Friday, 26 August 2011
Kad Raya Aku!.yeahhh...
Semua dah balik kampung ???
Aku saja tanya berapa. Dia jawab RM80. Uik dgn kedai tak sibuk dan awal lagi dan pomen tak sampai aku pun mau naikkan harga. Apa taknya last week masa aku datang katanya RM70. Dah berapa percent naik.. Huhhuhu.
Aku adalah pilihan kan. Pengguna yang bijak , bijak buat pilihan. Dengan pomen xsampai lagi aku nak tunggu buat hapa. Geraklah ke kedai back up. Pergi buat sana RM50 sahaja..
Ok lah itu mukaddimah sahaja.
HAhaha.. Kedai aircon,,yang buat nya Bangla..
Lepas tu pergi cuci... Yang buatnya org Sri Lanka..Hmm jarang jumpa org SriLanka. Ni datnag main Test Cricket tak balik-balik ka?
Pergi cari baju raya Najmi..Yang jaga kedainya org Indon..
Huih mana pi habis org Melayu... Dah balik kampung ka??? Raya sakan kot.
Blogtilldrop: Nak ambil kesempatan mohon maaf zahir dan batin..
Thursday, 25 August 2011
Hentikan menganiayai makhluk ini...
aku tak pernah kenal pun Gecko ni..Akhir2 ni saja aku baru tau kewujudan makhluk tuhan ni di alam fana. Kesian dia teraniaya keturunan dia..
JAdi WHO ; Organisasi Kesihatan Sedunia mengatakan yang adalh mitos sahja Gecko boleh ubati HIV Aids. Jadi dah dah la tu.. Rentikan lah menangkap gecko ni.
P.S Jacko aku kenal la...... beat it beat it!!!.
Dia adalah epal. . .epal adalah dia...
Siapa yang tak kenal.. dia ni memang popular. Semuanya yang dilakukan menjadi ikutan dan menjadi bualan. Amat-amat kreatif. Aku tak kenal tapi memerhati dari jauh. Memang gigih sekali orangnya. Pernah jatuh tapi bangun semula. Di tengah-tengah kejayaan tetiba…..
Dia mengundurkan diri. Atas sbb kesihatan kot… Berita penuh sini (LINK)
Dia adalah Apple.. Apple adalah dia...selamat bersara Steve Jobs.. You dont need to do any job now... Happy retirement!!!
Wednesday, 24 August 2011
Loghat aku, kita kongsi (II)
Hari tu aku kata nak kongsi lagi pasal loghat aku, loghat Kedah.
Awat yang aku dok "loghat" (?, ada makna lain loghat kat sini) sangat nak kongsi ni. Idea tercetus lama dah.
Jadi sambil sambil teringat tu aku taip la sikit-sikit. Yang mendorong aku secara santai ni ( ye lah bukan serious pun) ialah ketiak dlm flight dari Sabah tempoh hari. Duduk sebelah adik tu, ye lah kan kat Sabah berjenis-jenis keturunan. So aku tanyalah, dia kata org Sungai. Oh ok. macam pernah dengaq suku kaum Sungai ni. Student ITM dia ni. Lurvy jeling2 jer aku dok interview dia...
Dia buat lawak la bila dia kata org keturunan Sungai, kekawan UItm kata "oh saya org Bukit". Sib baik dia ckp dulu..
Aku nak kata aku org Hulu. Memang Hulu pun kampung aku.. Kalau dia salah paham, masak aku...
Oh ya..dia kata abah dia tengok buat kompilasi bahasa Kaum Sungai supaya tak hilang..
Anyway ( huh,,anyway ni, bahasa ke2 tempat aku). aku nak kongsi perkataan "Hawin"
Hawin bermaksud mencampak benda yang berat seperti guni atau orang dengan mengharapkan momentum untuk melonjakkan benda tersebut lagi jauh.
Contoh..
"Hampa pakat-pakat angkat guni yang penuh dengan perut dan kulit lembu tu, pi hawin dalm telaga buruk kat belakang tu sat" ( nindia panjang punya contoh)
Atau,
"Jom pi tangkap Mael, kita hawin dia dalam sungai"
( Biasanya dalm keadaan bergurau bila dah belemoih (?) dengan selut setelah lama di bendang)
Note: Photo dari sini nabeshnaim.blogspot.com. Tak menggambarkan hawin yg sebenar sangat, tapi boleh la...
Seterusnya: Jengoi, jeghomoh
Tuesday, 23 August 2011
Rahsia menghindari sel kanser
BERBICARA mengenai penyakit kanser atau barah, ia sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar dan takut. Tiada manusia yang waras mahu penyakit ini menghampirinya.
Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional.
Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser.
Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.
Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.
Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.
''Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia.
Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.
