apa yang telah terjadi. 

Nak salahkan atau nak bangunkan dan baiki. 
Nak looking forward ke, nak look back dan berdendam. 

Apapun suasana politik  makin dynamic. Apa yg tersurat sekarang mungkin lain jadinya masa depan. 

Yang penting balik rumah jaga anak, jaga family supaya jiwa mereka besar, untuk hadapi segala kemungkinan. Supaya keputusan dan tindakan mereka adalah yang terbaik dan jangan tersalah langkah. In sha Allah.


Well, pegang keyboard ni nak tulis pasal durian. Lupakan lah bebelan yang di atas. Yang paham paham la. Yang tak paham biarkan.

Misi mencari durian. Akhirnya jumpa dan sampai ke dusun.


Setelah selesai pendaftaran Alif di UITM Jasin, maka aku call dan tanya kepada orang Melaka dimana tempat durian yang best, banyak dan tak mahal sangat, kat Melaka ni. 

Ok tempat pertama Tehel dicadangkan. Ataupun pergi ke Kesang/Muar Johor, dekat dah dengan Jasin tapi ke belakang sikit.Kami memilih untuk ke Tehel.

Maka ditekan panduan gps dari Waze untuk ke : Tehel. 
Panduan dari waZe  kali ni tak dapat membantu untuk ke Tehel. 

Katanya banyak gerai di tepi jalan kat Tehel.Tapi tak terjumpa. Agaknya Waze telah terkehel di situ.

Tak apa, mungkin ke Durian Tunggal nanti ada banyak durian, yang merupakan laluan ke Kuala Pilah.
 Kata org situ pun masih banyak durian.

Sebenarnya bagi aku, ni durian bukannya nak makan sangat,  masud aku bukan aku ni hantu durian, tapi geram dengan keenakkan dan kekuningan keemasan tuh. Dua tiga hari lepas pun dah dibelinya durian di Putrajaya. Sebelum tu durian K Pilah.

Tapi kali ni teringin pula durian Melaka.
 Sudah sampai sebelum Machap masih belum kelihatan gerai yang banyak. Nampak dua tiga lori yang membawa durian, tapi tiada pun jualan atau pesta pestaan seperti yang dijangkakan.


Orang kata, sesat jalan usah malu bertanya.
Aku pun ringan mulut bertanya ketika mengisi minyak.

"Abang orang sini ke bang" aku membuka bicara sedang dia mengepam minyak kedalam kereta Wira beliau.






" Ya, kenapa" macam cuak juga.

Namanya Ali.

"Area sini kat mana banyak orang jual durian ya" tanyaku sambil muka blur blur.

"Ermm... tak pasti pula. Tapi kalau nak, pergi ke dusun saya pernah pergi"

"Ok juga tu , jauh ke. kalau jauh tak pelah, saya on the way ke Pilah" ujar aku.

"Jap saya tgk location dalam WhatApps saya, minta no phone abang"

"Ok ada location ni. Sib baik tak padam" sambungnya lagi.

 Maka dia pun hantar location.

Tempat yang tiada papan tanda, tapi banyak juga kereta selisih semasa kami ke arah sana. Hanya orang yang  tahu saja yang  tahu.

Masuk pun laluan tanah merah.

Petua Ali, lalu jalan tanah merah tu dalam 200 ke 300 meter , jumpa pagar dan ada 2 ekor anjing. Kat situ lah dusunnya.

Omaak aii. Anjing ??. Mesti besau punya anjing aku fikir. 
Melaka kan, mestilah cakap besau bukan besaq!!

Dan mesti  tertambat di pagar. Huish, ni kira adventure ni!!

Sesampai, tak de pun anjing. Mungkin dalam kebun dia kot. 
Oh, ada sekor kat tempat parking. Kecik ja... Wohahaha

 Maka kami pun memakan beberapa biji durian IOI dalam dusun tersebut. Dia IOI, aku pun IOI lah. Mana aku reti jenis jenis durian. tapi memang sedap. aku ni jenis kalau durian kampung ke apa ke aku tak kisah. Yang penting sedap. Kalau musang king aku rasa tak sedap, aku tak mau. Yang penting rasa, bukan rupa

Dan dusun tu, ramai orang datang dan pergi. Orang tempatan la kot.

Durian fresh dan baru. Timbang, kopek dan makan. Kalau tak elok,  la la tu boleh tukar.

Done. Misi Selesai.

terima kasih Ali...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...