Tuesday, 28 June 2022

Jangan la kondem

Assalamualaikum bloggers and readers..

ada dua cerita/nukilan:

Cerita satu

Semalam petang bawa Along pergi ke satu tempat ni, intsitusi yang memudahkan orang Islam menunaikan rukun Islam ke 5. Sebab untuk tukar status dari penjaga ke akaun memasinglah. Sebab dah lebih 18 tahun . Akaun dewasa lah. So kalau nak withdraw ke apa ke urusan diorang memasing , tak de lah abah kena pergi juga. Kan..dah besar panjang kena lah independent, Lagipun memang kena tukar status.
 Ada kejadian pelanggan jerit-jerit kat kaunter. Wahhh , drama la pulak mamat ni. Jerit dan maki-maki lagi baqhang... 
Ish apakah isu nya pun aku tak pasti. Sebab masa dia berurusan kaunter  tu terlindung dengan partition sikit. Tetiba dengar bunyi dentuman. tak tahu lah dia hentam kaunter ke tolak cashier tu ke. Lepas tu dia ke lobi tempat orang tunggu tu, marah-marah. tak puas hati,
 Marah, maki beersilih ganti. Nasib baik dia tak pukul orang. Aku dah bersiap sedia nak tackle dan seperti aku main ragbi dulu-dulu. Erk,, aku tahu tackle je. kalau dia tak jatuh aku tak tau nak buat apa.
Kemudian datang pengawal (polis bantuan) menghampiri. Fuhh, tak perlu jadi hero. Woahahah.
Apapun, tak elok jerit-jerit maki orang, Benda boleh bincang. Jadi aku tak atau asal usul dan motif so aku takmau kata sapa salah, Yang pasti menjerit memaki tu adalah salah.
Eh yang ni selingan, yang aku nak cerita ialah kaedah nak ambil nombor. Aduyai lamanya beratur . Sebabnya, bukan amik nombor kat situ sahaja macam kaunter pertanyaan dan khidmat pelanggan. Aku rasa kena ada sistem yang baik sikit. Kalau nak tanya kena ada pegawai kat kaunter lain, yang lain tu terus sahaja diberikan nombor.

Sebab dia macam ni. Dalam barisan tu ada seorang nenek bertongkat. Masa aku sampai dia dah queue. Dalam 6 atau 7 orang depan dia. Along pulak beratur orang ke 11 ka 12 macam tu.
Aku dah kesian tengok nenek bertongkat ni. Tak pelah berapa je  orang je kot. Sat lagi giliran dia sampai.
Tetapi, ada tetapinya. Nak bergerak barisan tu amat lambat. Lama seseorang tu kat kaunter. Yelah macam aku cakap tadi, banyak urusan kat situ. Kalau jenis tanya urusan apa dan terus dia bagi nombor ok la. Tapi, entah lah.. lama la seseorang kat depan tu.
So aku kesian tengok nenek ni. Kerusi semua jenis bersambung kalau tak aku cari dan bagi dia duduk.
Orang tua yang hampir bongkok dibiar beratur. Ye aku kata hampir bongkok sebab kekadang dia berdiri tegak , tetapi bila dia support badan dia dengan tongkat dia membongkok. Aku duduk la kan sebab Along yang beratur. 
Dah la nenek ni beratur depan aku. Nak buat tak nampak tak patut. Gelisah aku dibuatnya. Simpati, kesian semua ada.
Bila orang menjerit tadi, datang la polis bantuan serta pegawai lain ke kawasan tu. Bila dah setel bab makian tu, Pegawai tu pun nak balik kot workstation dia.
Aku tetiba panggil Miss, miss. Kuat pulak aku panggil, Dah semua orang paling kat aku. Aku panggi nak suruh attend nenek ni la. Dia macam terpinga-pinga. 

Sudah, apa masalah pulak dia ni, agaknya dalam hati dia.
"Tadi dah terjerit-jerit sorang. Ni panggil aku pulak."
Aku tengok dia kaget aku bangun pergi cakap.