''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul.
"Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan.
"Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya.
Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar.
"Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.
Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.
Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.
Justeru di hospitalnya, setiap pesakit diajar melakukan enema kerana ia salah satu rawatan yang penting bagi mengatasi sembelit.
''Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari, Jika tidak boleh cara semula jadi, lakukan enema.
''Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah," katanya.
Credit: YM (from email),Sumber, Utusan Malaysia
Sunday, 21 August 2011
Salam Kemerdekaan Malaysia...
Saturday, 20 August 2011
Memang la.... sapa yang mula buat cerita ni
Semalam aku dan lurvy dapat sms mengatakan 'bulan akan mengelilingi Kaabah pada pukul 3.29 pagi atau pun pagi ni waktu Malaysia 8.29. Doa palng makbul waktu itu, katanya... Ayat sebijik2 aku tak pasti la sebab aku dah delete...
Aku pun berfikir cara yang tak reti astronomi ni.
"Boleh ke bulan mengelilingi Kaabah"???
" Bulan akan berpusing dalam lingkaran yang kecilkah, bukankah bulan mengelilingi bumi"???
Masih tertanya-tanya kalau betul takkan lah tak keluar paper ke tv ke.. Kan sekarang nak raya pun dah tau dah bila.. Kalau fenomena begini heboh satu dunia lah.
Benda ni agak mustahil. Memang bagi bagi Allah tak mustahil, tapi kalau akan berlaku memang dah diwar-war.
Kalau tetiba2 berlaku, maknanya waktu kejadian barulah org tahu.. Ni dah boleh sms ni,,macam mana??
Hmm...jgn lah main forward saja sms, pikir dulu sebelum send... ok.
Tiba-tiba tadi telefon aku berbunyi... Along telefon.."abah, ustaz maktab kata mlm ni bulan mengelilingi kaabah,,,ustaz kata pada pukul 8.29 mlm kot... abah berdoa lah masa tu,, makbul tau abah"
Ohhhhh...................
p.s. Apapun abah sentiasa doakan kejayaan Along dan keluarga..
Photo : Promosi..buy 1 free 1
Ramadan Hari 20 : Aku mencari aku.......
Aku mencari aku ...
Siapa aku sebenarnya..
Aku teruja..
Akukah yang teruja.?
Aku sedih ..
Akukah yang sedih?
Atau mata yang sedih...
Mata siapa?????
MAta aku....
Hati siapa yang sedih??
HAti aku lah..
Eh siapa aku tu...DI MANA AKU????
Siapa aku ..
Tunjukkan aku siapa aku...
Adakah aku kenal aku?
Siapa lagi dalam aku...
Adakah aku hanya aku??
Tiada lain melainkan aku...
Jari aku yang menaip..
Otak aku yang memikir
Mata aku yang memerhati...
Jadi siapakah aku???
Siapa??? Siapa?????
Sahaja aku berpuasa...
Sahaja aku solat..
Sahaja aku itu, sahaja aku ini... keranaNYa
DIA menciptakan aku
Aku berlindung denganNYA
Aku memohon keredhaanNya
Aku akan mengadapNya
Bukan engkau wahai jasad
Bukan engkau wahai jari
Bukan engkau wahai mata
Kamu semua akan hancurrrrr
Siapakah aku....
Aku akan menemuiNya
P.s. Aku mencari aku..
Adakah anda mengenal anda?????
Wednesday, 17 August 2011
Ingat abah pergi mana...?
Ha..macam mana? Sekarang dah percaya? Aku tanya Lurvy masa balik dari majlis penyampaian hadiah Club Med Gateway...
Dia agak sceptical lagi masa kami terima call. Aku pun susah nak percaya. So Lurvy, u want new laptop? or i want to upgrade my kamera...boleh la kan... Oh. Sumbangan/sedekah kepada org memerlukan juga jgn lupa...Ni yang utama.. !!
Tapi kan, tadi aku sembang dgn CIMB, dia punya selection bukan main simple. Mula-mula kan dia org akan ambil random dari depositor seramai 50 org.
Kemudian telefon dan tanya 2 soalan. Boleh jawab menang Grand prize dan seterusnya org ke2 dipanggil. Kalau tak jawab soalan atau tak jawab panggilan.. NEXT! Tu sahaja cara mereka. Kalau tak dengar call maknanya miss la peluang untuk menang. !! Huh memang rezeki kan. Alhamdulillah..Selalunya aku silent kalau kat ofis. Kebetulan masa tu pergi Terendak hantar Nabila. Ada anak kat umah, jadi on ring-tone tu kuat2.
Sampai umah. Aisya jerit kat abang dia.. "Abah menang hadiah besar, tgk tu! Sambil dia tunjuk mock (cheque?) hadiah yang tinggi daripada dia.
