Sebelum tu, blog ni akan menerangkan dulu apakah
itu compounding interest.
Robert Einstein
telah menyatakan bahawa compounding
adalah 8th wonder of the world.
7 lagi wonder of the world tentu pembaca sedia maklum i.e antaranya ialah
pyramid, taman tergantung Babylon , tembok besar China etc.
Oh ya lama sudah blog ni tidak menceritakan atau
berkongsi tentang finance atau
kewangan ya. Sesekali sekala elok juga ditulis tentang kewangan.
Walaupun orang kata wang tidak mencerminkan kebahagiaan
100%, namun pengetahuan tentang kewangan amat berguna di zaman materialistic* ini.
Compounding interest adalah satu magic dalam dunia
kewangan atau pelaburan.
Kenapakah ya? Penulisan kali ini akan menjelaskan
kenapa dan alangkah bagusnya jika anda mempunyai banyak masa untuk membiarkan compounding interest bekerja untuk anda
untuk anda mencapai financial freedom.
Apakah compounding interest??
Petikan dari Wikipedia, yang mana mendefinasikan:
“Compound interest is the addition of interest to the principal sum of a loan or deposit, or in
other words, interest on interest. It is the result of reinvesting interest,
rather than paying it out, so that interest in the next period is then earned
on the principal sum plus previously accumulated interest. “
Dalam bahasa mudahnya, ianya adalah
tambahan interest atau keuntungan ke atas prinsipal (modal) yang mana jumlah kedua-duanya
akan mendapat interest lagi pada tempoh masa yang kedua dan seterusnya. (interest kita boleh tukarkan kepada
keuntungan) . Lagi lama atau lagi kerap ianya di”compound” lagi besarlah nilainya
dipenghujung pelaburan tersebut.
Sebelum diteruskan penerangan, ada
satu scenario di mana penulis ingin lontarkan pertanyaan dalam penceritaan
misteri ini:
Andaikan bahawa anda dalam percutian di
pantai yang anda diidamkan sekian lama.
Contohnya ke Kepulauan Maldives dan
tinggal di Hotel Conrad Maldives Rangali Island.
Wah jauhnya merantau..
Andaikan lah ya, sebagai contoh..
Tapi best woo hotel ni..wohahaha.
Tentunya anda telah membelanjakan
sejumlah wang besar untuk menginap di
sana. Mungkin RM50,000 ongkosnya.
Sebagai orang biasa-biasa macam kita ni,
tentulah pada mulanya sangat teruja bila sampai. Dengan suasana, dengan
layanan, dengan permandangan yang indah .
(Walaupun poket koyak semata-mata
hendak ke sana). Orang kaya raya tak kisahlah kan
Ok ringkaskan cerita, setelah
beberapa hari anda menikmati keindahan bumi dan lautan Malidves ni, anda
mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai untuk sekian kalinya, dan
oleh kerana setiap hari berjalan di pantai yang sama, anda ambil keputusan untuk
meneroka tepian pantai agak jauh dari hotel.
Sedang berjalan-jalan anda ternampak
satu botol terumbang-ambing dibadai alunan ombak. Agak unik botol tersebut.
Perasaan ingin tahu membuak-buak, maka anda merendah air setakat pinggang dan
mengambil botol dari lautan Hindi. Entahkan datang dari India atau dari tanah Arab,
tak pun dari Afrika botol tersebut. Pastinya bukan dari MH370.
Dipendekkan cerita, maka anda membuka
penutup botol dan keluarlah jin.
Seperti biasalah, berdasarkan cerita
dongeng, jin pun rasa terhutang budi maka dia pun nak bagi ganjaran. Lumrah cerita
dongenglah kan.
Jin ni pun pernah dengar kot cerita
dongeng dari makbapak dia, dia, iaitu jin pun tawarkan ganjaran berikut:
“ (A). Aku berikan kau RM100 juta
sekarang ataupun,
(B), aku berikan RM1 hari ini dan
duit tersebut akan berganda setiap hari sehingga sebulan (30 hari)”
Sila buat pilihan sekarang. Kalau
lambat burn! Langsung tak dapat !
10 saat dari sekarang. Jawab.
Ok, sekarang anda pembaca sila pilih.
Maka sepuluh saat pun berlalu.
Ok pasti anda sudah pilih. Biru muda
atau biru tua atau hijau.
Eh silap. A atau B?
Simpan jawapan anda semua. Jawapan kat
bawah nanti. Sebelum tu baca lagi info di bawah ni sebelum jin buat kiraan,..
Wohahahahaha
Berikut adalah sebab kenapa compound interest
adalah “8th wonder of the world”:
1. Compounding interest adalah “sama rata”
Compound interest adalah sama kepada
semua orang. Bumiputera ka, non-bumi ka, African ka, lelaki atau prempuan.
Sama sahaja. Yang membezakan adalah masa.
2.Compounding interest mengaplikasi momentum.
Pernah terfikir bagaimana runtuhan
salji menjadi begitu kuat, berkuasa hingga meruntuhkan pokok atau menenggelamkan
rumah-rumah di pinggiran bukit gunung tersebut.
