Wednesday, 25 December 2019

Mendaki Bukit Kodiang ( Bukit Mok Cun) Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Bercuti di Kedah minggu lepas membawa kami ke Bukit Kodiang. Bukit yang agak menarik dan “hikeable” bagi semua golongan pendaki amatur macam kami.
(Err, pembetulan sebenarnya bukan bercuti di Kedah). 

Balik kampong kat Kedah..wohahah...


Tapi kena guna "term" bercuti baru lah ada feel dan kena buat perancangan. So, kalut nak kena buat plan nak makan apa, nak pi mana dan lain-lain. 

Tempat makan yang best yang tak berapa viral yang aku cari.  Nasi Kandaq (Taman) Wira , Nasi Kuning gulai ayam Pekan Air Hitam antara "the hidden germs."

Tempat yang agak popular yang aku try utk kali pertama pula ialah Laksa Gulai Sekoq,
( nanti akan ditulis pasal ni..watch this space (or blog) ok)

Sempat la kemas dan touch up rumah kat kampong a.k.a homestay kami, dan, yeszzaa, memasang aircond untuk bilik ke3.

So guys , good news !! Homestay D’Permatang dah lengkap dengan “aircond” di semua bilik. Dan good news lagi ialah, kadar tetap sama. Best kan..
 So boleh lagi korang reramai ke page D’Permatang Homestay Ayer Hitam Kedah in FB

Utk percutian aku ni aku “block”  seminggu tarikh  homestay. Black-out date lah kan.. di mana aku redirect booking ke homestay lain. 

Dan December adalah bulan yang agak busy bagi homestay kami. Thank you atas sokongan semua.
Wohahahah.. promo sat. Sempat lagi tu !! Actually most are good feedbacks. Dan honestly ada juga bagi feedback for improvement, itu pun setelah aku tanya, apa saja boleh komen, pasal benda kecik pun tulis ja. So boleh kami buat improvement. TQ TQ

Bukit Kodiang.

Untuk aktiviti santai kami ke Bukit Kodiang, dulu ni depa kata nama dia Bukit Hantu, ala, dekat ja dari Homestay kami. 

Kecik2 aku dok dengar mak ayah nak pi makan kenduri la ada sedara dekat Kodiang, dekat2 dekat bukit Hantu. Rupanya ni lah bukitnya, Bukit Kodiang.

Pastu ada nama baru pulak? Bukit Mok Cun. Lah, lekat nama ni pulak.

Sedikit informasi , Bukit ni terletak di laluan Jitra ke Kodiang serta seterusnya ke Pekan  Arau etc. 

Dari Jitra akan melalui pekan Tunjang kemudian sampailah. Terletak di tepi jalan besar sahaja.


Bukit Mok Cun ( Bukit Kodiang)



Laluan

Laluan pendakian "direct" sahaja, Tak dak denai yang bersimpang siur, ala Bukit  pun rendah ja. 
Cuma ada batu yang telah terurai akibat luluhhawa ( perghh lama tak guna perkataan luluhhawa) dan jadi batu kelikir.. bila panjat macam menggelongsor gitu. Jadi, pakailah kasut yang sesuai.

Ada satu part yang curam.. tapi jangan risau ada tangga disitu, fuuh, senang kerja. 

Anyway. apabila selepas section yang ada tangga tu ada lagi level atas. 

Kami setakat ni sahaja lah, tak langsung ke puncak.. Risau sebab bawa anak anak. Safety first..


Tapi view dia memang superb. Tahap kesusahan pendakian ..5.5/10



So kalau nak menikmati sawah dan bukit boleh sahaja stay di homestay D'Permatang Ayer Hitam (Air Hitam) Kedah.  Jumpa di sana..


Thursday, 19 December 2019

Jom tuntut ilmu supaya lebih paham..

Starting with a simple "tip" but it might make a difference and a wonderful day for someone, and make you feel good too.



Semalam it just happen that, sememangnya amat sukar untuk memuaskan semua orang, tetapi "life like that", semua orang akan merasakan secebis ketidakadilan dalam diri. Tidak adil kepadanya. Asyik asyik dia sahaja.

Sepatutnya dia berhak lebih lagi. 
Kenapa sedikit?? Aku kurang?
Kenapa dia lebih.?
Kenapa dulu lebih..?

Kehidupan ini memang banyak persoalan, dan jenis-jenis tanda/kata soal pun banyak.

Apa?
Bila?
Kenapa?
Awat?
Guono?
Mana?
...dan kita boleh tanya gunakan semua jenis tanda/kata persoalan ini.

Tetapi yang paling layak nak jawab ialah diri sendiri. Then tanya lah teman rapat, sebab lebih baik jangan pendamkan.nanti makan dalam...


Sesungguhnya, bertanya untuk mendapat ilmu lebih baik dari bertanya untuk mengecam.

Dan nak menjawab kepada org berilmu lebih baik dari memberi jawapan kepada yang ego. Kerana yang ego dan jenis berasa diri pandai akan mendengar untuk menentang, bukan mendengar untuk memahami.

Semalam 18 hb #ASBDIV

Hari ni 19 hb,,perghhh..


P.s Sesungguhnya Allah lebih mengerti percaturan hidup  umatnya.


Tuesday, 17 December 2019

Lama tak layan movie..

Yezsszaa.. Lama dah tak buat . Enjoying the movie with Lurvy..

LAst sekali entah apa tah citer yang kami layan..memasing tak sempat  untuk dating dan  tengok wayang.Tapi hari tu dah beri anak2 tengok dulu movie dan review depa kata best. maka turn kami pula.

Ok la.. Frozen 2 ni. walaupun aku tak pernah tengok Frzn 1 sampai habis. Ye lah kartun kan..manalah larat nak layan.. tapi bila tengok kat cinema, layan jugak cerita ni.


