Friday, 22 December 2023
Ok cool je.
Thursday, 7 December 2023
Belajar sesuatu??
Abang saya jual karpet.Nak beli,nak tengok pun boleh..
Tengok tu betapa rajin dan berusahanya mereka. Adakah berperaturan dari segi passport..Tujuan lawatan dan sebagainya.
berdaftar kah..
mesti nak kerja.
namum aku take the blame of 50% of the strategies.
but hey, thats life..you win some and lose some.
COme on City.
------------------------------------------------
nasihat aku bagi team yg nak berlawan. Prepare yourself and not prepare the reason . Keep fighting till the end and let the action speak itself. Kalah tapi fight ok dari menang dan tak bersyukur..
Dan banyak pihak nak tunjuk terrer pasal padang. Dah ada konsert.. rosak la padang tu
pikir pikir kan lah.
Monday, 20 November 2023
Wehh!! Dah lama dah kot
once tak siap mesti best, slow-slow jogging dalam Ikm kemudian dah mula berpeluh baru rasa segar.
digagahi juga main badminton 5 set.
siapa pernah pi??, comment sat kat mana nak rujuk . Atau blogger yg buat review cuti2 di sana.
hahaha.
bila dia main video zaman 1991 , masa Robbie bersama Take That ( the group) yang popular masa. Aku was like, i know and heard this group. Dia punya video grainy.. cess.. that was my time zaman remaja.. wehhh.
i was longggg time ago. Now you know..
masa documentary Beckham..Man U zaman kuat dulu..wehh again.. dah lama kot.. Cantona..and geng.
anyway aku tak sokong Man U..but not hate them. Ramai kenkawan yang aku kenal minat Man U.
p.s still owe myself one book to finish..
Tuesday, 7 November 2023
Tak tertulis
sampai video video pun aku tak sanggup nak tengok.
kesian
Undang2 dunia ( international law) tak dipatuhi.
ya mati..
Tuesday, 17 October 2023
Final Pestabola Merdeka 2023 : Jom sokong Malaysia...
JOHOR
- Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
MELAKA
- Pekarangan UiTM Kampus Bandaraya Melaka
NEGERI SEMBILAN
- Kompleks Beli dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
PUTRAJAYA
- Dataran Putrajaya, Presint 3
KUALA LUMPUR
- Restoran Al Bidayah, Setiawangsa
SELANGOR
- Uptown Puchong Night Bazaar
PERAK
- Uptown Ipoh, Ipoh Night Market
PULAU PINANG
- Esports Youth Cabin, Kepala Batas
KEDAH
- Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
PERLIS
- Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
KELANTAN
- Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
TERENGGANU
- Pekarangan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak
SARAWAK
- Morniah Cafe, Samariang, Kuching
LABUAN
- Pekarangan Medan Selera Labuan
SABAH
- Funky Farm Foodcourt, Kota Kinabalu
Saturday, 14 October 2023
Selamat berhari minggu. Mengemas today
Aritu simen dan baiki porch yang retak akibat kereta masuk keluar. D.I.Y je.. bukan susah
Sunday, 8 October 2023
Kagum la dengan dia ni. Baru ku tahu.
Mula main untuk MU umur 17 tahun pada 1992.
Minat gila dia dengan bola.
Walaupun dia bekaskapten MU kapten England, miliki kelah LA Galaxy ect.
Dalam siri tu ada part gaduh dgn coach. Ada assistant coach nasihat Alex Ferguson kata dia dah merudum.
Dia belah pi Real Madrid. Then the same assistant Coach ( Carlos Quiroz) dapat offer jadi coach Real Madrid.
hinggalah Fabio Capello ambik dia main masuk first team.
Tuesday, 3 October 2023
Healing ke macam ni??
Hati-hati guys. Dia kembali setelah 3 tahun tiada
Salam guys..
Berita melaporkan bahawa kes malaria telah meningkat di
Malaysia, dan menimbulkan keresahan dalam urusan kesihatan awam.
Antara faktornya ialah perubahan iklim yg melanda di mana kes tahun ini
melebihi kes pada tahun 2022 (404 kes).
Tahun ini sehingga Mei, 215 kes dilaporkan di Kelantan
manakala 840 kes di Sabah. Manakala Terengganu pula merekodkan 26 kes.
Apa yang merisaukan kes-kes ini dilaporkan setelah Malaysia
mencatatkan 0 kes dari 2018 hingga 2021.
So guys.. berhati hati lah.. Bahaya juga penyakit ni. Lepas
pkp dia mai balik.. Hermm.
Jangan la kita kena penyakit2 yang sepertinya, tambahan pula dulu covid..