"Cik sorry ya, Nampak kat line ada orang tua, tak larat tu. Tapi q tu slow sangat. Tak boleh ke bagi attend atau bagi dia dulu"
"dan,, dia bukan datang dengan saya ya, Saya tak kenal. Patut miss boleh bagi keutamaan kot"

Terus dia pergi kat nenek tu dan bawa kedepan dan bagi nombor. Mungkin nak deposit atau keluar duit. Tak de pun lama kat kaunter pertanyaan sebab nak amik nombor. Then nenek tu pun duduk sambil tunggu gilirannya dipanggil. Aku rasa  nenek tu Q nak amik nombor lagi lama dari dia tunggu nak dipanggil berurusan..  


Cerita dua

La ni kan heboh pasal cerita Mat Kilau. Bila trend macam ni ada la lelaki-lelaki Malaya ni pakai tanjak la. Pergi panggung tengok sambil bertanjak. ( Nota :Aku belum pergi tengok lagi). Atau post dalam social media gambar-gambar memakai tanjak.
Dalam celah-celah ada pula yang kecam dan sindir orang memakai tanjak ni. Loh dah kenapa dok kecam-kecam ni?
Mempersoalkan kenapa kononya sekarang la nak bertanjak, kenapa  ikut trend la kan. Lepas tu ada ja kata block view dia bila pakai tanjak. dalam panggung. ( yang block view tu boleh je tegur kan, Tuhan bagi suara, boleh bincang kot. Orang Melayu kan sopan santun.) Tapi ada yang perli-perli bagai.



Aku cuba nak habaq..ooo masa cerita batman, Hampa dok pi beli baju batman kat anak. Masa Spiderman beli baju spiderman, Superman cara superman. Sampai pakai siang malam.
Bila trend cerita mat Kilau , ada orang pakai tanjak dah perli-perli. Kecam-kecam pulak.

tu ja nak tanya,, tapi bukan semua orang ya. Jangan la terasa, kalau dok beli baju spider sampai tutup muka (topeng) anak , tapi tak kecam orang lain, takpa. Khas untuk mereka yang nampak orang kita pakai warisan kita nak kecam. Tu saja. 

Wednesday, 22 June 2022

Real or fake? The future is now..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Wow..
Just..WOW!
I couldnt imagine that the technology have reached this level! Before this I thought it is only in futuristic film. Now it is reality.
Deep fake is real bro. You will never know which is real, which is fake. Soon it will become just an app in your hand [phone]. And who would you trust???
Is it real,?? is it fake..?? Check this LINK.







Sunday, 19 June 2022

Alhamdulillah, dapat lock banyak hari.

Assalamualaikum bloggers and readers.. 

Aku nak kena scam pulak ke?
Hari tu kan cerita ada orang kata aku scammer. Tak pening ke kena tuduh macam tu.. Wohahaha.
Pelik.

Kemudian, orang aku yang dituduh scammer ini  dihubungi oleh tetamu lain.

Ada nak sewa sampai beberapa minggu... 
Tu dia lamanya..
Aku pulak yang cemas.!!
Alamak, betol ke atau scammer ni..?

Orang tu dari London mesej setelah dimatchkan oleh kawan dia di Malaysia.
Macam tak cayakan sebab too good to be true. 20 lebih hari direct kau.

Dia kata dah tengok review dalam app yang rata-rata positive dan menarik perhatian dia. Dia minta kawan dia hubungi aku

Kawan dia kat Malaysia pun recommend tempat aku kat dia. Lokasi tengah-tengah bandar raya KL.Senang nak po makan makan. Senang nak travel dengan LRT. RUmah yang bersih. Tuan rumah yang ramah.. Ya ya. Aku tambah beberapa point di situ. Scammer cam tu lah,, Woahahahaha.

So acara bargain pun berlaku. Bijak dia mintak kawan dia kat Malaysia bargain
Aku macam biasalah, kalau orang minta discount, apa salahnya bagi kan. Kita kan niat nak memudahkan orang. Kan kan kan.. win win omputih kata

Kalau jumlah sebenarnya sepatutnya RM 7300 kan. Aku nak mudah RM6000 je. Baik kan aku..
So far bukan scammer yang nak stay tu sebab dah bayar deposit RM1500. Transfer dari London kau,, International trade dah aku ni. Alhamdulillah. 
Cepat jugak duit masuk. Dua hari je.

