Wednesday, 30 November 2011

Photo: Malam di tepian pantai






Click gambar untuk lebih besar





Click gambar untuk lebih besar



Rupanya susah jugak nak mengambil gambar malam-malam ni. Teorinya mudah. “Execution”nya payah juga. Dengan nyamuk. Dengan basah tapi trill jugak....




Aku pergi ilham Port Dickson sempena cuti sekolah dan cuti ganti. Sehari ja pun... Tu pun sebab ade kosong masa tu saja. Weekend sure full-house. Cuti sekolah. Activiti anak-anak macam biasalah kolam, kolam kolam.. mandi saja. Sampai mengelit badan.




Malamnya ada show cinema kat situ. Cerita apa tah.. Semua anak2 pergi.. Aku pun pergila pantai nak amik gambar. Tu yang kamera nak jatuh tu... (Link)
Aku tak boleh “execute” untuk mengambil gambar waklau pun teorinya dah tau.....Ada satu benda aku kena Tanya org, kebetulan dia ada bawak kamera jugak...hampeh, macam mana aku tak tau...apa benda tu biar aku simpan saja..Yang penting nya, tak tau kena tanya.....
Lurvy tunggu kat bilik pun tanya aku mana aku pi , lama sangat...ye lah terlalu asyik bergambar sampai tak ingat balik bilik. Hasilnya tak seberapa, tapi akau nak share jugaklah... sebagai permulaan kerajinan aku nak amik nite photo. Layan sajalah..
Kena banyak tuntut ilmu dan kena ikut pro selalu...baru boleh improve....




Ok inilah photo yang diambil...: eh ada kat atas daa....enjoy the picta ok

Tuesday, 29 November 2011

Kamera tangkap gambar, aku tangkap kamera

Fuhhh,,,tripod jatuh! nasib baik sempat sambar..

Cerita pasal broken (link)..,,,huh nyaris lagi satu nak pecah!.. Punya lah asyik mahsyuk merakam gambar... nak ambik gambar ke arah bawah... malas nak adjust angle kamera. Adjust kaki tripod tinggi sikit...uish...tak pernah dibuat org.


Tripod nak kasi balance , aku nak kasi senget... zussss..kamera nak terjunam..aku sambar. Berderau la darah kejap... padan muka aku...



p.s setiap gambar ada cerita.... bukan lagu nye Yuna...

Broken mirror....


Hari sabtu tu malang tak berbau, entah apa lekanya penunggang motor ..dilanggar nya side mirror kereta aku.. Patah riuk.. Bukan penunggang motor, side mirror keretaku. Tengok dia pun panic dan tangan luka..memang leka lalai tu..confirm..kira halallah.. malas aku nak claim, dah tak de rezeki aku. Dan duit nak terbang, cian pulak nak claim dan marah2 dia.
Moga dia dapat pengajaran dan fokus kat jalan.. harap luka dia sembuh segera.
Aku? Harap boleh repair cepat2...huhuhuhu. Tadi tanya servie center.. RM425 satu set.. Tak de separuh2, kena tukar semua,,dgn arm dan cermin sekali. Sapa nak cermin dia,, ??? bagitau ok...


p.s broken mirror, broken wallet. Lesson: The money in the(your) pocket is not yours kalau bukan rezekiNYa...

Monday, 28 November 2011

Malaysia melawan Bahrain. Kuku dah diasah, tapi kena tokak jugakkkkkk

Semuanya dah cantik. Trafik pun cantik. Senang saja nak dapat parking. View pun cantik.
Cuaca cantik. Hujan renyai masa nak masuk stadium. Kira bestla, tak panas sangat.


Stadium pun dah kira menarik. Hijau dan well maintain.
Cantik gol pertama Malaysia cantik. Hasil gerakan dan cubaan ke bucu gol oleh Nazmi Faiz.




” Kalau gol lagi sebijik cantik! Selamat Malaysia malam ni” komen pengulas kat belakang aku.



Memang cantik, gol satu lagi, hasil kesilapan keeper Bahrain.

Cantik aku sampai dekat sini saja. Oh satu lagi, cantiklah Bahrain main 10 orang. Lepas tu semua sudah tak cantik.


Sebenarnya, memang itulah tahap kita dengan org luar terutamanya dengan Middle Eastern. Kawalan boleh dekat Bahrain.


