Monday, 31 October 2016

Tahniah Kedah!! Cuba lagi Selangor! ( cuba ja tau, jangan sampai menang)

Assalamualaikum bloggers and readers..



  1. Aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kedah dan juga Selangor yang mempamerkan permainan yang menarik dalam perlawanan akhir semalam.
  2. Bukanlah game terbaik dalam Super League ka Piala Malaysia ka , tapi kalau level final tu kira ok la, menarik la jugak.
  3. Sebabnya kedua dua pasukan tak terlalu merencanakan tektikal dan strategi yang nak menang ja, sebaliknya main secara terbuka dan masing masing terus berusaha mencari gol.
  4. Walaupun Kedah mendahului tetapi tidak sampai bertahan sampai bosan,
  5. Selangor dengan "pengalaman dan laman" (tempat sendiri di Stadium Shah Alam), tak berupaya mendapat manfaat dari kelebihan tersebut. Gerakan serangan Selangor nampak tajam walaupun Kedah banyak menguasai. Tu yang cemas..
  6. Cuma tahun ini tahun Kedah untuk jadi juara dan kegembiraan untuk penyokong yang dok jauh mai ke Shah Alam. Dengan lori bagai.
  7. Tapi depa ni kalah pun tak ralat sangat walaupun kecewa, menang kira bonus,,sbb kalau dah minat tu sokong jugak lagu mana pun.. Thorbaek!!!... la Penyokong Kedah.
  8. Hampa teruskan sokongan nooo.. Kalah menang tetap setia
  9. Awat aku dok koi tulis bahasa Kedah.. Heheh sebab aku orang Kedah, Anak anak semua ic tengah nombot 10. rakyat selangor depa semua.  Tapi sokong macam abah..
  10. Biar jasa jadi kenangan nooooo. Jangan dok gaduh pulun habuan pulakkkk.. jemmm la penyokong kalau ada isu gaji la , tak puas hati la, Raikan kemenangan elok elok naaa,
Sekian..
Hampa cuti, aku kerja juga...


Gambar dari FB Kedah FA dll dan google..satu gambar pun aku tak snap!!

Piala Malaysia 2016 (Medal)









Wednesday, 26 October 2016

Nak habag mai, semua orang ada masalah..

Assalamualaikum blogger

1. Dari petang berviral berkenaan seorang lelaki Melayu Islam bunuh diri terjun jambatan Pulau Pinang(Jambatan ke2)

2.Nauzubillah.. moga tak benar. Dan moga kita semua dijauhi dengan perbuatan sebegini.

3.Kalaulah benar,kalau..

4. Aku masih terpempan dengan kewajaran dan solusi serta cara beliau bertindak mendepani  masalah yang dihadapi.

5. Kalaulah betul, adakah sebegitu senang cara selesaikan masalah.???
Ya ya...masalah dia di dunia mungkin selesai, tapi di "sana" macam mana nak jawab.

6. Kalau lah benar, ...Apakah dengan tindakan beliau boleh selesai masalah anak, isteri dan keluarga??. Tidakkah rasa sedikit kasihan dan terfikirkah kesan kepada mereka yg di"tinggalkan".

7. Jika itulah pertimbangan kewajaran tindakan beliau, aku bimbang orang lain menjustifikasikan bahawa itulah caranya nak selesai masalah. Nauzubillah..!

8.Kita boleh mengaitkan dan mengikat semua benda lain ke dalam masalah kita kalau kita mahu. Nanti terdengar ada orang merompak sebab masalah Palestin?
Logik ka?
Memang politik , ekonomi Malaysia ada masalah , secara mikro ka makro, perception ka dll. Memang masalah haru biru tapi jangan bawa masuk hal masalah kita ( eg masalah rokok seludup, ye lah kan, dah buat salah orang tangkap la) 

9..Rungkaikan masalah kita diperingkat sepatutnya. Jika masalah A..cari lah solusi utk A. Berbincanglah...sbb semua orang ada masalah. Orang kaya pun mungkin banyak lagi masalah.

