Thursday, 28 February 2013

Disebalik keindahan Turkey..

Assalamualaikum bloggers and readers..




Disebalik keindahan Turkey, hatiku terus mengenang keadaan dirumah. Entah mengapa aku begitu sayu, Lurvy entah  perasan ke tak. Tapi manakan tahu hati seorang isteri, mungkin terdetik yang ada ketikanya . Tiap apa yang aku fikirkan atau aku lakukan setakat ini, memang aku paham yang dia ada terdetik dalam benak hatinya. Samada ada benda nak surprise dia atau benda yang tak baik.. Cuma dia tak tanya. Aku tau yang dia tau..ermmm

 Ada ketikanya , aku tak begitu ceria meneroka kota Istanbul sebab teringat anak anak. Aku kaburi dengan kesibukan mengambil gambar.





Sementelah pula fotografi adalah minatku sekian lama. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini aku membeli DSLR. Erm telah kuceritakan dahulu.

Sedih dan sayu kerana tidak membawa anak2ku bersama. Mungkin kerana waktu persekolahan, mungkin kerana budget, mungkin kerana kami akan terus mengerjakan umrah. Entahlah.
Tetapi keputusan untuk tidak membawa mereka adalah tepat,  Cuma hati seorang ayah yang sensitif agaknya. Lagipun Istanbul adalah tempat yang mengasyikkan.. Cuma sangat sejuk.. Jenuh juga kalau nak pack baju sejuk..

Lagipun motto aku dengan keluarga adalah” one for all, all for one”. Kalau nak pergi bercuti kena sesesama. “Together-gether”. Kalau bercutilah.
 So ini exception, pengecualian la kot sebab nak ke Tanah suci terus..

Kekadang terkenang mereka. Harapan ku ketika mengerjakan umrah nanti akan terlerailah rindu sekejap. Dan kalau ada rezeki akan bembawa mereka kesini( Turki). Aku berharap. Sebab Turkey satu tempat yang kaya dengan sejarah Islam dan tinggi budayanya.

Oh ya.Jangan berhenti berharap. Sebab aku pernah berada disatu tempat bersendirian, tanpa Lurvy dan anak-anak. Dan aku berazam akan membawa mereka suatu hari dan akhirnya aku kembali melawat  ke Jepun atau khususnya ke Disneyland bersama anak-anak.

Harapan adalah doa…. Dan kena berusah untuk mencapainya.

Jejantas (Flyover) Berdekatan Selangor Sains Park Roboh /Runtuh!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..



Ni antara gambar-gambar terkini yang di petik dari akhbar portal menunjukkan jejantas (flyover)  yang menyeberangi Putra Perdana ke Selangor Sains PArk telah roboh.

Antara laluan aku , iaitu menyusuri (bukan melintasi) sebelah jejantas  jika hendak ke MEX atau hendak ke Putrajaya.
Sebelum ini jejantas ini pun memang dalam penyelenggaraan. Dan laluan dibawahnya ditutup dan dilencongkan.

Moga tiada yang terkorban....




p.s
Ok...
tiada yang terkorban.  Alhamdulillah



Petikan MI.
CYBERJAYA, Feb 28 – A flyover in Selangor Science Park in Cyberjaya collapsed today,..
Several Twitter users have circulated photographs of the flyover which appears to have been broken into two pieces.
It is understood that no one was hurt in the incident.
Last week the roof the state stadium in Kuala Terengganu also fell down. It was undergoing repairs from an earlier collapse.


Photo posted on Twitter of a collapsed flyover in Cyberjaya. — Pic by Twitter user @HazeemSaharudin





Wednesday, 27 February 2013

Melalui Jambatan Bosphoros

Assalamualaikum bloggers and readers..

Melintasi Bosphoros Bridge dari wilayah sebelah Asia ke Eropah..
Semua gambar diambil dari atas bas.
Dari duduk "melengu" sementara nak sampai baik abadikan suasana dalam kamera kan...

Cuaca agak terang berbanding sebelumnya..Nampak lah biru sikt di langit..