Apapun, Alhamdulillah, Dah lock banyak hari..

p.s Alamak kena stop ..Lurvy panggil goreng sotong. Dia takut meletup..gi pun tadi masa beli aku janji nak buat Sotong Goreng tepung.. Sambung balik nanti
..sebab...pantang undur kecuali bini panggil


Okay sambung setelah selesai bersilat dengan letupan minyak.
Memang derdentum dentam kau kalau goreng sotong.
Tapi jadi la adunan tepung yang dibeli di Kedah. Made in Penghelih.
Pasti jadik tagline, dan memang jadik!





Rangup dan sedap. Tak perlu tambah apa-apa dah. Aku je memandai tambah kunyit bagi kunin' sikit.








Friday, 17 June 2022

First, my heart sinks with the first news, then I feel devastated with the next one

Assalamualaikum bloggers and readers..

That is how hard life for some, try to make a daily living just to survive in this challenging world. They are hardworking, they try and try. They are not lazy,  they do what need to be done. Just to survive.. oh man..
First story is true, as reported, And I believe is true.

The next one is reported in the mainstream media also. Whether its true, still a court case.
I have my own opinion which is not important..God knows.

I dont know what to say. Just wow.!!!.people are struggling. 
Millions seem nothing to them, yet...argghhh. i want to screamm!!!
Is this is  a reflections why our country heading the trajectory we are heading now???

First story about husband bring child while delivering goods/parcel/food:

ISTERI baru mula bekerja, seorang suami dilihat cekal menggendong bayi kecil demi mencari rezeki

Zaman sekarang tidak dinafikan manusia berlumba-lumba mencari rezeki untuk menampung kehidupan.

Pelbagai usaha diatur dan dibuat untuk mendapatkannya, ada yang mudah perjalanannya juga sebaliknya.

Seperti yang tular baru-baru ini di mana seorang bapa dilihat menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok milik @abamskhai, dia terserempak dengan 'rider' tersebut di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

Ujarnya, dari jauh dia nampak motor lelaki itu dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi dia membuat keputusan untuk memotong motor tersebut untuk lihat lebih dekat.

Namun pilunya apabila dia dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang 'handle' motor dan sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.


Second story about 3 million ringgit delivered to a politician/ former DPM.

Both stories about delivery, but a different world altogether.


SHAH ALAM: A former Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) administrative manager told the High Court here that he delivered a luggage bag containing RM3mil to Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at the former deputy prime minister's official residence in Putrajaya.





Wednesday, 15 June 2022

Aku dituduh scammer!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tit  tit… masuk mesej .

(Bunyi message macam tu kot..ok tak penting bunyi macam mana)


Soalan yang ditanya:

"Ada kosong tak 16.7.22."

 

Aku pun jawab salam dan mintak maaf sebab lambat balas. Sbb agak sibuk today

“Ya masih ada”

 

Lepas tu dia mintak detail and pic.

Aku pun bagi lah gambar homestay kat Kedah .

Ye lah, bila keluar number ni xxx4546 tanya homestay, automatic aku ingat homestay Kedah yang ke-2.

 

Memang aku ada dua number. 

Satu untuk homestay Kedah plus kat KL (1)

Satu untuk homestay Kedah (2)

So aku akan tau lah dia tanya unit yang mana.

Macam senang nak control lah kan.

 

Ok, berbalik kepada tadi, aku pun bagi detail dengan gambar apa yang ada.

Tetiba dia balas macam ni

“ Nak saya report polis ke..awak ni scammer kan”

 Korang rase macam mana??

Aku kaget jap dapat tuduhan mana ni. Sebab terkejut pun ada, ye lah kita ni jujur tetapi dituduh macam tu.. cewah. Terpempan kejap.

 

Aku jawab seperti dalam screen shot. Terus suruh report. Ye lah apa lak kata nak report-report terus ni..Wohahahah. Benda boleh bincang buat apa report. TAk jelas aku boleh jelaskan

Atau dia nak gempaq nak report. Report je lah.