9. Nanti hal dunia pun jadi "point" atau sebab orang lain nak buat salah.

10.Masih berharap tak betul...huhuhuhu. oh dunia dunia








Monday, 24 October 2016

Tahniah .....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sabtu berpagian lagi bangun dan bersiap. Aku dengan songkok siap. Aduyai.. mestilah bersongkok kan.. Dah majlisnya begitu. Etikanya berkehendakkan begitu. Kita kena lah ikut. Karang tak tertunai pulak impian..Hehehehe..

Aku ada pilihan baju Melayu atau pun baju formal ja,, Tapi kena bersongkok.. Pergh

Hari sabtu kot. Tapi hari ni special bagi aku dan Lurvy. Kad jemputan pun dah settle. Lurvy sangat teruja. Aku lagi la kan..

Pukul 7.00 sudah kena sampai. Nanti ada banyak masalah. Mungkin.

Dalam kereta " Konvo jugak ye , Yang..."

Lurvy: "Eh, mesti lah!, kenapa dengan jugak tu.."

Alamak salah sebut...
Aku nak puji .
Patutnya straight tu the point " Tahniah yang  , berjaya dapat Masters"

Ayat  jugak tu maknanya, berjaya lah dia dengan perih jerih. Dengan tak de pembantu , Dengan kelola hal rumahtangga dengan perangai anak2, makan minum depa nak uruskan. Dengan perangai aku..

Dengan ada break lebih kurang 1 semester semasa pergi menunaikan haji.
Dengan kekadang semangat belaiu hilang, muak, jemu tengok thesis, yang mana aku nak bantu pun aku jenis Masters yang tak dak thesis. Kurang la boleh bantu.. Boleh la tolong translate sikit-sikit ..Hehehe nak tumpang jugak

Makanya bertungkus lumus lah dia memalam mengadap laptop.

Perghh, memang nampak agak impossible. Tapi Lurvy berjaya!
Aku kagum la,, 




Maka aku pun menemani ke majlis konvo untuk sessi pertama. Para graduan bakal dianugerahi oleh Yang Mulia Chancellor Sultan Selangor.


....Tu yang kena bersongkok ..
namun , hermm ada separuh kot tetamu lelaki tak ikut protokol. Entah lah...

Lama juga tak jadi jurufoto bebas ni maka disebabkan Lurvy yang konvo maka kamera DSLR kembali beraksi..

Lurvy: " Beria-ia pulak bergambar konvo kali ni ye"
Aku:" Lantak ler..lepas ni nak kena PHD la pulak kot. Kalau sanggup..."

Ada berani?

Dua dua diam..

Apapun.. tahniah my dear wife. I am proud of you..coz i know i was very tough.







Friday, 21 October 2016

Kenangan Swiss: Dah mula ingat nak travel lagi nih.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bila terlayari fb saiful Nang ternampak foto kat Swiss yang di"upload" oleh beliau....


Terkenang la pulak  ketika aku dan Lurvy memandu tempohari dan sampai  tempat yang sama. Ketika ni agak keletihan jadi malas nak keluarkan DSLR sebab terletak dalam beg dan dalam boot kereta. 

Namun, dengan rasa teruja nak berphoto,amik juga few photo dengan telefon yang cikai,, Samsung S3,, boleh la amik gambar kan..

Tempat ni memang cantik.. dari pinggir bukit di mana terdapat  jalan yang membawa kita menuju ke Interlaken atau Frutigen kalau tak silap, kita boleh melihat hamparan tanah pamah di tepi tasik yang di kelilingi oleh gunung- ganang.


Namun walaupun dengan kamera phone , aku tetap hendak merakam supaya kenangan dapat diabadikan. (dan elok tak elok gambar tu kemudian kira.)

Yang penting aku rakamkan juga detik tersebut.. kalau tak cantik boleh delete.
Bila kami  lihat foto-foto yang diambil, terkenang kembali keadaan masa tu dan kenangan manis kembara menjelma.