Banyak pulak lagu lagu..macam nak muzikal movie pun ada. Buat panjang cerita ja..hahaha jenis tak sabar..

So.. enjoyable nite.. weekend ari tu with her.
Lurvy, i am frozen in your love.. but not cold but hot. wink wink

Balik umah nak layan Man City lawan Arsenal..erm..tv pulak yang tengok aku. Bila terjaga baru saja habis games..hahahah macam biasa.

Thursday, 5 December 2019

Little token. for me today, thank you Klook.

saja nak berkongsi
Hari ni i m getting better. Muscle pain dah makin beransur baik. Lagipun aku agak suka menggolek-golek roller foam sambil santai2 baring.
So kira improve la kan.

Lets share the good news, even how small it is.
Think positive tu memang bagus dan sebarkan positivity. 
Jangan setakat 19 kali shj. Kita kena sentiasa positif barulah aura positive muncul.

Hari ni masuk lagi Klook voucher. 
Ya Klook. yang aku share dulu , nak beli ticket Disney ke apa ke. 
Lama lama makin banyak pulak Klook punya penampilan dalam iklan dan promosi.
Not bad.

And.. voucher keep coming in lagi

Contohnya Hari ni:

Congratulations! Ms Nxxxx Zxxx has already used your promo code on the first Klook's experience. As a token of gratitude, we have prepared a RM 15 promo code to fuel up your next journey!

So sapa sapa lagi yang belum download lagi apps Klook boleh la berbuat demikian. Cuba google , banyak tempat kita boleh guna Klook ni. 

Dan jangan lupa  link ini. sign up je walaupun dia nak bagi free dalam currency lain..nanti share dapat lagi dalam RM


www.klook.com/en-GB/invite/ZXCMQ8?c=MYR



Tuesday, 3 December 2019

Urghh,, sharp pain here and there

Still feel the pain at my back. Getting worse. 
I donno whether it resultant of the game injury on the weekend. But it is quite unbearable. Very uncomfortable when walking.

Hang on there..

May be i need to listen what my body is telling me. I have to rest maybe and to see doctor. By today.!!

Urghhh,,, 

Monday, 2 December 2019

3 kali kecewa minggu ni..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Salam kembali..

Minggu ni banyak yang berlakunya peristiwa pahit dan mengecewakan. Kaki aku pun masih sakit .


Ok, satu-satu!


Yang pertamanya Malaysia tewas dengan Philipina acara bolasepak sukan SEA. Ala bola je kot.

 Tapi memang mengecewakan. Bukan kerana tak boleh menerima kekalahan tapi memang kita tak boleh menang kalau itulah prestasi. Macam mana boleh teruk sangat. Atau mungkin harapan terlalu tinggi

Aku seperti nak suruh LKW letak jawatan. Memang anak buah dia tak perform! Strategy entah apa tah. Seriously. 

Tengok game hari tu  memang kita outplayed by Philipina. Yes, Philipina. Bukannya Thailand.

Ok tak mau tulis bebanyak. Benda dah lepas. Itu yang first, Jumaat malam Sabtu.

Hari sabtu aku main hoki. Salah satu games  yang dekat dihati. Cuma tak dak occasion yang boleh main selalu. Hanya sekali sekala sahaja dapat main. Ok, games yang kami main ni ok la. Tapi tak menepati apa yg target.




 Maybe result dia boleh diperbaiki tapi tempat ke3 pun not bad.

Anyway, aku nak cerita yang aku cramp dahsyat gila.ITu yang peristiwa pahit.

 Semenjak aku bersukan inilah yang paling teruk. Cramp ke harmstring aku pun tak tau. Kalau sikit-sikit aku masih nak main juga tapi kali ni memang sakit sangat. Sampai hampir mengelupur. Siap nak stretcher gitu..cessss.. Hahahahah
Aku cakap ni first time aku kena cramp macam gini.
Member bisik ..Biasala semuanya ada first time.


Orang sentuh pun sait. Biasanya cramp orang akan tolak tapak kaki untuk release muscle, tapi bila kena tolak sikit saja aku tak tahan kesakitan.

Perghh memang azab, tapi tu lah degil, masih nak bersukan. Maju lah sukan untuk negara,, wohahahahahah.
  
Tu yang kedua.


ini yang ketiga..
Malamnya pula ..layan Man City. Ok pendekkan cerita. Man city leading 2 kali. Tapi Newcastle kejar dan resultnya seri 2-2. Ermmm..
kalau nak hilang point u buat macam mana pun tak menjadi.



p.s tadi sempat visit physiotherapist.. Otot keras dan perlu release. Bagi karan sikit dan massage.

 And getting better..biasa la tu kalau bersukan tak injured tak sah.
Padan..


Thursday, 28 November 2019

Shah Alam makan di Mana? Restoran Gegey Seksyen 7...

Happiness is when all are here..
My big family is back in town.
"So, kita pergi makan ramai ramai."
Itu lah tema kalau depa semua balik


Kali ini tempatnya di Shah Alam.

Restoran Gegey..
Kalau bahasa Kedah, restoran "tergagai" kot atau "meghela".

Aku rasa mungkin restoran Kelantan.
Dan bestnya  sajiannya ada Western juga seperti burger , spaghetti .



My Order..makanan sihat la sangat..


Tapi bagi anak anak makan,kenyang, tapi kepingin nak cuba, aku order jugak

Aku suruh anak buat pilihan la kan. Mana-mana pun boleh. Asal Muslim halal dan bersih (Toyyibb)
Jenis makanan semua kami boleh makan kecuali ada sorang tu takleh makan pedas lak. Dulu-dulu ok ja. Bila besar ni sensitif pulak,

Restoran Gegey terletak di Seksyen 7. Bersebelahan  hospital . Sebaris dengan pejabat Andalusia. Eh sebelah je kot.