 


Kemudian dia bagi gambar-gambar homestay kat KL.

OOOoo patut dia konfius.

Now aku paham kenapa dia nak report polis. Dan tuduh aku scammer.Wohahahha

 

Lama berwasap juga sebab aku nak jelaskan yg dia konfius. Taknak lah dia konfius.Ye lah. 

Memang betol kot dia konfius sbb dia tengok dalam internet gambar lain. Dalam wasap aku hantar gambar lain.

Aku jelaskan aku ada 3 homestay, 2 di Kedah, satu kat KL.

Yang Kedah tu kalau dia kata fb dan dia wasap guna nombor 019XXXX4546 memang aku terus anggap dia tanya yang Kedah punya. 


Dia kata dia confius lagi ..


Aku yang last-last confius apa yang dia confius sebenarnya.

Aku bagi link Airbnb. (Utk dia sahkan seperti gambar yg dia mesej, nak kata memang aku punya juga)

Aku bagi link fb homestay-homestay di Kedah.

 (*Memang kat Kedah aku guna medium fb)

*Kat KL aku guna medium Airbnb.

So aku bagi link fb aku juga.

Aku bagi link blog ni juga..Wohahahha..kot dia nak follow ke apa ke.

 

Last-last senyap.

Now aku terpikir.  

Jeng jeng jeng..

Adakah dia yang scammer??

Ada link semua homestay aku??

Nanti dia nak scam orang lain??

Ada link fb aku??

Ada link blog aku?

So dia boleh convince orang lain.

 

Argggh sudah!!! Aku pulak jem.


Tapi yang penting kita jujur dan harap dia betol2 kofius dan tak mau terkena.

So guys berhati-hati dengan scammer…

Manusia ni memacam, hati baik ka, hati busuk ka kita tak pernah tau.

Just sangka baik.

In  Allah we trust, but lock your car..

Maksudnya jangan menyerah semata2..'

kena ada ...Usaha, serta doa dan yakinlah kepada Allah yang memberi segalanya.


Tuesday, 14 June 2022

Izinkan ku

Izinkan ku lukis kenangan

Coretkann namamu sayang

Menitip ruang

Mendengarmu bercerita

Kisah suka dan dan duka

Menangis tertawa




Izinkan aku lukiskan memori

Yang ku angan

Hadiahkan kau bulan dan bintang

Untuk mengubat luka dan deritamu

(Dek kerna ku yang alpa)

 

Akan kuterus...

Mengalunkan kasih.

Sehingga kau bahagia

Selamanya…

 

-nbs-

Highway Temiang-Pantai

Sunday, 12 June 2022

Swimming with turtles..tudiaa tajuk

Assalamualaikum bloggers and readers..

 

Memandu tadi sambil melayan radio yang aku tak pasti salurannya.Terhibur mendengar dendangan Def Leppard: Hysteria. 

Pernahkan aku kata dulu,  aku ni berangan nak jadi gitarist rock. Angan tak sudah. Hahaha.. Main gitar pun tak pandai, ceh.

 Hysteria, dentuman drum dan bunyi bass yang menarik hasil dendangan Def Leppard album 1987 kalau tak silap menemani ku menuju Villea Beach Resort, Pantai Lanjut, Kuala Rompin. Hilang rasa mengantuk setelah melewati beberapa persimpangan sejak aku memasuki LPT2 ni dari Kuala Terengganu hinggalah keluar ke tol Gambang

 

"Out of touch, out of reach, yeah

You could try to get closer to me
I'm in luck, I'm in deep, yeah
Hypnotized, I'm shakin' to my knees

I gotta know tonight
If you're alone tonight
Can't stop this feeling
Can't stop this fight

Oh, I get hysterical, hysteria
When you get that feelin', do you believe it?
It's such a magical mysteria.."

 

Sekarang ni 12.09 tgh malam.

Lurvy di sebelah katil dah tidur. Yep. katil single single  la pulak hotel ni bagi…and the rest  dah tidur di bilik memasing

Aku kalau before 12 memang ngantuk tapi selelas midnite mata cergas balik. 