Teringat aku betapa sukarnya pahlawan Islam menyeberangi menggunakan kapal dengan semangat syahuda..
Alfatihah untuk semua mujahid..

Saturday, 23 February 2013

Turkey: Dari Bursa ke Istanbul

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dah..tadi dah sentuh pasal politik sikit... wohaha..
Sambung perjalanan soerang hamba ( yang berdosa) di tanah Turkey.
Keesokan harinya check out pepagi dari hotel.. erm, hanya semalaman sahaja.
Tak sempat bermalasan pada waktu paginya..
Selepas Subuh, terus kemas bag dan apa yang patut.. hantar lobby terus.
Sebelum bertolak..

Bersama ahli rombongan sebelum bertolak


Kedinginan menyapa lagi, hanya angin sejuk menerjah ke pipi.
Betapa hebatnya Allah, jika kita mengingatiNya.
Seantero negara sejuk ,, tanpa pendingin..



Ladang zaitun kelihatan sepanjang perjalanan


Dalam perjalanan sekali lagi . meyeberangi Lautan Marmara...
Dengan rehat yang cukup, kami menikmati keindahan di luar sambil menikmati kicauan burung camar yang setia menunggu habuan dari penumpang...


Menaiki feri..gambar sebahagian dalam bas ,,sebahagian permandangan luar. Lori besi pun naik juga..gulp!




Sesekali masuk ke ruang bertutup untuk menghilangkan kedinginan.


Cuba2 nak berbual dengan local..macam cakap ayam dan itik.


Sambil menikmati teh Turki...
Rasanya?
Macam teh sini jugak..
Mungkin aku order teh biasa kot..
Bukan Turkish Tea, manalah kami tau..
Tapi sejuk-sejuk layan teh panas,, betapa nikmat sedap nya..







Sampai ke seberang








Hampir tiba masanya kita jadi boss...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tetiba tangan ni gatal nak mengundi..
Yo lah kan..
5 tahun sekali.. Dulu empat tahun lebih saja..
Tapi ,,kali  ni nampaknya genaplah 5tahun..
Kalau tau, tak payah sibuk2 nak ramal bila pilihanraya.
Benda ni tungu ke tak tunggu pun dia akan sampai..
kalau tak kiamat lah.

Kalau nak beli kereta kena tunggu.. kot kot turun ke..
silap2 naik ker..

apa pun keadaan sekarang tak ketentuan..
"Uncertainty" kata org kampung aku..

Apapun, amat menarik sekali pesanan Ustaz masa aku pi kursus Haji...
Selain daripada pesanan yang suruh berdoa lah pepanjang petang 9Zulhijjah..
...Sebab kebanyakkan kita , 99%,, akan berpeluang sekali sahaja pada 9 Zulhijjah berada di Padang Arafah
Yang dapat buat haji dua kali tu , dua kali lah peluang..
kalau pergi umrah pula bukanlah pada musim haji..

ok..
Dia mintak tamabah satu saja doa dari setiap jemaah yang akan ke Tanah Suci..
DOA KAN MALAYSIA SEJAHTERA...

Pasal pilihanraya,....

Kita kena pandai pilih yang terbaik...
Sebab kita kena adil dalam pemilihan..
Adil ertinya meletakkan sesuatu pada tempatnya..
Yang boleh perintah kita bagi depa perintah..
Yang tak boleh perintah dok tepi sat.. belajar dulu nak perintah.
5  tahun belajar, mesti boleh pandai punya,  lainlah kalau otak jem ...

Sebab tiap-tiap 5  tahun  kita jadi boss...
Nak review performance mereka...

Tak best ke?? Bila lagi nak jadi bos..

Tapi, ingat, jadilah bos yang adil.
Sebab jadi bos amat berat tanggungjawabnya...

Selamat mengundi kepada yang baru nak mengundi..
Kalau tak pasti nak pilih yang mana, Solat Istikharah dulu..
:)







Wednesday, 20 February 2013

Baia Hotel Bursa, Turki













oh.sebelum terlupa...nak email few pics to kenalan dari Turki

...salam dan bye.. Take care.

p.s. bukan gadis di atas ok.

