Monday, 31 January 2011

Jalan-Jalan Ambil gambar...

Night shooting...

Menarik juga aktiviti ni sambil2 boleh experience dan buat experiment shooting malam..


Hoki....

Bermain hoki semula?..itulah dalam benak aku yang tak benak ni. Hahaha bernas ada kot.
Walaubagaimana pun aku memberanikan diri untuk memegang dan menyahut cabaran "ADA BERAN?" dari teammate yang lama....
Rasanya menarik dan sesuai juga utk memeluhkan badan.
Hari Jumaat malam sabtu aku turun bermain ataupun lebih tepatnya bermengah-mengah ditepi gelanggang untuk mencargaskan badan...
Sama banyak la time aku main dengan time tengok org main, itu pun datang lambat.

Kira menarik juga.. touch ada lagi..cuma kekok lama tak main ,, hampir 8 tahun? 10 tahun? Wallahualm..

Thursday, 27 January 2011

Sushi the dog.

-Hampa semua tengok video clip nih...
-apa masalah dia nih?????
-Dog- Sushi
-Man- Crazy

- I couldn't say more... make ur on judgement

Wednesday, 26 January 2011

Blogging buat duit...?

Memang lama aku tak update blog.... aku pun tak perasan yang aku click template designer blog ni warna purple..hahahaha .. purple?
LAst week- last week, banyak minggu la tu aku asyik batuk saja. Saja aku tak pg klinik konon nak badan lawan sendiri. Teory yang ak boleh dipakai. Ndak-ndak pula jenis yang keja kat ofis. Antibody makin lemah...

Aku batuk bagi aku macm biasa la kot, alah bisa tegal biasa, tp pk pk org yang dengar mesti pelik dan hairan, hahaha... sbb apa aku kata macam ni? anak aku yang batuk sekarang ni aku dengar macm teruk saja. Dia ok saja melompat ke sana ke sini. Kalau diorang cepat2 aku ke klinik..

Aku pulak dah ok, tu pun after pegi G.E. Saja cari pasal malas jumpa doktor. OOoo kalau anak aku aku bukan main suruh makan ubat..Hahahahaa..

Minggu ni , hari ahad kat BH ada cerita blog blogger n blogging. Boleh buat duit seyyyy. Tak teruja pun aku nak mengexplore juz yet. Aku tulis bukan kerana adsense or whatever. Aku buat blog sbb aku boleh tulis apa saja, at the same time not to touch controversial thingy and sensitive issue which might hound me back.. Aku blogging kerana aku suka... and it might be quite personal in nature..

Tulis kerana aku mebuatkan aku bebas di alam aku...

and now aku nak tukar setting hahahahha...

Wednesday, 12 January 2011

Tiada Lagi

Lirik ni pun penuh pengertian..bagi yang mengerti. u...

Tiada Lagi (AMY)

Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Yeahhh... u won again...


Lionell Messi..........

Viva Argentina!!!

Tuesday, 11 January 2011

Lagu yang puitis...

ilham menyanggah rasa,
keluhan datang dari jiwa
dan pikirannya menentang arus masa,,,

maka terbitlah kontroversi,
Inilah hasinya M Nasir jadi juri...
rumah siap, pentas diroboh, pahat pun terus berbunyi...
-Blogtilldrop, Jan 11. duaribu sebelas.-



Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Thursday, 6 January 2011

Catatan buat emak.....

Esok 7 January , hari dimana Ibuku pergi untuk selama-lamanya. Ibuku pergi dan pulang kepangkuan Ilahi.. Alfatihah untuk arwah ibuku.. Dan malam ini adalah malam Jumaat

Hari yang penuh bermakna dalam hidup aku. Aku kehilangan ibu , yang ku panggil emak, dan hilangnya tak berganti. Dan tak akan berganti, tak dapat diganti.

Seingat aku, emak tak pernah meninggalkan aku. Aku yang kerap meninggalkan rumah. Emak meninggalkan aku kala menunaikan haji pada tahun 1986. Itupun kala aku berada di asrama. Tak pernahlah emak meninggalkan aku.

Tahun lepas pertama kali beraya tanpa emak, rasa janggal teramat. Waktu emak nazak aku sampai dari kl . Sempat memanggil emak, dia menjawab sambil mengaduh kesakitan. Dia sakit sejak beberapa tahun. Aku pasti dia mengecam suara aku ketika itu.

7 Januari tahun lepas hari khamis.. Beliau mengadap Ilahi malam Jumaat..Masa-masa ketika inilah. Ketika aku menaip sambil mengalir air mata ini... Aku beritahu mak nak balik ke rumah kakak untuk mandi dan solat mahgrib.

Selesai saja maghrib abg telifon mengatakan mak tenat. Perjalanan yg 7-8 minit terasa berjam2.

Aku melangkah longlai masuk ke wad. Aku tahu masa telah tiba. Suasana wad ke rasa hening , hanyalah kedengaran bacaan Yassin.