Atau bagaimana air disungai boleh
mengalir dengan deras sedangkan dipermulaannya, di hulu sungai adalah titisan
air yang mengalir?
(Ermm macam tak sesuai je contoh air sungai ni. Nanti jadi
kepala air lagilah kuat force dia)
Berbalik kepada salji, ianya
memerlukan permulaan satu ketulan salji yang kecil yang runtuh, sebelum menjadi
deruman salji yang beribu-ribu tan. Mungkin hanya seorang pendaki yang
campakkan satu ketul bulatan salji di puncak sehingga menjadi snowball yang
ganas. Ingat, asalnya satu ketul yang kecil sahaja. Dari yang kecil ia akan
compound dan copound hingga menjadi besar.
Pengajarannya: Mulakan dengan nilai
yang kecil tetapi berkala dan berdisiplin
3.
Compounding interest boleh melahirkan jutawan dari kalangan orang biasa.
Selalu kita mendengar alasan yang
lapuk dan tidak berjustifikasi bahawa seseorang tiada wang untuk menyimpan atau
melabur. Betul ke tiada mempunyai
lebihan pendapatan
( Tapi , Astro full pakage, Unifi
paling laju dilanggan. i.e Astro RM 150 + unifi RM199 dah RM350 dibayar untuk…?…
(hiburan atau pembaziran)
Ini adalah anggaran. Kalau mereka yang kata tak ada duit la.
Dan kemudian broadband data unlimited, kos langganan RM98 atau lebih sebulan.
Dah berapa dah tu.? Eh terbebel lak aku. Ok ok serious serious. Ni topic
serious!
Sebenarnya kita tak memerlukan duit
yang banyak untuk mengarahkan “compounding interest" bekerja untuk kita”. Apa yang
anda perlukan adalah masa.
Dan 10% dari pendapatan anda.
Kalau tak boleh juga,
gunakan duit di atas,( ala yang dibebel tadi) iaitu Astro,Unifi dan B.Band anda.
Mungkin itu sahaja dah RM300
atau Rm400. Oklah ambil sahaja separuh dan simpan RM200 setiap bulan dan tunggu saja magic of compounding interest bekerja untuk anda.
Dan masa selalunya berpihak kepada anda
yang masih muda belia. Atau anak anak anda….
Pengajaran: Simpan je walau sedikit,
ala..macam salji yang ketulan kecil tu!!Ala,,, macam sehengget yang jin kasi tu…
4.Compounding interest mengajar anda
bersabar dan erti kesabaran.
Kena sabra danianya amil masa yang panjang tau. Yang penting sabar.
Lama atau tak lama tu subjectif kan.
Sekejap je anda dah berumur 25 tahun , kemudian 30 kemudian 40 tahun.. Tak
percaya? Tungguuuu
Ok lah panjang nya nak suruh anda baca
sebelum jin tadi kira RM1 yang di “compound” berganda setiap hari.
Kalau anda
semua memilih B. Di mana memilih nilai yang bermula dengan RM1 dan digandakan
setiap hari. Hasilnya selepas 30 hari ialah RM1,073,741,824.00
Ya..anda membaca dengan betul!!
RM1.073
billion.
Hari | RM | Nilai RM |
1 | 1.00 | |
2 | 2.00 | 4.00 |
3 | 4.00 | 8.00 |
4 | 8.00 | 16.00 |
5 | 16.00 | 32.00 |
6 | 32.00 | 64.00 |
7 | 64.00 | 128.00 |
8 | 128.00 | 256.00 |
9 | 256.00 | 512.00 |
10 | 512.00 | 1,024.00 |
11 | 1,024.00 | 2,048.00 |
12 | 2,048.00 | 4,096.00 |
13 | 4,096.00 | 8,192.00 |
14 | 8,192.00 | 16,384.00 |
15 | 16,384.00 | 32,768.00 |
16 | 32,768.00 | 65,536.00 |
17 | 65,536.00 | 131,072.00 |
18 | 131,072.00 | 262,144.00 |
19 | 262,144.00 | 524,288.00 |
20 | 524,288.00 | 1,048,576.00 |
21 | 1,048,576.00 | 2,097,152.00 |
22 | 2,097,152.00 | 4,194,304.00 |
23 | 4,194,304.00 | 8,388,608.00 |
24 | 8,388,608.00 | 16,777,216.00 |
25 | 16,777,216.00 | 33,554,432.00 |
26 | 33,554,432.00 | 67,108,864.00 |
27 | 67,108,864.00 | 134,217,728.00 |
28 | 134,217,728.00 | 268,435,456.00 |
29 | 268,435,456.00 | 536,870,912.00 |
30 | 536,870,912.00 | 1,073,741,824.00 |
(maaf: tempelan dari excel yang senget)
Adakah anda akan kata, tak guna punya
jin?.. sehengget sahaja mula, boleh jadi billion!! Kenapalah aku pilih Rm100
juta tadi.
Jangan marahkan jin, mulakan menyimpan
dan target millionaire (ataupun billionaire) Good luck!!.
P.s Malaysia Baru sekarang ni million million dah tak main, selalu billion-billion saja. wohahahahah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again