Monday, 30 May 2016

Sebuah kota

Menjejaki kota usia
... kota cinta juga kota lara
Yang sudah menbangun,
Namun beralih lena.

Kota pelbagai rasa menyentuh.
Denyutan mengahnya seusai siang
Sinar menyedarkan jiwa...

Betapa tinggi tamadun..

Manusia tetap manusia
Hiruk pikuk masa dikejar
Jentera gagah mengangkut manusia.
Demi kuasa demi kuasa demin limpahan cahaya..
Mereka mula alpa..


Namun ada sinar dalam kelam
Suara salam menerobos sempadan
Sapaan ukhwah di mana mana
Membuat hati jelas terpana..


Paris..
Kotaraya megah.
Dikagumi seantero dunia
Aku datang menjelajah diri mu.
Aku seorang pengembara..
Letih meneroka seizin masa.

Gare du Nord.
30 Mei 2016

Saturday, 7 May 2016

Kita Bina Impian

  KITA BINA IMPIAN INI 




Kita bina impian ini
     bukan untuk berkata manis
     Tapi untuk berpahit mengotakannya.


Kita bina impaian ini...
     bukan untuk cukup mewah
     tapi bermewahlah dalam kecukupan.

Kita bina impian ini...
     Bukan untuk terus hidup
     tapi untuk kehidupan seterusnya.

     Sudah-sudahlah dengan angan-angan
     Jangan sampai angan tak sudah.

     
Kita bina impian ini...
    Agar mimpi jadi realiti
    Jangan realiti menjadi mimpi.


Kita bina impian ini...
     Bukan ingin jadi pemimpin
     Tapi memimpin bakal pemimpin.


Kita bina impian ini
     Bukan bergembira atas kesusahan
     Tapi berusaha mengembirakan yang susah
      
    
Kita bina impian ini
     Bukan pangkat jadi  buruan...
     Namun...biar jasa jadi kenangan


Kuala Lumpur
10.56 am
7/5/16







Friday, 6 May 2016

Cerita pagi ini..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Pepagi ada juga orang yang suka buat hal.. Ada orang mungkin akan snap gambar dan masuk fb atau whats app atau telegram. 

Tapi bagi aku itu mengundang kemarahan sementelah kita tatau cerita sebenarnya. Mana boleh main snap dan masuk media social. Tak molek rasanya..

Apa cer ni...cuba cuba cerita terang2...

Ok ok .. 
Seperti rutinnya aku pergi hantar anak ke sekolah. Sebelum tu Lurvy call kata Jambatan Sentosa ditutup..sebab ada penggambaran ..

Erk pepagi..waktu peak hours jalan Ke Jambatan Sentosa di tutup,,tanpa notis?
Agak-agak la..peak hours??  pukul 7 pagi waktu hari bekerja, tanpa notis tetiba tak boleh lalu.

Tapi aku tenang la.. keluar pun agak awal dan boleh lah de tour ke arah Maju Expessway(MEX).

ok ok belum sampai bab sebenarnya lagi,,sabaq naaa..

Sampai je sekolah, tak lah berapa jam sbb aku keluar sebelum 7 walaupun dalam grup wassap dok ceridau pasal jam itu dan ini. Bab tempias "jam" aku tak kena lah walaupun aku terlebih rajin juga wat study macam mana nak elak "jam", sampai present kat PIBG lagi...tu lah terlebih rajin.

Anyway masa tgh isu hangat tu ada la gambar2 kereta yang di "snap" dan masuk dlm telegram grup,, i.e parking tak ikut tempat la dll lain lain lagi masalah dunia.

Aku tengok je lah gambar gambar sbb bagi aku better pi cakap elok2 bagi org tu paham.

