Wednesday, 30 March 2022

Dia dan laptop

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kisah hari ini
Sebagai alumnus
Aku tamau komen,
Cuma ..
Elok dengar dari mata hati.
Empati dan bersimpati.
Dua pihak patut didengari.
Dan polemik ini patut dihenti.
Tiada faedah utk jati diri.

Depa siasat, kita tunggu.


Friday, 25 March 2022

PULAU AOGASHIMA




Menarik tempat ni. Dalam dunia banyak tempat-tempat yang unik dan tersendiri. Hanya kita perlu mencari dan meneroka.

Salah satu pulau ini.
Pulau Aogashima, Jepun.


Pulau Aogashima merupakan gunung berapi yang aktif terletak 220 batu di Lautan Pasifik  di selatan Tokyo.
Penduduk seramai lebih kurang 200 org, tinggal di dakam kawah gunung berapi.

Terakhir meletup pada tshun 1785, hmm sudah lama kan..tapi masih aktif. Bahaya ni, nak lari di kelilingi laut.

Thursday, 24 March 2022

Balik kampung, lari dari kesibukan jap


Dalam posting ni. Banyak gambar. Biar gambar berbicara bersama naratif-naratifnya.

Lari dari kesibukan kota. Sibukkan diri dengan angin bayu desa.



Bawa dua org anak .Rancang dari awal utk pasang lampu rumah kat kg.

Pasang juga kipas.. akhirnya boleh la berteduh kalau sesekali singgah.

Pasang lampu hias. Kipas all black utk semua bilik. Langsir belum siap.

Rumah anugerah dari ayah. Hibah.
Alhamdulillah.




Lepas tu tinjau project rumah abang di atas tanah ayah juga. Progress berjalan lancar.. Aku target raya ni mungkin siap. Harapnya..

View depa lagi cun ..bersebelahan sawah.. perghh sepoi sepoi bahasa baq hang
Ni masa rumah taman yang ayah hibahkan waktu siang..esoknya. siapkan langsir pulak.
Anak tolong panjat dan pasang bersama-sama

Pastu belanja aiskrim Eskedo. Baru satu branch kat Kedah ni. Moga berjaya dan terus berjaya bisness ni.

Sambung petang meninjau project lagi kat kg. Makin laju kerja kerja yang dijalankan.

Dan yang ni paling sepesel. Buah mangga warna ungu. Abang bagi dua biji .. Tunggu peram dulu dan masak. Nanti nak rasa. Sebelum ni balik tak kena musim.. Kalau ok , nak semai biji dan tanam serta nak membiakkan dengan banyak.

Friday, 18 March 2022

Dinihari menyentuh kalbu...sebuah sajak


Bila mana kau berpermergian
Ketika dinihari menyentuh kalbu
Adakah akan terus sayu
Detiklah doa penuh kudus
Di rembang awangan kali di desa
Pasaklah keimanan biar membara

Tanah ini kita punya...
Kenapa harus beransur hilang
Kau biar diregut tanpa halangan
Oleh mereka, yang rakus menerpa..
..ke setiap alam.

Air mengalir penuh duka.
Menyaksikan cakaran tuan hamba
Dahulu tuan, kini hamba?
Bijak berhujah bergedung silat
Di dewan dunia hebatkah kita?

Bangunlah..
Cukuplah!
Jangan hanya bertempik 
di pentas bangsawan.
Tapi bisiklah 
dengan penuh bijaksana
Naratif bernatijahlah demi nusa
...untuk agama
...untuk bangsa
..untuk semua!

-Anak Darulaman 18.3.2022-


Wednesday, 16 March 2022

Pantai Flora @ Putrajaya





Assalamualaikum bloggers and readers..

Putrajaya memang terkenal dengan banyak tempat-tempat menarik. Ada tempat nak riadah, ada tempat nak berpiknik, tempat bersantai, tempat mendaki yang tak berapa tinggi, trek jogging,  bukit dan view yang menarik.

Tak lupa arkitektur bangunan yang canggih dan berwawasan.

Kini ada tarikan baharu , iaitu pantai Flora.

Jadi aku pun terjah..

Sengaja pergi melawat pada saat akhir, petang hari, ketika ramai sudah balik.

Takmau crowded sangat, sbb nak snap landscape tempat ni.

So, mcm ni lah pantainya. Lihat photo di bawah.

Terletak berdekatan dengan masjid besi.
Atau lebih tepatnya tapak pameran Flora Ria zaman tak covid dulu.

Ada taman persahabatan Malaysia China (kalau tak silap namanya.
So sesiapa nak datang mandi pantai Tasik Putrajaya, boleh try.

Ada signboard mengatakan percuma sehingga 15 mac 2022. 


Maknanya hari ni dah kena bayar kalau nak masuk...







Tuesday, 15 March 2022

Sunday, 13 March 2022

Eh eh dah berbuah la.

