Aku berangkat ke Vietnam malam hari. So sampai saja aku nak
rehat kat hotel. Makan pun order dalam flight AirAsia, tak mau makan kat
Vietnam sebab ingat malas nak turun hotel. Makanan pre-book lah ye and, not bad
makanan yang disajikan. Kira just nice la makanannya, i.e nasi lemak dan nasi
ayam. Dan tak da nak komen apa apa kecuali yang bagus-bagus sahaja.
Keberangkatan kami ( eh betul ke ayat ni, macam keturunan sultan
la pulak) Flight AK 254 lewat sejam dek kerana ada penumpang tak jadi travel.
Semua beg dikeluarkan semula untuk mencari beg penumpang yang tak travel.
Mengikut peraturan International Civil Aviation Organization (ICAO) tak boleh ada “unaccompanied baggage”.
Mengikut peraturan International Civil Aviation Organization (ICAO) tak boleh ada “unaccompanied baggage”.
Kalau penuumpang tak boleh travel atas sebab sebab kesihatan ka, kecemasan ke, tau apa saja.
Beg musti dikeluarkan. Kerana mana
tau kes sabotaj ke apa ke. Na'uzubillah..
Aku ni ada la sikit-sikit phobia naik flight ni, agak cemas
la keadaan penumpang kansel nak fly ni walaupun baggage dah check-in, dah dah masukkan dalam pesawat. Apasal la
pulak dia tak naik sama??
Adoii cemas juga. Buat suspen saja..
Tapi Alhamdulillah, selamat
pergi dan kembali.
Tetapi catatan ni buka pasal Vietnam sangat , catatan trip
Vietnam tu tengoklah nanti, akan aku update. Feel untuk menulis belum ada lagi.
Tetapi, bila pergi Vietnam mesti ada Neelofa.!! Di mana-mana tempat yang menjadi lokasi orang Malaysia
lah membeli belah. Kedai tak berkaitan dengan tektile taklah tak terlibat dengan Neelofa.
Tulisan pasal Vietnam tapi nak cerita pasal Neelofa ..hmmmm
Ok, aku sebenarnya tak suka menulis pasal Neelofa sangat.
Dia tak perlu pun penulisan kat sini. Dia seorang yang gigih dan popular dan
semuanya terarah ke mercu jaya je. Chewahhh.
Orang nya manis pabila
tampil di khalayak. Di belakang khalayak tidak ku tahu.
Itu yang aku tau
pasal sedikit sebanyak pasal dia.
Muncul kerana pertandingan Dewi Remaja ( agakkan aku) dan terus maju setelah penampilannya yang penuh
kontroversi di Anugerah Era ( kalau tak silap) dengan berpakaian yang sikit
terlampau. Sikit tapi terlampau.?? ( diplomasi kan ayat aku). Pakaian power
rangers kata orang.
But kita manusia, semua orang buat silap. And good for her, ianya
mungkin menjadi batu loncatan untuk perkenalan beliau dengan segera di persada
seni dan glamer. Yep, sesetengah orang need that untuk publisiti. Seterusnya beliau berubah dan berhijab dan berjaya
dalam dunian yang beliau ceburi dan...well, seperti aku kata tadi semua orang
buat silap dan she seemed to learned from it. (keyword: seemed)
Dan rezeki bertambah tambah berkat doa mak bapanya dan
keluarga serta peminat beliau yang senantiasa menyokong beliau
(Oh aku bukan fan ya).
She lives a full life. Err, except lifepartner tak dah lagi, kot.
Semua nampak great . Latest milestone beliau, dia telah dilantik menjadi Director AirAsia. Hermm banyak juga aku tau pasal gadis genik ni…wohahahaha.
Semua nampak great . Latest milestone beliau, dia telah dilantik menjadi Director AirAsia. Hermm banyak juga aku tau pasal gadis genik ni…wohahahaha.