Dan kali ni depan aku.. jeng jeng..ni ceritanya:

depan aku kan,,, sebuah kereta dengan selambanya memotong aku yg parking tepi jalan dan berhent betul2 atas zebra crossing anak-anak.
Okayyy... aku pun salam cium anak lebih kurang.. kereta tu tak jalan lagi. Lama pulak kat situ. Murid2 yang nak lintas pun dah huru hara sebab jalan mereka kena blok.

Entah apa yang anak dia cari dalam kereta ..lamaaa.
Aku pun pelan pelan bagi signal nak keluar dan bergerak.

Samapi sebelah dia teringin juga aku nak tegur.

Aku slow kan kereta. Cermin dah turun siap siap.

"Akak ( ceh macam la aku muda)... jangan la parking tempat anak2 kita melintas"
Dia jeling ja

Zup dia keluar.. uik patutnya aku yang gerak dulu..
Entah la..tegur pun salah..tak tegur dia buat masalah.


Lepas tu ada trafik light.. Bila kat belakang aku pun buat isyarat yang dia parking kat tempat zebra tu dan jangan la buat lagi..mungkin dia tgk dalam cermin belakang ..harap aku

Nak cerita cara aku buat isyarat macam mana pun aku tak reti haihh.. tp masudnya cam tulah,,hahaha

Bila dia masuk jalan kearah yang sama dia slow sangat dan aku pun dgn hormatnya potong..
Tetiba dia hon ...dia jeling.. mak aiii macam nak makan org..

Apakah?


Or "Is it a wrath of unsatisfied woman"

Wednesday, 4 May 2016

Trip kawan aku: Oooo ni cerita penuh...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Oleh keran aku pernah dengar cerita ni dari mulut yang pergi dan driver ni pulak kawan aku,, jadi aku share lah,

Aku copy paste sebijik sebijik naaa ...


"Review Trip Adik Beradik (TAB) - Christchurch, New Zealand. 4 perempuan. Nov 2015.
Mula2 ingat nak senyap je, sebab ingat kitorang je yg rasa kurang puas hati dengan TAB. Rupa2 nya ramai lalui apa yg kami lalui, jadi decide untuk buat review juga, so orang tahu perkara sebenar.

1. Pengurusan trip agak kelaut. Bila kita email cakap dah buat full payment, takde reply apa. Nak kasi invoice apatah lagi. Bila whatsapp personal, owner TAB Shaiful, cakap "noted". Kita mintak invoice, still no reply. Sampai ke sudah kami tak dapat bukti pembayaran ke apa. Few weeks sebelum trip, dia whatsapp kat group "dah email semua orang detail pasal trip", tapi ramai cakap tak dapat, termasuk kami berempat. Sorang2 bagi email kat dia baru dia email. Takkan dia tak simpan list peserta and email kami? At least kasi wakil group pon ok. Ni ramai tertinggal. Kenapa tak pasti kan dah email ke semua orang?

2. Banyak maklumat tidak diberitahu secara terbuka kepada umum.
Pertama, hidden cost. Minyak caravan sepanjang trip bayar sendiri, sorang dalam RM200. Breakfast & dinner yang konon2 diorang masak, groceries, RM100. Visa RM60. Sampai CHC awal sehari and nak hotel? RM160 sorang semalam. Segala jenis tiket masuk or aktiviti nak buat kat sana kena tambah lagi. Bungee jumping NZD195. Zipride NZD50. Shotover Jet NZD135. Helicopter Ride ~NZD160. Milford Sound Cruise NZD70. Cadbury World Factory Tour NZD20. Itu antara yang kitorang kena bayar. Buat lagi banyak aktiviti lagi banyak kena bawak duit. πŸ’ΈπŸ’Έ
Kedua, diorang provide caravan SAHAJA. Driver takde. Kena bawak sendiri. Tak pandai bawak kereta gedabak? Pergi cari kawan yang pandai. Apa! Ni holiday, takkan kami kena drive jauh2 lama2 time holiday? Well nasib la πŸ’πŸ»
Ketiga, lelaki perempuan dicampur dalam satu caravan. Kitorang kena campur dengan dua lelaki sekawan ni. Yg ni memula kami bising. Nak tido, tukar baju semua dalam tu, habis tu cane? Alasan TAB, "kena campur laki, sebab nak dijadikan driver". Sebab kitorang empat2 tak berani bawak, terpaksa akur. Alhamdulillah, lelaki 2 orang ni baik. Memahami and let us decide kitorang tido mana, diorang tido mana. Bila kitorang tutup tirai antara driver seat dengan bahagian belakang, diorang tunggu kitorang dah siap semua baru diorang masuk. Tapi kalau dibuatnya dapat lelaki jenis pecah rumah ke apa, and something happen, siapa nak bertanggungjawab?
Keempat, bergerak sendiri2, bukan berkonvoi. Kalau sesat, accident, tayar pancit, pandai2 sendiri selesaikan. Sepatut nya Shaiful letak la satu crew depan sekali, satu crew belakang sekali. Untuk make sure tak de sesiapa tertinggal.

