Wednesday 26 October 2011

Bercuti di rumah...cerita kemanusiaan dan bencana..




Cuti hari ni.. Mestila... cuti Depaavali. Lepas main futsal dan tidur lambat, hari ni agak lemau. Tetapi sememangnya plan nak berada dirumah.. Pace pun slow lah.. Cover tidur balik... Petang hujan.. Ajak Lurvy keluar jalan-jalan cari makan atau minum petang.

Pekena Mee Bandung kat Embun Urai...
Malam semestinya tak makan malam....

Futsal malam tadi tempat 3 dari 4 team. Could have done better!!!. Tapi menang kalah adat game. Enjoy the game, yep main mesti enjoy dalam mencari kemenangan. Tetapi setelah cuba yang terbaik, kenalah terima hakikat...





Semasa menulis ni anak2 melayan Disney, cerita Barbie..
Aduh.. tak leh layan la kot....








Ps. Esok bercuti lagi. Hari Jumaat kursus!






Banjir.
Akhir-akhir ni hujan sentiasa pada waktu petang. Thailand bergelut dengan banjir setelah beberapa bulan. Kerugian amatlah besar. Banyak kilang ditutup. Kerosakan yang banyak. Pengeluaran terhenti. Kita tak merasa apa-apa pun. Tak ada kena mengena pun. Hermmm, selalunya macam tu lah. Kalau tak kena mengena, tak rasa apa pun. Namun kalau berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Bersyukurlah apabila kita tidak ditimpa musibah dan sentiasa berdoalah agar terhindar dari bala.

Kemanusiaan.
Kan dekat China ada budak dilanggar berkali sampai koma dan meninggal. Banyak cerita pelik2 dan memilukan datang dari negara China. Sebab apa,?... sebab China terlalu besar. Dan banyak mata memerhati China. Pesat membangun dan boleh menggugat kedudukan kuasa ekonomi dunia.

Terbaru ada terdengar kes lori terlanggar dan kemudian sengaja melanggar hingga mati! Kerana apa pulak? Alasannya kos pengebumian amat rendah berbanding rawatan di hospital!!! Huh!!!
Itulah perbandingan nilai nyawa. Amat-amat murah. Semua dikira dan ditimbang dengan wang. Apa "kos-benefit" dari segi kewangan.. Kalau murah mati baik kasi mati terusss..alahai..dunia-dunia




Update: aku dengar berita ni talkshow dalam radio. Jalan2 kat net tadi jumpa berita tu disini




Ps... Tak semua pertimbangan bersandarkan wang ringgit!!!!

3 comments:

  1. barbie
    hehehe layan jerkkkk
    even dah besar panjang hahah

    ReplyDelete
  2. macam macam benda pelik sekarang nie.. huhu... kat dalam negara sendri ini pon banyak dah.. betul betul dunia di akhir zaman

    ReplyDelete
  3. loi..layan ek?? hahaha..ok ok..
    ILiA...macam2 perangai pelik kan...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...