Monday, 24 November 2014

Awana Kijal

MY bad....

I always want to edit the pic,, then tulis dan karang baik baik sebelum posting. Idea yang bagus tapi selalunya kita ketiadaan masa ( dibaca: tak pandai peruntukkan masa untuk blogging). Menjadikan apa saja idea atau posting hanyut dibadai masa. Posting yang relevan ketika itu mungkin berlalu begitu  akibat nak edit dan karang baik-baik, kononnya.

Kemudian konon nak buat review pasal hotel la, foodie outlet la,, bla bla, Herm,,, akhirnya terbengkalai juga.

(Following entry update on 8/12/2014)

Kami mengunjungi Terengganu Oktober lepas sebelum berpatah balik ke Gambang.. kira cuti2 Malaysia Pantai Timur.

....Sambil nak menikmati hotel ni.. Resort World Kijal Sebelum ni namanya Awana Kijal..

entry ni nak bercerita  pasal hotel ni lah ye...


Hotel ni agak lama,, rasanya 10 tahun usianya.. Aku dok baca review Agoda pun ada yang komen pasal rundown etc. Tapi lokasinya yang menarik membuatkan aku membooking juga melalui Agoda. Pertama kali guna Agoda.. Murah ke? Entah tapi yang pastinya ada promo yang lebih menarik masa aku pergi.. Better than Agoda




Belakang Aisya tu bilik air,, dan didding yang petak2 tu boleh slide bukak.. terus sebelah bath tub.. hahahaha..
Kalau berdua saja tak pe lah,,, ni satu family


Kesan nampakan usia yang lama tu jelas la dari pintu dan sinki dan lantai tapi ok lah.. well maintain.



Bilik agak spacious.. boleh la.. dua abilik conecting 'tuk keluarga kami yang besar


View form a room.. refreshing dan cantik.. dgn hembusan bayu laut Cina Selatan

Permandangan pool.. abaikan manusia kat tepi pool tu.... nak test slow shutter sebenarnya. bagi air terjun tu nampak smooth


Pada masa ni juga ada promo baekk punya
arghhhh.. tak de rezeki untuk dapat deal ni.!
RAte masa tu kat Agoda 250 x dua bilik kali malam dah Rm1000..eshh

Plus extra breakfast lagi...ermmmmm.


Macam cantik je gambar ni..masukinterframe juga lah

Giant Chess


Resort World Kijal amat sesuai untuk family vacation. Cuma kena berhati2 sangat musim air laut bergelora. Jangan la mandi laut ,, Layan kolam saja lah.
Kalau nak menghabiskan masa ada banyak permainan spt pingpong carrom dan pool. Pendek kata hanya duduk di dalam hotel boleh menikmati memacam aktiviti






Kamak2 boleh ditinggal dalam tempat permain ini

Malam hari,...
aku nak test photografi..lama dah tak melayan kamera .. takat nak snap tu selalu lah.. tapi nak main manual setting..low light semua ni lama juga tak layan..


Pantai pada waktu malam..



Esoknya ke  pantai Kemasik ..awal pagi after subuh .. tapi nak ajak teman tu kesian pulak anak ,, so lewatkan sikt. Untuk apa lagi,, untuk snap gambar la.



(Post draf.. to be edited..yeahhhhhhhhhhhh
Cerita masuk kemudian.)...ok dah edit.!

Monday, 17 November 2014

7 nov 2014


Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni selepas Jumaat dalam pukul 3.30 petang, Suasana agak confuse menerima berita seorang sahabat pengsan di ofis. Kemudian dibawa ke hospital.
Dapat berita masuk ICU.
 Dapat berita meninggal dunia.
Pantas. Setiap detik depa update.. Eh.. ye ke? Semua keliru dan akhirnya maklumat ter"sah"
 dan disahkan.
Alfatihah untuk sahabat,, Sdr Bahrin Sulaiman...







HAFDAY

Assalamualaikum bloggers and readers..

