Tuesday, 28 March 2023

Saat menelifon rakan yang kehilangan anak akibat kemalangan.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku bercuti tempoh hari. Pergi ke Terengganu mengantar anak.

Hari Isnin dan Selasa, cuti 2 hari.


Hari Selasa anak rakan sekerja accident. 

Koma. 

Pendarahan kepala. Naik moto ke tempat kerja


Memang rakan sekerja dibawah seliaan aku.

Rabu tu pulak aku work from home. Tapi tetap ada communication tanya keadaan anak dia. Ada juga update dalam wasap grup.

Khamis dia bercuti untuk bersama anaknya yang tenant  dihospital. Ya, anak dalam ICU . Tentulah bercuti walaupun berada diluar bilik la kan. Tak boleh kot masuk selalu.

Friday dapat maklumat anaknya kritikal.

Petang lepas jumaat dia wasap beritahu doctor suruh baca Yassin.

Dan beliau meminta rakan-rakan mendoakan perjalanan anaknya

Kemudian 4.30 dapat wasap anak dia meninggal 4.21pm.

Dalam perjalanan pulang dari kerja. 4.45, aku call.

Orang yang ceria selalu kat ofis, bila terima call aku terus sebak.

Seorang ayah kehilangan anak.

Perempuan. Dalam 24 atau 25 tahun.

Keluar mencari rezeki dengan menaiki motor.

Tak tahu sapa yang langar. Tak dapat diceritakan oleh arwah sebab tak sedar sampai habis umur.

. Tiada saksi

 

Yep. Kita boleh menenangkan dan meminta bersabar.

Kita bercakap.

Dia yang menanggung

Merasai.

Bebanan atau dugaan serta ujian tersebut dia yang rasa.

Berat hati mendengar dia sebak dan sendu dlm tangisan

 

Allah Maha Mengasihi. Dalam bulan puasa, hari Jumaat. .

Semoga Arwah Fateha dirahmati Allah.


Tuesday, 21 March 2023

Dari Cameron. Hari ni sampai KT pulak

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hujung minggu, short retreat kami semua ke Cameron Highland. Kecuali seorang yang tak dapat join sbb mendaftar kolej.



Dapat tahu berita baik. Aisya dapat masuk MRSM.
 Hari Isnin semalam, pepagi buat medical check up. Along demam join sekali pergi klinik .

Along positif denggi.
Insuran tak diterima.
Mula² kata terima.

Bila habis test  darah..covid semua, nak admitted hospital kata AIA personel insuran tak di terima pulak.
Aduh.. kena settle bil sendiri. Dah tadi kata boleh under insuran..now hospital ni tak terima pulak. Macam macam la tektik..

Plannya nak gerak ke KT tengahhari lansung pukul 6pm baru boleh bertolak.

Tengah mlm sampai..hiway lengang

Along, si adik dia yg bawa ke hospital lain
Takde bilik available, so hospital advice datang buat ujian demggi je hari². 
Ok settle bab tu.

Sampai 12 tgh mlm.

Today 21.3.2023 daftar. Semoga dipermudahkan urisan beliau mencari ilmu


Tuesday, 14 March 2023

Silicon Valley Bank: Apa cerita?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kita sembang pasal kewangan dan pasaran saham serta capital market sikit.
Sebenarnya nak cerita pasal pasaran saham sejak sehari dua ni.

Kalau korang perasan atau terbuka bahagian ekonomi, ceritanya pasal SVB atau Silicon Valley Banks kat Amerika sana nun. Tapi kesannya ( ripple) sampai ke Malaysia.

SVB ni bank ke 16 terbesar kat US. Dia ada masalah.
Bayangkan lah bank ke 16 kat US ada masalah pun boleh market jadi macam ni kat US. Jadi macam ni tu maksudnya pasaran saham jatuh.
Kat Msia ada juga kesannya. Nak nak kalau elibatkan bank.
Bank ni kira jantung ekonomi atau penunjuk aras yang sentiasa memberi kesan terhadap pasaran. Melibatkan nilai mata wang lagilah memberi kesan terhadap ekonomi sesuatu negara.

Contoh krisi yang melibatkan (bermula dengan ) bank ialah krisis sub-prime 2008.
Yang melibatkan mata wang tentulah krisis mata wang Asian 1997/1998 yang merencatkan perkembangan ekonomi Malaysia kita kebelakang sehingga bertahun tahun.

Berbalik kepada SVB ni pula ialah bank ni berkembang maju dalam 2 3 tahun kebelakan ni.
Dipacu oleh covid, bank ni banyak menerima client dari tech company.
Nama nya pun Silicon Valley Bank kan..
Tech company banyak deposit, gunakan utk urusan perbankan syarikat dll,

Bila banyak menerima deposit ( tahun 2020 : USD 60 bil, tahun lepas deposit sebanyak USD200 bil)
SVB guna untuk beli bond dan lain instrument lah kan. Ye lah takkan bank nak simpan duit tanpa dapatkan hasil dari bond. Rugi la, kalau duit tak dilabur,
 Maslaahnya bila kadar faedah naik.
Masalahnya apa? Bila interest rate naik, harga bond jatuh.
Nilai bond yang dipegang oleh bank jatuh. 
Nilai asset bank jatuh la kan berbanding liability.
Apa dia liabiliti bank? Liability bank adalah deposit pelanggan iaitu syarikat tech Silicon Valley .

Ok..kalau jatuh hold dulu kan..nanti akan naik lah kan.
Masalahnya bila syarikat tech pulak ada masalah, nak keluarkan duit dari bank. So SVB nak daoatkan cash, kena jual la bond yang murah sekarang ni.

