Thursday, 28 November 2019

Shah Alam makan di Mana? Restoran Gegey Seksyen 7...

Happiness is when all are here..
My big family is back in town.
"So, kita pergi makan ramai ramai."
Itu lah tema kalau depa semua balik


Kali ini tempatnya di Shah Alam.

Restoran Gegey..
Kalau bahasa Kedah, restoran "tergagai" kot atau "meghela".

Aku rasa mungkin restoran Kelantan.
Dan bestnya  sajiannya ada Western juga seperti burger , spaghetti .



My Order..makanan sihat la sangat..


Tapi bagi anak anak makan,kenyang, tapi kepingin nak cuba, aku order jugak

Aku suruh anak buat pilihan la kan. Mana-mana pun boleh. Asal Muslim halal dan bersih (Toyyibb)
Jenis makanan semua kami boleh makan kecuali ada sorang tu takleh makan pedas lak. Dulu-dulu ok ja. Bila besar ni sensitif pulak,

Restoran Gegey terletak di Seksyen 7. Bersebelahan  hospital . Sebaris dengan pejabat Andalusia. Eh sebelah je kot.

Baru aku teringat yang kami pernah datang pejabat Andalusia Travel And Tours ni.. Masa dia buat perasmian.

Berbalik kepada Restoran Gegey..Makanannya ok.

So far anak anak suka..
Aku beri 8/10 untuk suasana dan keenakan menunya.

Ada juga tersilap pilih,i,e spaghetti kari ke apa tah. Maybe menu ni infusion dari dua budaya. Western dan mamak?

 Sepatutnya yasmin kena amik apa yang dia biasa makan dan suka. Mungkin kuah berkari ni tak sessuai dengan tekak dia. Walaupun dia suka makan sepegthi dan suka makan kari.

Aku nak try semua so aku tak order mulanya, tapi tengok depa makan semua sedap je. Aku buat keputusan order burger walaupun dah kenyang. Inilah yang buat berat badan aku meningkat je ni.
burger ni aku pass je kat anak yang tengah sedap makan dalam umur umur macam depa ni. jangan jadiseperti  ulat sutera sudah lah..dok makan tak berenti.

Burger pun sedap. Berbaloi baloi.

So kalau nak cuba memang boleh jengah dan jengok dan order sambil menikmati makanan di restoran Gegey Seksyen 7 Shah Alam.




Monday, 25 November 2019

So keep on driving dan bersyukur selalu..

Assalamualaikum  readers..

Bersua kembali..

Acapkali dalam perjalanan ke tempat kerja akau layan fikiran atau berkhayal, wohahah. berangan angan mat jenin..camno nak kaya,,

 eh..idak la.

cukup seadanya rezeki. Kalau lebih , Alhamdulillah,, syukur


..atau kalau otak dah active tu, akan buat planning dalam otak,, apa nak di"settle"kan, kira daily planning lah.

Jalan pun kekadang lancar. Lancar dalam erti kata jangka masa yang trafik yang sepatutnya. Kat KL ni mana yang tak jem lah kan, Semua hala jem dan mengambil masa . Kira tak de kemalangan, atau kereta rosak atau jalan di baiki, aku dah cukup happy. Trafik seperti sediakala.. Itu ja radio patut umum.

Tak perlu kata Jalan Duta sibuk, Jalan Semantan Sibuk atau lain-lainnya. Sebab begitulah hari hari.

Kecuali ada yang luar biasa. Update yang tu sajalah.

Aku sekarang dah ada driver..Hahahah..
Si Angah tu ulang alik tempat yang sama. So kena lah bawa kereta lah kan.

Abahnya dok sebelah.
Kalau ada bola mlm tadi ( tgh malam) boleh layan Youtube. Especially Man city lawan ..
Kekadang tak larat nak berjaga mlm nak layan City ni. Champion League game nya pukul 2 3 pagi.. Selalu tv tengok aku , aku tidor, sedar sedar subuh .. dah tunjuk marathon apa ke bende pulak..
wohahah.

So kekadang ada accident , macam hari tu.

Angah: Alahai jem la pulak
Aku: Jap nak tengok google Map, oh ada accident.
Angah: Lambat la macam ni
Aku: Krik krikc(Buat buat tak dengar, sememangnya kau tak banyak cakap)


Bila sampai tempat accident. Agak teruk..

Angah:Banyak kereta terlibat nih. Remuk
Angah lagi: Eh teruknya
Dan angah lagi: Depan tu ada lagi, sederet..

Aku: Tu lah . Kita setakat musibah jem, di perjalanan kita je. Depa dengan kereta rosak, kena tunggu tow truck. Dengan nak kena repair. Dengan ada cedera, Entah2 ada  yang meninggal.


Aku sambung: "Kalau kita setakat jem je, tak de apa apa lah angah. Diorang pun bukan mintak nak accident.Ujian diorang lagi besar.Kita jem ni , tak de hal la angah.Boss marah pun kita tau sebab apa kita lambat. Legit.Kita ada alasan, walaupun boss tak pasti betul ke tak, tepulang lah. No worries.

Depa dalam musibah ni pun kita boleh  tengok je. Nak tolong pun tak boleh, lagi jem kalau ramai2 tolong time macam ni."

(Banyak pulak aku cakap, ntah ntah banyak dari aku type ni,,wohahaah)

..ok Angah beginilah:
"Apa apa pun so keep on driving dan bersyukur selalu."

P.S
Ujian orang vs ujian kita


Monday, 11 November 2019

Eh betul ke ni...ada yang tersirat rupanya.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Koang pernah tak berjumpa dengan satu jawapan yang pelik kepada soalan matematik ini.

