Thursday, 28 October 2021

Freedom need to be exercised with justice

Found this on my wall of FB:






"This person took his part, but affected others. He exercised his freedom, but with injustice. The freedom can’t be exercised as everyone wants. Justice disappears when you harm others. I’m not talking about morality, I’m talking about the bad exercise of the freedom"


Sunday, 24 October 2021

Love this design

Assalamualaikum bloggers and readers..

I love this table..
Found at As Is section of Ikea Cherad
Cant help but decided to buy.
Dismantled and shove  into my car.

Now safely arrived 400km at my home town.

Gigih...

Friday, 22 October 2021

Istimewa dari D'Permatang Homestay

Assalamualaikum bloggers and readers..😊


Bila kita memulakan bisnes kita mesti memikirkan keperluan orang dan bukan hnaya untuk kita semata-mata.

Bagi aku senang ja.

Buat sesuatu untuk memudahkan orang.

Win win situasion.

 Kita selalu mendoakan untuk dipermudahkan segala urusan.

Jadi mana yang boleh kita mudahkan setakat yang mampu, kita cuba penuhi  dan pikir juga keperluan pelanggan.

 

Oleh yang demikian macam itu lah motivasi homestay ni dalam memenuhi kehendak pelanggan. D’Permatang Homestay Ayer ( Air) Hitam Kedah.

Selalunya Homestay sediakan unit rumah sahaja,

Namun ramai yang bertanya kan ada dak bilik sbb  nak transit dua orang saja.

Takkan nak sewa satu rumah untuk 2 org RM200 semalam. Kos yang tak berbaloi. Bisness adalah bisness, dan Ada policy. takkan nak reduce harga seperti satu bilik kan. Sebb ada ja yang nak sewa satu rumah pada masa yang sama. So tak logic jual satu bilik sahaja

 

So untuk memenuhi keperluan tetamu yang perlukan satu bilik sahaja maka D’Permatang Homestay sediakan satu unit bilik khas yang baharu.

 

Baru dan menawan.






 

D’Permatang Homestay Air Hitam ada unit bilik juga tau. Dan dalam tu ada bilik air.

Bukan setakat 2 orang. Malah boleh 4 org mendiami. Homestay ni mengambil kira satu keluarga . Bukan setakat 2 orang malahan 5 orang , kalau termasuk kanak2. Dewasa confirm selesa 4 orang. Kanak2 berkongsi katil.

Bilik luas.

Bukankah ianya memudahkan??

Menjimat kos untuk tetamu dan memenuhi keperluan.


Untuk maklumat lanjut KLIK SINI




Monday, 18 October 2021

Kerana masakan...

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jumpa stranger(A)  mulanya. Sembang-sembang maka terkait dengan Kawan yang lama lost contact. Kawan kepada A merupakan orang yang aku cari.

Sebab aku dok teringat kesungguhan dan perwatakan beliau yang sederhana. Rajin dan asyik senyum. Tak lah rapat sangat tapi aku dok teringat dia sebab masa bujang dulu dia jenis suka masak, kat umah sewa dia. Aku dol umah sewa lain.

Kebetulan ada nak bincang assignment kat rumah sewa dia, sampai lunch dia kata makan sini. Eh org bujang bersungguh ajak.  Aku kata takpalah ,,kita banyak nak buat,, kita tapau.

Dia inssit nak masak. Simple sahaja satu rumah bau..Hahahha. Kejap ja dia buat

Daging goreng.. perghhh panas panas.. Layan.. Tu ja lauk..dgn kicap

Sampai la ni aku teringat peristiwa tu, Memang student masa tu susah. Masak sendiri jimat.

 

Aku dengan dia orang kampung.. Dia pantai timur aku orang utara.

A bagi nombor phone dia. Aku telefon. Jenuh nak recall dia tu la, Sbb lama.. Dua puluh tahun lebih…

Tapi dia ingat la kat aku..hahahah. Peristiwa tu dia tak ingat.

Kita yg diraikan ingat sampai la

 

Sebab makanan kan.. Sebab tulah kita dok ingat masakan mak. Air tangan mak. Darikecik bersuap. Kemudian masak hari2. Tapau? Tak ada dalam kamus aku kat kampung nak tapau, Kedai pun jauh. Kalau keluar dengan motor dengan ayah baru lah makan kat kedai.. Mee hun sup ka? Mak tak pi juga sbb motor kan.. Mana kami ada kereta.

So dengan masakan kita merindui seseorang yang Bernama emak.

Pasal Kawan masak kat kita pun kita ingat…

 

p.s Argghh nak cari tomyam putih..seafood sotong banyak,,sedap juga tu. Tiber.