 Wokeh.Sambung citer di Redang.

Day 2 ke pantai dah snokkeling ja. Apa lagi nak dibuat kan. Tu je lah activitinya

Memang iktizam nak berenang dengan penyu. Aku rasa tak akan pernah dapat peluang berenang ngan penyu sebab ianya wild animal. Binatang yang tak jinak. Dan pula di laut lepas. Mana mungkin dapat berenang bersama.








Rupanya binatang penyu ni banyak di Redang dan ada kawanan berenang- renang di Turtle Point. Aku ja tak explore. Orang dah lama tahu, aku je lalai.  Ya memang banyak tempat kat Malaysia ni kita terlepas pandang nak explore. Kalau ada tempa yang cantik je, contohnya Highway Pantai -Temiang depa dok kata cantik macam New Zealand. Awat? Kalau cantik ja macam oversea? Kalau oversea saja mesti cantik? Malaysia memang cantik lah! Tak yah kata oversea bagai. Ada tak korang dengar orang NZ kat Aussie ka kata:  cantik lah macam kat Msia. Tak dak kan… kan kan.

 

Ok ,,Dah.. melalut jauh aku ni…digress jap. Bukan apa, tak syok la kata tempat kita kalau cantik ja, macam oversea. Sedih tau.

 

Ok balik kepada penyu. Jap jap aku tak kata kan Banyak nya penyu macam kat Vanuatu.. Tak kan..Macam tu la…

 

So, apalagi inilah peluang yang ditunggu. Berbekalkan sotong yang dibawa maka penyu-penyu pun datang untuk memakan sotong² tersebut. Tak payah dah penyu ke Vanuatu cari sotong. Eh Vanuatu banyak penyu ke.?? Aku main taram ja.

 

Dan bestnya penyu tersebut agak jinak dan selesa berada bersama kita di air. Mahunya tak selesa, memang habitat ia di air. Apa la aku ni.

Phone masuk air? 

Dan banyak gambar di ambil..Ermm..macam biasa la kan, suka mengambil gambar orang.  Sampai tetiba naik warning “Moisture detacted”  kat handphone aku, sampai tak boleh caj..selama beberapa jam hari Jumaat tu. Tapi sekarang dah ok.

 

Ok tu smlm, Jumaat. Tadi siang check out dan amik bot ke Merang. 9.30 dari jeti Redang sampai ke Merang 10.20 lebih kurang.




 Singgah makan nasi dagang kat Restoran Che Wan. Beli keropok lekor di Kedai Lekor Ikan Ssaje. Kemudian ke K.Terengganu, Lurvy nak ke pasar Payang. Dah sampai wajib pi sana juga. Aduyai.

 

Draw Bridge K.Terengganu

Dan menyinggah hantar satu team mendobi baju basah-basah dari pulau. Aku dan Lurvy ke Pasar Payang. Actually aku tunggu area parking kereta, sebab kalau aku masuk juga, pelbagai barang aku beli, bukan Lurvy. Woahahha.

 

 Sama elok ja timing, bila patah balik ke kedai dobi anak-anak pun siap keringkan baju.

Angkut masuk dalam kereta terus ke Lanjut Beach ni ha. Sampai pukul 7 mlm tepat.



Saturday, 11 June 2022

Kalau takut dilambung ombak...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ok perjalanan dan perancangan diteruskan. Episod kena kensel last minit atau kena potong tang kona oleh pemilik homestay tak menghalang kami untuk menikmati travel kali ni. 
Sebenarnya dalam travel kemana² pun detìk² mcm ni lah yg kita akan ingat. Detik paling tak best sampai menggangu rancangan dan detik² paling best. 

Dalam hidup pun sama, detik² paling kecewa dan momen ( cewahh, tetiba momen) paling bahagia.

Blessing in disguise. Semua yang berlaku ada rahmat . Bila aku kena check in room last minit, rupanya tepi pantai dan cantik pula.
Aku jenis suka amik gambar. Dalam hp penuh.Jenuh nak delete


Boleh la depa berposing



Oh panjangnya intro.