(Ya ya.. coretan penuh aku masih tergantung kat Dortmund German,,nanti complete baru post semua)

Dan juga boleh aku buat perbandingan musim yang berlainan. Amat teruja melihat perubahan yang berbeza mengikut musim

Ni hasil dari kamera phone.aku. (Musim Spring nak masuk summer)


Ni gambar dari Fb Saiful Nang , cantik gambar pro ni:::( Agaknya masa summer)


p.s. Sapa tahu nama tempat di bawah..?




Thursday, 20 October 2016

Benar tak tuduhan makan harta anak yatim ni ,seperti yang dok viral di dalam internet?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Harta anak yatim.

1. Hari ni kecoh pasal makan harta anak yatim. Al kisahnya ada saudara menggunakan sumbangan anak yatim.

2, Anak yatim yang kedua ibubapa mereka meninggal semasa kemalangan di DUKE tahun. ( cepatnya masa berlalu)

3. Diviralkan, di masukkan dalam FB segala rentetan peristiwa. Orang yang dikecam digali sejarah dari tunang sampai kawin sampai dapat anak, sampailah ke majlis anak tersebut.

4. Sampai nama Mufti pun terkait, dan diberitakan di alam maya yang Mufti pun kena keluar kenyataan.

5. Semua berita ni aku tak pasti betu ke tak..namun yang viral tu pasti lah, sebab tu aku tahu dan nak menumpang nukilan sini. Kerana..aku  tak mahu dan tak suka nak komen benda yang tak sahih.

6. Sebab kebenaran akan muncul juga. Jadi yang pi hantam berdasarkan keviralan pun aku agak muyskil. Mungkin dah tahu cerita sebenar sebab tu" kondifen " saja hantam.

7. Kalau lah salah pun kita jangan men"dabel"kan kesalahan tersebut.

8. Omputih kata "2 wrongs don't make it right". mmm
Makan harta anak yatim adalah salah. Tuduhan melulu adalah salah.
Mungkin benar depa makan. Mungkin benar tuduhan. Jadi betullah dua dua benar.
Cuma... pasti tak dua dua ni benar?
. itu persoalannaya


 Aku? aku tak pasti...



Prestzel ( betol ke ejaan?)

1. Memang sedap masakan segera yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan kat Malaysia.
2. Orang Malaysia senang menerima, adapt masakan luar ni. Bawa la masuk cookies ka, ayam penyet ka. pizza ka, nandos, nancho ke , burger kebab, nasi Arab , semua orang Malaysia boleh telan. oh serta sushi. dan kimchi serta mee segera pedas korea.. huih banyak kan.
3. Dan juga "hotdog" serta nama yang seangkatan dengannya.
4. Isunya salah nasihat atau cadangan tukar nama. Tapi kena hentam kau kau jugak badan agama .
5. mungkin kena berhati hati dalam membuat kenyataan dan kena selidik dulu.
Salah sebut memang akan kena.. itulah reality.

Sekarang dah popular jenama Untie Anne disebabkan isu ni..hmmmm
promosi percuma lah!


Wednesday, 19 October 2016

Pujian dan ramalan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Adalah menjadi lumrah manusia, kita suka kepada pujian. Pujian boleh membawa kita keawangan. ,,sehingga ke puncak awan.

Pujian boleh meningkatkan motivasi dan kecekalan diri kita dalam mencapai sesuatu tujuan.

Pujilah orang disekeliling tanpa syarat.
Boss puji anak buah, Mak bapa puji anak anak.
Guru puji anak murid.
Jurulatih puji pemain..

Semua ini digalakkan. Malah penyelidikan pun mendapati semua pujian akan mendatangkan kesan positif..kepada penerima pujian dan orang yang memuji,
,dengan syarat ikhlas dan bukan membodek.



Cuma akhir-akhir ini , teknologi banyak memainkan peranan. Contohnya facebook, yang menyatakan jiakalau lahir kat korea rupa macam mana, contohnyalah!
. Tentulah hasilnya , rupa yang cantik dan flawless bagai.