3. Shaiful cakap siapa yang sampai awal sehari and nak hotel, dia boleh tolong arrange kan. Esok pagi from hotel akan gerak sama2 ke depot caravan. Dia charge rm160 sorang. Kitorang sampai 12.30am, nak tido 6 jam je esok 9am dah kena gerak. Rasa macam rm160 tak berbaloi. Kitorang tanya hotel tu kat mana. Kitorang nak cari and book sendiri hotel berdekatan. Actually ramai yang tanya. Macam2 alasan di beri sebab dia tamau bagitau. Belum book la. Belum decide la. Sebab malas nak susah2, kitorang decide untuk bayar je rm160 tu. But later I found out from other trip he's been using the same hotel. I've checked, bilik tu normally around rm120 per person. So rm40 sorang tu upah book ke apa? πŸ€”

4. Tidak seperti yang dijanjikan.
"Tak perlu risau pasal kamera. Ada photographer". Jangankan photographer, kamera diorang sendiri pon takde.
"Breakfast and dinner kitorang masak. Korang cari lunch je. Or beli bahan mentah and masak". Ini paling kelakar. On most night, makanan habis before kitorang sempat ambik. Terpaksa masak maggi. Nasib baik bawak jugak. Takkan tak bajet betul2 masak banyak mana bagi cukup semua orang? Kata dah 5 tahun experience, patut dah pandai bajet portion makanan. Breakfast? Setiap caravan kena masak sendiri and buat ala2 pot luck. Satu hari tu dia kasi tepung kosong bodoh. Kena buat cucur. Ikut suka hati nak letak isi apa. Guna bahan sendiri yg kau beli. Kalau ikut perasaan rasa nak campur air je and humban semua sekali dalam minyak. Lantak la jadi apa. So apa maksud kau provide breakfast and dinner plus kena bayar untuk groceries lagi kalau almost all of the time kitorang yang masak sendiri guna barang kitorang sendiri.
"Dalam caravan ada heater". First day ambik caravan, Shaiful cakap "Heater dalam caravan dah habis. Tapi takpe, korang pergi beli heater portable, nanti claim kat saya" Urm hello, kami semua ni first time jejak kaki ke New Zealand. Tau la pulak mana gi cari. Kenapa tak suruh crew pergi cari and beli? First night dekat campsite, suhu turun bawah 0 degrees, sejuk ya rabbi. Baju dah berlapis2, stokin berlapis2, selimut dan duvet. Tapi sejuk sampai ke tulang. Mengigil2. Rasa macam boleh kena hypothermia. Second night masih takde heater, saya demam, tak boleh bernafas. Buat suasana panik kejap dalam caravan (Sorry girls!) Makan ubat selsema nak bagi tido. Third night baru dapat heater.
"Harga termasuk tour guide" What tour guide? There was no one guiding us the whole trip. Yg hanya diberi adalah koordinat campsite seterusnya. So pandai2 gerak sendiri. Sendiri decide nak pergi mana. Sendiri decide nak buat apa. Sendiri decide nak stop kat mana, nak singgah kat mana. Nak stop berapa lama. Langsung takde input from crew, tempat ni sejarah dia apa, apa2 fun fact certain2 tempat ke. Bila kita tanya "Tak singgah ke Tempat A ni?" sebab dalam website cakap kita singgah situ. Shaiful bagi kordinat tempat tu and cakap "Choose wisely. Tempat tu jauh. Kena be at campsite by 8" Mana pergi itinerary,kenapa dia tak decide nak pergi mana, peserta ikut je. Bukan ke itu maksud guided tour?

