Thursday, 30 June 2016

Notis , peringatan dan viral

Assalamualaikum bloggers and readers..
 Selamat berpuasa


Betullah kita memang selalu kena memperingat dan mengingati antara satu sama lain. Notisnya ada. Common sense pun boleh mengelakkan kejadian tak diingini. Tapi nama pun manusia,,Mudah Lupa..
Sayugia orang yang kata orang Mudah Lupa pun dok lupa,, ( ni peringatan untuk diri sendiri.tak ada kena mengena dengan si Tan Tin Tun samada yang masih hidup atau telah mati). Kat mana tadi..ohh peringatan..

Itulah uniq nya kita .orang Islam ..sampai kedalam kubur pun orang dok peringat semasa talkin.
Tapi visual juga yang main peranan penting dalam memberi ingat atau dalam pelajaran dan pembelajaran.
Dulu kecoh kes sangkut kat escalator. Riuh . MAcam macam video gambar di viralkan.. Bermusim rupanya.
Lepas tu kes ular masuk sekolah.. Lepa tu satu satu sekolah ular masuk ( dan nak masuk paper). Pasal ular ni menyimpang la sikit,,,

Sekarang ni adap dan cara – cara nak isi minyak dengan selamat. Dah terang ada notis.. Matikan injin ,, jgn guna hp..jangan main api..
Siap ada denda lagi kalau siapa yang tak ikut kaedah-kaedah yang selamat masa isi minyak. Tak pernah dengar ada orng kena denda..

Tetiba ..nahhh..Malatop! Terbako kau. Ye lah betol lah malang. Kita pun minta elakkan dari musibah tapi pointnya sini kalau tak de gambar org tebakar ..tak de video..tak de org mati..takde viral..makanya notis tinggal notis.



Berhati-hati geng…Kawan boleh call semula. Tapi kalau terbakar kereta? Macam mana?

P.s Airbag Honda pun satu bab.. …call nak replace stok dah habis. Dah antar surat suruh replace tu, sediakanlah stock airbag baru banyak banyak la.


Thursday, 16 June 2016

Kembara Eropah : Bumi Eropah ku jejaki

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah..kami sudah sampai ke Malaysia dengan selamat. sarat dengan kenangan permusafiran di bumi Allah yang jauh nun di sana..

Banyak kenangan , pengajaran dan benda yang boleh dikongsi disini. dari segi perancangan, pelaksanaan perancangan, apa yang silap, apa yg boleh diperbaiki. Kalau kalau ada yang nak ikut kaedah / itenary kami .

Apapun segala nya berjalan lancar dan kami begitu berpuas hati. Ye lah dari itenary A-Z buat sendiri sambil berpandukan blog-blog hebat . Hasil rujukan dan pertanyaan kenkawan maka sampailah kami ke  Jungfrau , Algau , Basthal,kempten, Fussen, Colmar, Strasboug..selain dari bandar bandar besar yang biasanya jadi tumpuan.

Sempat singgah di tempat yang sebutan Buaa,(,belum google lagi exact word untuk tempat tu). dan Aach di German. Menerobos ke dalam Austria secara tak sengaja hinggalah Interlaken..Lauterbrunnen , Grund dan sekitarannya.

Ambil keputusan singgah di Luxemburg sekejap adalah merupakan keputusan spontan yang dibuat.
Walaupun penat dan masih "jet-lag",.. apa yang pasti ialah mengembaralah. Lihat dan kagumi lah bumi Allah yang ciptaan amat hebat.

Kita mengkagumi keindahan alam dan seterusnya terjiwalah kekaguman terhadap Pencipta.  Bumi yang sama kita pijak adalah diciptakan oleh Pencipta yang sama, cuma dihuni oleh bangsa /kaum/tamadun berlainan.
Adakah mereka lebih bertamadun dari kita? Ya dan tidak..

Yang penting ku pernah bersujud di bumiMu walau dimana aku berada sambil mengkagumi kekuasaanMU.







P.s Salam Ramadhan untuk semua..semoga Ramadhan ini memberi makna yang sebenar dalam diri.
Selamat berpuasa dan mengerjakan amalan kebajikan.
__________________________________________________________________________________





PAda May 2016.. atau  tepatnya Mei,21 2106.. genap 21 tahun aku dan isteri mengharungi kehidupan bersama. Setelah mengenali 4 tahun sebelum itu, berkawan dan belajar bersama.

Teringat detik bila mana Lurvy kepingin untuk belajar di luar negara tapi aku yang tak mahu,
Mungkin aku sukar untuk meninggalkan keluarga terutama mak atau aku amat yakin dengan pendidikan di sini.aku pun tak pasti. Tapi aku memang tanak ke oversea masa tu. Entah jin apa yang dok hasut,,hahaha.
Adakala terkilan juga sebenarnya apabila seorang demi seorang rakan myambung ijazah di UK,,
saat itu aku berniat akan membawa Lurvy ke Eropah, Ayat poyo aku " Tak payah la dok lama-lama kat sana,jauh dari family, nanti kita pi berjalan-jalan. Lagi ok"

Maka setelah 21 tahun berkahwin baru sampai ke UK dan kawasan yang sewaktu dengannya.
 Punya lah lama nak tercapai janji tu kan.
Itu pun annivesary ke 21..

Ok k tu side story.. yang pentingnya selamat sampai dan balik,

Alamak......ke Butik LV ditarik tanganku.
(Lagak dan aksi meniru seorang jurugambar dari Rusia kalau tak silap
..tatau style lain)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...