Jika kita campur semua nombor "natural" hingga ke infiniti, apakah jawapannya.

Oleh nak jelas lagi kalau kita campur, semua nombor:

1+2+3+4+5+6+7+... + infinitity =???

(sorry tak jumpa simbol infiniti )

Boleh korang bayangkan jawapannya..

Agak-agaklah berapa?

Kalau anda ahli matematik mungkin dah tahu. Kalau bukan ahli dan belum pernah dengar perumpamaan ini mungkin korang akan terkejut.



Jawapannya ialah             -1/12.

Ya !
 "negatif satu per dua belas."

Pelik dan pelik. Campur semua  nombor positif dan banyakkkkkkk gila nombor tu. Jawapannya boleh jadi negatif.???

Macam tak masuk akal kan.

Tapi telah dibuktikan dengan teori dan perkiraan.

ok setakat ini... aku tak mau challenge penemuan ini sbb aku bukan ahli matematik.
Pening juga memikirkan. Sbb mana mungkin boleh campur semua nombor hingga infiniti.

Tetapi dalam aku duduk temenung memikirkan.eh semalaman juga la dok pening.aku boleh terima.

Aku boleh terima jawapan ini..ada motif dan pengajaran disebalik persamaan yang pelik ini


Masya Allah , Subhanallah..

bayangkan kalau kita tamak dan nak bolot semua apa yan ada di dunia ini maknanya kita kan dapat negatif

Itulah dalam Islam ada konsep memberi, bersedekah dan berzakat.

Kena ada yang kita keluarkan. kita kena bersihkan

Kena ada yang kita berikan, bukan setakat ambil sahaja.

Kalau kita ambil shj, akan jadi negatif .. (Seperti perkiraan diatas)
Bayangkan kalau kita campur semua nombor yang positif , jawapannya negatif.
itu lah manifestasi betapa pentingnya memberi ( berzakat, bersedekah, berkorban...)

Allah maha kuasa..


dan tahu lagi tentang "sum to infiniti ini" google  SINI

Wednesday, 6 November 2019

This is beautiful...

Assalamualaikum bloggers and readers..
I received this via whatapps and thinks it is very beautiful..and have deeper meanings




📎 1). PRAYER is not a "spare wheel" that YOU PULL OUT when IN trouble, but it is a "STEERING WHEEL" that DIRECT the RIGHT PATH THROUGHOUT LIFE.

📎2). Why is a CAR'S WINDSHIELD so LARGE & the REAR VIEW MIRROR so small? BECAUSE our PAST is NOT as IMPORTANT as OUR FUTURE. So, LOOK AHEAD and MOVE ON.

📎3). FRIENDSHIP is like a BOOK. It takes a FEW SECONDS to BURN, but it TAKES YEARS to WRITE.

📎4). All THINGS in LIFE are TEMPORARY. If they are GOING WELL, ENJOY them, they WILL NOT LAST FOREVER. If they are going wrong, don't WORRY, THEY CAN'T LAST FOREVER EITHER.

📎5). Old FRIENDS are GOLD! NEW friends are DIAMONDS! If you GET a DIAMOND, DON'T FORGET the GOLD! To HOLD a DIAMOND, you ALWAYS NEED a BASE of GOLD!

📎6). Often when WE LOSE HOPE and THINK this is the END, GOD SMILES from ABOVE and SAYS, "RELAX, SWEETHEART; it's JUST a BEND, NOT THE END!"

📎7). When GOD SOLVES your PROBLEMS, you HAVE FAITH in HIS ABILITIES; when GOD DOESN'T SOLVE YOUR PROBLEMS, HE has FAITH in YOUR ABILITIES.

📎8). A BLIND PERSON asked GOD: "CAN THERE be ANYTHING WORSE THAN LOSING EYE SIGHT?" HE REPLIED: "YES, LOSING YOUR VISION!"

📎9). When   YOU PRAY for OTHERS, GOD LISTEN to YOU and BLESSES THEM, and SOMETIMES, when you are SAFE and HAPPY, REMEMBER that SOMEONE has PRAYED for YOU.

📎10). WORRYING does NOT TAKE AWAY TOMORROW'S TROUBLES; IT TAKES AWAY today's PEACE.


Monday, 4 November 2019

Kedah Si Lang Merah tumpas,,,

Kedah tewas di Final Piala Malaysia 2019.
Sebagai peminat dan rakyat Kedah sudah tentulah kecewa.
Namun bagi aku Kedah tewas ditangan pasukan yang layak menjulang Piala.
Kedah berada beberapa tapak dibelakang sepanjang perlawanan. 
Dan JDT selayaknya juara.

Tahniah kepada mereka dan kepada Lang Merah, bangun kembali, kibaskan debu-debu dibadan.

 Lick your wound.
and pick yourself up! 

Not much we could do now, kecuali bangkit dan bangkit. Reaching final with these bunch of players is something...to be proud of.

Kalau tak Kedah kecewa malam tu, JDT yang kecewa,
Dalam permainan final ni hanya satu pasukan yang  Juara.
.worry not. There will  be next year..

Its hurt ,dengan permainan kedah yang sedemikian,..
tetapi ada banyak faktor yang menjurus final yang kurang menyengat.

-Banyak penggantungan, antaranya Rizal Ghazali dan Renan Alves.

-Kecederaan Azmeer di masa permainan 

Jika mereka ini ada mungkin memberi sedikit keyakinan kepada jentera tengah agar lebih kreatif.
defensive mind dari kedah dan pressing game dari awal oleh JDT tidak memberi peluang Kedah settle down..

Jumpa lagi di Final Tahun depan..ewahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...