Akmal: abah menang 35ringgit. yeah.
Najmi: eh bukanlah! 35 ribu tuh! Tengok tu!
Menang lagi, hari tu dah menang. ( merujuk kepada menang Treasure Hunt.. (LINK SINI)"
Angah: Abah pergi amik hadiah ke??? Ingat pergi mana...
Ingat nak surprise anak2. Memang tak boleh lah. Apapun syukur ....
Nanti boleh amik gambar banyak2... nak kena upgrade kamera ker nih..hmm
Wednesday! Sumbang dan tumpang sesak...
Sebab ada urusan berdekatan dgn sebelah Sogo. Aku pun sumbang dan tumpang kesesakan kota KL pada hari cuti Nuzul Quran ini.
Tuesday, 16 August 2011
Photo: Merah Menyala
Yang berlaku tu kes terpencil shj???Entahlah! Tapi kalaulah...
KAlau apa???? Dok kalau kalau...
Kalau dia org seberang. Seberang mana pikir sendirilah. Bukan org Seberang Takir ye..Kalaulah dari seberang. Kena pukul, waalop, kena curi, sampai berdarah kat Malaysia. Camner agak reaksi mereka mereka mereka di sana. Cuba bayangkan.. Agaknya kena baling tak Kedutaan kita. Kena bako tak bendera?? Harap idak lah,, ye bulan-bulan posa ni.
Tapi reaksi kita terhadap si bacul yang merampok kat UK setelah dia kena belasah tu berlainan ye. Oh mungkin sbb berlaku di UK, sebab UK bukan sebab kita.. Tapi aku rasa kita makin matang untuk menerima seadanya. Kerana kerana kita bangsa yang boleh bertolak ansur
Tapi mungkin sbb berlaku di UK kot.Kenapa aku berandaian demikian. Kerana kalau berlaku kat UK tu kita mungkin boleh terima sebagai kes terpencil kerana mereka maju dan sebagainya. Tak apa. Yang jahat tu sikit sahaja...
P.s. Adakah begitu???
Sunday, 14 August 2011
Ramadan Hari 14 : Iftar Bersama MIDF, dan tersangkut kerana LCW..
Menggalas harapan setinggi langit petala,
Mencuba sahabis daya,
Sekerah tenaga,
Fokus sepadu jiwa,
Namun masih tidak berjaya,
Tak mengapa....
Kerana kau terlalu biasa kecewa...
Namun kau ku tahu tak pernah mengenal putus asa..
LCW, tabik hormat, kagum sentiasa..
Photo: KLCC
Kenapakah, kenapakah...????
Kenapa boleh jadi macam ni... Semua yang disusun kan tepi duduk kat bawah. Ubah balik, drag sampai tepi. Bila tengok pergi bawah balik... Ubah style pulak..masih tak elok-elok seperti yang dikehendaki...
Sapa-sapa kawan blogger boleh bantu. Kat mana, design? layout?
Walaupun dah set macam ni tak betul jugak. Explorer punya isu ke atau apa nih...
Kenapakah gadgets semua duduk kat bawah??????
Eh kalau individual entry atau older post ok , ada gadget tapi kalau "main page" tak ada gadget apa pun...
kenapakah...???
Saturday, 13 August 2011
Ramadan Hari 13: Berbuka bercahayakan lilin
Lurvy: " Nak tanya , kalau nak bawa anak keluar berbuka boleh tak"
Pengawal:" Tak boleh , tapi boleh berbuka kat pondok kat dalam sekolah"
Lurvy:"Oh terima kasih. Tapi situ ada lampu tak"
Pengawal:" Tak ada, kena bawak sendiri"
Lurvy:" Bawa lampu sendiri?"
(Aku, mencelah:" Eh dah-dah, pandai-pandailah kita")
Lurvy:" oh ok k.. terimakasih"
Maka beli lah lilin untuk menerangi tempat tu. Setakat maghrib tu terang lagi tapi bila makan tu tak sedar makin gelap.
Tapi sempoi jugak...
Photo: Iftar with Maybank Investment
Friday, 12 August 2011
Longhat aku , kita kongsi
Jadi aku nak buat satu list untuk bahasa tempat aku, Kedah Utara.
Ok, ni main random saja ni.
Mula-mula yang ni:
1. Dan.
Maknanya : sempat. Contoh: Tak dan nak naik, bas dah jalan.
Tapi kalau cakap macam ni lain pulak maksudnya:
" Amboi! Dan la sat. Tak sabaq betoi la budak ni"
" Tak dan dan dah teghejun(terjun) dah"
Ni maksud dah jadi sabaq. i.e (Sabar la sekejap..Atau tunggu la sekejap)
Atau pun sempat, i.e (Tak sempat-sempat dah terjun dah)
P.s Lagi satu dan ni aku pun tak tau mai mana. Terrer gila. Bukan org Kedah.