 

 

 


Wednesday, 6 October 2021

Tu dia.. 3 sekaligus. Selesai sudah.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sedang menunggu..
Anak anak sudah dicucuk vaksin.

Sedang dipantau di ruang pemantauan.
Aku ambil cuti.
Sekali harung bawa 3 orang anak dicucuk.





Semua dalam family divaksinasi.
Jaga diri. Pelihara nyawa dan juga jaga orang lain.

Sakit cucuk sikit saja berbanding manfaat.
Sebaik baik manusia ialah yg memberi manafaat sesama kita.
Bukan yg pentingkan diri.


Ayuhh...
Dapatkan dos anda. Percuma tau. Hahah
Dan tak sakit. Apa yg ditakutkan. Anak2 kecil 13 tahun pun sudah.


#jagadirijagasemua

Monday, 4 October 2021

Another good news

Lurvy.. a name I call my wife in this blog.

Because of my daughter .. she was very excited when we bought the car and called it Lavy.
Not MyVi.

Small kid she was., still learning to speak.
"Nak nek keta Lavy"

so i inspired and changed to Lurvy.. quite catchy.

My wife..she doesn't give much thought about promotion and the reward. 

Just doing her job day in day out. Not much complain, at least to me. 

Told me that her friend said congrats but she doesnt bother to check . Don't believe. Unless being informed formally. 

"Err. Pengetua tak ckp. Tak kata apa pun. Biar lah"
"Buat apa nak sibuk2 tanya  ke apa. Tak banyak beza pun"

But she is doing great.

I remembered she struggled so hard undergraduate. Tried to get a scroll in Acctancy. Of course i was the tutor. Studied together. Till graduated.

I was the one who convinced her to stay and did degree here instead of going to UK. She stayed bcoz i was staying, and believed in Uitm.  What a thought of me!

( Apa punya fikiran kan..kan?.Org semua nak pegi oversea. Reason kedua, jimat duit kerajaan. Beratus ribu nak spend untuk kita. Hahaha,, Ada ka masa tu nak jikat duit gomen.

Reason ketiga,, kalau mak ayah sakit senang nak balik kampung.. Heheh..anak emak)

Anyway we made rights choices.. Stayed here, Studied here.  Near with family.

(Beraya dgn keluarga sepanjang setiap tahun)

Now she promoted to DG54. Baru dia wassap tu pun kawan bagi link suruh check, Kalau tak dia tak selidik punya. Apa org bagi infor dia check. Takde nak tanya2 punya
  
Aku bukan tahu sgt gred-gred kerajaan ni. Itu dia punya pangkat dan aku kerja swasta kan. So tak kisah sangat. Asal dia happy dengan kerja dia. Happy dengan environment.




Eh DG54? Level apa eh.

Start DG41. degree kan . 
banyak juga nombor ni 54. aku pun google.. MAcam maximum dah sebelum JUSA..


Dulu ada joke dengan dia.. Kalau  kerja kat sekolah ni boleh naik JUSA tak? 

Ye lah aku mana tau. Tapi aku yang menyibuk

"Eh. Takkan kot."" Cikgu je pun"

Aku pun tak tau kelayakan JUSA ni. Lurvy lagilah tak ambil tau bab2  pangkat ni. Bukan la tak peduli langsung tapi tu lah cara dia.

Dapat. dapat.. 
apa org bagi amik. Dan bersyukur

Dia dok buat keja dia ja..itu lah dia. Tak yah pening pening.

Apapun tahniah Lurvy. Keep up the good job!!




Sunday, 3 October 2021

Alhamdulillah

Assalamualaikum bloggers and readers..
Bertungkus lumus anak anak bujang pasang perabut dan lekapan bilik mereka dan bilik bilik lain. 

Seharian di sini bersama keluarga. Anak yang balik awal sebab kerja..

Hasilnya wonderful and amazing  view tonite. Dah semua dah settle.

Alhamdulillah..
Kepuasan dapat staycation di tengah2 kota.
Pagi tadi jogging area klcc.
Just 12 minutes walk to park.

Then start jogging..dapat km .slow slow..pastu balik breakfast.

Now typing this with the view.. subhanallah. Nikmat mana yang kamu dustakan?
Jgn sesekali.

Sentiasa bersyukur. Sentiasa mengingatiNya.

Semoga berkat dan dilindungi dari segala bahaya.

Anak2 pun ok ja ajak tolong..

Semlm Akmal menghadiri majlis penganugerahan biasiswa YTN.

Sebenarnya amat jarang aku update fb pasal anugerah atau kejyaan anak2
 Blog selalu sbb tak ramai kenal
 Kalau fb segan la..