Tapi yang tak cantiknya. Leadin 2-0 ..lawan 10 org. Boleh kalah? Memang la boleh , tak ada yang mustahil dalam bola. Tapi yang hampir mustahilnya berlaku kat team lawan. Kita macam mustahil ja nak menang. Coach kena buat strategi betul la kot. Takkan 2-0 lead dgn 10 org boleh kalah, kat tempat sendiri pulak tu. Err dah kalah pun...,, kuku dah berasah tapi kena tokak jugak...adusss.. Kira masih lagi jaguh nusantara shj.



Oh,, sokong tetap sokong!!!






gol


syok sat saja....




dan gol!!






gol penyamaan bahrain










uik boleh score jugak walau 10 org







sedih tewas?







Yang ni tak cantik nih
..













Sunday, 27 November 2011

Jom layan Harimau




Malam ni harap mengaum kuat2 dan cakaran yang lebih mengancam...auuummmm!!!!

Lepas Maghrib mau gerak ke BJ..uh.

Ayuh, taring yang berasah, rehat yang cukup, ajar Bahrin cukup2..

Wednesday, 23 November 2011

Asal nampak anjing saja......

Takkan nak jadi macam anjing la pulak. Dia kan binatang. Tapi tuan punya anjing lah yang patut ambik berat. Aku dah tatau nak pikir dah . Anjing dia ni, asal nampak bebudak ja dia kejar. Asal nampak bebudak ja, kejar. Suka sangat, ingat anak aku tu tulang ke aper.

Boleh tak aku buat macam ni...:
Asal aku nampak anjing saja aku nak baling batu. punggai dgn kayu dan tengalong dgn apa saja yang boleh aku capai. Boleh tak? Tentu tak boleh. Sebab dia anjing, aku orang...Anjing memang hobi dia kot, nak kejar sahaja kerja dia. Tapi hati punya geram...sabar sabar. Yang tak reti bahasa bukan anjing tapi tuannya...

Jadi kita sebagai org yang rasional kena pikio la. Takkan aku nak bertindak kat anjing pulak.


Macam Indon buat kat kita..(eh kesitu pulak). Kita yang kena rasional.. Jangan dilayan cacian dan kutukan Indon tu sangat. Nanti anak-anak kita pun jadi pembenci kat org lain. Susah lah kan. Sampai Farah pun kata eiii benci la Indon ni! Sampai bila nak settle?

Entah apa yang merasuk rakyat Indonesia ( tak semua) sampai benci sebegitu rupa. Tahap mana aku pun tak pasti sebenarnya. Ianya begitu menguji kematangan kita...

Tetapi setakat boo dalam padang bila berlawan tu perkara biasa. Memang kena boo. Kat sini pun berlaku. Kekadang referee pun kena boo. Kat Kelantan, bas pun terbakar ( dibaca: kena bakar). Biasalah dalam perlawanan ada emosi yang tak terkawal, Adat bersukan..... Aku pun pernah kena boo masa main hoki dulu dan pernah boo org . Bbiasa pak!!!
Tetapi , jangan lah berlebihan. Kalau ada 11 negara, hanya satu team/negara yang kena boo, mesti ada satu yang tak kena...Itu yang luarbiasa....

Samada depa yang tak kena atau kita. Tetapi kenalah hormat tetamu. Tu saja.
Sapa kata sukan untuk mempereratkan hubungan antara negara,, huh jauh sekali kot..
Kalau ada pingat emas dipertandingkan memang jgn mimpilah boleh eratkan lagi. Oh ya pemain bukan main sporting tapi penyokong susah mau cakap.
Cadangan aku kalau nak eratkan silaturahim buat telemacth a.k.a sukaneka lah.. lari dalam guni ka. Tiup tepung ka..baru ada kesan kot. Hadiah jgn pingat emas. Hampers suda......
Pendekkata jangan endah sangatlah apa yang mereka buat. Biar dunia lihat.....

Kalau jenis tak hormat bendera ke lagu negaraku pulak, aku cadangkan setiap team boleh request kat FIFA supaya tak payah lagu kebangsaan dimainkan sebelum sepak mula... Tak ada org nak boo ke jerit ka.


Aku pun tak leh tahan cacian kat lagu kebangsaan. So ada option nak mainkan atau tidak.. So tak adalah hinaan...