Baru aku teringat yang kami pernah datang pejabat Andalusia Travel And Tours ni.. Masa dia buat perasmian.

Berbalik kepada Restoran Gegey..Makanannya ok.

So far anak anak suka..
Aku beri 8/10 untuk suasana dan keenakan menunya.

Ada juga tersilap pilih,i,e spaghetti kari ke apa tah. Maybe menu ni infusion dari dua budaya. Western dan mamak?

 Sepatutnya yasmin kena amik apa yang dia biasa makan dan suka. Mungkin kuah berkari ni tak sessuai dengan tekak dia. Walaupun dia suka makan sepegthi dan suka makan kari.

Aku nak try semua so aku tak order mulanya, tapi tengok depa makan semua sedap je. Aku buat keputusan order burger walaupun dah kenyang. Inilah yang buat berat badan aku meningkat je ni.
burger ni aku pass je kat anak yang tengah sedap makan dalam umur umur macam depa ni. jangan jadiseperti  ulat sutera sudah lah..dok makan tak berenti.

Burger pun sedap. Berbaloi baloi.

So kalau nak cuba memang boleh jengah dan jengok dan order sambil menikmati makanan di restoran Gegey Seksyen 7 Shah Alam.




Monday, 25 November 2019

So keep on driving dan bersyukur selalu..

Assalamualaikum  readers..

Bersua kembali..

Acapkali dalam perjalanan ke tempat kerja akau layan fikiran atau berkhayal, wohahah. berangan angan mat jenin..camno nak kaya,,

 eh..idak la.

cukup seadanya rezeki. Kalau lebih , Alhamdulillah,, syukur


..atau kalau otak dah active tu, akan buat planning dalam otak,, apa nak di"settle"kan, kira daily planning lah.

Jalan pun kekadang lancar. Lancar dalam erti kata jangka masa yang trafik yang sepatutnya. Kat KL ni mana yang tak jem lah kan, Semua hala jem dan mengambil masa . Kira tak de kemalangan, atau kereta rosak atau jalan di baiki, aku dah cukup happy. Trafik seperti sediakala.. Itu ja radio patut umum.

Tak perlu kata Jalan Duta sibuk, Jalan Semantan Sibuk atau lain-lainnya. Sebab begitulah hari hari.

Kecuali ada yang luar biasa. Update yang tu sajalah.

Aku sekarang dah ada driver..Hahahah..
Si Angah tu ulang alik tempat yang sama. So kena lah bawa kereta lah kan.

Abahnya dok sebelah.
Kalau ada bola mlm tadi ( tgh malam) boleh layan Youtube. Especially Man city lawan ..
Kekadang tak larat nak berjaga mlm nak layan City ni. Champion League game nya pukul 2 3 pagi.. Selalu tv tengok aku , aku tidor, sedar sedar subuh .. dah tunjuk marathon apa ke bende pulak..
wohahah.

So kekadang ada accident , macam hari tu.

Angah: Alahai jem la pulak
Aku: Jap nak tengok google Map, oh ada accident.
Angah: Lambat la macam ni
Aku: Krik krikc(Buat buat tak dengar, sememangnya kau tak banyak cakap)


Bila sampai tempat accident. Agak teruk..

Angah:Banyak kereta terlibat nih. Remuk
Angah lagi: Eh teruknya
Dan angah lagi: Depan tu ada lagi, sederet..

Aku: Tu lah . Kita setakat musibah jem, di perjalanan kita je. Depa dengan kereta rosak, kena tunggu tow truck. Dengan nak kena repair. Dengan ada cedera, Entah2 ada  yang meninggal.


Aku sambung: "Kalau kita setakat jem je, tak de apa apa lah angah. Diorang pun bukan mintak nak accident.Ujian diorang lagi besar.Kita jem ni , tak de hal la angah.Boss marah pun kita tau sebab apa kita lambat. Legit.Kita ada alasan, walaupun boss tak pasti betul ke tak, tepulang lah. No worries.

Depa dalam musibah ni pun kita boleh  tengok je. Nak tolong pun tak boleh, lagi jem kalau ramai2 tolong time macam ni."

(Banyak pulak aku cakap, ntah ntah banyak dari aku type ni,,wohahaah)

..ok Angah beginilah:
"Apa apa pun so keep on driving dan bersyukur selalu."

P.S
Ujian orang vs ujian kita


Monday, 11 November 2019

Eh betul ke ni...ada yang tersirat rupanya.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Koang pernah tak berjumpa dengan satu jawapan yang pelik kepada soalan matematik ini.

Jika kita campur semua nombor "natural" hingga ke infiniti, apakah jawapannya.

Oleh nak jelas lagi kalau kita campur, semua nombor:

1+2+3+4+5+6+7+... + infinitity =???

(sorry tak jumpa simbol infiniti )

Boleh korang bayangkan jawapannya..

Agak-agaklah berapa?

Kalau anda ahli matematik mungkin dah tahu. Kalau bukan ahli dan belum pernah dengar perumpamaan ini mungkin korang akan terkejut.



Jawapannya ialah             -1/12.

Ya !
 "negatif satu per dua belas."

Pelik dan pelik. Campur semua  nombor positif dan banyakkkkkkk gila nombor tu. Jawapannya boleh jadi negatif.???

Macam tak masuk akal kan.

Tapi telah dibuktikan dengan teori dan perkiraan.

ok setakat ini... aku tak mau challenge penemuan ini sbb aku bukan ahli matematik.
Pening juga memikirkan. Sbb mana mungkin boleh campur semua nombor hingga infiniti.