5. First day, breakfast is not provided. Also no one told us perjalan jauh dan akan sampai campsite malam. No RnR tepi jalan. No kedai2 makan. Sepatutnya dia inform, sebelum start journey pergi beli makanan dulu, at least roti or buah sebab malam baru ada makanan. Nope. Kami berlapar sepanjang perjalanan (dengan dinner the night before pon tak makan sebab dalam flight, sampai 12.30 pagi). Nasib baik masa beli groceries kitorang dah beli roti and cake, and buah2. So dapat la makan sikit2. Sampai campsite sejuk ya rabbi. Lapar gila. Pergi dining hall, diorang cakap kena bawak pinggan mangkuk cawan sudu garfu sendiri. Patah balik gi ambik. Masuk balik main hall tengok diorang duk serve nasi dengan kari ayam panas. Peh layan gila. Semangat ambik satu mangkuk ayam kari untuk kami berenam. Baru cucuk isi ayam, darah keluar. (Nasib baik cuaca sejuk, ayam pon takut nak lari keluar dari kari panas πŸ˜‚). Mentah. Masing2 tengok each other. Semua angkat balik kari ayam, letak balik dalam kuali. Kena pergi masak sekali lagi. Shaiful? Dia berdiri situ cakap.."ni rezeki kita hari ni. Chef dah cuba yang terbaik" Sekali pon kami tak dengar perkataan maaf keluar dari mulut Shaiful. I don't know, maybe he did say it. But kitorang tak dengar. Huhu. Penat. Lapar. Sejuk. Sabar. Kami makan nasi dengan sup sayur sebab dah lapar gila babang. Setengah orang tunggu batch kedua kari ayam. Kami berempat balik ke caravan.

6. Keselamatan dan kesejahteraan peserta kurang diambil berat. Kalau sakit, pandai2 sendiri. Ada caravan yang tergesek kereta lain time parking. Bila bagitau dalam whatsapp, Shaiful reply "Kalau takde orang nampak, gerak je" πŸ˜±. From Queenstown, kami the last one gerak. Tengah2 jalan, tayar pancit. Masa tu dah petang. Langit dah nak start gelap. Kiri kanan bukit bukau, kambing lembu. Depan belakang jalan straight. Langsung takde bangunan. Suhu mula turun. Heater masih belum ada. Whatsapp dalam group. Shaiful cakap "don't worry guys we won't leave you behind". Tapi memang dah kena tinggal pon. One of the crew pulak cakap "Nanti malam ni kitorang datang caravan kutip duit untuk naik cruise esok k". Sabar. Huhu. Kitorang call roadside assistant, tunggu orang tu datang, sambil dalam kesejukan. Then pakcik ni sampai, bawak keluar spare tayar, spare tayar pon pancit. Takde maintenance ke caravan ni? Pakcik tu bawak spare tayar pergi town untuk isikan angin. Datang balik and tukar. Dia cakap in next town kena tukar tayar original. Tayar spare tak reliable, takut takle tampung long distance. So sambung bawak. Sampai campsite satu dua pagi. Most of us dah selamat tido. Tak makan tak mandi apa. Tido je sebab dah penat sangat. Nasib baik driver (and co pilot) tabah. Esok nya semua caravan kena bergerak pagi2 buta, konon nak tengok sunrise. Kitorang still tak bangun. Driver yg tabah sekali lagi drive, sambil kitorang ni masih tido kat belakang.