Eh aku nak cerita anjing tadi.. hurm, ye lah sampai anak nak pi mengaji pun panic. Ada ja alasan tak nak pergi. Kacau betul. Ni ha tuan rumah,, lepas maghrib sahaja buka gate biar anjing dia evening walk pulak.. macam bagus ja kan. Tapi tuan dia duduk dalam rumah... Nak bela tapi tatau cara... Boleh aku baling dgn batu???... tetap tak boleh. Makhluk tuhan jugak tu...


P.s punggai/tengalung ialah bahasa kedah = baling/tuju.
p.s2 . aku tak kata org Indon tu anjing ya..juz digress a bit.

Photo: Mentari terbenam di kota kita

Hanya sekelumit cahaya dari Pencipta cukup mengindahkan hutan batu di waktu senja.......

Uik...sudah ada perubahan...bagus bagus

Samada memang kebetulan atau sudah terencana..(huh.macam bahasa indon tu)… ok ,ok..atau sudah terancang, petang semalam lebih kurang pukul 5.24 aku pun tertukar ke saluran kegemaran aku lah. Radio 24. Haha jangan la gelak kalau stesen kegemaran aku R24.Manalah tahu kot-kot ada sembang-sembang lagi pasal bola,. Bola bola bola…Yup, jangan marah, memang belum habis lagi. Rupanya petang Selasa macam biasa segmen AutoZon, tajaan Destiny Auto agaknya.

Kan aku baru saja tulis pasal suasana di Malaysia yang begitu ghairah ingin menjual kereta hingga pelbagai scheme wujud, “at the expense on one financial capability”, sebab punya lah nak promote sales.

Aku pun sentuh pasal segmen Auto Zon kat sini (link). Apa yang mengejut kan aku. Sepanjang aku dengar, tak pernah ada tip-tip pasal penjagaan kereta waima tip-tip untuk membeli atau tip-tip menilai kemampuan diri menggunakan kereta pun. Huh. Banyaknya tip-tip..ok sambung….Yang banyak ada tip-tip (tip-tip lagi) untuk mendapatkan loan dengan cara mudah, dengan tak payah bayar muka dan nampak hebat bila nak kahwin sbb dah ada kereta. Lagu tema pulak (rasanya lah, sebab selalu dia mintak siarkan lagu tu) lagu yang liriknya berbunyi “ingin kahwin tapi duit tak ada”.

Dalam pada itu aku nak nyatakan yang pengendali (penaja?) selalu membuat analogi, berbunyi “katakan taknak pada rokok , katakana ya pada Saga/Viva”. Siap calculate rokok sekotak sehari 10 hengget kalau sebulan dah berapa? Dan tentu boleh bayar installment kereta bla bla bla…………. Takat tu lah yang aku suka kot… Oh, suka dengar celoteh juga….mungkin sebab kekadang aku naik muak dengar banyak sangat lagu masa memandu. Segmen sembang ok lah juga.

Tup-tup petang semalam..tup-tup pulak ye… terkejut aku ada tip yang betul. Erm, tip sebelum ni salah ker??? Bagi aku kempen untuk membeli kereta cara begitu, tak berapa etika lah. Salah dari segi akta tak salah kot. Cuma etika nya yang tak molek gitu.. Ok berbalik kepada semalam , ada tip mengesan gear-box rosak. Ha macam tu lah baru dikatakan segmen AutoZon. Bukan segmen jual kereta terpakai, trade-in dan nak bomoh bank sebagainya. Barulah ada manafaatnya.. Kena pujilah kalau macam tu. Next week katanya macam mana nak check aircon kereta pulak… Fuh tetiba pakar jualan jadi pakar mechanical pulak. Canggih gitu.. Aku tak tau lah samada entry aku semalam sampai secara telephatic kepada penerbit ..hahaha.Itu andaian lagi tak beretika. Ye lah, takkan ada org baca blog aku kot pasal omelan picisan tentang autozon ni …..malammmmm sikit….
Apa pun yang penting ada perubahan..

Tip.
Apakah tip nye…kena share la kan.. Tip nya kalau nak check gear-box, samada rosak ke tidak, terutama nya semasa hendak membeli kereta terpakai, mula-mula start kereta, jgn lepaskan handbrake, biar dalam keadaan break tau. Kalau kereta auto, kaki kanan tekan minyak, kaki kiri pijak brake. Kemudian tekan minyak sampai rpm 2 atau 3 (ribu) selama 30 saat. Kalau ada bunyi gearbox tu dah ada problem.
Eh, tekan minyak memang ada bunyi. Oit makhluk, jangan la buat lawak, bukan bunyi enjin. “Minmin” pun tau bila start enjin ada bunyi, ni bunyi selain bunyi enjin lah…
Ok lagi satu, kalau masa remp tu tak bunyi tapi masa lepas minyak mengejut, enjin terus mati, makna ada symptom gearbox nak rosak dah ada. Sekian adanya…………….