Teruskan......

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ok teruskan dgn entry di Turki.( kekadang Turkey, Turkeya, Turkiya,, semua sama). Aku dah warning yang aku amik foto banyak sangat. So adalah modal nak update.

Lagipun manalah selalu jalan-jalan oversea. Tingin nak kerja kat London, tak dapat.

Anyway,,, itenary kami kat Bursa, Turkiya boleh dikatakan satu tempat sahaja. Kawasan bandar Bursa tu sendiri...Then balik ke hotel,,check in dan dinner....

Semasa asalnya bangunan ini adalah madrasah dan tempat-tempat anak yatim. Kini Bazar Sutera/ Silk Market/

Nama roti ni tak pasti. Tengok macam sedap. hanya 1 Turkish Lira.. Agak tawar....
dan keras lah!. Sedap juga kalau masih panas.

Abad ke 15.. Portugese belum tawan Melaka lagi

Bahagian dalam... Aku sememangnya suka ambil  gmabr-gambar arch cenggini.. Tapi tak leh menjadi pun

Contohnya macam ni..arch yang menarik

Ada stall/gerai kat ruang tengah.. 

Masjid Jamek.. ( atau Grand Mosque / UluCami)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Oh ya ini catatan aku yang awal.... ketika syahdu syahdan...)



Di Turki, bumi Anbiya, bumi khalifah, bumi para pahlawan, pejuang, pendukung dan bumi kesatria Islam, aku terus bermonolog dengan diri. Tentang perjuangan mereka, menawan, membebaskan kota dari Rom,  tentang keEsaan Tuhan, Tentang KebesaranNya...

.... sambil menahan kedinginan cuaca sejuk.

Sejuknya sampai ke tulang. Sesekali hembusan angin bertiup menambahkan lagi kedinginan. Ketika itu alangkah seronoknya jika mendapat  sedikit bahang kepanasan.
Setiap helaan nafas menampakkan wap dari mulut akibat pertembungan haba badan dengan suhu yang dingin.

Kekadang kita bermonolog dan selalu menyangkakan Allah tidak menjawab harapan dan permintaan kita. Namun kita tersilap.Segala tiupan angin, hembusan badai ombak, bunyian pasir berdesir, helaan nafas, deruan air sungai, cengkaman kedinginan, teriknya matahari, silaunya sinar mentari adalah menifestasi kebesaran dan kekuatan Allah.

Jika kita dapat melihatnya..
Jika kita dapat merasakannya..
Jika kita dapat memikirkannya
Jika kita dapat mendalami lubuk hati kita..
Jika kita menghayati dengan mata hati..

Juga, Allah tidak pernah gagal dalam menunaikan janjiNya.
 DIA telah memberi pelbagai sejak dari lahir hingga kini.. 
Setiap nafas yang disedut sejak tangisan pertama
 hingga kini adalah limpah rezeki dariNYA,
 limpahan kurnianNya… 
Adakah kita menghitung segala pemberianNya.
.takkan terhitung rasanya


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

..teringat Malaysia dan anak-anak..

Anak-anak tadika outing agaknya

Lurvy dengan kanak-kanak Turki

Dalam kesejukkan, teringat negaraku,
Arghh... disini betapa susahnya untuk berwuduk,
Dengan sejuk meresap hingga mengebaskan tangan..
Dengan baju yang tebal perlu dilondehkan hingga ke siku..
Cantik turki, Malaysia tetap di hati.. 

Mula mengharapkan udara segar Malaysia,
Walaupun kekadang jerebu…
Teringat liuk lentuk pohon kelapa, erm, walaupun bukan setiap hari menikmatinya..
 Indahnya Turki , indah juga negaraku

_________________________________________________________________________________

Tuesday, 19 February 2013

Photo: Pada suatu senja

Azan berkumandang di Istanbul,,,sayup dan syahdu...Memuji KebesaranNya

Monday, 18 February 2013

Photo: Fountain

Fountain near Ulucami

Turkey: Sekitar Green Mosque ( Masjid Hijau)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Melawat sekitar Masjid Hijau di Bursa ( sampai la ni aku tak tau ada tempat popular bernama Bursa, satu2 Bursa yang aku tau ialah Bursa Malaysia),
Kagum dengan rekabina, dan seni. Aku asyik memikirkan betapa seninya org2 terdahulu membina struktur seumpama ini. Keazaman dan ketekunan dan ketelitian amat mengujakan.

