Friday, 21 July 2017

Live Streaming Malaysia U23 V Thailand U23 : Carian dan Keputusan terkini

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah mengalahkan Indonesia 3-0 peminat sukan berharap Malaysia akan terus mempamerkan aksi cemerlang untuk mengalahkan Thailand.

Live Streaming Malaysia U23 v Thailand U23 adalah ditunggu. 

Dan keputusan terkini ialah Malaysia 0 Thailand 1. (minit 25)


Minit ke 25 jaringan Thailand!! oleh Samphaodi C.

Adakah ini keputusan hingga ke akhir. Kita berharap Malaysia bangkit. Ayuh Rimau.

Malaysia Boleh...!!!

Carian Live Streaming tidak ketemuan, namun keputusannya akan di update disini.

Gol untuk Thailand  (minit 45+)
2-0
(Samphaodi C.)


Stay tune!!!


Keputusan terkini.. 

Gol thailand minit 87 (Au) 

3-0


Haft time result
Malaysia U230 - 2

Wednesday, 12 July 2017

Fungsi bola warna warni pada wayar elekrik? inilah jawapannya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Akhirnya persoalan sekian lama terjawab.

Kalau anak anak tanya pun aku macam-macam jawapan aku jawab.

" Untuk keselamatan jika terputus kot, senang nak alih"

" Memudahkan kerja kerja maintenance wayar agaknya"

Semua jawapan adalah agakan semata.


Kini baru akau tau apakah fungsi bebola yang berwarna-warni pada wayar elektrik..

Thank you Yob Man yang beri info ni:


Apa fungsi bola yang terdapat pada wayar elektrik ?

Sekiranya kita tengok pada wayar-wayar yang terdapat pada pencawang elektrik, kita akan dapati terdapat bola warna-warni yang besarnya lebih kurang saiz bola keranjang. Mesti bola tersebut mempunyai fungsi tertentu, jadi apakah peranannya?

Pertama sekali, bola tersebut dipanggil “Aerial Marker Ball” dan ia dipasang sepanjang wayar untuk memberi amaran visual kepada pesawat yang terbang rendah (low-flying aircraft) supaya tidak masuk ke dalamnya. Seperti yang kita tahu, pesawat biasanya terbang sangat tinggi di langit. Jet komersial misalnya, terbang pada ketinggian 40,000 kaki (12 km) dari atas tanah. Manakala pesawat tentera terbang di ketinggian yang berbeza, bergantung kepada keperluan operasi mereka. Tapi adakalanya jet komersial juga perlu terbang lebih rendah bagi membuat pendaratan cemas. Dalam situasi tersebut juruterbang perlu membuat segala perhitungan supaya segala aspek kecelakaan pendaratan cemas tersebut dapat di minimumkan.


Jadi wayar komunikasi dan elektrik juga merupakan antara ancaman yang perlu di awasi oleh juruterbang kerana wayar-wayar ini terlalu nipis untuk dilihat dari dalam kokpit. Maka di sinilah peranan “Aerial Marker Ball” tadi di mana ia dapat menyerlahkan laluan wayar elektrik supaya tidak di langgar oleh pesawat. Dengan kata lain, bola berwarna yang dipasang tadi bertujuan supaya kabel elektrik dapat dilihat oleh juruterbang pesawat yang terbang pada altitud rendah. Kewujudan bola-bola ini akan dapat di lihat oleh juruterbang dari jarak beberapa ribu meter dan untuk menyerlahkan lagi kewujudannya, bola-bola tadi akan di warnakan pula dengan warna yang terang dan berlawanan dengan warna latar wayar.  Maknanya, kalau wayar elektrik tersebut terletak di kawasan hutan yang kebanyakannya di kelilingi warna hijau, bola tadi akan di warnakan dengan warna jingga misalannya.

Thursday, 6 July 2017

Reunion - Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sudah agak lama tak update blog.. 
Dan Salam Syawal untuk semua .  Maaf Zahir dan Batin. 

Aku nukilkan sajak sempena reunion sekolah rendah, meraikan Syawal..
 Yeay.. anda baca tak silap. Sekolah Rendah!!!.. setelah berpuluh tahun tak jumpa!! Apapun aku nukilkan semua dalam bentuk sajak..sebab sibuk sikit nak tulis pepanjang. Namun izinkan aku ucapkan terimakasih kepada semua yang datang dan kalau  nak sebut nama especialy ke pada DOn Fatimah (tuan rumah), Pak Lah, Illa dan ..erm semua lah!!





Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Apatah Lagi Tempat Bermain



Meraikan raya bersama kemeriahan desa
Gembira terasa di seantero Negara
 Bersama bersua di lamaran Syawal
Sek Keb Matang Paku nama terpateri

Harapan mulai menggapai impian
Yang hampir mustahil menjadi kenyataan
Melalui keberanian, kesungguhan.
"Perjumpaan kembali" menjadi kenyataan

Anyaman hati yang ria dan teruja
Jalinan  kasih dan  ukhwah seusai fitrah
Setelah kedewasaan ini
Melalui bisikan dedaunan
Melalui gemersikan air mengalir
Melalui sungai, pantai, lautan

Bersama kerlipan kunang-kunang liar
Di hamparan padi yang menghijau segar
Bagai bintang-bintang berkelipan di malam hari
Terus menyinari hidup kita.

….Terima kasih sahabat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...