Monday, 21 November 2011

Tahniah Malaysia



  • Syukur , alhamdulillah...


  • Aku nak tidur...fuhhhhh


  • Zubir...mana hang pi sebelum ni? Permainan terbaik... very reliable


  • OKS.. surprise dgn strategi meletakkan Asra kat atas. good one!!!!


  • Fakri, perlu back-up striker,,hang pandai cari ruang tapi finishing Tak berapa menjadi. Kalau ada sorang lagi yang lebih tenang,mesti lagi kalut Indon.


  • Aku risau first 10 minutes,, terbukti kerisauan hampir menjadi igauan.


  • Tapi semangat juang tinggi,,,,,,emas di tangan...


p.s Jum keluar makan burger..tak jadi tidoq lagi....

Sunday, 20 November 2011

Informasi kewangan : Dipandu hingga "bankcrupt"...




Baru-baru ni dalam akhbar tempatan ada komentar khas pasal "bankcrupt". Siap muka depan kalau tak silap. Oh tajuk diatas tu alih bahasa dia yg if i not mistaken (cewah), "DRIVEN TO BANKCRUPT". Aku teragak-agak nak ulas pasal ni, ada pendapat aku dalam isu ini, tapi tatau kenapa aku tangguh nak coretkan kat sini. Mungkin aku bankcrupt idea... hahaha..

Anyway, aku tak pasti statstik seramai mana yang bankcrupt akibat loan kereta ni. Tetapi trend sekarang macam banyak saja, dengan zero down payment dan loan selama 11 tahun (?). Aku rasa sebelas tahun tu amat lama.. Berapa banyak interest yang kena bayar??
Interest kereta amat mudah dikira dan amat mudah dibuat untung oleh pihak bank.. 5% interest yang dicaj mungkin boleh mencecah belasan peratus( 12- 16%) effective interest... Nanti aku huraikan effective interest dalam bab lain.. kalau ingat la..
contohnya: Kalau harga kereta tu RM50,000, tenure (jangkamasa pinjaman) 10 tahun, kadar interest 5%, Cara kira paling senang. Kalkulator pasal malam pun boleh kira.







Jumlah interest yang dikenakan, 50,000 x 10 x 5% ialah Rm25,000. Dia punya interest dah dicaj awal..Upfront. dah kira siap-siap bukan seperti loan rumah yang jenis reducing balance, daily or monthly rest.




Anyway, hujah aku membawa kepada kempen yang di buat oleh salesman yang katakan boleh amik kereta dengan muka kosong "O", dan tenure loan panjang . Inilah yang membawa kepada masalah bankcrupt ni.. Kereta makin lama makin turun harga dia. Once register dalam grant, walaupun tak guna lagi automatic harga dah kurang 3 hingga 5 ribu. Kekadang janda pun hantaran boleh mahal berbanding masa dia mula-mula kahwin..oh situ pulak... Bukan nak compare manusia dgn kereta. Apa yang di katakan kat sini, nilai kereta pre-love amat2 murah, sebab benda yang mass production ni tak ada unik pun... banyak boleh dapat....



Dan term dia sekarang pre-love, pre-owned dan bukan second hand lagi...wohaaa..sedap dengar kan.





Kalau "org" pulak the one and only kan....mana ada org sama karekter kan... tu yang unik. Kenapa aku dok banding kereta dan org pun aku tak pasti.. Erm sekadar analogi keunikkan kot..





Ok move on.... Maka aku ingin menjurus kepada satu segmen radio, rangkaian yang selalu aku layan. Aku seboleh2 nya tak nak komen pasal benda2 negatif org lain ni... kalau boleh la, tapi kali ni aku rangkumkan sekali. Kalau ok bolehlah ambil iktibar, tapi kalau komen aku ni tah hapa2, itu kesilapan aku sendiri.






Dalam Bernama Radio 24, aku satu segmen Auto Zon. Promonya dikatakan segmen ini boleh memberi tip-tip dan cara-cara membeli kereta .. Dengar tajuk mungkin ianya hal-hal yang berkaitan dengan kereta lah kot. Cara penggunaan kereta yang terbaik, penjimatan minyak dan sbgnya, errr,, itu yang aku paham.