Vaksin dan kesan nya terhadap badan belum teruji sepenuhnya.
Dulu ada viral kejap sapa nak baik covid amik ubat
malaria.. Now malaria pulak. Eh..jgn memandai ye amik ubat sendiri. Semua kena rujuk doctor.
Doctor Google ni jgn rely kat dia.
Kemudian ada virus X ke apa lak.. Eish ghisau laaaa..
Take care guys.
YOUTUBE me..
Oh ya.. my youtube subscriber dah menjangkau 1k plus r. Dulu @ina Irsalina menang peraduan.
Masa mula
mula create account dulu.
Lama dah kan. Punya lama baru cecah 1k.
baru 1k..hheehehe. Takpa lah syok syok post video kan.
..dan nak park video yang di ambil dalam hp..makin lama makin penuh memori phone.
kekadang menarik kekadang hambar. Tapi ada juga
clip2 sukan juga.
bukan apa just nanti menjadi memori kemudian hari.
Eh..Dapat
la dua tiga kupang rupanya,, heheh..pree kan ..
Tuesday, 26 September 2023
Rare ke ni?? Betul ke jam ni hanya ada 8000 unit satu dunia
kena cari masa juga. Start exercise .!! Penting
oh ya. Sebelum tu neighbour ada bagi jam lama. Lama dah dalam 4 lima bulan lepas.
Segenggam dia hulur dari kotak yang dia nak pilih2 dan nak buang. Yang baki nya banyak juga dan dia beri kepada helper yg tolong kemas barang.
bila bila free pergi baiki niatnya.
Ermm model apa ni.. Google tengok eh mak aii.. MAsa launch dulu RM8 k kot.
atau biashe biashe jer..
Wednesday, 20 September 2023
AFC CUP | TERKINI TERENGGANU FC MENENTANG CENTRAL COAST MARINERS
Tuesday, 5 September 2023
Pekena cendol di Teluk Intan
hantar Farah ke airport untuk ke Kota Kinabalu.
misi kelab sukan ofis dia menawan Gunung Kinabalu.
Semoga segalanya berjalan lancar, dipermudahkan dan selamat pergi balik.
. Jumpa satu tu kat area Selabak. Sebelah Masjid.. Siap order laksa lagi.
Monday, 4 September 2023
Terbawa kunci kereta lagi satu @ JB. Kena patah balik
jalan jem. Tak lah jem yakmat tapi sampai je dah 8.00pm.
terus survey tempat lunch , bagitau ETA sekian..jumpa satu kereta lagi kat restoran.
Aku dan Farah serta Yasmin and Danish pergi cari port Roti Kacang pol. Sampai je , kunci kereta lagi satu pun dibawa juga.
sedap..siap tambah.
Tuesday, 22 August 2023
Run Liga . 150 km kau...
Sememangnya itulah yg aku nampak on the ground.
Bisikan dan kata-kata kenkawan yang sebelum ni pendiam pun hendak mengundi parti lain.
pilihlah yang mana suka, tiada apa pun kesalahan dalam memilih parti yg sah,
faktor kesihatan..batuk2 dan maybe salah tidur kot..sakit belakang.
so tak nak ianya melarat..maka berehatlah.
semalam dan hari ni mula jogging.
kebetulan masuk RunLiga.. join team sekolah.
Friday, 28 July 2023
The day I found you
I found you, for love.For life, together. You waited for me , rightly so..
I found you, beautiful and sweet. Never ever thought you were the one for.
Somewhere under the sun, we met. God planned and here we are. And thereafter
InshaAllah..
We were so young when we fell in love. The feeling I couldn’t describe.
We have each other now. Strive and grow,,
older .So amazing, never want to be apart.
Big black eyes penetrating my heart.
Thursday, 6 July 2023
Nikmat apakah lagi yang kamu dustakan
hermm sebenarnya kena paksa juga kot.
Atau getir bagi sesetengah orang? Biasa bagi org lain.
Lihat di mall di hujung minggu. Meriah. Pawagam penuh. Jadi tang mana yang susahnya.
Ketika itu, waktu makan tengah hari, Lunch time
Datang seorang lelaki Cina, agak tua. Bawa nasi bungkus. Duduk dan membuka polistrin nasi. Ya, zaman polisterin.
duduk sebelah aku dia rakus membuka bungkusan. Dari hujung mataku ada seketul ayam dan kuah, da tentunya ada nasi. Dia menyudu makanan ( tentu dengan sudu plastik putih) dan makan. Ayam diangkatnya dan diletak di bahagian penutup.