7. On the last day, kitorang kena gerak from campsite terus ke caravan depot untuk drop off. Sampai je depot, sorang pon crew takde. Semua urusan serahkan caravan, peserta buat sendiri. Bila dah settle semua tu baru Shaiful datang ke depot naik kereta sambil sengih2. To me that's very unprofessional. Oh speaking about unprofessional, kami agak kurang gemar bila dia memburuk2 kan sesuatu tempat. Kitorang pernah mentioned few places kat NZ, tempat yg takde dalam itinerary. Dia suka say things like "rubbish", "is sucks" dan seangkatannya. Ok. You're supposedly a tour guide in NZ. Sepatutnya menggahkan lagi supaya orang nak datang, bukan memburukkan. The funny thing is, tempat "rubbish" tu pon dia buat tour ke situ juga. So, kalau kau sendiri rasa rubbish, patut ke orang ikut tour kau?

8. Orang cakap TAB ni murah. Well, harga tour RM1790. Apa yang kami nampak, the only thing TAB buat adalah book kan caravan dan book kan campsite. Lain semua kita buat and bayar sendiri. Kitorang cuba buat rough calculation of sewa caravan dengan campsite. Sewa caravan 6 hari RM650 sorang. Total campsite rental (ni saya check satu2 setiap campsite yg kitorang sewa) RM285 sorang. So total caravan and campsite RM935. Nampak macam senang2 dapat rm800 sorang. Satu trip dalam 40 orang. Satu bulan tu je dia ada 4 trip. Pandai2 sendiri la kira untung dia berapa.
Masa tulis ni sambil2 tu pikir, what's the good thing about using TAB for you holiday? Unfortunately nothing comes to mind. Setiap kali pikir pasal NZ mesti akan terasa sedikit emo. Penat2 kumpul duit, bergaduh habis dengan boss and manager mintak cuti panjang, tapi bila pergi, ini yang kami dapat. Macam mana tak rasa kecewa? Well takpe lah semua dah berlaku. Kami tulis review ni pon supaya orang tahu realitinya dan bersedia jika nak guna TAB ni untuk percutian anda.

Buat Trip Adik Beradik, please lah. Ubah sikap. Bila customer tanya, jangan jawab sarcastic atau biadap. Be professional. Listen to what your customer is saying. Jaga customer betul2. You depends quite heavily on words of mouth and customers review. Bila tak jaga customer betul2, well ini lah jadi nya.

Updated 03/05/2016:
Assalamualaikum.
Owner Trip Adik Beradik, Shaiful telah pun contact saya secara personal untuk nyatakan rasa kesal dan meminta maaf atas apa yang berlaku masa trip kami.
Bukan niat kami untuk menggangu periuk nasi orang lain, jauh sekali untuk menganiaya bisnes orang. Kami just nak share experience kami sepanjang trip itu. Oleh itu kitorang pun nak mintak maaf kepada Shaiful dan crew2 TAB.
Kepada yang bakal join TAB dan menyatakan kerisauan mereka, Shaiful sendiri telah berjanji untuk mengubah SOP mereka, oleh itu insyaAllah trip korang akan dijaga dengan lebih baik dari yg sebelum ini. Kepada Shaiful dan semua crew2 TAB, bangun semula, improve, dan bergerak ke hadapan. Saya betul2 nak tengok TAB menjadi lebih baik dari sekarang. So Shaiful, please live up to your promises!
And all the best for the future! "

Sekian sahaja my copy paste.

Comment: Murah tak semesti meriah. 


P,S
Mir..ko baca ni.. Kau yang drive ni,,,!! ni trip ko yang ko cerita tu. Sebijik!! Yang kau terlepas flight dari Aussie penulis ni tatau kot..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...