Yang menariknya, nampak kesan2 pembinaan semula menara ( minaret) yang telah roboh akibat gempa yang melanda.
Contohnya gambar dibawah, warna bata yang merah amat berbeza dengan marmar asal yang kebanyakkannya putih.

Semua pintu masjid ditutupi kanvasseperti ini. Hijau.


Ukiran didalam masjid

Sunday, 17 February 2013

Turkey-Bursa: Makanan pertama... boleh tahan juga

Assalamualaikum bloggers and readers..



Dalam kedinginan..dalam kelaparan ( exaggerate sikit)  maka sampailah ke restoran Tahapakenamanya.

Terus cari tempat yang ada heater..fuh.. memang nak cari tempat panas sahaja...

Maka makanan pun sampai...

Tak diceritakan apakah hidangan, juga tak ditanya..
Dengan penuh kesabaran menikmati makanan Turkey..
Sedap, boleh tahan..
Mau nya tak sedap.. Daging..dengan sos masam-masam sikit.


Semestinya ada,,wajib kot dengan setiap hidangan,,Salad salad salad
yang diletakkan dengan minyak zaiton,, masam dan masin semua cukup..
Hanya ni saja kot yang bergaram, yang lain jenis tawar ja,,,

Dekat dengan entrance...

Saturday, 16 February 2013

Photo: Birds over Marmara

Assalamualaikum bloggers and readers..

This is one of my favourite photo so far...





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbang bebas engkau di angkasa.
Menyelinap awan, menusuk lautan
Menunggu mangsa, awasi pemangsa..Bebas namun waspada..

Aku juga  ingin bebas.
.dari cengkaman nista.
.dari fitnah manusia
Bebas namun penuh tanggungjawab.
.Sebagai hamba...Kepada Yang Maha Esa.

Sebenarnya aku tak akan bebas sepenuhnya
Kerana aku memerlukan pelindunganMu.
Kerna aku milikMu..





Fly high and over.
Birds lurking for food from the passengers on the ferry that crossing Marmara Sea

Turkey: Arriving @ Bursa, setelah laut diseberangi

Assalamualaikum bloggers and readers..




Menyeberangi Laut Marmara mengambil masa 40-50 minit..
Tu yang sempat naik atas feri, ye lah t unggu dalam bas pastinya boring kan..
 Tapi kalau duduk bahagian luar memang sejuk habaq hang....
 Tapi kat dalam hanya duduk dan tengok view saja..
Nak ngeteh pun tak sempat tukar kepada Turkish Lira  lagi...Ada USD saja.


Sebenarnya USD pun memang highly accepted, tapi malaslah nak minum2 dulu, sejuk sejuk ni asyik mencari tandas je.

Lagi pun banyak masa lagi...cooollll ok. Enjoy the view dulu..

Arriving at Bursa Turki...
Ramainya manusia Melayu yang jumpa.
Especially student dari Mesir..

Rasanya ni Grand Mosque kat Bursa ataupun "Ulu Cami" .
Lalu kawasan ni dulu. Nanti baru singgah..

Tugu di kawasan taman....

 Sebaik saja turn bas, snap lagi foto, Background masjid apa pun tak tau. Apa yang difahami masjid ni tak di gunakan lagi.. Ada masjid yang lain dekat sini. Namanya Green Mosque
Green Mosque from a distance.
 Green Mosque atau Masjid Hijau memang tak warna hijau dari luar .. Cuma Mozek bahagian dalam ada yang warna hijau, Tu yang dinamakan green Mosque
Kedai cenderahati. 

Menuju restoran. First meal stop kat Turkey.

Restoran ni berdekatan masjid...Sebelah saja

Ni dinding masjid. Uih dinding apanya ..ni aku!


next: Makanan Turki pertama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...