Dan yang ni adalah LIN DAN. wakakaka...
Perkataan seterusnya: Hawin
Ada ka patut.., disaran berbuka di sini
Huish,, sensitive seantero Tanah Melayu. Jais itu dan ini. Ada yang sokong ada yang bankang...Ada yg kata ini, ada yang kata itu. Sensitifnyaa kan.. Depa sahaja sensitive. Kita nak sensitive tak boleh. Tapi Alhamdulillah, rakyat Malaysia umat Islam, bangsa Melayu ni memang sabar. Adalah melenting dua tiga org tapi keseluhurannya tenang.
Ni apa cerita bro?? Pasal shoutbox lagi ker?? Ye tak ye jugak. Dok bebel apa nihhh?
Ni ha pasal promosi Ramadan delight oeh The star.
Kalau bulan Ramadan depa paham cerita pasal makan-makan shj. Tak pa lah dah paper kapiaq. Makanya di promote kan:
"Anda semua susah nak cari tempat berbuka, tak pa ,,kami ada senarai pendek untuk anda ? "Ni sisipannya..
Tengok punya tengok…
Kat sini pun boleh pergi.. mesti try… erkkkkk! Tak paham bahasa ke aper..ada ke suruh try babi Tak perihatin dan tak sensitif betullah!
(gambar must try: The Mongolian pork rib)
Memang nak kena WTF la paper ni..
BAru datang Malaysia ke dah memang rakyat Malaysia..Atau buat2 tak paham pasal Islam???
Oh tak boleh cakap yer…?? Depa saja boleh..Kita kena sabaq .oh ok ok..bulan posa. ok o k tak cakap..
Update:
KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan atikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam
3R: Rogol, rompak dan rosakkan
Ada kes kat Wangsa Maju semalam. Gadis berusia 32 dirogol , dirompak dan dirosakkan muka... dgn acid (?).
Short entry pagi ni..
Agar semua berhati-hati dan alert lah selalu walaupun dalam keadaan tak tersangka pun boleh mendatangkan musibah.
Kes atas tu , mangsa baru balik dari bazar. Mauk dalam rumah. Tinggal sorang. Tak kunci pintu. Ada pemangsa tu( macam national geog pulak, leka je sekarang ni ada je pemangsa), masuk umah dia,, terus masuk bilik... sembunyi kot.
Beliau yag dari dapur masuk bilik terus kena 3R kat atas.. ganas sadis!!!
Moga beliau segera sembuh,, tp trauma beliau.??? .mungkin sepanjang hayat...
huh..
berhati-hati lah ok
Thursday, 11 August 2011
Ramadan Hari 11: Kisah keracunan makanan
Terdengar dalam berita ada kanak-kanak meninggal kerana keracunan kalau tak silap. Alfatihah untuk arwah.Sebelum dah aku nukilkan pasal kurangnya aku ke bazar Ramadan kali ini. Tak tau kenapa. Mungkin masak lebih menjimatkan dan lebih sedap ( di baca memenatkan juga). Ada pelbagai kategori peniaga kat bazar Ramadan di mana asas pokoknya berniaga untuk mencari untung. Memang la kan , bukan nak buat kebajikan pulak berniaga nak rugi pulak. Dan semua berniat untuk memberikan makanan dan harga yang terbaik untuk pembeli di samping objektif pertama tadi untuk memaksimakan untung. Peniaga boleh terbahagi macam ni kot ..berdasarkan perbualanlah yer..Contohnya...
1. Kakak, abang masak elok-elok, cuci elok tau, kena jaga kebersihan supaya tidak ada maasalah. ( Yang kategory ni banyak sekali...boleh kata semua lah kot)
2. Ni dah basuh belum sayur???
Ala dah la kot. Dah dah cepat la masuk dalam api tu. Ok la tuh.
(kategory ni mungkin ada tapi amat sikit)
3. Ha kira ok la tu..masuk je takpayah basuh ....
(yang ni nasib baik tak ade , nasib tak baik, ada )
Mungkin bukan kat pasar ramadan saja. Mungkin dimana2 diseluruh negara.
Ye la kan kalau kat restoran tu kan nak masak banyak, dah la tu pekerja ni pulak makan gaji jer.
KAn dekat KFC pun pekerja sanggup buat perkara tak senonoh dgn makanan. Aku bila nak pergi KFCpun rasa tak lalu .
So kita ni kalau kena beli kat jenis no.3 tu memang malanglah. Kalau tak jadi apa mungkin selamat. Kalau masa tu ada kuman taun ke apa ke memang masuk hospital la jawab nya..