Segera aku mengadap dan mengangkat kain yg menutupi muka emak dan mengucupnya. Mak telah pergi. . . Aku kuat kan hati dan mensedekahkan bacaan Yassin dikala hatiku begitu remuk. Dalam keredaan aku sedih teramat sangat. Orang yang melahirkan aku telah pulang mengadap Pencipta, meninggalkan kami. Emak telah sempurnakan tanggungjawabnya terhadap kami.Akulah yang lama berjauhan dgn emak setelah berjaya masuk ke SBP.

Emak hanya org kampung. Tak belajar tinggi tapi mengajar aku segalanya tentang kehidupan, tentang kasih sayang...emak cukup istimewa...

Emak, anakmu ini telah dewasa tapi tetap memerlukan mak. Allah sesungguhnya mempunyai rencana tersendiri.

Emak... terima kasih atas segalanya. Semoga Allah menempatkan emak bersama orang yang dikasihiNya. Ampunkan segala dosa-dosanya dan terima segala amalannya ya Allah.. Mohon pertemukan ku dgn emak disyurgamu nanti....

Moga ingatan terhadap mak menabahkan aku mengharungi kehidupan. Jasamu takkan boleh dibalas.....

AlFatihah untuk emak..Halimah binti Ahmad...

Menjelang 2011

aku pi ilham......
view from room.. new year eve..aku tak sambut pun... dengar bising2 dgn bunga api... capai kamera, dah habis dah.. semua gelak. Aku letih jaga 7 org kat kolam ptg tadi...huh..lebih penat dari berenang hai


sebelum dinner biasak la farah,,,sumthing soup


mine...n g kampung


mana diorang , kata nak makan

sempat lagi

time to sleep..
pepagi dah kena kacau..


abah cepat la .. jum pg tolam

ala ala...ok gak framing pakai pelampung..
cepat la abah..
kolam d waktu pagi
yahooo
Panas

kat pantai



ni yg ikut, yg lain kat kolam


uh tingginya...

satu dua lompat... lagi sekali..
terjun plak..


Bincang apa 3 beradik...ke undi sapa punya turn

Eh ada dinasour...
I said jump, jump..(teringat lagu Van Halen)

Tinjau dari bilik, letih menunggu kat tepi kolam.


Nenen, kepenatan...

kena pose pulak




front line

main lagi..

Wednesday, 5 January 2011

Piala AFF Suzuki

  1. Pasal AFF .. baru ada kesempatan nak komen.
  2. Syukur Malaysia menang kerana lama sangat dah tunggu saat macam ini.
  3. Aku pun tak pasti bila rakyat Malaysia meraikan se-gah ini.
  4. Kalau takat piala Malaysia memang aku pernah lalui la masa Kedah juara
  5. Alangkah manis kalau lah Malaysia menang kat Indon masa pusingan kedua, barulah dianggap climax.
  6. Lagi manis kalau penyokong Malaysia sokong seperti peminat Indonesia
  7. Pertahanan paling matap memang Malaysia manakala best attacking team tetap Indon.
  8. Anugerah Pemain Paling bernilai memang lawak tahap gaban. Mana boleh pemain yang ambil penalti masa final tak masuk boleh dapat augerah. Anugerah amik hati namanya.Patut bagi hamper Jaya Jusco saja dia tu.
  9. Moga momentum kejayaan ini berterusan. Semoga pemain bola dapat ganjaran yang setimpal seperti sukan- sukan lain.

nyaris tak dikunci...

hahaha...

jalan2 hujung minggu ahad lepas...nak p tengok umah... masa pegi hoarding zink tu terbuka aku main redah saja masuk siap angkat tangan kat geng2 indon yg melepak sekitar kawasan tu.. mcm rumah diorang pulak..

Jalan tanah merah tapi siap boleh parking depan rumah lagi....cuak juga kot guard suruh keluar.. tapi ok saja..

Habis tinjau nak keluar, sampai main road...alamak pagar dah kena tutup,, siap ada mangga lagi..

huh dah pukul 6 mcm tu.. semua org dah tak ada.. aku assume guard nak ajar aku la ni.. main redah masuk ja.

Nak kena tinggal kereta ke?
Kalau guard dah balik macm mana?

Aku pun keluar celah2 pagar dan tanya worker kat situ, dia kata baru ja nampak org kunci tadi.
Lepas tu ada motor lalu,mat indon. Aku tahan nak tanya tau tak sapa kunci..
Dia cakap dia yg kunci.. Nasib baik.....

Aku ckp ada kereta kat dalam.. Dia minta maaf banyak2 sebb dia kata dia tak nampak pun ada kereta. aku yg patut minta maaf kat dia sbb main redah aja tadi

Sib baikkkk.......
























































































































Tuesday, 4 January 2011

Seoul Garden



I was at Seoul garden due to:

1. When Malaysia Vs Indon ( arggh,, football again), yes due to the game. I declare that i would bring my children there if Malaysia win.

2. Nabila and Farah went there with their uncle a month ago and tell nice story about this restaurant.

3. To celebrate the AFF cup .

4. Its Sunday yet nobody want to cook, too buzy @ school.

but...

The tomyam is lousy.....Restoran Anwar Tomyam @ Kg baru is much better

The kimchi soup is not my taste..... They make kimchi soup also???

and...overall i not quite like of it taste..... however the price is quite reasonable...















































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...