Tetapi dalam aku duduk temenung memikirkan.eh semalaman juga la dok pening.aku boleh terima.

Aku boleh terima jawapan ini..ada motif dan pengajaran disebalik persamaan yang pelik ini


Masya Allah , Subhanallah..

bayangkan kalau kita tamak dan nak bolot semua apa yan ada di dunia ini maknanya kita kan dapat negatif

Itulah dalam Islam ada konsep memberi, bersedekah dan berzakat.

Kena ada yang kita keluarkan. kita kena bersihkan

Kena ada yang kita berikan, bukan setakat ambil sahaja.

Kalau kita ambil shj, akan jadi negatif .. (Seperti perkiraan diatas)
Bayangkan kalau kita campur semua nombor yang positif , jawapannya negatif.
itu lah manifestasi betapa pentingnya memberi ( berzakat, bersedekah, berkorban...)

Allah maha kuasa..


dan tahu lagi tentang "sum to infiniti ini" google  SINI

Wednesday, 6 November 2019

This is beautiful...

Assalamualaikum bloggers and readers..
I received this via whatapps and thinks it is very beautiful..and have deeper meanings




📎 1). PRAYER is not a "spare wheel" that YOU PULL OUT when IN trouble, but it is a "STEERING WHEEL" that DIRECT the RIGHT PATH THROUGHOUT LIFE.

📎2). Why is a CAR'S WINDSHIELD so LARGE & the REAR VIEW MIRROR so small? BECAUSE our PAST is NOT as IMPORTANT as OUR FUTURE. So, LOOK AHEAD and MOVE ON.

📎3). FRIENDSHIP is like a BOOK. It takes a FEW SECONDS to BURN, but it TAKES YEARS to WRITE.

📎4). All THINGS in LIFE are TEMPORARY. If they are GOING WELL, ENJOY them, they WILL NOT LAST FOREVER. If they are going wrong, don't WORRY, THEY CAN'T LAST FOREVER EITHER.

📎5). Old FRIENDS are GOLD! NEW friends are DIAMONDS! If you GET a DIAMOND, DON'T FORGET the GOLD! To HOLD a DIAMOND, you ALWAYS NEED a BASE of GOLD!

📎6). Often when WE LOSE HOPE and THINK this is the END, GOD SMILES from ABOVE and SAYS, "RELAX, SWEETHEART; it's JUST a BEND, NOT THE END!"

📎7). When GOD SOLVES your PROBLEMS, you HAVE FAITH in HIS ABILITIES; when GOD DOESN'T SOLVE YOUR PROBLEMS, HE has FAITH in YOUR ABILITIES.

📎8). A BLIND PERSON asked GOD: "CAN THERE be ANYTHING WORSE THAN LOSING EYE SIGHT?" HE REPLIED: "YES, LOSING YOUR VISION!"

📎9). When   YOU PRAY for OTHERS, GOD LISTEN to YOU and BLESSES THEM, and SOMETIMES, when you are SAFE and HAPPY, REMEMBER that SOMEONE has PRAYED for YOU.

📎10). WORRYING does NOT TAKE AWAY TOMORROW'S TROUBLES; IT TAKES AWAY today's PEACE.


Monday, 4 November 2019

Kedah Si Lang Merah tumpas,,,

Kedah tewas di Final Piala Malaysia 2019.
Sebagai peminat dan rakyat Kedah sudah tentulah kecewa.
Namun bagi aku Kedah tewas ditangan pasukan yang layak menjulang Piala.
Kedah berada beberapa tapak dibelakang sepanjang perlawanan. 
Dan JDT selayaknya juara.

Tahniah kepada mereka dan kepada Lang Merah, bangun kembali, kibaskan debu-debu dibadan.

 Lick your wound.
and pick yourself up! 

Not much we could do now, kecuali bangkit dan bangkit. Reaching final with these bunch of players is something...to be proud of.

Kalau tak Kedah kecewa malam tu, JDT yang kecewa,
Dalam permainan final ni hanya satu pasukan yang  Juara.
.worry not. There will  be next year..

Its hurt ,dengan permainan kedah yang sedemikian,..
tetapi ada banyak faktor yang menjurus final yang kurang menyengat.

-Banyak penggantungan, antaranya Rizal Ghazali dan Renan Alves.

-Kecederaan Azmeer di masa permainan 

Jika mereka ini ada mungkin memberi sedikit keyakinan kepada jentera tengah agar lebih kreatif.
defensive mind dari kedah dan pressing game dari awal oleh JDT tidak memberi peluang Kedah settle down..

Jumpa lagi di Final Tahun depan..ewahhh

Tuesday, 29 October 2019

Dahsyat perlawanan ini

Wow.. memang dahsyat jumlah jaringan perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara Pahang dan Kedah.
Emosi aku naik turun ketika menonton di depan TV. 

Sebelum sepak mula, jangkaan aku dan lain-lain "pundit" yang profesional pun mengatakan advantage adalah Pahang. Bukan sahaja advantage, dah macam tiket final milik Pahang.

Berbekalkan keputusan 3-3 tika berkunjung ke Alor Star, kedudukan yang amat stabil, dan Pahang ada  banyak pilihan di Darul Makmur. Bertahan kosong kosong. Pahang layak.
Menang dengan apa-apa  jaringan.. lagi la. .


Seri 1-1 Pahang layak
2-2 pun Pahang layak.

Bagi Kedah nak seri pun macam susah ja, ya la dengan senarai pemain Pahang yang gah dan gempaq.
Apatah lagi nak score melebihi 3 gol.