Perjalanan diteruskan. Selepas check out, sementara bot ke Redang pukul 1pm, nak "brunch" dulu. Nak cari sotong celup tepung.
Selalu aku guna tip ni. Nak makan sedap area tu kena tanya penduduk tempatan. Jangan rely on fb or google. Orang kampung "makang" kat maner tentu best tempat tu. Kekadang sama juga dengan fb or internet. Kekadang tempat tu tak viral pun tapi terbaik. Itulah tujuan nya kan.. eat what local eat. Kalan nak ber mcdonald atau kepsi mana² pun ada 

So malam tadi riki sama penduduk tempatan tempat yang sedap ialah NL Celup tepung. Sebelah  round-about  masjid dekat Pantai Penarik.

Memang best..

 Aku kalau tempat best aku bagitau korang. Rangup dan yummy.

 Kalau tempat yang buat onar, aku reserve dulu, kot² dia tak sengaja. Takmau war-war kan. Macam homestay yang diciluk tu. Biarlah..

Sotong kat NL tu best. Udang dan ikan juga.
Cuma bila nak brunch dan nak makan berat² tu, korang kena tapau dululah nasi lemak atau nasi tomato berdekatan.

Sempat snap sebelum habis. Kali ni semua terus nak terkam

ICT = Ikan celup tepung

Udang yang last habis. Aku udang ni bukan favorite





Lepas makan celupan tu, pergi kejeti untuk ke pulau. Sampai ke jeti 12.30 pukul 1 sharp bertolak. Perjalanan dalam bot 45 minit. Laju...Terlambung-lambung bot dikapten oleh Mael Lambong..agaknya.

Alhamdulillah sampai jeti Redang dengan selamat.




Friday, 10 June 2022

Nak marah pun tak boleh buat apa


Assalamualaikum bloggers and readers..

Tetiba nampak awan macam cantik je,
Atau mungkin nak mengisi kebosanan, sebab apa? Sebab jalan lengang.. keadaan di mana satu satu kenderaan berselisih dari arah depan. Tak mcm Plus highway.

Ye.. rasa cam tenang je drive di LPT..

Dan semalam, ada kisah yg lucu juga.

Pagi sebelum bertolak, aku call homestay ni, 
" Saya yang book utk hari ni, errmm mungkin dlm pukul 4 atau 5 sampai kot"
Dibalas nya:" ok. Baik"

Aku tanya lagi " Homestay ni ada disediakantowel tak?" 

sebab kalau tak de nak bawa lah.

"Ada, setiap bilik satu"

Aku pun ckp Lurvy kena bawalah lagi. Sebab satu je setiap bilik.

"Ok , nanti nak sampai saya call semula utk amik kunci".

Done. Maka part aku untuk booking , follow up dan remind , siap. 
Lurvy tak leh komplen dah!
Dari 3 jun dah siap book and confirm.

Sesampai di homestay aku pun call. 

"Saya dah ada depan homestay, nak amik kunci kat mana?"

"Maaf homestay dah penuh."

Korang rasa???

Pepagi kul 9.00 sebelum gerak dah inform E.T.A kul berapa.
Sebelum tu dah kompom on 3 jun lagi.

Sesampai kata dah penuh. Masuk akal ke tak? Loh ada juga jenis ni.

Kelakar dan lucu kan?

Anyway tak panik lagi , baru 5pm.

Ok guys! we have a mission. Aku gather grup kecil aku. Dua kereta .

Owner ni huru hara. So kita kena cari tempat tidur mlm ni.

Double book katanya , sbb pekerja dia accept booking lain.

Ok, angah ke kanan, Along usha signboard homestay, call tanya ada kosong tak.

 Abah kiri. Mama usha line.. Akmal google sambil sambil. Cari hotel atau mana²lah.

Nak marah org (owner )tu tak selesai masalah kita. Datang bercuti nak enjoy kan. Beenda dah jadi, kita kena solve.

Akhirnya dapat 2 bilik quad. Yang penting ada tempat bermalam.

Pada pukul 8.00 mlm dia mintak maaf,  selesai la bab dia. Just mohon maaf, kita yg kelam kabut.