Dan yang menarik jenis no.3 pun kekadang sedap masakannya..( agak nye lah)
Masakan ni ok lagi kot sebba dimasak atas api..kalau ada kuman pun mungkin boleh mati kuman tu.
Tetapi kalau air..memang bahaya...
Jadi harap berhati-hati membeli makanan dan minuman dan harap dijauhi segala perkara2 yang menyedihkanlah di bulan mulia ini..
Wednesday, 10 August 2011
Mari teruskan...
Aku ada satu lagi langkah yang perlu dilakukan sebelum semuanya selesai.Sebelum move-on. Dont get stuck to the past then we could not move forward!
Wokeh. Apa aku membebel aku pun tak pasti. Yang penting ni ekspresi kat blog aku..yeahhb weblog aku. My log my diary.
Ok hari ni 10 dah Ramadan.. 10? Pantasnya sekencang angin.
Dah 1 per 3 bulan dah hampir habis. Bulan Masehi pun dah bulan Ogos. Sekejap sahaja masa berlalu... September..Yeahh. Dan October. November ..Disember... Tinggal beberapa bulan ke tahun baru..
Hari ni Danish perlu klinik aku pun ambil cuti. Boleh settle pelbagai benda. Benda yang tak disangka-sangka pun terjawab dan boleh settle pagi tadi.... Then close account TNB rumah yang dijual...
Danish batuk-batuk dan berkahak. Tapi under control.... Mlm ni ada jemputan iftar . Entahlah manage balik umah sebelum terawih pun tak pasti..
P.s Mari teruskan kearah kebaikan.. Just 20 days to go... and more-more days after that sehingga dipanggil mengadapNYA, atau Kiamat..yang mana datang dulu..
Tuesday, 9 August 2011
Ramadan Hari 9: Uncle ni tetap awal......
Sampai rumah, alamak gagal lagi. Melihat rumah jiran dah terpasang.Dengan megahnya.Dia Cina. Aku ketinggalan lagi.. Awalnya dia bertindak..Atau aku yang terlewat. Tapi sebenarnya dia yang bagi hint untuk aku bertindak. Tapi kali ini terlalu awal kot. Ingat sempat la 15 haribulan, rupanya 9 haribulan dia dah pasang. Aku ingat aku nak pasang dulu..Oh uncle Goh pantasnya kamu...
Tahniah uncle kerana tetap unggul dalam memasang bendera sempena Bulan Kemerdekaan. Merdeka!!!
Selamat berpuasa dan terus menunaikan ibadah dalam bulan yang mulia ini
9 Ramadan. ooppss sekarang sudah 10 Ramadan
1132 pm
Berita 9/8/11: Dada saya seperti ditekan-tekan
IPOH 8 Ogos - "Dada saya seperti ditekan-tekan oleh 10 orang dewasa, tangan kanan tidak boleh bergerak. Saya hanya bergantung kepada tangan kiri mengorek lubang sepantas yang boleh bagi mendapatkan udara."
Demikian cerita Bah Anjang Besar Alang, 39, ketika ditanya saat dia tertimbus dalam tanah selepas kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.
Bah Anjang merupakan salah seorang daripada dua mangsa selamat dalam kejadian yang mengorbankan tujuh orang, kebanyakannya mempunyai talian persaudaraan.
Menurutnya, kejadian berlaku sangat pantas dan tolakan tanah tersebut bukan sahaja membuatkan dia terpelanting keluar dari rumah tetapi pitam seketika.
"Saya sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah manakala isteri bersama lima anak dan seorang cucu berada di bahagian dapur.
"Sebelum terpelanting, saya ada terdengar bunyi pelik dan apabila sedar, keadaan sungguh gelap. Saya hanya mampu membuka mata kiri kerana mata kanan dimasuki tanah," katanya yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini..
Bah Anjang berkata, dia kemudian dikeluarkan oleh penduduk selepas tertimbus lebih 10 minit dan dihantar ke HRPB.
Kejadian tersebut menyebabkan Bah Anjang mengalami patah tulang bahu dan pinggul, selain luka di muka dan badan.
Isteri bersama lima anak dan seorang cucu tidak cedera kerana berada di bahagian dapur dan sebahagiannya telah berpindah ke rumah datuk mereka yang terletak tidak jauh dari situ.
Saya belum mahu mati’IPOH: “Saya sedaya upaya cuba keluar dari ‘kubur’ (timbunan tanah runtuh) dengan mencakar dan menolak tanah menggunakan tangan kiri,” kata Bah Anjang a/l Alang, 39, seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin
Menurutnya, ketika itu dia hampir tidak bernyawa akibat kekurangan oksigen selain dibaluti seluruh tubuh dan muka dengan tanah lumpur selepas rumahnya ditimbus tanah runtuh.