Namun itu lah bola. Pabila Kedah "drew a first blood" . Kedah score dulu..then,. All hell broke loose. Pahang naik syeh. Attack dan attack. Kedah pun boleh balas. Amazing. 
Hingga membawa perlawanan ke masa tambahan.. jaringan masih bertalu-talu.

Kelakar juga Nwakame yang celebrate gol penyamaan dengan begitu lama.. Seolah2 berjaya membawa perlawanan ke sepakan penalti. Namun keputusan 5-5 masa penuh telah membawa Kedah sekali lagi ke Final Piala Malaysia.

All the best negeri ku.

Pulun Kedah Pulun.

Wednesday, 16 October 2019

Kesepian..

Assalamualaikum bloggers and readers..

1."Sometimes lonely could be deadly."

  •  Bayangkan dengan ribuan peminat yang ada dan follower yang sentiasa beri sokongan, selebriti boleh kesepian.
  • Dan mudaratnya sampai boleh mambawa maut.
  • Mereka murung, buntu dan hidup dalam kepura-puraan seolah-olah meraka bahagia tapi hakikatnya menderita.
  •  Penyakit simpan masalah, sengaja nak tunjuk happy ni memang merupakan penyakit baru dan makin memarah  dalam masyarakat. (semakin parah= memarah)
  • Di zaman medsos (media sosial) , ianya makin memdadak statistik oang yang murung, atau "depress" ini.
  • Pertamanya melihat kebahagian org, entah org yg tunjuk bahagia yang dicemburui itupun mungkin tak "real". Yang tengok pulak rasa cemburu. Last2 murung sendiri.
  • Contohnya mereka yang terkenal ang depress adalah banyak. Bayangkan mereka seperti ini menceritakan tentang betapa sedih dan sunyinya hidup seperti Sulli, Whitney, Micheal Jackson, 
  • Walaupun ribuan dan jutaan peminat, tapi sorang sahabat pun tiada disisi pun tak ada gunanya.
  • Jadi hiduplah dengan seadanya.
  • Mensyukuri apa  yang dikurniai Allah.
  • Tenang dalam kesusahan, syukur dalam pemberian.

2.Baru bertudung pun masuk news..apakah

  • Kekadang pelik bila masa hanya membuat sesuatu suruhan pun gempak satu Malaya.
  • Hanya kerana mereka selebriti.
  • Seolah sebelum ini tak apa.
  • Baru bertudung seolah kita meraikan seorang saudara/saudari baru melafazkan syahadah.
  • Macam ..sebelum ni depa macam mana ya, tak pe ea tak bertudung
  • Sebab fan ok ja dengan keadaan camtu, tak de pun suruh dan nasihat
  • pelik juga dunia ni, 
  • pastu yang salah bila pakai tudung amik gambar pakai short lagi salah dari pada amik gambar free hair
  • Macam gitu ke?
  • memang macam tu dunia la ni.. kau taktau ke
  • done. 
  • done solat
  • done berbuka puasa
  • done pakai tudung
  • done itu ini.........
aku pun done for the day.

Chiocincau..



Tuesday, 8 October 2019

Memory yang lalu ketika lagu dimainkan..


Terngiang-ngiang di telinga bila radio memutarkan lagu “Zombie” nyanyian Cranberries. Ketika ini lagu ni tgh rancak aku baru memulakan pekerjaan sekara rasmi dan bergaji di sebuah syarikat kewangan. 


Ya yang rasmi dan ber”payslip” sebab sebelum ni aku pernah bekerja buruh kasar semas cuti sekolah atau cuti semester.
 Kerja yang tetap tapi masih lagi sementara pun sebulan setengah di 7 Eleven kat Pulau Pinang, sementara nak sambung degree. Nak cari duit untuk yuran etc. Kat Penang, duduk rumah kawan. 

Jenuh minum Slurppy..hahahah. manager pulak sempoi. Kalau shif malam adoi..bosan ya amat. Tapi banyak mengajar aku dalam kehidupan. Susah senang mencari wang dan betapa eratnya persahabatan dalam mengharungi kehidupan

Oh my memori…nice!!


  And this is their other song..



Hold on to love, that is what I do
Now that I've found you
And from above, everything's stinking
They're not around you
And in the night I could be helpless
I could be lonely, sleeping without you
And in the day, everything's complex
There's nothing simple when I'm not around you
And I miss you, when you're gone
That is what I do, bay-, bay-, babe
And it's going to carry on
That is what I knew, bay-, bay-, baby
Hold on to my hands
I feel I'm sinking, sinking without you
And to my mind, everything's stinking
Stinking without you
And in the night I could be helpless
I could…



Thursday, 3 October 2019

Cerita i-city

Assalamualaikum bloggers and readers..

"I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

P/s : Saya diatas adalah pemilik blog"

Yang atas tu kecuali yg bg salam, semua tu aku copy sebijik dari fb ni;

Tuesday, 27 August 2019

My Family travel: HongKong 14-17/8/19

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak mencoretkan perjalanan kami sekeluarga ke Hong Kong jap.

Lagipun lama tak berkecimpung dalam arena penulisan akhir-akhir ni. Macam-macam yang berlaku kat Malaysia dan seantero dunia.

Ok tak nak menyimpang pasal isu lain. Macam isu sandakan, bendera terbalik. Tulisan Jawi etc..
eh ok ok stop!


Kami pergi sekeluarga 9 orang ke Hong Kong. Di tika hiruk pikuk (dalam berita dan akhbar) tentang demostrasi di sana. Saat aku menaip ni pun demo di sana belum reda. Jikalau tiket belum dibeli mungkin perancangan kami ke sana tinggal 25% saja . Mungkin batalkan terus. 

Dalam pada dah confirm tiket tu pun aku, dengan telitinya mengikuti perkembangan di sana. Pelbagai perancangan dan plan B,C aku dok buat kalau2 stranded.