Thursday, 9 June 2022

Cukup semua berkumpul ..


Assalamualaikum bloggers and readers..
Bila Lurvy bagi arahan untuk anak semua balik dan Najmi yang di kolej yang sibuk nau tu pun balik dan berkelas online di rumah. 
Sebabnya nak gather dan dining out sesama.
Herm..betullah susah nak dapat anak² berkumpul, ada saja activity. So ni cukup kourom.

Kalau abah call ok je, kalau sibuk tak pe lah.
Kalau mama bagi ultimatum, kena la kan.
Dah la nak call pun susah..haishh anak bujang ni.

Dinner kat Binjai restoran sebab dekat ngan ofis dan nak outing kl juga. Farah pun kerja dekat tempat ni.

Lagipun makanan dia sedap. Ala carte..perghh taktau nak pilih.. semua best.

Apapun leh kumpul reramai yg penting.


Ni gambar² makanan yang di order. Korang kena try.
















Monday, 6 June 2022

Semoga dipermudah segalanya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan YD Agong , dan Legasi pun ada guest nak check out dan dan check in. So kalau weekend dan public holiday aku pergi KL pagi² . Jogging area KLCC atau kat taman KLCC terus. Tapi disebabkan jatuh cinta dengan Bukit Tugu decide nak ke sana dan breakfast sekali. Lurvy dah siap² masak nasi lemak. Pergh..tangkap layan la kan.

Tapi macam tak ngam, nak exercise nak kurang kalori tapi makan nasi lemak. Pi mai pi mai tang tu..

Anyway tak kira. Nak nasi lemak Lurvy juga. Wohahaha. Maka bertolak ke sana lagi sekali. Dan maybe rutin mingguan aku sehingga jumpa port jogging/ riadah baru.

Sesampainya polis tak bagi bawa masuk kereta. Adoi ..ada org chup semua parling lot lagi ka. Aritu tu aku suruh mamat blah dari chup parking. Hari ni nak masuk dari jalan besar pun tak boleh.
Seperti biasa aku kan ramah. Tuan, apasal tutup jalan ni. Tak boleh masuk ke?

Ada  program veteran ATM gathering. Alamak geng ni tak aku tak bagi chup. Veteran pulak tu. ATM lagi.

Ooo..ok ok.

Kalau encik nak naik juga kena parking kat bla²..then jalan kaki naik atas..Omak ai..
Aku blur jap kat mana dia suh parking.

"Kita pi taman botani je Yang. Lama juga tak pi" 
Ok.

Jalan-jalan santai jap..then breakfast kat food court situ. Makan nasi lemak la apalagi.
Nampak geng² veteran yang habis gathering pun datang situ pulak. Aku kan peramah.. tegur la.. beramai ramai berkumpul.

15,000.
Dari seluruh Malaysia. Ramai..

Sib baik aku tak buat kelakar lebih kurang ..sebabb..

Tengok tulis kat baju depa slogan ni. Tudia.. Ada la kan yang nak depa luahkan kot kat gomen. Semoga dipermudahkan. 


Lepas makan, dalam pukul 11.30 terus gerak ke Legasi. Ngamngam tetamu baru keluar parking.  So dia datang serahkan kunci sambil bersungguh² ucapkan terima kasih. Best sangat dan akan datang lagi. Aku ucapkan terima kasih dan selamat jalan dan naik atas.

Bukak pintu. Ya Allah bersihnya dia tinggalkan. Semua tip top. Terbaik la guest yang ni.
Teruskan jadi maid diri sendiri, tukar semua cadar, selimut, sarung bantal .Spray sanitizer as per s.o.p. Kemudian pas solat balik.


Pukul 4 pm dah ada urusan,  kena hantar Along exam kat Centerpoint Bandar Utama. Semoga dipermudahkan dan Along berjaya last paper ACCA. 


Dah agak jauh dari rumah,so tak nak nak la hantar dan nanti datang amik semula. 45 minit sehala. So aku ajak Lurvy temankan. Lepak la kat kedai kopi sambil dia tanda paper student. 
Pertama kali sampai Centerpoint ni rasanya


Message anak kat umah.. "Angkat kain"" wohahaha


Kerja dan santai di hujung minggu.