Tetapi ianya sebenarnya berkisar tentang pembelian kereta sahaja.... Tak pa lah, tip-tips membeli kereta tentu berguna kot..ok lah kannn






Tetapi , tetapi lagi, rupa-rupanya ia menjurus kepada promo satu syarikat untuk menjual kereta terpakai dan kereta baru melalui rnagkaian (?) mereka. Mungkin syarikat ni penaja segmen tersebut ? Aku tak pasti ..





Aku ada masalah ke dengan promo syarikat ni...? Oh, sudah tentu tidak!! Org nak menjual teruskan lah. Berniaga kan 9 dari 10 punca rezeki. Aku suka syarikat waima individu yang menceburi bidang perniagaan..




Yang aku rasa masalahnye ialah promosi dan cara yang digunakan untuk menarik pembeli. Contohnya tadi lah muka kosong, dan skim untuk graduan yang baru grad.. ooopps bukan skim kerja tau, skim utk beli kereta!!!




Dan kemudian diwar-warkan cara peniaga ni bomohkan bank ( dipaham, kautim dengan bank untuk melayakkan individu membeli kereta).





Itu yang masalahnya. Rasanya tak berapa beretika tindakan ni. Satu, promonya macam lain tapi segmennya hanya nak prmote satu kedai. Dan yang kedua macam ada banyak kaedah boleh digunakan untuk melayakkan seseorang peminjam itu dapatkan loan...walaupun kewangannya ,,,entahlah... no komen sini.





Kalau tak percaya dengarlah segmen auto zon setiap selasa,,, 5.30 ptg kalau tak silap...dan aku kekedang masih lagi layannn.. Suka dengar cara marketing yang ...ermm,,, macam aku sebut kat atas lah..



Aku ada masalah sikit kat sini ( sambil buat gaya Adlin Aman Ramli masa komen AF),, sebab apa tau .. Bernama Radio 24 sepatutnya lebih kepada education pengguna dan yang bestnya dia ada segmen kepenggunaan tapi waktu pagi la,,masa time kerja,,..jarang sangat aku dengar kecuali time cuti..Sangat2 kontradik dengan segmen autozon....oh dan lagi satu ada segmen bijak wang...hurrmmm.. menarik bukan?





p.s


entahlah labu,,asal barang jadi duitttttt................................. bak kata peniaga ubat dikaki lima.

Saturday, 19 November 2011

Pemenang Pingat Emas Termuda Sukan Sea, Tahniah Aaliyah!!!



Percaya atau tidak, beliau adalah pemenang pingat emas termuda sukan SEA. PAda usia 8 tahun telah berjaya mendapatkan pingat emas untuk negara. Itula Aaliyaa Yoong Haniffa.Tahniah, Satu rekod Sukan Sea yang agak sukar dicabar, melainkan ada negara buat game err,, batu seremban kot...

Friday, 18 November 2011

Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai



Kan aku dah kata ,kita mampu menang!!,,...kini sudah terjawab yang Malaysia mampu dan boleh kalahkan Indon. Jangkaan aku 2-0 tapi menang tetap menang dan boleh mendiamkan penyokong Indon di stadium. Susah sangat ke nak menang?? Dan malam tadi segalanya nampak mudah.

Mungkin secara mentally pemain Malaysia sudah terbiasa dgn jeritan di GBK. Mentally prepared kan.....Dah tau dah hostile punya tempat... Kena bersedia untuk hadapi hostile environment.


Yang lawaknya...eh lawak pun tak lawak la,, kena naik kereta perisai lagi. Dibuatnya puak-puak yg tak ada pemikiran logik tu start serang bas, mau huru hara pemain kita.

Kalau berjaya ke final nanti, Malaysia buat special request..Sediakan helicopter...Hantar dan amik dalam stadium..Baru gempaq..layanan VIP. Baru best, lagi best!







p.s ...dah kalah tu accept sajalah........Baru gentlemen!!!


JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).


Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.

Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.

Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas. /dipetik dari kedahlanie

Thursday, 17 November 2011

Apakah susah sangat ka nak menang di Gelora Bung Karno???


Apakah susah sangat ka nak menang di Gelora Bung Karno???

Ada dua kemungkinan...