Cuak wooo dengan 7 orang anak nak travel tempat cenggitu. Beratus ribu orang demo. Hari hari!

 Aku check berita tiap2 hari kot. Dengan facebook Generale Konsulate Malaysia di HK pun aku follow.

Di pendekkan cerita hari Isnin airport tutup. Ramai sangat pen"demo" berkumpul di airport. Aduhh.. flight kami hari Rabu. 
Aduhhh..macam mana ni....?? Adakah flight akan kansel juga?

Ada dua hari lagi, Tengok perkembangan macam mana. Kalau apa2 MAS akan notify tentang pembatalan . Aku dah prepare untuk tukar tarikh atau  untuk claim refund, Apa lagi yang boleh dibuat. Tu yang mungkin boleh refund. 

Yang dah bayar macam Airbnb dan ticket Disney, kira burn la kot. Ayoyo...

Nak buat macam mana . Kita hanya merancang Allah menentukan. Apa pun mesti ada rahmatNya, disebalik apa yang berlaku.

Hari Selasa, airport dibuka dan sikit-sikit return to normal.

Hari Rabu flight pagi...check email dan phone tak ada apa mesej atau notifikasi dari MAS tentang perubahan penerbangan

So far so good. 
Flight pun selamat mendarat di Hong Kong Inter. Airport (HKIA)..

Now, aku lah yang memikul tanggungkawab keselamatan my family. Ye lah, otak berputar-putar dok main kan scenario what if kami stranded, what if kami caught in middle of protest etc etc.

Dan aku memikirkan exit plan. Nak ke Shenzen atau ke Macau, in case perlu keluar dari Hk segera!!

Perghh, macam macam dok dalam fikiran. Macam mana nak dapatkan transport secepat mungkin kalau ke exit the country dengan segera... Entahlah, pasrah je lah. Aku dok bayangkan macam mana lah pegawai kedutaan Malaysia  yang terperangkap dalam perang i.e kat Iraq dulu tu. 

Eh tak pe lah, depa pegawai kerajaan , mesti gomen utamakan.

Yang macam kami ni pepandailah cari jalan. Tak sempatnya nak jaga semua rakyat Malaysia kat HK ni.

Apapun...Anak anak happy je sampai HK. Tau nak enjoy ja..hahaha

Sebenarnya 3 orang yang paling kecik tak tau pun kami akan ke HK. Saja nak buat surprise kat diorang. Tapi bapanya yang cuak, surprise surprise jugak, kot sangkut @HK kang cari pasal.


Knowing me, aku ambil calculated risk, bukan main redah je pergi jugak. Bukan pergi war zone pun kan.

Back to surprise punya thingy...punya lah seronok anak2 yang 3 orang tu bila dapat tau kami ke HongKong.

Tapi ada juga sorang yang masih prefer  nak ke Legoland, sbb nya dari awal kami dok cerita nak ke Legoland , sampai ke airport pun kata kat dia nak ke JB naik flight.


AIRPORT YANG TENANG

Sampai di HKIA, suasana normal dan tenang. Imigresen macam biasa. Pemeriksaan keselamatantak lah mengambil masa yang lama. Biasa ja.

Nampak polis agak ramai, ataupun memang macam tu keadaannya. Mana pernah aku ke HK!

Anak-anak suka ja depa. Tang berita dunia tak tau pun apa yang berlaku.

Done semua proses dan collect bag semua, berjalan ke luar ke bus stop. Yess, aku plan dari awal naik bus No E21. Memang akan sampai dekat dengan Airbnb kami. Kalau MTR agak jauh dan kena tukar 2 kali.

Teksi pulak, perghh tentunya mahal. Dan barang diingat, 2 teksi sedan tak mencukupi. KAlau 4 satu kereta baru 8 org. Dah kena amik lagi satu teksi. 

Perghh. Dah beratus RM lagi kena tambah. KIta ada option yang lebih baik ...LAst check dengan member yang pergi dekat RM200 naik taksi

Pemilik Airbnb dah advise naik bas sahaja. Dan walawei!!! memang efisien la public transport kat HK ni.Bus no 21E..

Dalam perjalanan ke bus stop hanya ada sorang dok protest. Tu pun dia buka video/youtube tentang demo sebelum ni dan menunjukkan police brutallity sambil ada slogan "Stand For HongKong".


Aku tinjau apakah dalam video tu then aku move on.

Arghh b ukan hal aku nak tengok2 vidoe dan dok sebelah orang demo. Kena cekup dengan aku-aku sekali sekali kena. Demo kat KL pun aku tak pernah pergi. Ni yang kat HK. Apa ke hal nya aku nak sibuk.


ITENARI Di HONGKONG.

Disneyland
Evenue of Star
Kowloon.
Islamic Center
Victoria Park/Peak
Causesway Bay


Itu sahaja, but not in order. Yang penting nak bawa anak2 ke Disneyland.

Bukan senang semua nak berkumpul sekali. Nak nak dah masuk college. Dah praktikal etc, Tarikh ni je nampaknya semua ada. Yang penting travel ramai-ramai. Pasni boleh aku dan Lurvy travel together pulak. Barulah anak2 tak bising. Wohahahah


DAY 1
Touch down.
Bergerak ke homestay ( Airbnb).
Naik bus HKD14.00 each.

Oh ya . NAk travel dengan senang nya kat HK ialah tentunya dengan public transport. Dan mode of payment yang mudah ialah dengan Octopus card. Aku dah survey kaedah lain spt Tourist Pass, namun yang berbaloi ialah dengan menggunakan Octopus card.

Beli kat airport tu je. Opps pembetulan, pinjam kat airport kad. Ambik option Loan Octopus card.