Then nak shopping sikit, utk dibawa bekalan ke Redang .  


Rancangnya habis semua shopping dan lepak.. Along pun habis exam 3 jam dia. So sekarang ni tulis blog dulu..



Kejadian di parking lot

Assalamualaikum bloggers and readers..

Posting sebelum ni ada bagi tau nak hiking kan. Maka iltizam memulakan langkah untuk hiking terus direalisasi. Kami ke Taman Tugu di KL. Tapi tak berdua dengan Lurvy. Angkut juga satu kereta. Aisya dan Yasmin join.
Hari Sabtu baru ni. Pasang waze terus menuju ke destinasi.

Tapi ada kejadian yang kelakar atau tak berapa boleh masuk akal.

Memang aku bergerak agak lambat sebab timing sejam hiking ( atau lebih tepatnya "treking"), kemudian nak ke Nasi Lemak Wanjo. Then jenguk dan kemas homestay sebab ada org check out kul 12.00 dan orang seterusnya nak check in pukul 2.00pm. So itenary cantik lah sepagian sabtu ni.

Alhamdulillah sibuk juga homestay lately. Tambahan cuti sekolah. Whole week full.







Dengarnya highway mana-mana pun jem teruk..

Ok, berbalik kepada cerita parking tadi. Yang kelakarnya..

Bila sampai dalam pukul 9.30 macam tu, aku harap dah ada orang mula keluar dari parking. So sebenarnya kalau korang nak pergi, pergi samada awal betul ataupun dalam pukul 10 sbb org yang pergi pepagi dah mula keluar.

Tetapi teori aku tak berapa tepat sebab, sesampainya kami kat parking, pusing2 juga lah sebab banyak lagi kereta. Lepas tu nampak la kosong satu lot tetapi ada seorang lelaki berketurunan Cina dok strecthing kat lot tu. Lot tengah pulak tu. Apahal dalam banyak2 tempat kat petak t
tu dia bersenam. Bayangkan... ye ye je dia buat senaman setemlat

Sesampainya ke lot tersebut, aku dengan berhemahnya bagi signal nak masuk. Dia menggunakan kuasa tangan dan angkat tangan, menunjuk isyarat tak boleh. 

Ahh sudah.. apa kena dia ni?? Takkan la kau nak bersenam kat petak ni pulak. Kiri kanan kereta.. kau dah kenapa labu?????
 
Dia speaking kata dia nak park situ.
Aku cakap la mana boleh chup parking.
Dia kata kereta dia parking outside. Nak datang sini dah.
Aku pun masih bersopan lemah gemalai "Kalau dah parking outside, sapa pulak nak bawak sini. Ni kira chup dah ni. Tak boleh, salah ni."

"My car is coming. I want to park here" sambil stay dalam parking lot tu.

Dalam hati aku " This guy really wanna make my day"

Boleh ja aku keluarkan phone dan rakam ni. 
tapi aku tak nak lah. Tak best lah tunjuk dan viral dan malukan orang . Takmau la konten camtu.
 
"Okay, look, you want to park here, but where is your car?"aku tanya. Then sambung:
" I am here with my car, I wanna park here. You cannot park your car without your car. Unless it is invisible."

"Now could you please move away."

Dia pun malu-malu alah berjogging ke jalan.

What a start of the day. 
Kelakarlah uncle. "My car is coming," katanya. Kereta Tesla ke??? Pandu sendiri. Wohahaha

Lepas aku park , aku tengok dia masih dok tunggu kereta dia..lama juga tak mai mai pun. Tesla sesat kot..

p.s
dah viral banyak kali pasal "chup" parking masih ada yang masih buat..haiyyaaa.
Dan kat flat.. jenis letak kon, baldi, pasu bunga dan kerusi patah kaki ,jenis ni pun tak berapa molek perangai tu. Cukuplah. Lepas ni jangan buat.. Kongsi²lah harta awam  jgn buat harta sendiri
.

Aarr sampai lupa ..
Atas tu ha photo2 di Taman Tugu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...