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah.
Bila masa kita tinjau atau perati, tak berbunga pun.
Sekian lama tunggu, tak tau nak berbuah atau tidak.
Lama betul kalau kita tanam nenas ni.
Sampai tak ingat tahun bila menanam.

Kebetulan musim hujan, tak lah siram tiap² hari.. dan haritu pindahkan tempat yg terselindung sikit dari pandangan, memang tak perasan.

Tapi bila ada rezeki tu, akan berbuah jua.

Moga membesar bagai johan.


Buah nenas berputik.




Dan ini pula buah chili merah.
Buah akhir² musim dah kot.. atau nak tunggu berbunga semula. Bila panas sikit kata org baru banyak bunga.



Saturday, 12 March 2022

Ada orang nak berniaga tak?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ada siapa-siapa minat berniaga tak?
Aku ternampak satu peluang untuk berniaga gerai atau stall atau food truck, macam tu la.

Aku tak pasti apa sebenarnya jenis² perniagaan yang dirancangkan..tapi pastinya tempat ni menarik.

Bersebelahan stesen LRT Ampang Park.
Persimpangan yang sibuk , banyak trafik pejalan kaki.

Kawasan mcm central bussiness area juga. Mungkin ada potensi baik.
Kita pun nak masuk era endemik.
Business makin pick up.

Aku just nak share no contact kalau org area kl berminat.. cuba try call depa ni untuk maklumat lanjut.

Mana tau kena dengan  business dan jiwa korang.

Call no phone di poster ni




Thursday, 10 March 2022

Breakfast sandwich ...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah dan terimakasih.

Ada sahabat sepejabat belanja sandwich dari San Fransisco Cofee pagi tadi.

Sampai ofis kelaparan. Mungkin sbb tak amik dinner semalam.

Call kawan yg breakfast pepagi kat food court. Sure dia nak habis makan dah. 

So,nak kirim nasi lemak, rupanya beliau jumpa kawan kat SF. 

Malas pulak nak pergi beli nasi lemak.

Kirim je lah.San Fransisco tu.. 

.chicken Cabiatta Sandwich.

 Ghisau kan nama menu dia..cam terrer ja. Aku wassap je kat dia

Dia kata ok.

Tu pun aku google menu..wohahah.

Naik je dia kata menu lama tu. Nak ada yang ni , dia belanja. 
Kita mana tau nak order apa tempat² cam ni kan.

Nasib baik dia tak kata..apa kau order tadi..mana ada nama tu..😂

.

Sedap sandwich dia...yummy.



Balik..sampai parking eh hujan lebat..jangan air naik lagi..

Ni gambar sebelum hujan tadi..



Sampai kawasan rumah berubah 180⁰..

Cuaca terang..

Apapun dua2 keadaan cuaca ada hikmat.Hanya kita yang tak mengetahui..



Wednesday, 9 March 2022

Dia ni ada cerita baharu la pulak..alahai

Eh apa kess?

Ter menyibuk pulak pasal retis..
 padahal tatau pun ada program ni. 

Memang dia jadi pengacara semula ka. Ea?
Tiba-tiba  digugurkan pulak
 

Sedutan berita Harian Metro:

"Kuala Lumpur: Pengacara sensasi, Azwan Ali enggan mendedahkan punca namanya digugurkan sebagai pengacara program realiti, Mic On musim kedua di Awesome TV.

Azwan ketika dihubungi berkata, persoalan itu sepatutnya ditanya kepada pihak pengurusan Awesome TV yang mengambil keputusan drastik itu.

"Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

"Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran 'ciput' (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat."

p.s
Apapun bincang leklok ya . Jangan berperang di socmed sudah.

Tuesday, 8 March 2022

Bertabahlah. Hujan lebat menimpa warga kota sekali lagi.

Assalamualaikum bloggers and readers..
Semalam sekali lagi hujan dengan lebatnya turun ke bumi lembah klang ni. 

Aku terdetik adakah akan berlaku kali kedua banjir yg agak teruk? Sebab hujan memang lebat.



Bekerja dirumah memerhati hujan turun dan kilat sabung menyabung merisaukan.
Apakah ada rumah yang akan tenggelam lagi.?


Adakah punca banjir (selain hujan lebat) telah dibaiki.?

Petang² adalah masa yg sibuk bagi warga kota. Ada yang bergegas pulang mengelak jam yang teruk..Ada yg perlu mengambil isteri. Ada yang menunggu untuk pulang lebih lewat.

Si penunggang motor menyiapkan baju hujan.

Malangnya banyak kereta yg tersangkut dan pasrah ditenggelami air. Tiada jalan lain , hanya bersesak dlm kesibukan sambil air sedikit demi sedikit meningkat naik.

Setakat ni tiada kemalangan jiwa yg diberitakan.. Syukur.

Staysafe semua ya....

Saturday, 5 March 2022

Dan pemenang "Giveaway Superhost " jatuh kepada,,,,,,


Assalamualaikum bloggers and readers..

