Tuesday, 29 November 2022
Pause then move on..
Monday, 21 November 2022
Catatan ku pasal PRU 15 dan kemelut terkini: Sebuah anologi sipi-sipi
Catatan 11.31 am
21November2022.
Terpanggil untuk mengomen dan mencatat apa yang tebuku / tersurat utk
rujukan masa depan.
For the first time reader.
Ahlan wa sahlan.
Welcome to my blog. Yang kekadang rajin aku tulis
kekadang sunyi sepi.
“Live” sekarang pada Ketika ini, jika aku membaca dan
menoleh dari masa depan, adalah kemelut untuk membentuk kerajaan pasca PRU ke
15 2022.
Satu keputusan PRU yang menarik dan mengejutkan namun
bukanlah tidak terjangka. Untuk result penuh tak perlu aku tulis , aku dan readers
boleh google waima 10 tahun lagi.
Dan , bila kita embrace demokrasi kita kena menerimanya.
Redha dengan keputusan? Tak redho? Bukan boleh buat apa2 dah. Bila system demokrasi dipilih ada yang menang ada yang kalah. menang tapi tak sampai "tagan" pun ada
Pembaca sekelian:
Akan ada naratif atau pertanyaan:
Org parti A kata : awat lah depa ni masih adad sokong
parti B.?
Org parti B kata: awat lah depa ni masih ada sokong
parti C.?
Org parti C kata : awat lah depa ni masih ada sokong
parti B.?
Org parti A dan C kata : awat lah depa ni masih adad ok sokong
parti B.?
Org parti B dan C kata : awat lah depa ni masih adad ok sokong
parti A.?
JAwapan kepada "awat" tu ialah: Ya akan ada dan terus akan ada.
Janagn Ingat
semua orang berfikiran sama dengan kita.
Awat ingat semua org mempunyai prinsip sama semuanya.
Awat semua org memegang falsafah yang sama dalam memilih
parti.???
Akan ada orang yang pilih parti lain.
Gaduh lah sampai kucing bertanduk pun tak selesai.
19 Nov ada tiga bala tentera yang besaq bertembung.
Dan selain pertembungan, tu ada juga satu gabungan di timur ufuk berperang dan
menang. Total nya 4 la kan secara nak mudahnya.
Berperanglah mereka semua. senjata media serta hamburan serta kutukan serta “fitnah” ( sila baca: sudut pandang mana
yang kata fitnah namun sudut satu lagi kata ok) serta lain lain senjata maya
dan ceramah mega.
Peperangan hebat dan kesimpulan telah diketahui usai pagi 20/November/2022. Ada yang menang, tak luka sikit pun. Ada yang menang tapi luka parah. Yang kalah, yang lunyai.
Yang tak sangka menang, kalah.
Yang yakin menang, kalah.
Jadi 4 gerombolan atau bala tentera ni pun re-group, lick the
wound. Org putih kata : after the dust settle, barulah terima kenyataan ( dan ada
juga yang tak boleh terima kenyataan) biasalah.
side note: Kalau Brazil kalah
dengan Jerman world cup 2014 dengan jaringan 7 0 pun ramai tak percaya. Tapi it
is what it is. Brazil move on. Jerman move on. Life like that..
Now kembali kepada PRU....analogi nya begini pulak:
Bila berkumpul dan regroup. Ada 2 bala tentera yang menang
paling banyak, yang luka tapi menang, yang parah tapi menang ,,naik lah bus (atau
bot atau apa saja analogi kenderaan ) untuk memasuki wilayah berwarna kuning utk menuntut
kemenangan.
Namun syarat untuk masuk ialah bas ni mesti penuh seramai 112 org atau lebih. Lebih tak pa.
kurang
dari 112 tak boleh. Kalau tak penuh bas tak boleh jalan.. itu rule dia.
Hang belemuih ka. Kotor ka. Baju suci bersih ka. Boleh naik bas tu. Mula2 dua dua bas kata hat bersih elok ja boleh naik, La ni nak penuhi syarat kena bagi penuh 112 org atau lebih, belemoih pun belemoih lahhh
Maka naiklah dua bas…. dua-dua plet P. Satu bas plet PH
seramai 82 orang dan satu lagi bas PN 71. Bas ni saja nampaknya boleh penuh. Kalau nak penuh pun. Salah satu akan bergerak, Nampaknya setakat ni. Boleh juga tak bergerak-gerak. Mungkin..
Makanya kena jemput lah yang lain yang menang naik untuk nak bagi penuh.
(Ni mcm teksi Mercedes bagak aku naik nak pi Yit Foong Ipoh dari taman cempaka. Tak penuh tak jalan. .. tu dulu..tunggu la berjam)
Macam tu lah bus ni pun.
( Macam syarat carpool kat Jakarta yang kata nak masuk
bandar kereta kena penuh atau ada penumpang kalau tak silap)
Depa kutip orang Jalan kaki kat Tanah Abang atau pinggir2
kota utk naik supaya boleh masuk kota Jakarta.
Ok berbalik pasca
PRU15 malaysia:
Bas masih tak penuh..
Nak penuh kena ajak tentera yang menang di kalangan satu
pihak yang bernama BN.
Sebelum perang macam depa dok kata kat “hang aku.” Kata dan
tuduh memacam. Semua pihak. Bukan satu ja. Sebab ayat adalah senjata. (Bab betoi
ka dak, kita sebagai org Islam kena tahu ada balasannya nanti.)
hat liberal, hat nu belit,
hat nu fitnah. Hat kominis,
hat Taliban. Hat rasuah
, hat nepotisme.
Hat anak beranak, hat tua bangka, Hat muda.
Hat mundur. hat lbgttq.
Hat penunggang agama, hat tunggang belakang.
Hat bodoh . hat banngang
Hat lebai, hat sakau
Uishh banyak..banyak tuan2 kata depa dok kata masa kempen.
Kalau tengok balik ntah ntah depa pun malu
BN pulak being labelled as rasuah dan penyakau atau penyamun by both PH dan PN. Bullet paling ampuh. Ya salah satu bullet ..dan itulah perang PRU.
dann..
Rakyat telah memilih.
Dan ramai lah yang kalah dari gerombolan BN. Tinggai 30 org yang selamat
Ketua BN ni kawan dengan drebar bas plet PH.
Ada yang mau naik bas PH namun ada yang tak mau.
La ni hat org dok kata sakau nil ah yang kena “mot” (muat atau di jemput naik ) dalam bas. Dua dua
bus! Yang mana BN akan dipilih?
Yang blok ufuk timur dari Borneo awai-awai lagi naik bas
plet PN.
Adakah BN naik bas PH.
Atau naik bas PN.
Atau separuh separuh???
Adakah bila BN naik bas PH, blok Borneo ni turun bas PN dan naik bas PH.
Kenkawan, macam macam boleh berlaku. Tunggu sajalah.
Sehingga takat ni kata muktamad dah diberi supaya masuk
wilayah kuning sebelum pukul 2pm dan mestila penuh dengan 112 atau lebih.
Apapun satu bas akan penuh dan akan bergerak..Sabarrr..
Apa yang berlaku.
Set
kito jgn pecah.
HP wasap boleh pecah tapi persaudaraan jgn putus.
Kita tunggu saja..
“Kita boleh merancang. strategies.plot twist, namun ingatlah
sesungguhnya Allah Maha Perancang”
NBS. Putrajaya. 12.11 pm.