Semalam, tika perjalanan pulang lewat maghrib, hati tergerak
untuk masuk MEX.
Bila dipersimpangan Mex atau Sg Besi, selalu pertimbangan perlu
dibuat. Sg Besi tol RM0.80, MEX RM5.50. Haishh sapa janji nak hapus tol tah.
Anyway, aku tak de keperluan untuk segera pulang, sementelah
sudah agak lewat, dan maghrib sure tak
sempat kat rumah. Tapi stereng kona masuk MEX, ya penjimatan masa 15 minit tapi
ada harga yang perlu dibayar i.e tol yang agak mahal.
Tapi kan, mana ada benda
free kat dunia kecuali oxygen kot, dan ada lagi lagi yang kita tak perasan
seperti kasih sayang, emphaty dan belas kasihan ibubapa kita. Mana ada orang
tuntut kasih sayang dengan wang tunai kan.. Free lah tu.
Apa pun, setelah kona masuk MEX, baru tengok Waze, alamak jammed pulak jalan.
Its ok.. take it positive, walaupun tadi ada kemudahan kat tangan tapi tak check. Err.. take
it for granted. So merangkaklah kat
jalan selepas tol pertama RM2.00 tu.
Positive vibe datang. Tak pe lah jam apa nak buat..Dengar lah lagu ka..berita ka..
Tu
lah seronok take life on a slow lane.
Take it easy.
Jangan kalut..
Sambil bersyukur dah boleh balik dari kerja, naik kereta lagi time ni,
Kerana…
Ada yang belum boleh balik.
Ada yang tunggu bas/tren/mrt/lrt. ...(Ni setakat jam je kot.)
Ada yang naik motor,
Ada yang naik basikal.. Ada yang apa pun tarak..moto ke
basikal ke.. Hanya berjalan kaki saja.
Waima kerja pun ada yang tak dak.
Jadi, nak komplen apa la sangat..??
Sampai lebih kurang 2km . Jalan yang asalnya tiga lorong
menjadi dua dan seterusnya menjadi satu lorong.
Ada kerdipan lampu kereta peronda penyedia konsesi dan
kereta polis di lorong tengah. Dalam 50
meter dihadapan aku nampak ada lori tersadai di lorong kiri,
Oh mungkin lori tayar yang
pecah/pancit kot. Detik hati ku.
Sebaik sahaja melepasi kereta polis kaki bersedia untuk terus menekan pedal
sebab jalan dah clear. Takmau la dok busy body dok tengok lori tu pancit tayar mana bagai. Buat jam lagi je.
Sebaik saja melepasi kereta polis, ternampak sekujur tubuh dilitupi
plastic hitam di sebelah kiri jalan. Innalillah..
Siapakah penunggang tersebut?
Anak siapakah yang menunggu dirumah?
Isteri siapakah yang menunggu kepulangan sang suami?
Atau ayah dan ibu manakah yang berehat sambal menunggu
kepulangan anak dari kerja atau dari mana sahaja?
Hanya kerana jammed sedikit, in Sha Allah kita akan sampai
kerumah.
Alhamdulillah, aku tanamkan sikap positive dalam menghadapi kerumitan kesesakan tadi,
yang amat sedikit, berbanding musibah keluarga arwah.
Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Semoga kita senantiasa bersyukur dan semoga keluarga arwah
meredhai segala. Aku tak mengenali kerana tertutup litup ( sebelum dimandikan kali terakhir, sebelum dikapankan).. namun aku mengerti..sekurang2nya cuba untuk mengerti.
....kerana sesungguhnya tiada upaya kita terhadap sesuatu pun kecuali dengan RahmahNya..
setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmah.. =)
ReplyDelete