Takyah lah beli kat dan konon nak wat survenir. Tak cantik mana pun. Loan je, then pulangkan. Ambik balik deposit.

Untuk loan anda perlu bayar HKD150 di mana HKD50 untuk deposit dan HKD 100 untuk top up nilai.

Worry not, yang HKD50 tu akan dapat balik bila pulangkan kad.

Sampai sahaja...HKD 150 per pax you all akan spend. Amik card, now you can travel!

Tapi HKD100 tu tak banyak mana. contohnya dari Airbnb kami di King Edward Station  ke Disneyland ialah HKD22 one way. Return fare another HKD22, plus pi makan naik MTR ke sana sini kejap je habis dan kena top up. Kami 3 kali top up card dalam masa 3 hari.


HONGKONG SELAMAT KE.

Ketika aku menulis travelog ni, kalau lah sekarang ni aku nak beli tiket untuk ke HK, memang aku tak akan pi lah.

Memang merisaukan denan apa yang terjadi.

"Hang tak kena tangkap dengan polis HK ke"
"Eh, ok ke kat sana"
"Kami nak pi bulan sepuluh nanti, selamat ke"

Antara pertanyaan kenkawan.

Ermm memang aku tak galakkan nak pi sekarang.

Public transport terganggu, airport dikerumuni ratusan ribu penunjuk perasaan, Cuak wehhh
Masa kami pergi memang tenang tapi nampaknya ada lonjakan besar-besaran dalam kempen untuk memprotes!
Somebody akan dapat untung dari kemelut ini.

Persoalannya adakah tuan besar, kerajaan China Beijing akan berdiam diri melihat wilayahnya mula nak keluar. Hmm anda tahulah jawapanya ..



ok nanti sambung.. kat bawah ni ialah budget kos ke HK 4H3M. Sendiri susun programme dan sendiri bayar. Wohahahha.. mana ada org bayarkan dok..

Nanti sambung cerita..chow dulu,  Sorry kalau banyak typo.. tak review dan edit lagi sbb catatan belum habis




Budget ni patut dok last sekali..
                                                       RM
Flight ticket MAS                          2383.23   1st purchased 4 pax
                                                        3308.00    2nd purchased 5 pax ( total tix RM5,690.00)

 Disneyland Izan/Yasmi                 504.00
                Noni                               292.00
              Along                               276.00
            Akmal                                276.00
            Angah                                 276.00
        Aisya &Danish &Najmi         828.00

Total Disneyland ticket yg  make a bulk of the expenses selain dari ticket flight

Airbnb                                             891.49
Airbnb  2nd payment                       891.49
3nights

Total so far                                     9926.00       




            Tukar Ke HKD     RM3000
                                         RM1300
                                        RM2000
                               Total  RM 6300.00

Grand Total RM 16,226.

Menjadikan jumlah per pax ialah  RM1800. 
Dari jumlah ada lagi duit hongkong tak dibelanjakan dalam RM2000.

So actuall cost per head ialah RM14226 / 9 = RM1580.00

Rate 53.10 per HKD100

Friday, 2 August 2019

Dapat diskaun RM30 ribu.semua ada hikmahnya.

Alhamdulillah, dalam pencarian membeli rumah apartment, dapatlah satu unit yang berkenan.

 Masih peringkat persetujuan belum finalise lagi..


Tu lah, segala yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam pencarian kami untuk membeli apartment sebagai menambah portfolio hartanah..

Sabtu lepas,  dengan segeranya pergi melihat satu unit yang diiklankan setelah buat temujanji melalui telefon

Harganya RM240k.

Ok lah tengok unit dulu. Macam ok ja price. Try to nego melalui ajen hartanah, dia pun kata owner ni memang nak harga tu. No less. Walaupun seribu. Walau sehengget

Baiklah, rumah dia , dia nak jual berapa harga pun  kita kena respect. Ikutlah dia nak letak berapa pun kan.

Apapun kami try nego. Yes hak pembeli untuk nego. At least try to ask lower. Kalau  tak tanya sapa lah nak bagi kan.

Bincang dengan my wife, Lurvy, gedebuk gedebak. Boleh ke that price. Pro and cons...

Ok.

Lurvy kata boleh, untuk investment atau untuk anak-anak duduk nanti. Ye lah , anak kan tujuh orang.
Aku kalau pi survey rumah dengan Lurvy, mosly akan on. Selalunya lah, jadi beli.


Esok nya bayar 3%,. then ask agent utk  proses pembelian tu.

 Letter of offer to purchase kami dah sign, tunggu owner sign pulak.

Tunggu punya tunggu, owner tak jadi jual.

Huyoo. Kenapa iklankan.. ? Orang dah agree walaupun tak kurang kan harga, boleh tak jadi jual pulak.

Mengabihkan masa den ajo. Pergi tengok rumah. Kalau tau tak mo jual tak yah la iklan,

Apapun itu dia punya hal. Sudahnya kami pulak tunggu refund dari ejen.

 Folk..nak bayar ke ejen kita bayar online, la la tu jugak. Tapi bila nak refund memacam proses lah.. Hantar office lah. Boss sign lah..

Hermmm ..sabo je lah.

Anyway bukan salah ejen. Dia cakap mintak maaflah sebab owner/seller buat mcm ni.

Aku pun message dia.
"Its ok. Kau dah buat yang terbaik . Tentu ada hikmah semuanya. Owner tu lah. Tak nak jual tak perlulah lantik you jadi ejen, Tak pe.. ade rezeki kami akan dapat yang lagi ok"

Ok dari segi value..bukan price ye, value..


Dan benarlah, esoknya ada unit baru di offer , diiklankan di Mudah..:)

Malam tu pergi tengok. Nego and owner agree ..