16 Nov 2014. Semalam.

"Esok Angah tuisyen pukul 10, macammana ya"  Lurvy tanya. Kita dua-dua kena keluar pepagi.
" Pukul 10?. Kat sekolah je kan" Aku tanya balik. Biasalah aku, pertanyaan dibalas pertanyaan.
" Tak lah, kat Dengkil ke nun" Jawab Lurvy

" ohh"

"Camni lah . Minta syafika pi hantar. Abang bawa je Hyundai tu" Solusi aku.


HAri ni. BAwa kereta hyundai ke ofis.Memandu sebelum trafik light,, apasal stereng dok kona kanan je. Terasa berat lak kereta.. BErhenti kat lampu merah trerus turun check kereta. Alamak pancit!!!

Dah ditentukan Allah, aku yang nak hantar Farah.. Bagitahu ofis amik haf day.
Baiki tayar kereta. Hantar Angah ke tuisyen!!


*************************************




Tuesday, 4 November 2014

Keajaiban Ilahi....kenangan Haji 2013

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kenangan ketika di Tanah Suci amat-amat banyak...
Aku masih ingat saat dan ketika berulang-alik ke Masjidil Haram.
Bertemu kesejagatan manusia dari pelusuk dunia,mengenal dan dikenali
Yang pentingnya, mengenal diri dalam pencarian mengenal Allah

Dijadikan manusia ini berpuak-puak hanya untuk beribadah kepadaNya
Dari Indonesia hingga ke Turki , menulusuri ketamadunan manusia dari Lembah Nil Mesir.
Berbicara dan berdiskas tentang Presiden Mossi dan bala tentera Sissi.
Dari Burkina Fasso hingga Kanada..

Melihat ketakwaan dan keimanan manusia
serta serakahnya (( bak kata sahabat dari Indonesia) umat mencari pahala dan berbuat amal ibadat demi keredhaan Allah

Memerhati keajaiban ciptaan Allah yang pelbagai puak dan kaum
Bersatu kerana yang SATU
Tiada duanya hanya kernamu yang  Esa

Alangkah indahnya.....
Foto credit: Facebook Salam Baitullah

Arafah 2013
Foto credit: Facebook Salam Baitullah



p.s Kepada para jemaah haji , selamat kembali ke Tanah Air dengan iltizam dan wadah baru.
Salam Maal Hijrah

Monday, 3 November 2014

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tak ingat masa bila drafkan entry ni.. somewhere in September..
Dua beradik ikut abah ke ofis sbb tak sekolah..
So ikut abah pergi lunch dlm norma-norma kotaraya time lunch..

Pilihan mereka KFC..
Sebab bahave saja kat ofis makanya abah layan

Setelah lunch at Ampang Park

Adik

...dan Kakak

Dream Final Malaysia cup

Assalamualaikum bloggers and readers..

Menghiburkan.
perlawanan akhir piala Malaysia yang peminat harapkan.
Selalunya suasana permainan begitu berhati-hati dan jarang-jarang jaringan melebihi 2 gol.. Emosi yang turun naik bagi kedua2 penyokong apabila mendahului, ketinggalan , menyamakan kedudukan dan akhirnya drama hingga ke penalti.
kad merah yang mengubah keadaan..
kerana...

Tiada ruang untuk tok gajah

..kerana tiada ruang untuk Gajah bermain 11 pemain dipadang.. Mungkin gelaran Tok Gajah menyebabkan mereka nampaknya lebih bebas bergerak dengan 10 pemain.
Ataupun sebenarnya mereka lebih bersemangat dengan 10 pemain
'
Mungkin juga JDT mnegendurkan asakan atau alpa dengan kelebihan seorang pemain.
Ratanya tahun ini pahang memang sentiasa bangkit apabila tidak cukup 11.

Kena ingatlah momentum yang berubah menjadi perlahan menjadi tonik utk pasukan lain mengasak.

Secara peribadi.eh ni pun dah peribadi la ni. Blog pun peribadi...aku meyokong Pahang kerana pasukan negeri plus import, berbanding kelab JDT plus import.

State player ( local) ramai org phg berbanding JDT dan org Johor..
Mungkin Phg bersemangat lebih dan JDT skill lebih.

Apa pun perlawanan yang hebat dan sesuai digelar "Dream Finale"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...