"Kalau anda begini akan jadi bagaimana"
, Kalau menang anugerah, anugerah apakah yang akan dapat.


contohnya macam ni:


Semua tu puji, puji diri sendiri. Ya ya,, apps yang "set" kan. Tapi of  course semua yang baik baik , yang comel , yang molek. Pendek kata semua yang positif. Itu pun satu pujian,

tetapi terlalu syok kita pun kongsikan dalam facebooksebab apa?,,sebab apps yang  kata macam tu.

Aku tak percaya. dan tak akan percaya.

Apa lagi zodiak modiak ni..

Sebab ianya hanya imiginasi peramal. Did i mention peramal?
Wow ...ramal meramal ni lagi la tak boleh!!

So jangan lah dok rujuk kat apps dalam hal - hal "if "( kalau) macam ni, Kalau itu la kalau ini la.
Kalau macam tu senang la. Belek ja ramalan..toksah buat apa2.
Sebab itulah aku hairan orang suka baca zodiak atau perkara yang sama waktu dengannya.

Puji boleh! Ramal jangan sesekali okay.
jangan percaya..tolongla. ..

p.s Dulu dulu mak selalu puji aku hensem.

Wednesday, 12 October 2016

Sentuhlah hati mereka..

"Kini aku mengerti, manusia akan lupa apa yang telah diucapkan, juga akan lupa apa yang telah mereka lakukan, tetapi  tidak akan pernah sesekali lupa bagaimana anda menyentuh hati dan perasaan mereka"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sentuhlah hati mereka
dengan penuh keikhlasan ,,
dengan penuh kasih sayang.
Kerana ianya:
Mampu menggerak halangan yang terbesar dalam kehidupan.
Mampu membasahi hati yang kontang..
Mampu menjernihkan jiwa yang lara..

Mampu menghembuskan nafas yang terluka.
Mampu menghela keyakinan yang patah
Mampu mencantum remukan naluri yang berkecai.
Mampu mencairkan batu yang pejal..
Mampu menghidupkan cinta yang mati..
Mampu menyuluh mengenal diri

Sentuhlah hati-hati mereka..
Dari kejauhan atau dipinggir diri
Dari belakang atau berhadapan..

Sentuhan hati datang dari hati yang luhur.
Tidak bisa hati yang kecamuk memegang erat hati yang lain..
Sentuhlah..
Sentuhlah ketika masa di pihak anda..
Sebelum masa melangkah pergi..
Sebelum jasad tiada isinya..


.ns 12.10.2016


Friday, 7 October 2016

Bapak punya penyamun..P Ramlee pun tak terpikir nak buat filem macam ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


Puluhan juta... nak habaq mai.

Mereka menyimpan wang tunai begitu banyak. Sebelum tu ? Daripada mana mereka dapat ?  Tak lain tak bukan dengan cara yang jijik sekali. Waima RM30,000 rembat duit orang atau terima rasuah dikira sangat-sangat banyak.

Ini jenis alang-alang jadi penyamun biar kabinet penuh duit.

Tak cukup kabinet, simpan dalam boot kereta.
Kereta kena curi pun mungkin tak ada hal... duit banyak bah.. macam air bah!!

Itu yang tersurat...
Yang keluar akhbar..

yang boleh di kira secra fizikal... Rm52 juta ..tuuuunaiiiiiii

Yang tak tau..yang telah habis dibalun dijoli di di di....

Uish nak habaq pi ...ni bukan jerung lagi dah ... bapak punya jerung...bapak aaaaa
err ada lagi ke bapa atau atuk kepada bapak jerung ni??

Wallahualam..

HAri ni nilai barang
kemas pula berjumlah RM30 juta telah diberi penilaian oleh kedai emas,

Ni kes naya .. Duit rakyat . Duit orang kampung yang menderita..duit insfratruktur negeri..
Duit yang boleh digunak untuk memacam .