“Saya kuatkan semangat walaupun ketika itu seolah-olah berada dalam kubur yang gelap. Saya belum mahu mati dan terus menggali tanpa henti,” katanya.
Menurut Bah Anjang, dia menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan dengan gegaran kuat dari belakang rumahnya.
“Belum sempat melihat punca bunyi itu, tiba-tiba rumah saya ditolak hingga terbalik sebelum saya terpelanting keluar.
“Dalam sekelip mata, seluruh tubuh saya ditimbus tanah basah menyebabkan saya pengsan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Menurutnya, sebaik sedar, dia cuba bangun, tetapi tidak berdaya kerana tangan kanan tidak boleh diangkat dan dadanya ditindih batu.
“Saya menggunakan tangan kiri mengorek tanah dan mengalihkan tanah yang menutupi muka.
“Saya seperti diberikan nyawa semula apabila melihat cahaya dari lubang yang digali. Saya terus menjerit meminta tolong dan seorang rakan yang kebetulan berada di situ menarik saya keluar,” katanya Menurutnya, tragedi itu menyebabkannya patah bahu kanan dan tulang punggung selain lebam serta calar pada seluruh anggota tubuh. Bah Anjang yang bekerja di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah berkata, dia bersyukur kerana isterinya, Zaitun Balad, 30, yang berada di ruang dapur sempat menyelamatkan diri.
“Lima anak saya berusia tujuh hingga 18 tahun dan cucu berusia dua tahun tiada di rumah ketika kejadian berikutan berada di rumah nenek yang di kampung sama.
Sementara itu, anak saudara mangsa, Serry Prisila a/p Saari, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, tidak jauh dari tempat kejadian, berjaya diselamatkan dalam keadaan parah.
Difahamkan, Serry Priska ditemui dengan memakai seluar panjang, manakala tuala masih terlilit di tubuhnya dipercayai mangsa baru lepas mandi ketika kejadian.
Serry Priska yang patah kaki dan berjahit pada bibir turut dirawat di HRPB, tetapi belum mampu bercakap dan masih dalam keadaan lemah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, meluangkan masa melawat kedua-dua mangsa berkenaan pada kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Dr Mah yang ditemui berkata, pihak hospital mengesahkan kedua-dua mangsa stabil.
Api lilin bakar rumah
PASIR MAS: Memilukan apabila seorang warga emas lumpuh ditemui rentung di ruang tamu selepas kediamannya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada api lilin dinyalakan keluarganya dalam kejadian di Kampung Kubang Pak Amin, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika semua ahli keluarga Allahyarham Che Yam@Zahrah Semail, 73, menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid berdekatan, menyebabkan warga emas itu gagal menyelamatkan diri.
Difahamkan, sebelum kejadian, kediaman diduduki warga emas terbabit terputus bekalan elektrik, menyebabkan ahli keluarganya memasang lilin mengelak mangsa kegelapan.
Bagaimanapun, sekembalinya menunaikan Tarawih, enam penghuni rumah tergamam sebaik dimaklumkan kebakaran menimpa warga emas yang ditinggalkan di ruang tamu.
Menantu mangsa, Mohd Zulkifli Ibrahim, 48, berkata kebakaran menimpa ibu mentuanya itu diketahui selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika singgah ke sebuah kedai membeli rokok.
“Ketika itu seorang penduduk kampung memberitahu rumah kami terbakar. Tanpa berlengah, saya segera bergegas pulang, tetapi agak menyedihkan kerana sebahagian rumah hangus terbakar.
“Dalam keadaan panik, saya bersama penduduk kampung cuba memasuki rumah terbabit untuk menyelamatkan ibu mentua, namun hampa kerana api marak menyukarkan usaha terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam kelmarin.
Katanya, selain gagal menyelamatkan ibu mentuanya, dia juga kehilangan Perodua Kancil diparkir di halaman rumah disambar api. Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada anggota bomba mengenai ibu mentuanya yang terperangkap di rumah berkenaan.
Katanya, mereka sekeluarga sebak melihat keadaan ibunya yang rentung di tempat tidur di ruang tamu rumah itu.
“Saya menganggap kejadian ini ujian Tuhan kepada keluarga kami, lebih-lebih lagi berlaku pada bulan Ramadan.
“Memang saya terkilan dengan kejadian ini, tetapi kami sekeluarga menganggapnya ketentuan Tuhan,” katanya.
Apa kejadah isu ni beb
The post below has been printed screen so that will be immortal. Waakakakakaka...
Immortal oh , takut aku delete...
Bagus tu supaya ianya terus berada dipersada blogging. How about ethics to print screen others without permission. Org punya ethics nampak, kita punya boleh bohhh saja.