Mental merudum ataupun keterujaan yang lebih...
Yang pertamanya yang merudum tu kalau buat macam mana pun tak menjadi..
Cuba sedaya upaya tetapi lawan boleh kontrol bola balik...
Ni kalau mental tak kuat memang boleh collapse dan domino effect satu player
akan rasa give up..Harap tak berlaku

Tetapi kalau boleh senyapkan ratusan ribu peminat memang satu kepuasan
dan semangat pasti membara lagi. Bayangkan dengan sorakan begitu kuat kita masih boleh menguasai pemain tentang situasi tersebut lebih bermakna..
Dan kalau berjaya kemenangan...teruja gitu..

Jadi itulah suasana perlawanan malam nanti. Semoga berjaya Malaysia..

Walaupun perlawan malam ini tidak mempunyai signifikasi yg perlawanan Singapura lwn Thailand memihak kepada secara automatiknya Malaysia ke separuh akhir, namun rival antara 2 pasukan begitu mewarnai suasana.

Memang sukan antara 2 negara ini selalu ditunggu-tunggu, namun sukan Sea kali ini nampaknya lebih hostile menurut akhbar-akhbar yang dibaca. Mungkin tema Indonesia asalkan bukan Malaysia yang menang, yang lain tak pa. Teriakan mereka pulak Indonesia Bisa, macam juga Malaysia Boleh. Oh tidak, mereka tidak meniru, cuma alih bahasa sahaja... Jangan di demo ya di kedutaan Indonesia di Malaysia. Kalau kita demo jugak kita meniru mereka.. Mana mungkin inteleksi kita seperti mereka!!!


Apa pun good luck Malaysia..Malaysia BISA!!! Caiya caiya caiya!!!!!

Wednesday, 16 November 2011

Aku memang jeles........

Sebijik kan??





Jeles tahap cipan dengan blog ni . Bukan apa, dia boleh update hari-hari. Posting pun sempoi..


Maunya tak geram, semua posting ada maksud tersirat. Simple yet meaningful..cewah!!!



Aku tak mau komen panjang.. nak puji dia dalam kejelesan.


Short and sweet.....



inilah dia blog bro Gedek... "blog begin at fourty"!!!





Ok ok... nak tulis panjang juga.Aku tetap aku..hahaha



Kekadang entry Gedek mengingatkan aku tentang masa lampau.. Ada refleksi tentang kehidupan dalam gambar dia, maksud aku background punya gambar. Yang foreground tu gambar dia..dah leh kenal kan.



Uniknya kan..nanti bila dia umur 80 (insya Allah) bila dia scroll balik boleh hayati perubahan fizikal beliau. Yess we do change over time. Tetapi kita yang tak perasan perubahan dalam diri kita. Samalah dengan teknologi. Kalau koma 10-15 tahun tentu cuak bila bangun tengok hp boleh slide2 cam tu. Ataupun cakap sorang2 sambil berjalan .. tentu org yang sedar dari koma kata org dah gila kan...



Eh apa pun..


apa pun apa?? Aku tengah review blog bro Gedek .. Macam lah review sangat kan... juz jeles sangat macam mana dia boleh ada idea dan kosistency dalam entry!!!! Taklah meraban macam-macam seperti blog org lain ( dibaca, blog aku...)




p.s Keep it up bro!!!! yeahhh. Blog begin at forty indeed......

Lintah masuk kemaluan wanita.



Padah. Kalau wanita suka meranduk air banjir. Atau bermain air banjir. Kes lintah atau pacat menusup masuk kemaluan bukan perkara asing.

13 kes berlaku di Kelantan tahun lepas. Banyak tuh...
Yup, jgn main-main, boleh bawa mati wooo.. Akibat dari pendarahan dalaman.

Janganlah berpesta sakan bila banjir. Longkang yang cetek pun boleh jadi berganda-ganda dalamnya. Boleh lemas dan sebagainya. Perkara kita anggap remeh kekadang boleh mengundang petaka..
Penyakit bawaan air pun banyak...

P.s Jaga keselamatan,,, jaga keterampilan..uik . ye la kena terampil la kalau angkat-angkat kain kat air banjir tu.. jgn main selak ja.