Dan apa berlaku.. penutup polisterin terkulai kebawah, ye lah kan lembut je kan penyambung dua bahagian tu. Jatuh tergolek lak ayam tu ke lantai. Yang belum dijamah lagi pun ayam tersebut. Hanya nasi dan kuah suapan pertama.
"Alamak" dalam hatiku. Aku tinjau kot kot ada kedai kat situ. Nak belikan yang lain. Tak dak.
dia menunggu seketika dan cepat2 ambil letak semula dalam bekas dia dan makan.
Memang dia dalam keadaan susah tapi tentunya malu. Dan aku pun paham kalau aku tengok dia , mesti dia malu tapi dia kelaparan. Cepat cepat dia makan. Aku terkedu tak sempat nak tegur, atau nak bagi duit ke apa utk dia blei lain pun tak sempat bertindak. Risau dia malu sesangat. Seolah2 aku tak nampak dia kutip semula.
aku tak tegur dia sampai ke sudah ..dan aku masih teringat sampai la ni apakah tindakan aku betul. Tak nak dia malu atau aku patut kata jgn kutip dan jom kita cari kedai makan. Segala berlaku dengan pantas
entahlah...
bila kita berasa ada, ramai yang tiada.
betul..
dan ramai yang tidur dalam kelaparan malam ni.
malam semalam.
tapi harta melebihi harta 50 peratus penduduk.
entah entah melebihi kombinasi 70% harta penduduk..
itulah jurang.
jika anda merungut tiada "line."
jutaan yang tiada bumbung utk melindungi dari hujan atau kepanasan
nikmat apakah lagi yang kamu dustakan....................................................
Sunday, 4 June 2023
HILTON KOTA KINABALU.: Catatan semasa tunggu flight
Ada coffee maker with capsuls. Nice expresso for me. |
Set.complementary. |
Sinki at toilet |
Nice and cozy room |
Facility |
Bila amik connecting anak-anak rajin lak masuk. Offer buat coffee lagi...layannn. |
santai with mum..habis bilik kami berkelabung. Adus |
Nice showe |
Before.the.game..ofcoz pakai.jersy Mancity |
Shopping sat..rega printed rm98..jgn cemas real harga dlm rm40.pepandai la tawar menawar |
Breakfast till close the bf time |
My diet starter |
Enuff with lobster at pasar.. tapau udang and ketam ja. |
Fly back to klia setelah 4h 3 mlm di Sabah. Returning ke Sabah kali ni setelah 10 tahun kot.
Di Stockholm.. catat lama baru post
Sunday, 16 April 2023
Bye bye Denmark:Leaving Copenhagen Denmark for Stockholm
Monday, 3 April 2023
Cerita Pak Long Yom.. Sekadar watak ciptaan..
Tuesday, 28 March 2023
Saat menelifon rakan yang kehilangan anak akibat kemalangan.
Aku bercuti tempoh hari. Pergi ke Terengganu mengantar anak.
Hari Isnin dan Selasa, cuti 2 hari.
Hari Selasa anak rakan sekerja accident.
Koma.
Pendarahan
kepala. Naik moto ke tempat kerja
Memang rakan sekerja dibawah seliaan aku.
Rabu tu pulak aku work from home. Tapi tetap ada communication
tanya keadaan anak dia. Ada juga update dalam wasap grup.
Khamis dia bercuti untuk bersama anaknya yang tenant dihospital. Ya, anak dalam ICU . Tentulah bercuti
walaupun berada diluar bilik la kan. Tak boleh kot masuk selalu.
Friday dapat maklumat anaknya kritikal.
Petang lepas jumaat dia wasap beritahu doctor suruh baca Yassin.
Dan beliau meminta rakan-rakan mendoakan perjalanan anaknya
Kemudian 4.30 dapat wasap anak dia meninggal 4.21pm.
Dalam perjalanan pulang dari kerja. 4.45, aku call.
Orang yang ceria selalu kat ofis, bila terima call aku terus
sebak.
Seorang ayah kehilangan anak.
Perempuan. Dalam 24 atau 25 tahun.
Keluar mencari rezeki dengan menaiki motor.
Tak tahu sapa yang langar. Tak dapat diceritakan oleh arwah
sebab tak sedar sampai habis umur.
. Tiada saksi
Yep. Kita boleh menenangkan dan meminta bersabar.
Kita bercakap.
Dia yang menanggung
Merasai.
Bebanan atau dugaan serta ujian tersebut dia yang rasa.
Berat hati mendengar dia sebak dan sendu dlm tangisan
Allah Maha Mengasihi. Dalam bulan puasa, hari Jumaat. .
Semoga Arwah Fateha dirahmati Allah.