Tapi aku ok saja. I ve said it, let it be.
Alamak since aku sengaja post mlm-mlm ( sbb tak nak anak2 baca) dan remark kat entry that it will be deleted,.. aku tak jadi la pulak. Bukan apa aku nak delete, sebab may be anak aku memebelek la pulak.
Since aku man of words, aku responsible on what i write. You must say it, in such way people will undrstand... I will explain to them this way, why i use that words:
Let me tell you one analogy, dan menjawab persoalan isu pokok:
Katalah korang duduk kat umah dan tak buat apa-apa, or maybe tak tak pergi terawih (katalah ye). Tetiba ada org masuk bagi brochure berbunyi begini:
Alasan kenapa tak pergi terawih.
1. Org tu memang pemalas..
Explian la bla-bla
2. Nak tv/pc saja...
Explain lagi
3. Nak tgk bola.
....
Dia bg brochure atau bagi pendapat macam tu lah! Dekat org yg tak pi kebetulan malam tu dan kat umah org tersebut dia bagi brochure tu.
Maknanya dia kata dia tu tak pi sbb yg tertulis dalam tu la. Tanpa tanya takpa memahami ( uweek memahami oo ayat aku).
Isunya ialah memberi alasan sebegitu. Dia tak tau apa sebenarnya berlaku dalam rumah. Macam2 lagilah hakikat berlaku dalamumah. Tapi nah kau... sbb hang tak pi ialah spt kat brochure ni. Mana boleh...
Kalau dia tampal brochure tu kat notis board sekolah ke bilik cikgu ke ok la kot.
Itulah persoalan dan isu bagi org yang memahami. Jumpa org yg tak buat sepertinya, then bagi sbb kenapa org tu tak buat.
Alangkah moleknya buat cerita kenapa patut ada,,ada itu dan ada ini.. Ni idak, pi tarik telinga dia keluar rumah dan bagi brochure dan ha..baca ni!
B**** ialah when u say/do something but dont want to take responsibility. Whoever done it! harsh word? may be, but that's realiti. To progress,We must say it clearly and precisely...
So aku sampai sini saja. Wallahualam...
Jom solat subuh
Parting word: The are many ways to tell people, but there are many ways to annoy people.
Tambahan..I being brought to earth By Firdaus Zaman, and aku better delete my previous posting. As aku pun tak suka words kat situ,and decide to remove..TQ bro
Monday, 8 August 2011
Ramadan Hari 8: Sedar tak sedar dah 8 hari..
Itulah kan. Dah lapan hari berpuasa. Alhamdulillah, yang tahun lepas menangis2 dah bula puasa dah jadi biasa. Sahur pun senang saja kejut....
Kalau tahun lepas dari pukul 1.30 balik sekolah sampai pukul 7 asyik minta nak berbuka. Siap merajuk-merajuk, tapi semua ok ja. Offer suruh berbuka pun tanak dah. Tapi ada jugak yang cabar abah dia semula, kita lak yang cuak...
Hari ni tak pergi bazar dan rasanya tak perlu pergi kot selalu. Pertamanya peniaga kat situ bukannya peniaga tegar pun. Masa bulan ni la baru buka gerai. Ada juga yang ok, ada juga yang mau try test berniaga. Air pulak tak tau la masak ke tidak. Baik buat air kat umah.
So kalau tak familar dgn peniaga kat situ boleh la syak masakan sedap ke tak. Jangan jadi rambang mata. Nak nak yg colorful tu kan, mau singgah setiap pit stop.
Tak la kot kan. Ni exxegerate kot. Tak ade org membeli belah sampai mcm tu kot..
Oh oklah sblum tu, di atas surau yang dalam pembinaan yang hampir siap. Thnks all
Sunday, 7 August 2011
Ramadan Hari 7: Nostalgia...
Saturday, 6 August 2011
Ramadan Hari 6: Ni main boh sajaaaaaaa....
Tadi aku masa balik dari entertain anak aku raya hari ni ( yang kecik-kecik tu la, yang tak posa macam kat sebelah tu).
Aku tertarik dengan komen salah sorang tetamu tu. Pasal hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.Contohnya nak pi terawih parking sampai double park dan tengah2 jalan, menyusahkan orang. Lepas tu balik lambat sekali. Borak la apa la. kereta dia sebijik-sebijik duduk tengah2 jalan..dah tadi double park..Tak boleh la macam tu.
Aku setuju dgn luahan hati dia.
Dan ni komen aku pulak ,aku dah lama tergerak untuk menulis pasal ni.