Tu dulu.

Bila fikirkan tak salahkan update. Org berjaya panjat gunung pun update. 
Takkan anak berjaya kita rasa segan nak update.

Haha..kamu jogging pun update. Haish ok je kot kalau raikan apa saja kejayaan.

Celebrate a success.. even a little one.
Hope it inspired for more success to more.

In Sya Allah.

Ni semalam..eh. hari jumaat. Petang. Aku amik halfday. Celebrate  with him.
Lurvy injured..fisio bahu.
Hmmm dah lama aku ajak pi fisio..
So aku dan Akmal je Jumaat tu.


Hari ni kami kemas rumah kat sini.
Install apa yg perlu.


Depa ni memang minat kerja-kerja ni.
Macam puzzle, pasang ikut manual.
Bila siap pergh..happy dan puas.


My view tonite..while i am typing this







Friday, 1 October 2021

Siap sudah my condo

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan pkp dan pelbagai extension of pkp spt pkpb la pkpd la.. akhirnya kerja pembaikan minor defect rumah pun dah disiapkan. 
Dan pandai juga kontractor ni utk skip sesetengah kerosakan.
Walaupun sedikit tapi rumit.

Contohnya bila tile lopong ( hollow). Satu kerja yang rumit dengan nak kena buka tiling lama dan nak ganti.

Dan aku pula bab nak buka tiling dan berdebu satu rumah ( walaupun akan dibersihkan), aku tak gemar.Walaupun bukan aku yang buat.

Dan yang keduanya tiling tu tone color munkin tak sama.

Ketiga, defect ni tak mudarat dan mungkin kita tak perasan. Kalau guli jatuh kita tau situ lopong. Kalau tak, tak perasan pun.

Tapi tak salah dan memang hak kita untuk menyuruh developer atau contractor baiki. Pilihan memasing. Dan kebetulan kontractor ni takmau kerja rumit dan amik masa. ngam dengan aku. 

Hari tu," Bang, saya nak baiki defect rumah abang ni. Saya X dari YYY"

Aku," Ok beres, Buat elok-elok ya. NAnti apa2 infor. Kunci semua dah ada kan."

X " Ada ni, saya dalam rumah"

"oh ok"

X," Bang saya dah check dah  lepas habis rumah sekarang ni kami terus buat rumah abg, tapi saya nak cadangkan yang tiling ni ..yang abang tanda hollow ni, saya minta tak payah ganti lah bang. Saya tukarkan kerja untuk cat rumah abg.Free. Abg bagitau kod cat je. Kami beli semua"

Aku" Hermm ok juga"
Dah memang aku pun 50-50 bab ganti tile ni."Ye lah suppose to be free la kan. Tiling tu pun mahal. Kerja nak buat lagi. Tapi tak pe lah. Nanti saya bagi kod cat"

Maka bertukarkah dari warna putih asal ke warna pilihan aku.

Seminggu kemudian" Bang , bilik master ni takkan warna sama dengan lain"
" Kasi lah warna romantik sikit, baru best"

Aku dalam hati. Eh pandai pulak suggest nya. Dari warna putih aku tukar satu kaler je. Tu pun pening nak pilih warna. Nak cari warna lain. Tahu lah kan nak matching lagi dengan perabut dan fitting. Nak kena ngam lagi dengan Lurvy punya color.

X sambung ,'"Ok nanti abg beli ya" Kami catkan. Kasi la warna lembut sikit"

Huh. tak ok ke kaler aku pilih sebelum ni aku dok pikir. Arghh lantak la. Pilihan aku . Nak dengar orang punya taste semua lain2.

dia sambung lagi " abg letak je dalam rumah, kami uruskan"

Takdan nak kata aku kah yang patut beli. ?
ok lah .. ok lah.


Pikir punya pikir maka beli pilihan hati. Kan. Korang mesti experience betapa susahnya nak buat decision waima nak beli cat pun susah kan.

Pastu dah beli ok je...

Done . Settle.


Misi cari perabot.. 

Argh takmo pening. All Ikea product. Survey Ikea store. Rasa tilam lembut ke keras..macam mana. 

Yang decision simple.Shortcut, sebab dah shortlisted. Cuma nak finalise je. Tengok dan decide. Done.

 Ni senang sbb dah lama buat keputusan.









...akan complete dan penghantaran tak lama lagi..In Sya Allah.

Minggu ni pasang langsir dan,.. kena beli tilam yang tak boleh order delivery. Kenapa ek? Ada juga yang tak boleh beli online dan deliver? 

Tapi tilam dia vacum pack.. akan jadi nipis dan transportable dgn kereta. No worries.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...