Tapi depa yang ni ditangkap ni macam -macam ada..
Semua ada.. Kereta bermacam model, rumah mewah.. barang kemas. jam, Pi makan lobster kat oversea.. Hong Kong la.. Australia la..

Perghhh ..gila!!

Tu lah dunia.
Kalau nak kaya memang boleh tapi kena caranya.
 entahlah..apa lagi kejutan akan muncul..

Tahniah SPRM...

p.s Ingat emas dalam gua cerita P.Ramlee tu dah hebat..Ini real ...habaq hangggg

Thursday, 6 October 2016

Bercakap dua hala tanpa suara....

Motosikal: 

"Ish lembabnya kereta ni .. Kenapa banyak sangat kereta kat jalan ni. Buat susahkan aku saja.

Masa ni la nak tukar lorong. Orang nak cepat ni. Nak pergi main bola.. nak balik hantar wife dulu.
Ambil nak dan kemudian nak ambik boot. Apasal la tadi tak bawa sama. Asik lupa ja nak bawa, Kalau dah bawa boleh ja wife balik dulu naik LRT. Tak payah patah balik..."
Nanti aku hon sama dia kasi ajar sikir.

Prakkkk...

Alamak terlalnggar side mirror pulak. Heheheh angkat tangan sudah. Bukan dia boleh kata apa2 pun. Takkan nak keluar kereta marah-marah. Side mirror je pun. Bukannya mahal. Arrghhh aku nak cepat ni.

Sapa suruh dok sempit sempit.. Motor kan pantang undur selain operasi...


Kereta:
Begini lah petang-petang. Sabar je lah hati. Dengar radio IKIm ke Hot Fm ke ok gak. Layan tension jap. Kalau nak fikirkan jam ni memang tak pernah tak jam. Nak harap LRT tak lalu kawasan aku. Nak naik bus, jenuh menunggu.. Nak naik moto, sangat lah jauh. Nilai nun. Huishh tak sanggup.
 Nak carpool, banyak alasan juga kenkawan. Ada balik awal la. Ada yang nak stay back.

Terpaksa lah drive walaupun minyak membakar poket.

Praakkk!!!

Adoi. Yang moto ni sempit ni menyelit ni kenapa. Semua orang nak cepat. Habis la side mirror aku. Duit lagi. Malang la nasib.

Dah kalau tak boleh potong tu jangan la potong. Kalau kenderaan lain potong kiri macam dosa besar tapi motor ni potong selinap maut ja antara dua kereta..
Eh.. belah macam tu saja.. Setel gitu..
Itu sopan santun mereka?
Sabar je lah.

Wednesday, 5 October 2016

Pixel Phone by Google

Wow..

Google melancarkan telefon bimbit berjenama Pixel.

Menarik ni.!

Tuesday, 4 October 2016

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam Maal Hijrah..

Ketika ini 1.00 pagi. Aku masih menulis sekejap tadi. Ada beberapa bab tertulis, secara paksa rela,
Masih mengenangkan pemergian seorang sahabat untuk selamanya. Terakhir berjumpa pada 24 September 2016 lalu. Sempat bergurau seprti biasa. Tetapi beliau nampak keletihan. 1.10.16 mendapat berita.. Itulah kehidupan !(dan juga kematian).

Ketika tadi melayari blog blog yang agak lama tak ku kunjungi . Ada yang bertahun baru update blog mereka. Aku pun hampir berminggu juga sela masa kini. Entah kenapa ya..

Awal tadi juga aku terpandang sebuah buku yang ku beli ketika pesta buku.
"Mudahnya Menulis Buku"begitulah tajuknya  dan aku baru sempat" menjamah" beberapa muka surat.

Aduh...Mudahnya mereka menulis tetapi susahnya aku hendak membaca.


Sekali lagi ..Salam Maal Hijrah.
Selamat berhijrah kearah kebaikan dan capaikanl;ah cita-cita anda semua





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...