Itu lah rentetannya. Apabila dengan kenaikan kadar faedah, yang bertujuan mengawal  inflasi. Harga bond jatuh,dan ada pihak yang tergolek. Pihak itu adalah bank. SVB.

Bila pelabur yang beli share SVB au bank tu jual bank dengan harga murah ( dibaca: rugi) maka pelabur panik. kalut jual saham SVB.. dan market pun terkesan.

BAyang kan kalau bank tu bank top 5 US..perghh kesan nya tentu lebih besar kan.

Itulah coretan hari ni.
Thank you

Saturday, 11 March 2023

Langkawi makan di mana: Laksa sedap sangat

Assalamualaikum bloggers and readers..


Laksa sedap.
..dan beberapa menu lagi, oh ya cendol pun ada.

Benda baik kena kongsi, cuma jgn viral tak ketahuan sudahlah. 

Orang kampung dan depa depa yang kerja kat Kuah macam ramai makan tang ni masa rehat. Macam mana tau?, taklah aku tanya, hanya tengok lanyard dan tag nama. Ada staff Perodua dan bank..Takkan pelancong dok gantung lanyard pulak, ada la tapi grup² pi Turki dan jemaah umrah nun di sana nun..pi ikut travel.memang pakai tag..senang.

Kat langkawi org hidung mcm kita² ni tak lah melancong gantung lanyard kan..

Eh..laksa,? cerita laksa...

Dekat sahaja dengan Hotel HiG. 






Lepas checkout dan beli cekelat , depa nak makan laksa.. walaupun kenyang lepas breakfast tadi,, makanya layan juga ke sana sebab nak check out hotel lagi satu memang lamabat lagi..

 Sebenarnya susah ooo nak cari laksa Kedah yg "piau" ( macam mana eja ha) kat Lembah Klang..ada kot cuma tak explore.

Lama tak pekena..

So tempatnya Kg Padang Lalang.. dlm komen sat gi letak nama penuh kedai.( kat bawah artikel ni.. comment tu kat fb)

Perghh memang sedap..
Sepinggan rm4.00
Special RM5.00.

Cucuq udang pun ada..kuah pun secukup rasa.pekat dan memikat!!

Boleh la kawan fb nak pi cuba makan.
Aku tak try bihun sup tp nampak kak depan tu tunduk layan tak tengok kiri kanan dah..wohahaha.

Bukan . Bukan jenis perati org.kebetulan. ohh dia makan bihun sup.. macam sedap ja. Eh dok hayun kayuh suap tak berenti.. hat tu saja tengok.. 5 saat tak sampai.

Eh laksa.. ok.

 Sampai kedai pukul 12.45.
Kedai "catok" kecik ja. 
(Nota :Catok = warung, kedai "pinggir pinggir". Tepi sawah, tepi jalan, tepi kedai)

Masa kami sampai, satu ja meja ada orang.  Ermm silap kedai ka ni.?

(Nota: selepas seketika, org menderu datang, sampai berlaga kerusi. Kami ni membawa rezeki ka? Rupanya waktu rehat pwjabat(

 Dah google kata sini ada laksa , tu yg pi. Bukan tanya org ka apa ka.

Pilih meja, duduk,b order lah laksa dan cucur udang,
Utk aku la cucuq udang,, ringan² la sebab kenyang kan. Sebiji singget setengah.
 Murah.. tapi kenyang dah kan. Tu order 2 biji. Buat ghaso- ghaso. 2 biji. 
Sebiji buat kotor pinggan ja..

Mai laksa, hat anak order..
mak aii pekat sedap kuahnya. 
Tanya anak.. sedap?
Sedap.

Ada pernah lagi sedap yg adik makan?
"Ada..mama masak.."

"dan..cik masak ..wa masak..makngah ..maklang dll"


Logik la kan..sib baik cekapdia jawab.
 depa kata mama depa masak lagi sedap !!.

 Sib baik dah beli coklat!!.kalau tak mesti up lagi stok. Puji takdak hasil.puji ikhlas tu.wohaha

Makna kata kalau hat kedai..tang laa lagi sedap. (Takkan mama nak masak masa travel kan...)

Boleh la mai rasa ... 
Tuan kedai pun taktau aku review ni. 

Laksa & Cucur Udang No.1 Langkawi (Warung Style)
https://maps.app.goo.gl/9mLgw7JGqvniCtMAA

Friday, 3 March 2023

Kejam dan tangan-tangan kotor mereka

Assalamualaikum bloggers and readers..
Sometimes love or "unlove" could be very cruel.

In HongKOng a socialite, or social media influencer was killed dismembered or even cooked as soup by an ex. I don't read the whole story, it doesn't matter on the details, as it was so gross, i thougt.

But the think is that how would a human do the thing beyond reasonable norm or acted so unhuman.

The one he knew, the one he loved and married but all of sudden ( or maybe for certain period of time) it turned nasty.

Pelik kan dunia ni. Oh yang pelik bukan dunia tetapi manusia di dalamnya.
Dunia tak pernah kejam namun tangan-tangan manusia yang kejam.

Kerana harta, tamak, haloba dan lain-lain lagi yang mengundang bencana.

Di Turkiye, bangunan dibuat tak ikut spec. Bahan binaan tak berkualiti, Pemaju bayar rasuah.

Bila gempa, sepatutnya kesan minimal menjadi berkali kali teruk. 

Itulah kesan tangan-tangan manusia yang kotor dan rasuah. Mengejar keuntungan..

Dan semua itu akan ditinggalkan jua, Kalau beringat tentu kebobrokan dapat diatasi.
Rasuah dapat dibendungi,

Di Malaysia, ermm bukannya suci juga. Dah femes seantero dunia.
Nak kata negara lain rasuah pun takut terpercik kembali.

FIkirkan lah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...