Alhamdulillah. Moga pembelian diberkati dan mendatangkan kebaikan.

(Update: Deal done. Loan approved. Now  tgh improve the condition i.e tiling tukar semuanya. Pecah dinding dan tile lama bilik air. Ganti toilet bowl with toilet seat. Habis around RM20K in total . Upah orang buat, barang kami beli. Aku kinda teruja dengan project ni. Macam home make over gitu.heheheh)

Jadi pengajarannya: Jangan lah disesali benda yang lepas dan bukan milik kita. Akan ada rezeki yang lebih baik lagi.

 Sentiasa berusaha dan ber redha lah.

......................................................................

Lately, tetiba pulak aku decide to fokus on apartment investment.

Dan minggu lepas juga ada juga kita orang book satu apartment around KLCC at price RM800k.
Ni pun aku saja ajak Lurvy pi show unit. Bawak Lurvy memang sangkut punya!!1

After diskaun kuranglah RM700k something. Nice location and, In Sya Allah, moga dipermudahkan urusan loan dah lain-lain. A gift to  my Lurvy  as well as investment.
. Nanti cerita lagi bab ni ye. Stay tune.





Oh ya. Pada aku now sesiapa nak beli property bolehlah start shop around. 

Sekarang ni "Buyer market"! dan please, no rush dalam buat keputusan sebab ianya investment yang besar. Good luck guys.


Thursday, 18 July 2019

Travel: Penjimatan melalui Klook

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku tengah meng"explore" beberapa option untuk buat itenary utk travel. Antaranya untuk booking taman tema dan beli gadget utk wifi atau local sim card. Ye lah kan nak berkomunikasi dengan anak2 dan nak berwhatapps senang kalau ada sim card local. Tak payah buat roaming yang mungkin lebih mahal kat luar negara.  

Nak contact host airbnb pun senang .  


Setakat ni dah book tiket flight . 

Return flight cost  per head RM881.00, Malaysia Airline, sebab Airasia pun lebih kurang je masa ni. 

Kira dalam catatan blog ni kita budgetkan per head la senang. Macam kami 9 org , so mungkin berbeza dangan family yang 4 org.

Nak bagi senang comparison kira per head per trip.kan kan.

Aku nak tulis nak pi mana pun takut anak2 rajin kelebek (beek)  blog ni pulak. Dah tak surprise ntuk percutian diaorang


Dalam dok nak booking few attractions seperti taman tema, aku come across app ni , Klook.

Memang berbaloi la kan beli gunakan website atau apps Klook ni. Kalau ikutkan official website harganya mungkin RM330 per ticket.

Tapi beli melalui Klook ni hanya RM292 dah jimat RM38 per ticket . Bukan hanya Disneyland Hongkong tiket (ooppsss) boleh dibeli melalui app Klook ni. Train tiket, Sim Card, WIFI, Octopus card dll. Memang mudah nampaknya dan menjimatkan. 

...dan ada lain-lain saluran/channel atau website lain yang kita boleh beli tiket-tiket  attractions ni, contohnya melalui Traveloka Experience, tetapi Disneyland HK kat Traveloka harganya dalam RM 295.00.

 ok lah ada juga beza walaupun  3 ringgit. 

Anyway, apa nak habaq ialah, survey dulu dan tengok mana menjimatkan,

Lagi satu yang bestnya kalau klik link dibawah anda akan dapat penjimatan lagi RM15.00.

So far aku dah jimat RM38 plus RM15 . menjadikan jumlahnya RM53.00 per tix. 

ermm kalau family aku 9 org kan dah jimat RM477.00 . Banyak la bagi aku..

ok ke tak??

Setakat ni aku dah beli ticket 3 keping.. nanti lagi 6 keping tiket Disneyland perlu dibeli dan akan menggunakan voucher RM15 ni..hahaha

..strateginya beli melalui apps yg diinstall dalam phone lain/ atau i.d lain ( i.e phone anak/id anak)

( Anak2 abah kalau baca ni jgn bagitahu Yasmin dan Aisya ya.. please... nak wat surprise!!!)

Tapi kena pandai strategi la kan..

So kalau nak travel belah belah Asia. i.e Jepun atau HK atau Singapore mungkin korang boleh try test Klook ni.. 

kalau nak beli tiket atau nak install klik je link ni ......dapat jimat RM15 secara automatik:

www.klook.com/en-GB/invite/ZXCMQ8?c=MYR



Just Click




Saturday, 22 June 2019

Love is..



True love is not blind .
It guides you to the right path.

Love is understanding, total devotion. 

Love is commitment.

Love waters the happiness.  it heals the pain

Love soften hearts
...it wins connections .

While other see the body,
     love sees the the soul..













Thursday, 20 June 2019

Digress a bit: Politik

Assalamualaikum bloggers and readers..

Lets digress a bit,, Just because i have some time to spare. I try hard not to write about political topics but i could not help my self. arghhh

Aku memang suka politik tapi akhir-akhir ini politik sekali lagi menyerlahkan sisinya keji dan durja. Memang ianya sesuatu yang kotor dan menjjikkan. 

Memang kata orang politik itu kotor. Entah setakat mana kotornya tak tahu tapi memang teruklah orang-orang berpolitik ni.
Adakah ini semua kerana kuasa?
Adakah ini kerana ingin menampilkan siapa yang benar,?

Siapa yang jadi mangsanya..
Siapa yang jadi korbannya..

Memang pelik kan tetiba ada orang secara terang2 mengakui perbuatannya.
Untuk apa?
Kerana apa?

Nak jadi hero.?
Atau nak perjuangkan lifestyle yang sebegitu 

Pening memikirkannya..
Dunia makin gila..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...