Bila mana kita nak berhubungan dengan Allah i.e melalui solat la kan. Janganlah ingat Allah bagi kita redah je sampai tak pedulikan pasal hubungan dgn manusia dan kemanusian. Nanti org ingat org Islam ni tak ada etika. Main boh saja, tapi nak pi solat tu. Solat Jumaat pun sama. Parking sampai tgh jalan tuh.. kan menyusahkan org.
Memang la nak pi solat, tapi boleh ke buat macam tu...Aku dah mengomel dah kat kawan aku pasal ni. Mungkin aku saja kot concern pasal ni.
Bukan apa kan. nanti yang bukan Islam yang tertarik nak dekat dgn Islam pun tak jadi sbb sikap org Islam. Ye lah yang pergi surau atau masjid pun buat macm tu kan.......kalau yang tak pi, lagu mana pulak...
Dan nak tambah lagi,, kawan aku,Ron pi bercuti kat Jepun baru-baru ni dia kata:
"Pada pendapat akulah orang Jepun susah ooo nak masuk Islam"
Aku: " Pasai apa pulak"
Ron:" Hang tengok dari segi disiplin, boleh kat Jepun, dari segi kebersihan depa tinggai kita 3 atau 4 tiang, semngat, komitment dll lagi banyak dia lebih praktik yang Islam suruh..compare dgn kita"
Aku terdiam. Termenung. Tak terjawab.
Dia sambung:" Kalau segi spiritual, rohani, hidayah atau terbukanya hati dia tu, cerita lain"
Bull eyes. Tepat sekali....Aku yang penah pi Jepun pun mungkin boleh menerima hujah dia.
Satu lagi aku teringat kisah 2 orang kawan yang sorang Islam sorang bukan-Islam (kapiaq la senang). Kawan baik masuk asrama sekali... Masuk u sama.Belajar sekali. Duduk sebilik, Nak tunjuk akrabnya depa la kan. Kemudian yg kapiaq ni boleh pi belajar kat oversee, kira sambung belajar la kot.
Yang kapiaq tu kenal dgn org Islam kat sana. Punyalah suka cara hidup org Islam tu sampai dapat hidayah masuk Islam.
Kemudian balik Malaysia. Buat reunion jumpa kawan dia balik.
Yang si kapiaq masuk Islam ( aku panggil John)ni punya la hangin dgn kawan baik dia ni..
" Hang memang tak guna punya kawan ( mungkin ayat dia lembut sikit)" sambil menangis tersedu-sedu"
Yang Islam ni kata dalam hati "Eh awat pulak. Baru jumpa, dah kena sound ni. Taliban ke kawan aku ni. Dah masuk Islam macam ni pulak."
Si John cakap" Hang tak pernah cerita pun pasal Islam kat aku selama kita kawan, nasib baik aku pi US, baru boleh kenal Islam. Hang memang suka tengok aku masuk neraka ka"
Si Mamat ni terkedu. Tak terfikir pun. Dan tak akan fikir pun nak syahadahkan kawan dia.
Parting words: Adakah kita juga terpikir dan cuba-cuba nak Islamkan jiran ke sapa.
P.s - Aku lagi la tak boleh jawab..oh . Kena lagi sebijik.. Sendiri mau ingat la. Dah nak Islamkan org kapiaq pun tak boleh, tunjuk perangai molek pun ok kot.....Oh lagi sekali ,,,,hinanya aku.
Cerita produk halal haram
Ni ha cerita pasal produk halal ( atau haram).. Kena check la dulu.. Dan harap pihak berkaitan ( terutama pemilik) boleh menjelaskan kepada umum...Kalau was-was semua pihak rugi. Kalau org tak beli sebab ragu-ragu peniaga rugi, kalau peminat produk tu tak beli, tetapi halal, semua rugi..
1. Baca disini sila click >>>> Product Kecantikan
2. Click sini juga>>>> Restoran
Nama rasmi pemenang telah diumumkan
Syukur. Segala debaran telah terungkai. Rezeki Ramadhan! Sekarang dah rasmi! Ia menjadi milikku...
Maaf . Aku post ni sbb aku teruja..(lagik?). And maybe nak share kegembiraan dgn member-member blogger.
Kalau kita tunggu, contohnya kita hantar borang ke, tunggu punya tunggu tak dapat. Ni rezeki tak disangka-sangka..Sememangnya rezeki dariNya datang dari sumber yaang tak disangka-sangka...
Dan pastinya bukan panggilan hangit hari tu kecuali panggilan bernas belaka...Best dan teruja bukan pasal apa.. pasal menang tu satu la... Lagi satu boleh amik gambar yang menarik seperti ini..
Alhamdulillah syukur...
Pic dari sumber INI
Ni lah the biggest win setakat ini. Harap-harap dimasa depan ada lagi..InsyaAllah..
Ramadan Hari 5 : Kena titik!
Photo:Abstract5481.. Taken indoor... Low shutter..