Patah balik cerita
Vietnam.. Aku tengok banyak tudung Neelofar di kaki lima .. Dilonggok dan
dicampak di kaki lima seoalah tiada nilai. Ada juga Ariani . Bokitta ( jenama apa ni? Seyes aku taktau).
Aku pasti kalau jenama aku pun, aku
menyirap.
Patutlah dia marah sangat satu masa dahulu tentang betapa tudungnya diciplak di negara yang mempunyai pantai yang panjang tu. ( tengok tu, aku tau juga tentang isu ni).
Macam mana Lurvy nak beli barangan kain dan tudung kalau
yang ada brand Neelofar, Ariani dan entah apa brand lagi?
Adoyai macam ni ke Vietnam..??
Kualiti yang pulak agak rendah, dan harga lagi la rendah.
Hmmmm..aku dengan Lurvy kalau nak beli pilih yang gantung-gantung dalam kedai tu tanpa bungkusan, tanpa brand. Jangan tengok brand sebab tuannya lama develop brand tu. Kalau tak dak label lagi bagus. Tengok corak dan kualiti dia kalau minat beli. Jangan di belek ada cop Neelofar ka Norizan ka, Ariena ka, Nabila ka waima cop Lurvy pun jangan dibelek. Beli sebab kainnya dan kualiti. Masalah oo sebab boleh dikatakan ada brand (ciplak).
Adoyai macam ni ke Vietnam..??
Kualiti yang pulak agak rendah, dan harga lagi la rendah.
Hmmmm..aku dengan Lurvy kalau nak beli pilih yang gantung-gantung dalam kedai tu tanpa bungkusan, tanpa brand. Jangan tengok brand sebab tuannya lama develop brand tu. Kalau tak dak label lagi bagus. Tengok corak dan kualiti dia kalau minat beli. Jangan di belek ada cop Neelofar ka Norizan ka, Ariena ka, Nabila ka waima cop Lurvy pun jangan dibelek. Beli sebab kainnya dan kualiti. Masalah oo sebab boleh dikatakan ada brand (ciplak).
Beli sebab corak dan, padan dengan kualiti vs harga.
Kalau chop
Neelofa mana mungkin 10 riyal..Paling kurang pun 100,000 riyal serba satu.Tu
pun kalau dia nak.
(P.s my Lurvy is priceless!!)
Kalau lepas bayar ada label yang tak berkenaan nasib ler.. .
Tak fair rasanya beli label yang bukan empunya.
Masa beli telekong, minat la satu dua telekong yang bergantungan, pilih dan bayar. Stok diambil dalam dalam plastic biasa ja. Ok la macam patut macam tu .
Pastu tuan kedai keluarkan plastic SK dan begnya. Beg kain maroon sebijik jenama SK. Lah, nak re-pack pasai pa. Kami beli base on sampel
yang bergantungan togel cam tu ja. Mana ada brand SK, pehal pulak dan masuk
elok-elok dalam jenama orang ni. Beg beg kecik buat berat luggage ja.
Ok berbalik pada Neelofar, satu jenama yang terkenal dalam arena
pertudungan. Ianya sebenarnya bagi aku, ia adalah fashion semata , not more than
that. Dan itulah yang dipersembahkan oleh jenama itu sendiri. Mungkin asalnya kearah
penghijahan diri di mana empunya dirinya memakai hijab namun akhirnya mungkin factor keuntungan
yang membawa label ini ke tahap yang tinggi ( atau makin rendah). Terpulang kepada anggapan memasing.
Sebenarnya produk dan penampilan diri serta cara pemakaian
perlu menggambarkan identiti kita. Kita boleh jual apa saja tetapi jangan jual identiti.
Kita boleh hilang semua tapi jangan hilang pengharapan dan sebagai Muslim
tentulah kita bergantung harap padaNya.
Kita boleh melancarkan tudung atau hijab ( tu dia, hijab tuh??) di mana
mana. Tetapi jangan ikut mereka. Bila lancar new fashion line di kelab jangan
la terkinja macam "ahlil clubbing".