Petikan:

Beware the leeches during floods, females told
FEMALE students in Kelantan have been advised not to stay or play in flooded areas to avoid the repeat of cases of leeches which entered the private parts of girls and women in the state last year..
Kelantan Education Department director Hussain Awang said at least 13 female students in the state encountered such problems then.
He added that the victims were playing in floodwaters when they suffered the bleeding.
“Please avoid playing in the floodwaters as the leeches could endanger your health due to internal bleeding,” he said.
Hussain also reminded parents to keep a watchful eye on their children to avoid any untoward incident during the rainy season.
_The Star online_

Tuesday, 15 November 2011

Photo: Bunga Nikon ???



Tujuh Keajaiban Dunia Yang Baru..

New Seven wonders of the world!! Ya,, keputusan undian dah dikeluarkan. Kalau tak silap ini melalui undi internet kot. Apapun kalau tengok foto ni rasanya Sipadan dan Ligitan lagi cantik...kat Perak Belum Rainforest atau Langkawi Islets pun boleh potong sayur je yang menang ni..
Itu kata aku kan, biasalah org Malaysia mesti kata Msia cantik...



Yang ni air terjun kat Argentina ,,,yo Messi! Eh situ lak... Mungkin layak .... point aku 7/10 2. Table Mountain kat S. Afrika. Unik! Macam meja bentuk nya... tapi tapi salah satu daripada 7WOtW? entahlah...

6/10
3. Tempat yang cantik tapi dari segi photo kat atas tak menarik...7/10
4. Amazon. salah satu 7 keajaiban dunia yang baru.. Memang ajaib dan menyimpan pelbagai khazanah alam ..9/10
5. HouLong Bay Vietnam.. Jum pergi? Dekat saja kan . Terletak di Asia dan ada Airasia. Menarik terutama penggemar photography.. 8/10
6. Komodo Island..erk..top seven? Musykil gak.. Tapi menyimpan pelbagai khazanah purba dari segi fauna dan flora. Ada 'living dinasour' , komodo dragon.. 6/10
7. Juga di Asia. Menarik tempat ni.. underwater river/ cave rasanya..memang layak dan patut dilawati..cewahh, macam aku dah pergi ja... 8.5/10

Kredit : As per in the photo and yahoo.com

Monday, 14 November 2011

Dah amik kunci



Alhamdulillah..
Dah siap dan dah ambil kunci...





Dulu





Kini






Cepat kan masa berlalu..sudah 2 tahun...Syukur segala berjalan lancar.....dan akhirnya siap rumah...



AIM and Yuna



KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada Sabtu.

Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

p.s Way to go Yuna....

Danish dan "Maher Zain" nya Di Smart Soleh Intergrated Pre-School

In Action...

Pagi-pagi Sabtu dah kena berada kat S Alam pukul 7.15. Adusss.. kan musim-musim hujan dan sejuk dingin ni..Dingin tak dingin kena bangun jugakan.... Tapi kalau tak ada apa boleh la golek-golek lagi...hahahah


"Danish masuk nasyid ye? Oooh yang nyanyi lagu Maher Zain tu. Betul ke 7.15 dah nak ada kat sana" Awalnya...Kesian juuga dia sbb badan pun tak berapa baik demam lagi sejak ISnin...Kesian abah n mama kena keluar awal..ahaks

"eNTAH LAH abah" Jawapan dia seperti biasa..


Sabtu, ada hari konvo Tadika Smart Soleh, ataupun Smart Soleh Intergrated Pre-school (SSiP).


Macam mana entah Danish boleh terselit masuk nasyid. Eh..terselit pulak, memang dia berbakat lah.. Urmm mata cuak sahaja atas stage,,,,,
apapun at least pendedahan...


Oh rupa masuk 2 persembahan..loh tak tau la pulak...tengok2 ada saja atas stage main tik-tok-tik-tok.


Manalah tau apa nama alat muzik tu.. Abah Danish tone-deaf!!!..hahahaha.


Bab muzik-muzik ni surrender. Tak seperti pak mertua..

Hrmm lepaas tu demam dia pun baik..



Selepas...


Inilah tik-tok tik-tok tu..



Sebelum....

Sunday, 13 November 2011

Masterchef Malaysia............



Assalamualaikum...


Dahsyat kan program realiti, kelas memasak pun boleh buat program TV.

Aku boleh layan pulak Masterchef ni..


Bukan sebab pasal Chef Riz "cooked-up" dia punya resume. Yang Chef Riz "tersilap" buat resume ni, ayah dia dah goreng dia dah. Tau lah kan Chef Wan punya bahasa, main direct ja sound anak dia...


Bagi aku rancangan mempunyai lebih jiwa berbanding dgn realiti program lain i.e AF.