Diumumkan pemenang Giveaway blog ini dengan ucapan:


kepada......:

                                  Nurin Irsalina

 

Mohon empunya blog hubungi dgn meng"emel' kepada blogtilldrop@gmail.com dan tinggalkan no telefon untuk dihubungi.

Sekali lagi sama-sama kita ucapkan tahniah kepada beliau dan terima kasih semua.

Beliau tidak meneka asal aku dari mana, dukacita tiada hadiah bonus, namun apapun terima kasih atas sambutan

p.s Boleh tak kita dera dia suruh dia buat review pasal homestay tersebut,, heheheh

P.s2 mungkin kita boleh buat acara tahunan kot. Mana lah tahu kan.. 

InSyaAllah.

Keep blogging semua.. 

Friday, 4 March 2022

Kalau aku dulu kena piat telinga dulu baru tanya.

Aku nak kena tulis juga bab ni, walaupun niat nak tulis yg positiv dan nak viral yg molek² sahaja.
Yang ni macam aku nak tegur org la. 

Macam aku ni perfect..tu yang tamau sentuh bab atau kisah² viral atau kisah² semasa macam ni.

Tetapi terpanggil juga utk menulis pasal seorang ibu menyerang staff 7E. Menyerang dalam erti kata pergi marah².Marah betol nampaknya.

Anak dia menangis balik umah ngadu staf 7E kata dia mencuri.
Tak tahu siapa benar..yg kita tahu apa dlm video. Rasanya benda tu pun dah settle.

Yang best nya perakam atau kamera atau hp tu diletakkan atas kaunter 7E rasanya.

Banyak juga aku nak bagi input pasal/komen ttg kejadian dan video tu tapi aku takmau la .

 Cuma nak bagitau hal ni menarik perhatian aku dari sudut:

1. Nak marah atau nak bergocoh sempat set hp.
2. Untuk jadikan bukti atau utk jadikan bahan konten, utk live dan menjana like.
3. Sikap kekeluargaan yg berbeza didikan dgn cara didikan dulu. Bukan nak kata yang la ni salah   cuma dari sudut didikan..approach.
4. Dulu, kalau jiran kata nampak dok  main kot bawah pokok mangga  contohnya, kemudian dia pi kenduri, balik petang tu dia tengok dahan patah, datang tanya mak kita.
5. Kita yang balik main bola, yang tak tau apa, kena sesah dulu dgn mak." Awat hang panjat pokok mangga tokngah". Walaupun kit atak buat. BAgi org dulu2 jika org syak anak dia buat, mesti anak di rotan dulu..

Peerrap!! kena "leghang nyoq" kat belakang!!

6. Kita tak tau apa pun. Bukan kita yang panjat pun. Main guli.ja dekat pokok pelam.
Jiran tu mii tanya ja pun..bukan tuduh. Tapi teguran jiran adalah spt nak.mendidik..jadi mak² kuta didiklah.. rotan.

7. Mak marah kita dulu. Bukan mak kata kita buat bagi patah, tapi awat dok pi main umah org . Org tu pulak nak pi ke lain.

8.tu cara didik dulu².

9. La ni..herm..hang tuduh anak aku curi???
Aku tak ajarrr..!!anak aku tak pernah curi..
Pong pang...Sat aku buat live. Nak hebah satu Malaya..aku pi marah staff 7e.


10. Bila live kena tunjuk real..tunjuk ganaz..cengei.


11. Puan kami tanya ja anak puan ada ambik mainan ka.??

12. Eh tamau komen..

Cukup. Maaf..termenerawang ke arah hujah dan sudut pandang aku.. (yang mungkin salah)

tu yg aku refrain utk komen bab mcm ni.


Nak², jumpa lagi satu video kat kfc pulak, dari org sama.



Nak habaq satu ja kalau boleh iaitu;
 Zaman mungkin berubah, tapi nilai dan cara didikan serta value yg ditunjukkan tetap sama iaitu, perlu hikmah dan berhemah. Kita cerminan anak anak.














Wednesday, 2 March 2022

Dividen KWSP 2021 : 6.10 % dan 5 .65%



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.1% untuk simpanan konventional dan 5.65% untuk simpanan syariah untuk tahun kewangan berakhir 2021. 




2020( Tahun lepas)
Konvensional  5.2 %
Syariah 4.9%

Tuesday, 1 March 2022

Janji macam ni lah kita nak

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tu la janji lain tapi buat lain
Janji nak hantar lambat lagi, tapi tadi dpat wasap dhL nak deliver barang..
Ye la kan.. kalau jnt mesti shoppee.
Ni DHL...partner delivery for Samsung.

Yeahhh..wohahaha..
dah nak deliver.
Janji macam ni sangat ok.

1.3.22 sampai terus..expected 4.3.22.
Kalau baby lahir, premature ke ni.

Taklah kan..within the expectation la kan kalau 2 atau 3 hari.
Arhh baby lak.

Ni lain..melalut ja.

Ni ha parcel nya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...