Ko dah kenapa????
Macam tak jive..>>> hijab
= clubbing? Atau dah memang macam tu sekarang ni. Aku pening memikir.
Dalam termangu-mangu, aku cuba-cuba cumi cumi menilai yang mana lagi mulia:
a)Neelofar di kaki lima di depan kedai Hj Osman di Vietnam atau ,
b) Neelofar yang terkinja dikelab malam.
Arghh... siapalah aku hendak menilai. Aku pun tak tahu untung nasib diri di hadapan yang Esa..
......................................................
* 28/2/2018:
Ini adalah petikan akhbar pada hari ini
Mufti
khuatir tindakan Neelofa
KUALA
LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
melahirkan kekhuatiran tindakan selebriti, Neelofa melancarkan koleksi
terbaharu hijabnya di kelab malam terkemuka, bakal membawa fenomena normalisasi
dalam bertudung. Beliau berkata, disebabkan tindakan itu akan timbul persepsi
apa saja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. "Kekhuatiran ini bukan
bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan
wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang
bersyariat," katanya dalam 'Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa' yang
dimuat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.
Beliau
berkata, tidak salah untuk Neelofa mencari kelainan dalam mempromosikan produk
baharu tetapi perlu mengelakkan fitnah dan tohmahan kerana matlamat tidak
menghalalkan cara. "Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah
matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar
terhasilnya keberkatan," katanya. Beliau turut berpesan kepada Neelofa
untuk menghayati syariat Islam yang sebenarnya dengan bertanya kepada ulama
sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki
yang diberkati Allah SWT.
“Berniaga
Tudung Di Tempat Yang Haram, Haramlah Jadinya” - Mufti Perak
PETALING
JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan selebriti, Neelofa
supaya bertaubat susulan tindakannya menganjurkan majlis pelancaran tudung di
sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara pada Isnin. Malah Harussani turut
menasihatkan semua pengunjung beragama Islam yang hadir pada majlis itu untuk
sama-sama bertaubat kerana mendekati tempat maksiat. “Kalau dah tempat tu ada
tari-menari dan kelab malam, selalunya ia adalah tempat maksiat. Maka, ia tidak
seharusnya dikunjungi oleh sesiapa pun yang beragama Islam.
“Walau
apapun tujuannya sama ada ia untuk berniaga atau mempromosikan barangan...
tetap tidak boleh,” katanya kepada mStar Online pada Selasa. Harussani
berpandangan bahawa tindakan umat Islam ‘menghidupkan’ kelab malam dengan
penganjuran majlis sebagai bersubahat dengan tempat maksiat. “Haram hukumnya.
Dia bersubahatlah kerana ‘menghidupkan’ kelab malam tu. Berniaga tudung di
tempat yang haram, haramlah jadinya,” katanya sambil menegaskan bahawa kelab
malam lazimnya merupakan tempat yang tidak baik dan mendorong kepada perbuatan
maksiat. Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua umat Islam perlu
berhati-hati dalam mencari sumber pendapatan yang halal.
“Saya
nasihatkan supaya kita berhati-hati. Biar kita mencari nafkah secara halal,
janganlah kita melibatkan dengan perkara-perkara yang melanggar syarak. “Wajib
dia (Neelofa) bertaubat. Semua, siapa saja yang berada pada majlis itu di kelab
malam,” kata Harussani. Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa
di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara. Malahan, wanita bertudung yang
menari dengan aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab
terbaharu, Be Lofa turut dikecam hebat. Menerusi sidang media pada pelancaran
tersebut yang berlangsung pada Isnin malam, Neelofa tidak peduli kritikan
netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang
tahun kelahirannya yang ke-29.
Kata
pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang
dipilih sesuai dengan tema. Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali
ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain. Terdahulu, mStar
Online melaporkan, langkah selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab
terbaharunya itu di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya
untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah. Menurut pendakwah
dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di
mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam. Namun ujarnya,
sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan
tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.