More honest dan memang bukan sekadar rupa. Kalau nak diambil kira rupa pun mungkin presentation hidangan. Rupa tukang masak tak penting.. nYang penting ada rasa.Ada jiwa


Lagi satu ianya more realistik, ainya boleh dikaitkan dgn kenangan masakan masa kecik, kenangan masakan ibu( oh how i miss my mum) dan pelbagai cabaran lagi.

Pujian pada host papa Joe and Chef Riz... They can really create drama. Dgn pakaian Chef Riz kat cabaran luar pun anak aku pandai komen.

Pendek kata ok sangat berbanding realiti tv lain..

P.s Mungkin sebab aku pun suka masak...

Friday, 11 November 2011

Beli tiket Firefly, tapi nanti naik MAS... macam mana nih

Beli tiket Fireflyzz...dapat naik MAS..
Best la kan.. tapi ingat nak naik Firefly sbb tak pernah naik lagi..
TAdi terima call..baru kejap... kena transfer naik MAS.... yehaaa..
Ok jugak..

Kenapakah??


Sebab Firefly tamatkan penerbangan ke KK.. sila ambil maklum...
Semua MAS ambil alih...

Sebelas sebelas sebelas...

Apa ada dgn nombor?
Macam macam adaa........
Antaranya sebab no. tu cantik...
Kekadang no. tu mengingatkan kita pada tarikh tarikh yg tertentu dalam hidup.
Budaya lain ada erti dan maksudnya tersendiri..
No. sial lah, no. ong/untung lah...
Kalau no. tu dijangkakan bawa sial memang ada kaum yang jauhi..
Kekadang katil spital pun tak ada no 4.. atau bilik no 4.
Tingkat bangunan kekadang susah nak ada no 13 umpamanya...


Apapun layan rock retro... Nombor!!!! by Search..


For the rest of my life...

Asslamualaikum...
Takkala menulis ni ada rakaman Malaysia vs Thailand... Sukan Sea ke26.. Terdengar nama-nama pemain yang kurang familiar dan agak familar seperti Mahali, KFCM dan Baddroll.
Sebenarnya tengah monitor anak yang demam. Mungkin nak kena lap sikit badan yang panas. Dah hampir baik dan nampak cergas pagi tadi. Kalau tak baik juga mungkin kena cuti lagi...
ohhh, dah lama tak update blog.. dgn cutinya. Cuti raya haji..
Sibuk melapah daging...(macam sibuk)...
Kemudian balik ja dah mula nampak nak demam,, tangan bengkak si Danish tu.
Macam kena gigit binatang bisa, tapi dari dalam kereta? Sorang dia pulak yang kena..
MAcam-macam dia ni, kepala terantuk tiang la..bibir koyak lah..
Danish Danish...
Kelakar pun ada kesian pun ada...
Asyik ada ja musibah dia... dari kecik lagi , ada ja... nak kata nakal tak jugak.
ENtah sempat baik ke tak...Sebab hari Sabtu ni ada Konsert Tadika dia kat S alam..
Nyanyi lagu "For The rest Of my Life".. MAher Zain wooo...

HAri tu bawak balik lirik.. macam dia tau baca ..
Apahal lak anak aku bawa balik lirik Maher Z nih..
Rupanya ada konsert...wohaaa!!!
Minggu ni dah hafal dah...siap aku pun boleh hafal part dia nyanyi..

"Takat tu ja Danish?"

"Yang lain kawan Danish yg nyanyi"
Apa apa je lah.....

Salah sebut lirik,,, kakak dan abg dia main tibai gelak...sabar je lah...
Apa pun harap baik demam dulu.

Friday, 4 November 2011

Kalau masak, menyinarlah ia...




Kejadian alam,kuasa Tuhan..
Agaknya kelawar guna teknik ultraviolet nak cari buah malam-malam.








source www.rsc.com
"Ripe bananas glow bright blue"

Tuesday, 1 November 2011

Nahaiiii...cerita ni memang best

Bini-biniku ganster ke apa ni???
Lelaki ada 2 bini...dua2 nih baik..madu sama madu kira geng..
Dua-dua jumpa lelaki lain..kena tangkap khalwat..
Laki depa pi jamin..
Huh..dahsat..dahsyat..dasarrrrr

Pakatan madu
SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.
Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.
Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.
Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.
“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.
“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.
Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.
Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.
“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...